nuffnang ads

Nov 23, 2012

watak penyiasat khas di karut blog

sekali lagi aku memperkenalkan watak penyiasat khas atau hakuredkuman di datang khas dari bayangan di luar kotak fikiran aku hanyalah untuk membuat bising di karut blog ini...kalau yang tak kenal siapa gerangan watak tu dan perangai watak yang di cipta khas untuk membuat bising di sini...sila berkenalan dengan hakuredkuman .....

hakuredkuman

NAMA PENUH - HAKUREDKUMAN

NAMA MANJA - HAKU

UMUR WATAK - UNDER 18

KERJAYA DALAM KARUT BLOG - PENYIASAT KHAS KARUT BLOG

HOBI - SELAIN MENYIASAT HAKU SUKA BERAMAH MESRA BERSAMA MASTER RANGGO

PERANGAI WATAK - SUKA SYAK WAHSANGKA PADA ORANG SEKELILING TERMASUK YANG BUKAN ORANG

IMEJ HAKU - BERPAKAIAN COSTIUM BERBAGAI BINATANG

SIAPA HAKU SELAIN WATAK INI - ANAK PATUNG REEZSAKURA



reezsakura otak sumi

kajian haku = haku dengan bangganya telah membuat lagi sedikit kajian tentang sejarah reezsakura dan otak sumi beliau...haku mendapati dalam kajian haku yang agak terperinci sekali...sejak dari azalinya lagi beliau adalah seorang yang pelik...tengok sahaja nama nama gelaran yang telah direka oleh orang sekeliling khas untuk beliau

gelaran  pelik dan makna tersirat =

kayu = nama yang di panggil oleh kawan kawan sekelas...kawan sekelasnya telah memandai mandai menambah huruf k di nama terakhir beliau

landak = nama ini tercipta atas sebab musabab beliau adalah seorang yang panas baran

budak lidi = nama ini hanya orang orang tertentu sahaja yang panggil dan atas sebab di reka khas oleh pocong sewel..hanya dia yang layak memanggil beliau begitu kerana pocong sewel itu mengangap beliau masih kurus seperti zombie lagi

chaka = nama ni sebenarnya chiki kayrot akan tetapi kakaknya panda salah sebut

otak sumi = nama ini pulak yang paling terbaru sekali..telah di reka oleh abang beliau sendiri...mari kita temu dan beramah mesra dengan abang beliau

haku - hye abang pendi...

abang pendi - haiii...comey niiiiiaaaaaaa haku...kenapa pakai costium ni...baru balik dari makan malam holowin ka nih...mintak cekelat cikit

haku - *eh eh abang beliau cam sama mereng macam beliau saja ni,nak lari ka tak nak..nak lari ka tak nak* eh...kita orang islam mana boleh sambut holowin..haku pakai costium ni sebab ni imej haku hehehe comel ka...tima kaceh no abang pendi...nak tanya ni..kenapa abang pendi panggil otak sumi dekat reezsakura ya agaknya...bunyi macam misteri sikit lah

abang pendi - ooooooo....pasai tu ka...panggil dia ceng gitu sebab dia sepisis blur...otak dia lebih kurang sumi la *sambil mengerak gerakkan kepalanya kekiri kekanan*

haku - banyaknya ooooooooooo abang pendi...........

SEKIAN TAMMAT

Nov 16, 2012

hakuredkuman

assalammualaikum rakyat rakyat karut blog...terima kasih singgah ke blog ini...kepada yang tak kenal aku nih **dah tentulah orang tak kenal aku** aku lah pemilik sebenar karut blog ini dan hakuredkuman a.k.a penyiasat khas karut blog adalah watak yang dicipta oleh aku...beliau akan wujud dimana mana saja sesuka hati beliau..**sebenarnya dia anak patung aku** hari ini tak dak penyiasat khas di karut blog oleh kerana sekarang musim cuti sekolah dan beliau dah tentu sedang bercuti...patut sunyi sepi hari ini di karut blog...mana haku agaknya ya...meh kita cari beliau....

jauh di sudut kampung petani...angin sepoi sepoi....daun kering berterbangan dan betaburan ke tanah...ayam pulak....eh ayam dah lama mampos kena virus tecktonic **kah kah kah** tengah tengah aku gelak sorang sorang macam orang sewel ..tiba tiba nampak master ranggo and the geng berlari lari betempiaran...jauh disudut pondok ayam yang kosong...aku ternampak lembaga bertelinga kucing dan bewarna....hitam putih polka dot? besar lain macam jugak aku tengok...alih alih muka dia...ceh hakuredkuman...

sesi bertegur sapa - reezsakura (r) hakuredkuman (h)

r - wei redkuman hang buat apa kat sini?

h - panggil la nama haku jangan la redkuman,dengar macam haku ni banyak kuman pulak,haku hari hari mandi tau,lagipun nama haku tu comel sikit

r - ceh perasan...alah...panggil apa pun sama ja,wei buat apa kat sini,mentang mentang cuti sekolah mai lepak kat kampung aku pulak,nak kaji apa kat sini

h - haku tengah temuramah master ranggo and the geng pasal kes rumah kotor

r - ho ya ya betoi la depa selalu buang virus merata rata,patut la busuk kat hang haku wei **aku sedang tersenyum kambing biri biri yang comel

h - hehe...haku bersoal jawab tadi dengan master ranggo...kata dia..depa tak boleh makan makanan murah sebab tu lah sakit perut setiap hari..

r - ishh..berlagak betoi

h - ok lah nak sambung temu bual dengan depa lagi nih...ok hey hey bye bye

r - bye haku...jumpa di karut blog... **tak dapat aku bayangkan haku temu bual dengan kucing,virus mereng aku nih terjangkit kat dia agaknya**

berani punya budak

suasana petang yang disulami mentari petang...tiga budak kecil dalam lingkungan 3-4 tahun melintas depan aku....mana pi mak pak budak budak tu agaknya....di coliknya dek abang penyamun nanti baru nak kalut...berani betul budak budak zaman sekarang...yang kemarin kes budak zaman sekarang gak...bawa moto macam naik jet peribadi pulak...kekiri kekanan suka suka hati bapak jek...

bye bye kotak besi

semalam dah ada orang datang bayar duit untuk beli kotak besi...aku terasa gembira dan riang ria tapi jauh di sudut hati comel aku nih..terasa sedikit sedih kerana kenangan aku dengan kotak besi begitu banyak...tapi tidak mengapa sebabnya aku nak dapat kawan baru...hehe nama dia beca besi..siapa mereka mereka itu? kotak besi(store menyimpan barang) beca besi(beskat roda tiga) tak sabar nak guna kawan baru...hip hip horey....

mahlin.......aku rindu

dah lama betul aku tinggalkan mahlin,entah cam mana tah malam nih teringat ingat kat mahlin,mungkin tengah chat dengan ct kat facebook kot,mungkin......kalau mahlin masih wujud dan aku masih di mahlin sekarang nih dan kalau time shif malam...aku mungkin di store bersama sama maziah dan ina yaitu sahabat aku yang amat aku rindu,mungkin kami bertiga ambik tray dalam kotak...tolak troli ke bilik tray wash....koyak stiker dan berlatar belakangkan muzik mesin AQ,aku pun dah lupa nama mesin tu mungkin betul kot dan tak lupa juga pada bau busuk air pencuci tray...pening betul bau dia sampai aku terlupa nama apa pencuci tu hehe,kalau time break mungkin aku...terus kekantin...dan selesai makan terus ke toilet...lepak kat store sampai orang dah lama masuk line kami masih lepak kat store sambil main pistol angin....tengok abang jan main game dengan abang khairul...abang mat mesti tengah dok tersengeh sengeh dan kacau kami bertiga....dan tak lama lepas tu mungkin abang mie akan cari kami sebab suruh issue barang...dah issue masuk tray wash...mungkin jugak kak nora supervisor panggil aku dan sesi bersoal jawab mungkin terjadi di antara operator(budak lidi a.k.a ultraman) dan supervisor(raksaksa)...kalau dah tak da hal mungkin aku berjalan di depan mini hook up sambil mengushar ushar orang dalam mini hook up dan ana mungkin di dalam mini hook up tu...aku akan melambai lambai tangan sambil tersenyum kambing biri biri yang comel **ceh perasan** bila tak dak keja mungkin kami di store..maziah dan ina mungkin tido aku lak tentulah lepak sekejap kat tray wash **melilau sebenarnya heh heh** mungkin check stok tray sikit atau banyak...acara melilau sorang sorang yang paling aku suka...tak boleh selalu melilau dengan geng sebab nampak macam tak buat keja pulak,padahal belambak tray yang kami issue...atau pun mungkin sekarang aku dan geng tengah nyenyak tido kat store atas pallet berbantalkan tray dan berbangkukan kotak...berselimutkan angin sepoi sepoi hahaha....rindunya time tu...sekarang mahlin dah lama berkubur...berkubur bersama sama kenangan terindah kami bertiga...

Nov 15, 2012

kasut goreng

di gerai jualan...

pembeli - kak nak kuih suji 2 ringgit

penjual - *dah siap dibungkus*

pembeli - kak tak jadilah...tukar kuih pulut seri muka lah

penjual - *dah siap di tukar*

pembeli - kak tak jadi pulak la..awek saya tak nak pulut...ambik kuih lapis dah la

penjual - kasut goreng pun dijual disini..nak ke? *sambil senyum kambing biri biri*

pembeli - hehe...

Nov 10, 2012

kisah penyiasatan hakuredkuman

petang ini haku membuat satu lagi kajian tetang tahap kemerengan reezsakura...

reezsakura (beliau) telah di dapati membuat satu kesalahan yang agak megecilkan hati rakyat rakyat karut blog...kesalahan itu ialah,beliau di dapati tidak menghadirkan diri ke tempat perjumpaan rahsia yang telah di tetapkan pada setiap pagi...haku dengan penuh keboringan menunggu beliau untuk menyoal siasat kes yang telah beliau lakukan keatas perjanjian surat menyurat karut blog...dan sekarang kita telah terjumpa beliau dengan tak semena mena dalam keadaan mengejut di tepi peti ais bersama sama saspek air milo dan juga roti...haku dengan penuh sedaya upaya untuk menangkap beliau dan saspek saspek...

reez - wei wei kenapa kenapa main tangkap tangkap nih?

haku - relex relex...jangan jerik jerik...haku tak pekak lagi...

reez - sejak bila haku partime culik orang pulak nih?

* sementara itu,milo dan roti telah melarikan diri masuk kedalam mulut reez dengan penuh ketakutan yang berganda *

haku - eh eh bukan bukan,haku hanya menjalankan tugas sebagai penyiasat khas di karut blog ini  untuk menemu ramah reez pada pagi tadi,akan tetapi reez telah melanggar undang undang karut blog

reez - sejak bila pulak karut blog ada undang undang?

haku - sejak reez membuat perjanjian untuk menjadi seorang yang sihat

reez - ya betul dan apa kena mengenanya dengan penangkapan hari ini?

haku - reez tak tepati janji untuk membuat perjumpaan pada setiap pagi bersama penyiasat karut blog dan berjoging bersama sama

reez - ho ya...aku lupa lak pasal tu hehe...aku bukan lupa tapi letih nak pergi jumpa haku sebabnya ada banyak hal dengan mak aku...sebab tu la aku tak pi

haku - hoh begitu ka...ok sekarang reez telah dapat di bebaskan tanpa sebarang kemuskilan lagi...

reez - terima kasih terima kasih dan bye bye haku

kajian haku : haku membuat atau merasa syak wahsangka pada reez selama sesi menemu ramah bersama beliau...haku merasakan ada lagi virus virus malas dan tahap kemalasan beliau nampak amat ketara kerana selama masa dalam dua bulan ini beliau di dapati terlalu sibuk akan tetapi kesibukkan beliau agak misteri dan magic sekali...haku akan terus membuat siasatan dengan lebih terperinci lagi...dengan ini assalammualaikum dan salam satu dunia (^_^)v  *senyumselalu*

Nov 4, 2012

musim hujan sedunia


ucapan musim hujan renyai renyai *sebelum baca sila titis eye mo di mata dulu*

ucapanmerengdarireezsakuraselamatmenyambutmusimhujanseduniakepadarakyatmukabumidanbersiapsediajikabanjirmenghampirianda

kajian haku:

 dalam masa terdekat ini didapati tuan punya karut blog ini yaitu reezsakura...baru baru ini beliau telah memberi sependek ucapan berunsur aneh akan tetapi ucapan yang telalu ringas berbaur pelik dan misteri sedikit..disebabkan beliau baru baru ini merasakan diri beliau terlalu fanatik dan hampir stress...mari kita ikuti temu bual kosong dengan beliau

haku = assalammualaikum reezsakura sihat *senyum senyum kambing biri biri*

reez = waalaikummussalam tak sihat...kenapa senyum senyum nih nak kena gigit ka?

haku = eh eh tak tak...hehe dengar dengar baru baru nih reez nampak agak stress ya...kenapa jadi lagu tu

reez = ho yang buleh jadi lagu tu sebab lagu tu la

haku = *hisshh...sewel dah budak nih* eh eh tak tak...maksud haku kelakuan reez sekarang begitu aneh sekali

reez = oh ya reez jadi lagu ni di sebabkan selalu dengar lagu si psy tu la
*haku merasa pelik dan hairan sambil menggaru garu kan kepala sendiri yang disalut dengan costium arnab*

haku = kenapa kenapa pasal lagu si psy kenapa tak lagu orang lain

reez = sebab lagu oppa gangnam style tu reez dengar setiap sudut dan ruang pada setiap hari dan tak semena mena terikut si psy menari sekali

haku = tapi apa kaitan dengan menulisan yg agak mereng semasa berkarya di karut blog tu?

reez = bukan menulis la monyet oi...menaip la...nak kena gigit ka...dah la macam arnab dah hang aku tengok...kan si psy tu menari silangkan tangan dia dan reez pun tiru la dan bila nak menaip dengan tak semena mena terikut ikut pulak nak tekan button space pun jadik susah

haku = ho haku pun suka sangat abang psy tu tapi dia gemuk la tapi tak pa dia lawak  hik hik *haku ketawa sambil menari nari tarian oppa gangnam style* ok selamat menyambut musim hujan renyai renyai reezsakura

reez = ya selamat jugak...tengok hang nih aku teringin la nak makan daging arnab*sambil jeling jeling haku yang bercostium arnab*

*haku terus lari lintang pukang sebab tak nak jadi mangsa digigit oleh reez..sesi perjumpaan ini di adakan di tempat rahsia yaitu di tepi sungai dan di jalan jalan yang penuh misteri*