nuffnang ads

Dec 28, 2012

2012 aku pergi dulu

hari ini seperti biasa....aku lalui hari hari terakhir 2012....malam nih lepak rumah kak fatin mungkin sampai ke pagi kot...tengok maharajalawak mega best jugak...tak banyak benda aku nak taip hari nih sebab aku pening kepala hotak sumi keh keh keh.


kajian haku : malam ini tak banyak perkara yang dapat haku membuat kajian kerana reezsakura didapati tengah atau sedang mencuba menjadi manusia normal.kerana sebelum ini beliau tidak normal *kerja 24jam sehari tapi tak jadi jutawan pun kesian kesian* ok sampai disini saja siaran berita penting k bye bye (^_^)v

Dec 26, 2012

pagi pagi yang boring dan banyak kerja

sepatutnya pagi nih aku kena p maybank sebab nak tukar kad ceri akan tetapi aku sibuk sikit dengan misi 007 aku nih...tengah dok menaip tiba tiba perut aku pulak berbunyi krok krek krok krek...lapaqnya oii...pagi ni bersarapan bubur kacang hijau saja,nak beli makanan lain pun makcik nasi lemak tu tak niaga pulak huh! mungkin isnin nih aku bercuti kot,bercuti...wah best tu mesti boleh baring baring tepi pantai sampai terbakar kulit *tengah menari nari keriangan* huh mana ada nak bercuti macam tu buat masa sekarang nih oit,aku nak bercuti untuk buat kad ceri ja pun dan mungkin lepak sat kat scm sorang sorang *sedih betoi*


kajian haku : kasihan betul dekat beliau sebab selalu lepak sorang sorang,mana pi semua kawan kawan beliau,hoo hari tu beliau ada bagitau kat haku yang kawan kawan beliau semua sibuk dan ada yang dah berkawen dan tak dapat hangout sama,tapi time kawan kawan beliau ada masa nak lepak sekali,beliau pulak yang banyak alasan tak mau jumpa depa semua,kenapa ek? ini satu kemisterian yang melampau di kerajaan karut blog ini...kita mesti siasat beliau, *eh eh selama nih haku kan buat kajian sorang sorang, huh kenapa pulak nak ajak orang lain* rahsia penyiasatan ini tidak dapat di bongkarkan pada sesiapa selain haku sorang ja yang layak *buat muka bangga sambil tangan membuat tabik sepering*  biarlah rahsia...macam kak siti nurhaliza pulak keh keh keh ok hey hey bye bye dan sayang awak yang tengah membaca karut blog ini.

Dec 9, 2012

BERJALAN KAKI 30 MINIT SEHARI PAGI ATAU PETANG




aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.
  
  Amalan berjalan kaki laju mempunyai sembilan manfaat iaitu:

BERAT BADAN STABIL

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

MENURUNKAN BERAT BADAN


Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

RISIKO ELAK SERANGAN JANTUNG

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

ANGIN AHMAR ATAU STROK
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

MENCEGAH KENCING MANIS

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

MENCEGAH OSTEOPROSIS

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

MEREDAKAN SAKIT LUTUT

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

TEKANAN

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

KANCER

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

SEMASA BERSENAM

~ pilih kasut dan pakaian khas untuk bersukan 

~ pilih lokasi,padang yang rata 

~ buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

~ Gerakkan lengan ketika berjalan

~ Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

~ Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman