nuffnang ads

Dec 28, 2012

2012 aku pergi dulu

hari ini seperti biasa....aku lalui hari hari terakhir 2012....malam nih lepak rumah kak fatin mungkin sampai ke pagi kot...tengok maharajalawak mega best jugak...tak banyak benda aku nak taip hari nih sebab aku pening kepala hotak sumi keh keh keh.


kajian haku : malam ini tak banyak perkara yang dapat haku membuat kajian kerana reezsakura didapati tengah atau sedang mencuba menjadi manusia normal.kerana sebelum ini beliau tidak normal *kerja 24jam sehari tapi tak jadi jutawan pun kesian kesian* ok sampai disini saja siaran berita penting k bye bye (^_^)v

Dec 26, 2012

pagi pagi yang boring dan banyak kerja

sepatutnya pagi nih aku kena p maybank sebab nak tukar kad ceri akan tetapi aku sibuk sikit dengan misi 007 aku nih...tengah dok menaip tiba tiba perut aku pulak berbunyi krok krek krok krek...lapaqnya oii...pagi ni bersarapan bubur kacang hijau saja,nak beli makanan lain pun makcik nasi lemak tu tak niaga pulak huh! mungkin isnin nih aku bercuti kot,bercuti...wah best tu mesti boleh baring baring tepi pantai sampai terbakar kulit *tengah menari nari keriangan* huh mana ada nak bercuti macam tu buat masa sekarang nih oit,aku nak bercuti untuk buat kad ceri ja pun dan mungkin lepak sat kat scm sorang sorang *sedih betoi*


kajian haku : kasihan betul dekat beliau sebab selalu lepak sorang sorang,mana pi semua kawan kawan beliau,hoo hari tu beliau ada bagitau kat haku yang kawan kawan beliau semua sibuk dan ada yang dah berkawen dan tak dapat hangout sama,tapi time kawan kawan beliau ada masa nak lepak sekali,beliau pulak yang banyak alasan tak mau jumpa depa semua,kenapa ek? ini satu kemisterian yang melampau di kerajaan karut blog ini...kita mesti siasat beliau, *eh eh selama nih haku kan buat kajian sorang sorang, huh kenapa pulak nak ajak orang lain* rahsia penyiasatan ini tidak dapat di bongkarkan pada sesiapa selain haku sorang ja yang layak *buat muka bangga sambil tangan membuat tabik sepering*  biarlah rahsia...macam kak siti nurhaliza pulak keh keh keh ok hey hey bye bye dan sayang awak yang tengah membaca karut blog ini.

Dec 9, 2012

BERJALAN KAKI 30 MINIT SEHARI PAGI ATAU PETANG




aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.
  
  Amalan berjalan kaki laju mempunyai sembilan manfaat iaitu:

BERAT BADAN STABIL

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

MENURUNKAN BERAT BADAN


Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

RISIKO ELAK SERANGAN JANTUNG

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

ANGIN AHMAR ATAU STROK
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

MENCEGAH KENCING MANIS

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

MENCEGAH OSTEOPROSIS

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

MEREDAKAN SAKIT LUTUT

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

TEKANAN

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

KANCER

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

SEMASA BERSENAM

~ pilih kasut dan pakaian khas untuk bersukan 

~ pilih lokasi,padang yang rata 

~ buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

~ Gerakkan lengan ketika berjalan

~ Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

~ Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman 

Nov 23, 2012

watak penyiasat khas di karut blog

sekali lagi aku memperkenalkan watak penyiasat khas atau hakuredkuman di datang khas dari bayangan di luar kotak fikiran aku hanyalah untuk membuat bising di karut blog ini...kalau yang tak kenal siapa gerangan watak tu dan perangai watak yang di cipta khas untuk membuat bising di sini...sila berkenalan dengan hakuredkuman .....

hakuredkuman

NAMA PENUH - HAKUREDKUMAN

NAMA MANJA - HAKU

UMUR WATAK - UNDER 18

KERJAYA DALAM KARUT BLOG - PENYIASAT KHAS KARUT BLOG

HOBI - SELAIN MENYIASAT HAKU SUKA BERAMAH MESRA BERSAMA MASTER RANGGO

PERANGAI WATAK - SUKA SYAK WAHSANGKA PADA ORANG SEKELILING TERMASUK YANG BUKAN ORANG

IMEJ HAKU - BERPAKAIAN COSTIUM BERBAGAI BINATANG

SIAPA HAKU SELAIN WATAK INI - ANAK PATUNG REEZSAKURA



reezsakura otak sumi

kajian haku = haku dengan bangganya telah membuat lagi sedikit kajian tentang sejarah reezsakura dan otak sumi beliau...haku mendapati dalam kajian haku yang agak terperinci sekali...sejak dari azalinya lagi beliau adalah seorang yang pelik...tengok sahaja nama nama gelaran yang telah direka oleh orang sekeliling khas untuk beliau

gelaran  pelik dan makna tersirat =

kayu = nama yang di panggil oleh kawan kawan sekelas...kawan sekelasnya telah memandai mandai menambah huruf k di nama terakhir beliau

landak = nama ini tercipta atas sebab musabab beliau adalah seorang yang panas baran

budak lidi = nama ini hanya orang orang tertentu sahaja yang panggil dan atas sebab di reka khas oleh pocong sewel..hanya dia yang layak memanggil beliau begitu kerana pocong sewel itu mengangap beliau masih kurus seperti zombie lagi

chaka = nama ni sebenarnya chiki kayrot akan tetapi kakaknya panda salah sebut

otak sumi = nama ini pulak yang paling terbaru sekali..telah di reka oleh abang beliau sendiri...mari kita temu dan beramah mesra dengan abang beliau

haku - hye abang pendi...

abang pendi - haiii...comey niiiiiaaaaaaa haku...kenapa pakai costium ni...baru balik dari makan malam holowin ka nih...mintak cekelat cikit

haku - *eh eh abang beliau cam sama mereng macam beliau saja ni,nak lari ka tak nak..nak lari ka tak nak* eh...kita orang islam mana boleh sambut holowin..haku pakai costium ni sebab ni imej haku hehehe comel ka...tima kaceh no abang pendi...nak tanya ni..kenapa abang pendi panggil otak sumi dekat reezsakura ya agaknya...bunyi macam misteri sikit lah

abang pendi - ooooooo....pasai tu ka...panggil dia ceng gitu sebab dia sepisis blur...otak dia lebih kurang sumi la *sambil mengerak gerakkan kepalanya kekiri kekanan*

haku - banyaknya ooooooooooo abang pendi...........

SEKIAN TAMMAT

Nov 16, 2012

hakuredkuman

assalammualaikum rakyat rakyat karut blog...terima kasih singgah ke blog ini...kepada yang tak kenal aku nih **dah tentulah orang tak kenal aku** aku lah pemilik sebenar karut blog ini dan hakuredkuman a.k.a penyiasat khas karut blog adalah watak yang dicipta oleh aku...beliau akan wujud dimana mana saja sesuka hati beliau..**sebenarnya dia anak patung aku** hari ini tak dak penyiasat khas di karut blog oleh kerana sekarang musim cuti sekolah dan beliau dah tentu sedang bercuti...patut sunyi sepi hari ini di karut blog...mana haku agaknya ya...meh kita cari beliau....

jauh di sudut kampung petani...angin sepoi sepoi....daun kering berterbangan dan betaburan ke tanah...ayam pulak....eh ayam dah lama mampos kena virus tecktonic **kah kah kah** tengah tengah aku gelak sorang sorang macam orang sewel ..tiba tiba nampak master ranggo and the geng berlari lari betempiaran...jauh disudut pondok ayam yang kosong...aku ternampak lembaga bertelinga kucing dan bewarna....hitam putih polka dot? besar lain macam jugak aku tengok...alih alih muka dia...ceh hakuredkuman...

sesi bertegur sapa - reezsakura (r) hakuredkuman (h)

r - wei redkuman hang buat apa kat sini?

h - panggil la nama haku jangan la redkuman,dengar macam haku ni banyak kuman pulak,haku hari hari mandi tau,lagipun nama haku tu comel sikit

r - ceh perasan...alah...panggil apa pun sama ja,wei buat apa kat sini,mentang mentang cuti sekolah mai lepak kat kampung aku pulak,nak kaji apa kat sini

h - haku tengah temuramah master ranggo and the geng pasal kes rumah kotor

r - ho ya ya betoi la depa selalu buang virus merata rata,patut la busuk kat hang haku wei **aku sedang tersenyum kambing biri biri yang comel

h - hehe...haku bersoal jawab tadi dengan master ranggo...kata dia..depa tak boleh makan makanan murah sebab tu lah sakit perut setiap hari..

r - ishh..berlagak betoi

h - ok lah nak sambung temu bual dengan depa lagi nih...ok hey hey bye bye

r - bye haku...jumpa di karut blog... **tak dapat aku bayangkan haku temu bual dengan kucing,virus mereng aku nih terjangkit kat dia agaknya**

berani punya budak

suasana petang yang disulami mentari petang...tiga budak kecil dalam lingkungan 3-4 tahun melintas depan aku....mana pi mak pak budak budak tu agaknya....di coliknya dek abang penyamun nanti baru nak kalut...berani betul budak budak zaman sekarang...yang kemarin kes budak zaman sekarang gak...bawa moto macam naik jet peribadi pulak...kekiri kekanan suka suka hati bapak jek...

bye bye kotak besi

semalam dah ada orang datang bayar duit untuk beli kotak besi...aku terasa gembira dan riang ria tapi jauh di sudut hati comel aku nih..terasa sedikit sedih kerana kenangan aku dengan kotak besi begitu banyak...tapi tidak mengapa sebabnya aku nak dapat kawan baru...hehe nama dia beca besi..siapa mereka mereka itu? kotak besi(store menyimpan barang) beca besi(beskat roda tiga) tak sabar nak guna kawan baru...hip hip horey....

mahlin.......aku rindu

dah lama betul aku tinggalkan mahlin,entah cam mana tah malam nih teringat ingat kat mahlin,mungkin tengah chat dengan ct kat facebook kot,mungkin......kalau mahlin masih wujud dan aku masih di mahlin sekarang nih dan kalau time shif malam...aku mungkin di store bersama sama maziah dan ina yaitu sahabat aku yang amat aku rindu,mungkin kami bertiga ambik tray dalam kotak...tolak troli ke bilik tray wash....koyak stiker dan berlatar belakangkan muzik mesin AQ,aku pun dah lupa nama mesin tu mungkin betul kot dan tak lupa juga pada bau busuk air pencuci tray...pening betul bau dia sampai aku terlupa nama apa pencuci tu hehe,kalau time break mungkin aku...terus kekantin...dan selesai makan terus ke toilet...lepak kat store sampai orang dah lama masuk line kami masih lepak kat store sambil main pistol angin....tengok abang jan main game dengan abang khairul...abang mat mesti tengah dok tersengeh sengeh dan kacau kami bertiga....dan tak lama lepas tu mungkin abang mie akan cari kami sebab suruh issue barang...dah issue masuk tray wash...mungkin jugak kak nora supervisor panggil aku dan sesi bersoal jawab mungkin terjadi di antara operator(budak lidi a.k.a ultraman) dan supervisor(raksaksa)...kalau dah tak da hal mungkin aku berjalan di depan mini hook up sambil mengushar ushar orang dalam mini hook up dan ana mungkin di dalam mini hook up tu...aku akan melambai lambai tangan sambil tersenyum kambing biri biri yang comel **ceh perasan** bila tak dak keja mungkin kami di store..maziah dan ina mungkin tido aku lak tentulah lepak sekejap kat tray wash **melilau sebenarnya heh heh** mungkin check stok tray sikit atau banyak...acara melilau sorang sorang yang paling aku suka...tak boleh selalu melilau dengan geng sebab nampak macam tak buat keja pulak,padahal belambak tray yang kami issue...atau pun mungkin sekarang aku dan geng tengah nyenyak tido kat store atas pallet berbantalkan tray dan berbangkukan kotak...berselimutkan angin sepoi sepoi hahaha....rindunya time tu...sekarang mahlin dah lama berkubur...berkubur bersama sama kenangan terindah kami bertiga...

Nov 15, 2012

kasut goreng

di gerai jualan...

pembeli - kak nak kuih suji 2 ringgit

penjual - *dah siap dibungkus*

pembeli - kak tak jadilah...tukar kuih pulut seri muka lah

penjual - *dah siap di tukar*

pembeli - kak tak jadi pulak la..awek saya tak nak pulut...ambik kuih lapis dah la

penjual - kasut goreng pun dijual disini..nak ke? *sambil senyum kambing biri biri*

pembeli - hehe...

Nov 10, 2012

kisah penyiasatan hakuredkuman

petang ini haku membuat satu lagi kajian tetang tahap kemerengan reezsakura...

reezsakura (beliau) telah di dapati membuat satu kesalahan yang agak megecilkan hati rakyat rakyat karut blog...kesalahan itu ialah,beliau di dapati tidak menghadirkan diri ke tempat perjumpaan rahsia yang telah di tetapkan pada setiap pagi...haku dengan penuh keboringan menunggu beliau untuk menyoal siasat kes yang telah beliau lakukan keatas perjanjian surat menyurat karut blog...dan sekarang kita telah terjumpa beliau dengan tak semena mena dalam keadaan mengejut di tepi peti ais bersama sama saspek air milo dan juga roti...haku dengan penuh sedaya upaya untuk menangkap beliau dan saspek saspek...

reez - wei wei kenapa kenapa main tangkap tangkap nih?

haku - relex relex...jangan jerik jerik...haku tak pekak lagi...

reez - sejak bila haku partime culik orang pulak nih?

* sementara itu,milo dan roti telah melarikan diri masuk kedalam mulut reez dengan penuh ketakutan yang berganda *

haku - eh eh bukan bukan,haku hanya menjalankan tugas sebagai penyiasat khas di karut blog ini  untuk menemu ramah reez pada pagi tadi,akan tetapi reez telah melanggar undang undang karut blog

reez - sejak bila pulak karut blog ada undang undang?

haku - sejak reez membuat perjanjian untuk menjadi seorang yang sihat

reez - ya betul dan apa kena mengenanya dengan penangkapan hari ini?

haku - reez tak tepati janji untuk membuat perjumpaan pada setiap pagi bersama penyiasat karut blog dan berjoging bersama sama

reez - ho ya...aku lupa lak pasal tu hehe...aku bukan lupa tapi letih nak pergi jumpa haku sebabnya ada banyak hal dengan mak aku...sebab tu la aku tak pi

haku - hoh begitu ka...ok sekarang reez telah dapat di bebaskan tanpa sebarang kemuskilan lagi...

reez - terima kasih terima kasih dan bye bye haku

kajian haku : haku membuat atau merasa syak wahsangka pada reez selama sesi menemu ramah bersama beliau...haku merasakan ada lagi virus virus malas dan tahap kemalasan beliau nampak amat ketara kerana selama masa dalam dua bulan ini beliau di dapati terlalu sibuk akan tetapi kesibukkan beliau agak misteri dan magic sekali...haku akan terus membuat siasatan dengan lebih terperinci lagi...dengan ini assalammualaikum dan salam satu dunia (^_^)v  *senyumselalu*

Nov 4, 2012

musim hujan sedunia


ucapan musim hujan renyai renyai *sebelum baca sila titis eye mo di mata dulu*

ucapanmerengdarireezsakuraselamatmenyambutmusimhujanseduniakepadarakyatmukabumidanbersiapsediajikabanjirmenghampirianda

kajian haku:

 dalam masa terdekat ini didapati tuan punya karut blog ini yaitu reezsakura...baru baru ini beliau telah memberi sependek ucapan berunsur aneh akan tetapi ucapan yang telalu ringas berbaur pelik dan misteri sedikit..disebabkan beliau baru baru ini merasakan diri beliau terlalu fanatik dan hampir stress...mari kita ikuti temu bual kosong dengan beliau

haku = assalammualaikum reezsakura sihat *senyum senyum kambing biri biri*

reez = waalaikummussalam tak sihat...kenapa senyum senyum nih nak kena gigit ka?

haku = eh eh tak tak...hehe dengar dengar baru baru nih reez nampak agak stress ya...kenapa jadi lagu tu

reez = ho yang buleh jadi lagu tu sebab lagu tu la

haku = *hisshh...sewel dah budak nih* eh eh tak tak...maksud haku kelakuan reez sekarang begitu aneh sekali

reez = oh ya reez jadi lagu ni di sebabkan selalu dengar lagu si psy tu la
*haku merasa pelik dan hairan sambil menggaru garu kan kepala sendiri yang disalut dengan costium arnab*

haku = kenapa kenapa pasal lagu si psy kenapa tak lagu orang lain

reez = sebab lagu oppa gangnam style tu reez dengar setiap sudut dan ruang pada setiap hari dan tak semena mena terikut si psy menari sekali

haku = tapi apa kaitan dengan menulisan yg agak mereng semasa berkarya di karut blog tu?

reez = bukan menulis la monyet oi...menaip la...nak kena gigit ka...dah la macam arnab dah hang aku tengok...kan si psy tu menari silangkan tangan dia dan reez pun tiru la dan bila nak menaip dengan tak semena mena terikut ikut pulak nak tekan button space pun jadik susah

haku = ho haku pun suka sangat abang psy tu tapi dia gemuk la tapi tak pa dia lawak  hik hik *haku ketawa sambil menari nari tarian oppa gangnam style* ok selamat menyambut musim hujan renyai renyai reezsakura

reez = ya selamat jugak...tengok hang nih aku teringin la nak makan daging arnab*sambil jeling jeling haku yang bercostium arnab*

*haku terus lari lintang pukang sebab tak nak jadi mangsa digigit oleh reez..sesi perjumpaan ini di adakan di tempat rahsia yaitu di tepi sungai dan di jalan jalan yang penuh misteri*

Oct 22, 2012

selamat tinggal si kobis dan si bayam

pagi tadi *selang beberapa minit...aku menaip entri ini sambil makan untuk tengah hari sorang sorang* kak ina mesej aku...dia bagitau yang aku nih dah tak boleh makan sayuran mentah dah sebab dia dapat info dari detektif *betul ka aku eja nih haha*detektif google bagitau kat beliau yang aku nih dah tak boleh geng dengan si kobis dan si bayam dah dan geng sayuran mentah *ulam lah* tu semua aku suka tu...sampaikan orang di amphenol panggil aku vigiterion *betul ka aku eja tu*sebab aku tak boleh makan sayuran mentah kerana aku dah penah kena penyakit tyroit...*nama cambest nih boleh letak nama band tak*hehe..nampaknya kerana aku bergeng dengan si kobis dan si bayam tulah aku senang dapat tyroit...tapi tu dulu lah sekarang dah sihat siap join taichi lagi tuh...babai my bff....kadang kadang ja kita boleh bergeng ok...

kajian haku = didapati saspek si kobis dan si bayam yaitu bff kepada reezsakura telah melakukan satu kesalahan undang undang dunia karut blog..saspek si kobis dan si bayam didapati telah bersubahat dengan geng sayurband untuk menjatuhkan reezsakura dari dunia karut blog ini...oleh sebab itu tanpa membuang masa dan jam dinding beliau (reezsakura) telah mengundur diri buat sementara waktu masuk ke dunia normal untuk menjadi manusia yang lebih sihat...atas sebab sebelum kes ini di kesan beliau penah menjadi salah seorang ahli club tyroitband berpunca dari kes si saspek saspek itu tadi..akan tetapi beliau telah memaafkan bff beliau yaitu si kobis dan si bayam dan beliau telah menyuruh pihak kerajaan karut blog membebaskan bff beliau...kami disini amat bangga dengan semangat friendship yang tinggi dalam diri beliau sekian berita tammat  saya haku dari karut blog telah membuat kajian mereng dari pentas yang tak berseri seri babai  (>_<)v smile

Oct 18, 2012

tamagotchi game

aku menjadi rajin sekali lagi ^_^ untuk menaip di haku karut blog nih...

penah tak main benda nih? dia comel dan manja dan ada sikit mengada ngada

dia ialah menatang dalam game nih lah..aku penah mengasuh dia...kena bagi makan..bagi dia tidur..bawa dia p klinic dan kena main dengan dia...kalau tak main dengan dia...dia akan merajuk dan tak mau makan dan terus sakit pastu mati...

haaa menatang nih lah aku bagitau tu...

selamat bangun pagi semua dan salam satu dunia

pagi nih aku belum sarapan...dengan tak semena mena aku rajin pulak menulis...eh menaip waktu camni...pagi nih aku nak story pasal cartoon malaysia kesukaan aku pulak...LAYAN...

haaaaaaa ingat dak kartun nih...bestkan..bila nak buat comeback tah la

nih pulak kisah orang dok dalam wad gila tapi best kan cerita nih...tapi dia jadi hero..like like like

cerita nih arwah abah suka tengok sebab permandangan cantik dan jalan cerita budak kampung macam usop sontorian gak *arwah abah panggil cerita nih kartun kain pelikat* yang nih dah masuk pasaran luar kan..tabik sepering lah

haaaa yang nih pulak tengah top sekarang sampai ada restoran lagi woo..tabik sepering lah *siap angkat dua tangan serentak*

kajian haku = dari dok layan angry birds sampai mereng tu lagi baik aku layan cerita nih..*jujur nih jujur nih   jangan lah marah aku* main game tu tak penah sampai level last pun :(

Oct 17, 2012

cita cita aku dulu dan mungkin kini

hoh!! umur dah tua tapi masih ada cita cita lagi ka?  tak pa meh aku story pasal cita cita aku
cikgu muzik...*guna foto sendiri dan tak copy hak orang hehe*

koreografer *pereka tarian*

army

hairstylist *aku dah penah jadi*

ahli silap mata



kenapa agaknya tiba tiba ada kunci? tu tandanya ada berkenaan dengan cita cita aku *tukang pembuat kunci, jangan tak tau..email pertama aku pun aku letak nama kunci hehe*

banyak lagi cita cita aku sebenarnya tapi segan pulak nak story ^_^

impian percutian keluarga

tokyo

disneyland

tembok besar china

bali

wallpaper

petang nih saja saja lah aku jalan jalan dalam google untuk cari wallpaper untuk facebook aku tiba tiba aku terjumpalah gambar nih comel sangat kawaii town nih...kat korea atau jepun pasti lah ada tempat macam nih  kan kat sana kat malaysia bila nak ada tah?

pastu aku teringat pulak satu cerita dari studio ghibli OBLIVION ISLAND aku tak tengok lagi





dan nih pulak koleksi yang aku nak kumpul hehe






love studio ghibli



travel terangganu/kelantan

pengembaraan aku ke destinasi belum sampai tapi aku yang dok kat dalam bas...bermacam macam perasaan...teruja+happy+boring sebab apa aku pun tak pasti...tapi aku happy sangat dapat berkunjung ke banyak tempat dan yang paling aku suka adalah masjid kristal...tapi apa apa pun layan saja foto foto nih...

                            grand continentel hotel terangganu

                            pasar payang terangganu

canting batik

masjid kristel

gerai keropok losong

grand riverview hotel kelantan

check out riverview hotel

kampung kraft
dan otw ke penang



Oct 16, 2012

oppa gangnam style kenapa kenapa?

dua tiga bulan nih aku asyik dengar lagu oppa gangnam style si psy tu saja...lama lama aku dah makin bengang pun ada...kekiri dengar lagu psy kekanan pun dengar lagu si psy tu kenapa kenapa kenapa...aku jalan jalan kat luar pun tengok budak kecik pun menari tarian oppa gangnam style...kenapa kenapa kenapa...tiap hari aku akan dengar suara si psy...kenapa kenapa kenapa...kedai sebelah pun hari hari pasang muzik box besar tong tu lagu si psy gak..pagi petang siang malam oppa gangnam style...kadang kadang rasa cam si psy tu dok taman semilang pun ada gak....kenapa kenapa kenapa psy kenapa.......arrrhh...tension...lagu si psy tu memang cambest tapi...KENAPA HANG MAHAL SANGAT OPPA GANGNAM STYLE...

pagi pagi yang sihat

jam samsung corby aku berbunyi bunyi...tapi aku tetap tak bangun tido lagi...ada kot dua kali...jam samsung corby bunyi lagi dan jam menunjukkan 7.20 pagi..aku terus bangun dari tido kemas segala tilam , bantal peluk , kain selimut dan si redkuman aku gulung sekali dia dalam tilam tu dan terus menuju ke toilet...dah selesai bersiap aku pun ready set go *ceh macam lagu tokio hotel pulak* macam biasa aku mula ber tai chi sama sama dengan kawan kawan aku...tamat...kebas betul kaki aku masa buat kung fu tai chi..yang lain aku tengok muka depa relex saja...hemm,,,dah abis tai chi aku pun balik kedai dan sekarang aku dok on blog dan update blog dan aku terasa lapar pulak dan aku pun nak p makan...*banyak betul perkataan DAN aku heh heh* hari nih tak best

Oct 4, 2012

projek masa hadapan

sekarang aku dalam proses projek aku sendiri yaitu projek suka suka hati...tema projek adalah kurus tapi sihat..pada setiap pagi aku akan menjogingkan diri aku...aku ditemani pagi yang sejuk...sungai yang di kaburi semak samun lagi misteri dan jalan jalan yang berlopak lopak...bermulanya semua ini atas sebab berat aku semakin tragis sekali..tiap tiap pagi selalu aku menjogingkan diri aku dalam satu ke setengah jam saja,nak joging lebih lebih tak boleh sebab aku nak kena keja pulak...nih lah rupa aku selepas berjaya kurus tapi sihat...comel tak...haha

Oct 2, 2012

petang

suasana petang yang membuang masa dan jam dinding sekali....
hari nih tak dak apa yang best pun...aku hanya dok meneguk segelas air susu yang berhampiran labtop dan hampir mencecah keybord...dan berlatar belakangkan pc yang hampir usang sebab bersarang,,,sat lagi paham paham lah mesti kena cuci habuk habuk kat pc yang bersarang itu...sekarang nih atau mungkin lebih tepat sekali...aktiviti aku baru baru nih adalah belajar bermain diabolo stick...dah memang lama aku nak main tapi baru sekarang ada masa *jam dinding yang aku buang tadi aku sangkut kat dinding balik sebab aku dah takmau buang masa lagi* (^_^) hehehee...sambung balik story diabolo stick...selama aku perektis tak penah langsung pun yang jadi..memanjang saja tak jadi jadi (-__-) hah tension betoi hah...cam mana budak kecik pun leh teror main nih...slamba saja depa main...nih tak leh jadi nih...aku kena buat betul betul dan kalah kan orang teror di seluruh cakrawala eh eh bukan seluruh muka bumi termasuk aliean sekali...hik hik hik..

Jul 27, 2012

seminggu sebelum posa *suka hati aku nak bagitau ini blog aku* (^_^)

cuaca hari nih macam biasa panas, aku terasa sangat dahaga air, air nyiok air tembikai teh ais milo ais, semua aku nak, minum cool blog pun ok gak memandangkan aku dok online blog kan kan *tamaknya aku* alangkah bestnya  dapat berenang renang dalam kolam lost world of tambun pada saat ini,boleh aku naik pelampung rm8 tu, heh lapar pulak nih, nak makan apa ya ho oho ho ho ooo ho ok,aku nak makan char koew teow alka ria *berbilion like*

Jul 21, 2012

posa 2012

hari nih posa aku yang pertama...pedihnya perut aku, sat lagi nak pi niaga bazar ramadhan pulak, hari nih panas terik macam biasa, sekarang tengah tunggu mak, kak ina dan fatin masak untuk jualan,hadoi pedih lagi perut aku bila aku menghidu masakkan depa semua nih (-____-)

Jul 15, 2012

perbualan di antara pocong sewel dan budak lidi

  • pocong sewel = salam dok buat apa sekarang
  • budak lidi = wasalam aku dok online blog 
  • pocong sewel = ada jugak orang nak online dengan hang ka
  •  budak lidi = online blog sajalah..hang buat apa sekarang naufal dah tido ka 
  • pocong sewel = dia dah tido,mak pak dia ja tak tido lagi tunggu nak #@$%&*$# hehe haha
  •  budak lidi = ceh
  •  pocong sewel = aku selalu dok online tapi tak nampak hang pun 
  • budak lidi = aku online blog la,hang online blog ka facebook 
  • pocong sewel = awat hang ingat aku tak dak blog ka 
  • budak lidi = dah ada blog kenapa tak follow aku,hari tu kan dah bagi link blog kat hang 
  • pocong sewel = buat menyemak je blog aku follow hang

  •  budak lidi = aku memang tak layak follow hang,dah menyemak blog,so kenapa rugikan credit mesej aku (  _  ) hoh

  • pocong sewel = aku bowing,lepas anak tido aku tak tau nak buat apa
  • budak lidi = (-_-) 
  • pocong sewel = tak dak apa yang menarik pun 
  • budak lidi = tu dah kira menarik 
  • pocong sewel = menjijikkan jelek lagi ada wek 
  •  pocong sewel = hantar la yang menarik sikit 
  • budak lidi = letak fon jauh jauh aku nak hantar lagi ni (+_+)
  •  pocong sewel = mana...aku tak rasa nak muntah pun 
  • budak lidi = try goncang goncang fon
  •  pocong sewel = bdh tak dak apa benda pun 
  • budak lidi = fon mana boleh goncang sewel 
  • pocong sewel = bdh la hang ni,bdh lagi jelek 
  • budak lidi = nak gaduh ke..meh ha sini gaduh 
  • pocong sewel = ee..sapa yang nak gaduh dengan bdh badan kurus tak cukup zat,aku sepak patah pinggang..budak lidi
  • budak lidi = sekarang aku sama saiz dengan hang,sekali aku tolak hang terguling guling
  •  pocong sewel = mai ah sini kita gaduh
  • budak lidi = tengok luar tingkap
  • pocong sewel = aku nampak ada toyol saja kat luar,hang aku tak nampak pun

  • budak lidi = aku hantar toyol jumpa pocong sewel lagi bdh 
  •  
    sekian tammat  
(◕‿◕)
                       

Jul 7, 2012

anak patung kertas

zaman sekolah dulu aku sangat fanatik dengan anak patung kertas sebab terlalu minat aku beli banyak banyak dan tu salah satu hobi gila aku dulu, setiap anak patung aku ada nama sendiri, selalu aku guna nama aini dan mimi atau kadang kadang aku guna nama anita dan nancy, selalunya aku main dengan twin aku dan kak ina, dulu senang sangat nak cari anak patung kertas yang comel comel tapi sekarang susah sangat nak cari,selalu aku simpan anak patung kertas dalam kotak pensil saja supaya elok dan tak rosak,banyak pakaian anak patung kertas tu cantik cantik, salah satunya yang warna ungu ka biru entah aku lupa tapi corak polka dot lah cantik la, ha dari dulu lagi aku suka polka dot tau,banyak juga pakaian kami yang mak reka sendiri dan tempah semuanya macam pakaian anak patung kertas, kebanyakkan pakaian aku dan twin sama tapi cuma beza warna saja,sayang sekali semua koleksi anak patung kertas dah di makan oleh si anai anai

aku suka ken ken dos dos

kenapa ken ken dos dos? apa benda tu? menatang ka? bukan bukan tu nama sejenis makanan yang aku suka suka panggil nama pelik pelik jerk, sebenarnya namanya ialah coklat, aku paling suka yang ada hazel nut dan milk emm....memang sedap woo..dulu masa pulang dari sekolah masa zaman sekolah rendah, aku dan twin selalu singgah kedai mamak beli coklat untuk adik adik kami, sampaikan gigi depa rosak sebab selalu makan coklat hehe (^_^)

Jul 6, 2012

si payung comel

hari nih aku nak cerita berkenaan dengan payung, dulu masa zaman sekolah aku suka dan perlu guna payung, payung tu penting untuk aku dan aku pun penting untuk payung, payung penting untuk aku sebab aku boleh berlindung dari si panas dan si hujan, aku penting untuk payung sebab, kalau kita tak guna payung siapa lagi nak guna dia si payung kan kan, aku suka kumpul payung yang corak pelik dan unik sebab senang nak cari kalau hilang, masa zaman aku sekolah dulu ramai pelajar suka guna payung corak bunga bunga. aku pulak suka corak pelik, masa di dalam kelas selalunya tempat letak payung mestila kumpul di belakang, bila waktu pulang mesti semua orang tercari cari payung masing masing kan? cam mana dengan aku pulak? aku dah tentu tak susah nak cari sebab payung aku lain dari yang lain hehe, aku suka payung jenis lipat sebab senang bawa ke mana mana, sebenarnya aku teringin nak beli payung yang bentuk muka kucing yang ada telinga di atas payung tu la, tapi susah la nak cari sebab kebanyakkan semua saiz kecik untuk kanak kanak saja, nanti aku nak beli lah satu (^_^) mesti comel kan *payung yang comel. aku tak comel pun (-_-)*
glitter-graphics.com

Jul 5, 2012

hujan lagi

cuaca dua tiga hari nih agak tak memuaskan sebab hujan lebat dan angin sangat kuat, aku tertunggu2 hujan masih tak berhenti,sejam dua baru berhenti hujan syukurlah, hari nih jualan agak memuaskan lah
glitter-graphics.com

Jul 3, 2012

aktiviti 2 julai 2012

pi sepital ambik darah eh bukan, bagi darah lah
ke destinasi
lepak lepak sambil tunggu bas
ushar ushar orang..eh cool lah mamat tu
eh eh mamat tu lagi, pakai baju kotak kotak macam aku hehe
bye bye dia dah nak chaw

aktiviti 1 julai 2012

masa mula mula masuk smkp, hehe pakai tudung pun dah macam zaman sekolah
ronda tengok gerai di padang
di hadapan kelas kembar aku, tapi nampaknya macam dah di bubarkan
hadiah yang aku dapat sebab main kuiz klik dengan bijak
barang yang aku telah kumpul
pesta makan durian,rambutan,bubur kacang