nuffnang ads

Jun 28, 2012

kemarin punya kisah

kemarin aku tengah dok online, tiba tiba ada mesej masuk,dalam mesej tu orang tu bagitau nama aku dan aku sekolah kat mana dengan betul, aku pun jadi terheran heran jadinya, kata orang tu nama dia jan, aku bagi no fon kat facebook, lagilah aku rasa pelik, manalah aku penah bagi no fon kat orang, tambah tambah lagi kat internet pulak tu, aku pun siasat+kaji+siasat rupanya jan tu rofizan kawan sekolah aku dulu, (^_^) hemm... lain kali bagitau lah nama penuh kan aku tak pening pening nak pkpk, tapi aku masih heran lagi sebab no fon aku tak penah bagi kat dia pun, aku suruh lah dia cerita kat aku semula untuk aku ingat cam mana aku boleh bagi no fon kat dia,ish.. cam mana aku boleh lupa nih, last last barulah tau cerita sebenar, rupa rupanya jan tu pun terlupa cam aku gak, kimi yang bagi no fon aku kat dia, eh eh dua dua bekas pelajar kelas under age (komik under age karya zink) dah kena penyakit lupa ha ha ha, tapi apa apa pun aku gembira sangat dapat berhubung semula dengan kawan sekolah.

Jun 27, 2012

haduh oi tension

Jun 21, 2012

hari ini sangat cibok

aktiviti hari ini

bangun pagi agak lewat.....sembang2 dan makan...pastu aku dan mak pi jalan2 di kamdar cari kain..ke. pacific makan jagung....cosway beli ubat....singgah penanti pi makan pasembor di kedai chin...pi salon....itu sahaja...dan malam nih aku tido agak lewat sebab dok edit kiri edit kanan blog dan pas nih tak tau bila pulak nak tukar layout...mungkin dah boring nanti...tapi aku suka sangat anime yang kat atas tu *konon2nya akulah tu hehe ;p *

Jun 16, 2012

selalu dok dalam kotak sekarang dalam tin..sedap lain macam pulak tu

Jun 15, 2012

si panas terik

hari nih macam biasa...cuaca panas terik *la nih pun aku tengah lap peluh di dahi* fuuhhh...walaupun pasang kipas...buka tingkap...tetap panas...rasa macam nak dok lepak saja dalam air terjun kat kg tok aku...malam nih aku rasa rajin skit nak menaip hehehe...life aku berjalan seperti biasa,aku nak plan pun dah malas sebab apa yang aku plan sebelum umur aku cukup 27 tahun...aku nak pastikan semuanya hampir sempurna akan tetapi...gagal lagi...sebab tu sekarang aku ikut saja masa berjalan...huis...banyak pulak aku tinggalkan titik heh heh heh,kalau karangan dah tentu kena tendang nih ;p pelik pulak aku perasan diri aku nih kadang2,patut lah orang selalu kata *hang nih pelik lah perangai macam apatah* eh kenapa tiba2 aku story pasal diri aku yang pelik? lari dari tajuk pulak hehe,macam nih la di pendek kan cerita...titik lagi.....syok pulak dok tekan titik nih,ho yalah sekarang kan trend polka dot *eh kenapa pulak polka dot pulak,tadi kan nak story benda lain...ish!!* apa lah yang aku mengarut nih entah lah,layan saja apa yang ada di pikiran aku nih...baru2 nih aku sangat2 rasa boring dan aku pun baca semula penulisan aku dalam post,tiba2 aku tergelak sorang2 nasib tak dak orang time tu haha malu pulak kalau orang ingat aku sewel *aku penah kena tegur tau* tak perasan pulak kan tengah syok membaca,post aku yang dulu2 tu dan sekarang banyak gak beza sebabnya dulu banyak gak aku taip cerita terlalu pendek ejaannya sampaikan aku sendiri pun tak paham apa yang aku tulis..eh! taip ke tulis hah? selalu orang sebut2 penulis blogger kan,sepatutnya penaip blogger lah sebabnya,kita tekan2 huruf tapi bukan tulis2 huruf kan *hehe aku saja ja nak bagi post nih jadi panjang saja syok2 tanya soalan berbaur pelik+sewel sewel* sambung cerita semula ok,ada 2 post tu aku baru perasan dan ada unsur2 misteri sikit sebab pada bulan yang sama tapi tahun lain2 aku hanya keluarkan 1 post saja..keduanya bulan january...adakah ada unsur2 pelik di bulan january? kita akan tunggu jawapannya nanti... *buat lagak seperti gaya watak dalam kisah penyiasatan kindaichi* aku pun dah hampir lupa drama bersiri jepun kesukaan aku hehe cam mana leh lupa pulak dengan kindaichi tu hah,dulu kan aku selalu berangan akulah watak kindaichi tu ;p

Jun 11, 2012

sepital jumpa doktor

beberapa minggu yang lepas (baru hari nih aku ada masa nak kongsi cerita) aku ke sepital lagi untuk mengambil darah (dua biji bas aku kena naik huuh penat betol) sampai sepital macam biasa..ambik nombor dan tunggu di panggil...beberapa minit kemudian nombor aku di panggil..aku pun menuju ke pintu masuk...nampak budak budak pratikal (memang sah aku akan jadi mangsa) beberapa saat kemudian misi budak pratikal tu pun nak ambik darah aku..misi mula sapu ubat di lengan aku dan tak lama kemudian dia mecucuk jarum ke lengan kiri aku..tak sampai berapa saat misi tu terus tarik keluar jarum (tanpa meletakkan kapas) darah aku mula menitis2 keluar (misi bodoh tu mula panik dan tangan dia pulak siap terketar2 saja...(aku lagi terketar2 nak penampar laju2 kat muka dia) doktor mula marah dia sebab dia buat kerja tak ikut step...(jarum bertukar tangan...sekarang jarum ada dengan doktor) doktor ambik darah aku guna tangan kanan pulak tapi darah lak tak keluar2...aku pun mula pening2 lalat pulak..dalam hati (aku rasa aku nak pengsan nih) aku pun bagitau doktor..doktor soh aku bertahan..doktor bertukar tempat cucuk jarum ke tangan kiri aku..lega last2 selesai...tak lama kemudian doktor soh misi bodoh tuh papah aku ke katil tapi misi tuh boleh pulak buat muka tak bersalah dan langsung tak tolong aku jalan menuju ke katil..(sekarang aku kat atas katil) sambil pejam mata dan rehat sekejap..dalam hati (bengangnya misi bodoh tu boleh dia buat macam tak dak salah apa2 kat aku) tak lama kemudian aku pun dah ok dan aku pun berambus dari situ..PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR KEJURURAWATAN...DI HARAP SANGAT MASA KERJA TOLONG JANGAN MAIN MAIN...KALAU KERJA SETAKAT KEJAR KERJA KERAJAAN BAIK TAK YAH...NYAWA ORANG TAK BOLEH BUAT MAIN MAIN...(ingat macam kecik2 dulu ka..main doktor doktor ker..) INGAT STEP YANG DI AJAR DAN JANGAN LALAI..(nasib budak tu baik..kalau kena kat orang lain aku rasa budak tu kena saman agaknya..