nuffnang ads

Oct 27, 2013

master ranggo

Agak agaknya aku belum story lagi pasal kehidupan master ranggo dan aku tak tunjuk lagi muka dia kat haku karut blog nih kan kan....ehhhh betoi ka niii..



Siapa master ranggo ye tuan tuan dan puan puan?

Dia bukan ahli silat....

Dia bukan musuh sapa sapa....

Dia bukan ketua kampung mahu pun samseng kampung...

Master ranggo yang aku tengah membahas ini adalah * ceh macam nak kena sekeh ja budak reezsakura nih kan * master ranggo tu sebenarnya kucing aku lah wey.. Hahahaha

Kucing kesayangan aku nih kami boh banyak nama kat dia dan ini senarai nama dia.kalaupun ada ic untuk dia pasti susah jadinya kan..dah tak cukup ruang alamat rumah untuknya dalam ic.

Nama nama beliau

Master ranggo
Chadut
Dut
Adik
Go

Tabiat pelik beliau.selalu tidoq suka hati time bila pun..tiap pagi beliau gerak aku dari tidoq.beliau akan bunyi meow meow meow sebanyak mungkin di tepi telinga aku sambil tangannya bergerak gerakkan tangannya seolah olah mengurut aku.paling tak boleh di terima akai.beliau akan cuba kiss aku kalau aku tidur mati.mungkin beliau sangkakan aku ni snow white.beliau suka makan berulang ulang dalam masa setengah jam lebih kurang..beliau pulak suka lepak ikut suka hati.. Ok itu saja untuk petang yang sunyi ini..





May 22, 2013

planing raya 2013

amboi aku nih sakan hah oii...posa pun dak lagi nih hehe....tak sat sky (adik kai) tanya aku tahun nih kita nak cat rumah warna apa,aku kata nak cat warna biru lembut tapi sky kata tak cantik dan warna tu nampak pelik skit  ** amboi dah macam ahli pereka hiasan dalaman lah pulak** mak pulak nak cat warna merah separuh mix dengan warna lain yang sesuai...ok gak warna tu,dah macam rumah sims aku lah... setiap dua tahun aku dan sky memang akan menukar cat rumah kami..kadang kadang ahli keluarga kami yang lain tolong jugak...dalam family kami yang sekepala dengan aku adalah sky...banyak perkara kami sependapat hui macam kembaq aku pulak.
-TAMMAT-

plan untuk baju raya pulak mak sembang tadi nak ajak buat baju kurung tapi aku bagitau aku teringin baju jubah,bila mak tanya aku nak warna apa? aku tak pasti lagi mungkin warna koko mix warna emas wow mesti nampak mewah kan..tapi mak ajak buat warna pish...aku terus kata OK  -TAMMAT-

tahun nih aku rasa malas nak buat biskut raya lah...tau sebab apa? sebab biskut raya 2012 pun tak abis lagi nih dok ada lagi dalam lemari dapur rumah kami nih... nak kata tak sedap semuanya sedap,mungkin kami dah boring makan kot agaknya,kalau tak buat biskut raya rasa macam tak raya lah pulak,tak meriah langsung -TAMMAT-

KAJIAN HAKU = uiis sampai 3 entri sekali post

REEZSAKURA = oii budak sibok ja hal orang tua... pi main jauh jauh nuh.... syoh syoh..

HAKU = hik hik hik  

hari ibu yang dah lepas **semuanya kerana satay**

walaupun dah lepas cerita nih tapi aku tetap nak bagitau jugak jugak sebab ini blog aku yang punya....suka hati  **buat muka belagak skit**

petang tu aku dah memang buat plan relek relek di bawah pohon nan rimbun di tengah panas terik bumi malaysia **cis dah macam budak sastera la**

malam dah tiba...hanya aku...mak dan panda (kakina) kami bertiga menaiki kancil ungu lembut menuju ke DIN SCOOT bila sampai kat situ apa yang di oder tak dak pulak menu 1 (satay) ...kami menukar ke plan ke dua iaitu NASI KANDAR PELITA tetapi seperti tadi jugak apa yang di oder tak dak menu 2 (ayam tandori) kami terus menuju ke NASI KANDAR PELITA seterusnya nasib kami agak baik tapiiii....huh ada juga tapi nya ye.ayam tandori ada 1 set saja oii...terpaksa la kami mengoder menu yang lain,set tandori bagi kat mak kesayangan memandangkan hari itu hari ibu...tak dapat lah nak makan satay hari ibu....

TAMMAT




YANG BENAR budak lidi

Apr 28, 2013

tiba tiba line laju

satu hari aku try nak update blog tapi bengang betoi bila aku on berok band ** slow linenya hanya tuhan saja yang tahu** yang mengbengangkan aku lagi....time time mengantuk nih la nak laju tiba tiba pun,mungkin tak ramai yang online kot,malam nih aku buat sedikit kajian tempatan ** hehe macam zaman sekolah pulak ** aku buat kajian tentang sajak yang dah memang betoi betoi lama aku tinggalkan,tadi petang aku ushar ushar blog sapa entah aku lupa tengok nama beliau ** dah tua sedar diri suka terlupa ** kat blog tu ada bagitau pasal jual karya sendiri di majalah,aku pun dah lama berminat nak join sekaki merasa rezeki dari karya sendiri,tadi aku sempat copy paste sajak sajak aku dalam blog aku nih tapi asalnya aku anggap sebagai lirik saja,memandangkan aku tengah merasa jadi penganggur untuk kali yang entah keberapa tah lah,aku pun terpikir pasal nak try join jual karya,sebenarnya aku nak start buka bundle online tapi semuanya memerlukan modal,nampak caranya terpaksa la aku cari partime yang tak memerlukan sebarang modal yaitu hanyalah jual karya aku yang terkubur dalam blog nih bertahun tahun lamanya,mungkin kena edit sikit untuk jadikan sebuah sajak dari karya reezsakura dan tidak di copy pastekan dari sajak orang lain,itu bukan diri aku yang sebenar,perkara yang macam tu amat memalukan bagi aku,insyallah aku akan cuba yang terbaik sikit demi sedikit,tadi jugak sempat aku mengarang cerita,mungkin untuk carpen kot,ada satu karya aku yang belum siap sepenuhnya terhilang pulak (>_<) nak kena buat semula **aduhai** dengan ini sekian berita  #TAMMAT#

Apr 26, 2013

kelas komunikasi bahasa

dulu masa aku kanak kanak...aku penah terpikir pasal bahasa...kenapa semua orang bercakap berbeza beza bunyinya...sebutan pun lain sangat...ada yang aku faham dan ada yang aku langsung tak faham...kenapa manusia kena cakap bahasa berbeza beza...kenapa manusia tak bercakap guna 1 bahasa saja...tu dulu.....bila umur makin berubah aku pun rasa nak belajar semua bahasa kat dunia nih...tapi bila dah makin meningkat umur,bahasa apa pun aku tak belajar...lani aku belajar bahasa english, jepun dan korea...tapi sampai lani tak terer terer lagi hahaha...aku banyak belajar bahasa bila tengok drama memang best...banyak sebutan yang aku faham tapi bila time nak cakap balik aku sendiri pun susah nak sebut..kah kah kah kah

mimpi semalam

semalam aku tido agak lewat...jam 2 pagi...

lani aku dok dalam mimpi....tiba tiba aku dengan orang ramai kena tawan dengan orang sulu di mall tapi aku tak pasti kat mana,nampak macam dalam jusco perda pun ada...tak lama kemudian tentera malaysia dapat tewaskan orang sulu dan kami semua  dibebaskan...yang nak tergelaknya cam mana pulak yuyu zulaikha blogger femes tu kena tangkap sama sama dengan aku sekali...ramah pulak tu dengan aku...pada masa yang sama aku tiba tiba pi bersembang dengan orang sulu *jangan bergaduh... tak sayang negara sendiri ka dan tak rindu ka kat negara sendiri...kenapa mai buat kacau kat malaysia* lebih kurang tu la ayat aku...dah semua dibebaskan aku pun panggil yuyu zulaikha tu tapi dia tengah cakap telefon dan dia buat buat tak tau saja kat aku...tiba tiba kawan dia panggil...eh eh...dia rancak pulak bersembang...sombong pulak budak kecik nih (>_<) nasib la dalam mimpi....hehe ok mimpi TAMMAT

apa la mengarut sungguh mimpi aku nih kan tapi takpa aku happy sebab malaysia dah aman




I   LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE    MALAYSIA    (^_^)v *senyumselalu*

Apr 22, 2013

bila nak kawen ni cek oi

haku redkuman = haku     reezsakura = reez

haku = assalammualaikum reez

reez = waalaikummussalam....haku

haku = sekarang yang sebetoinya reez ni umur brapa?

reez = lani umur reez hampir 28 tahun dan reez malas pikir pasal kawen sebab

   1 ------>>> bukan matlamat hidup aku *ada jodoh aku kawen*

   2 ------>>> diri sendiri pun huru hara camna nak bina keluarga

   3 ------>>> matlamat aku nak ada bisnes sendiri

   4 ------>>> nak berjaya dengan bisnes sendiri

   5 ------>>> nak beli keta

   6 ------>>> nak beli rumah

   7 ------>>> nak sediakan keselesaan family aku (rumah baru ditapak kampung petani      dan bagi family aku sentiasa sihat *boleh travel sama sama nanti

   8 ------>>> nak bawa family ke mekah tunaikan umrah dan haji

   9 ------>>> nak bawa family melancong ke (kashmir*tempat yang mak teringin nak      pi* +london+belanda *ada perkampungan cantik kat sana* +(korea+jepun)     *ada banyak game kat situ* dan tempat tempat impian family aku                   yang lain

   10 ------>>> aku nak travel sorang diri ke seluruh pelusuh dunia

*mengembara adalah matlamat sebenar aku hidup kat dunia ini*

bye (^_^)v  *senyum selalu*

haku = amboi amboi belum tanya soalan pun dah bagi jawapan *kena siasat ni*

reez = heh heh heh terer dak terer dak

haku = cis
 

cuti + boring + cuaca panas

pagi.....

bangun macam biasa....

hantar kai ke pejabat risda....

kai ke besut....

aku taktau nak buat apa....

CUTI + BORING + CUACA PANAS

aku dahaga teringin air jus buah kat tesco.....

teringin nak terjun dalam kolam bukit ayer perlis....

rasa boring tahap nak baling master ranggo dalam kolah air  dalam toilet kampung petani....

boring betoi rasa macam nak pi shopping kat SCM....

kepala hotak aku dok pikir pasal PURIKURA kenapa?

rasa macam nak gunting rambut pendek macam sim kyoto sakura keto *nama sim dalam game aku* panas sangat nih....





Apr 20, 2013

temu ramah mesra alam bersama reezsakura

haku redkuman = H  reezsakura = R

H = assalammualaikum cik reezsakura...tengah buat apa sekarang ni

R = waalaikummussalam..sekarang tengah dok simbang dengan redkuman la

H = ciss...

R = hehe...hari nih nak siasat pasal apa pulak? menyebok la budak nih

h = amboi amboi...perli...hari nih haku nak tanya,kemana cik reez menghilang dua ke tiga minggu ni?

R = aku kena culik dengan aliean,depa ambik aku jadik anak angkat depa...hehe...panggil reez dah la,tak yah berincik pulak

H = panggil cik nampak formal skit heheheheheheheh

R = huis pelik jek gelaknya nih

H = biasa la...haku suka gelak...napa reez lama tak masuk keja? dah benti jadi blogger ka?

R = eh tak la,sampai bila bila reez nak jadi blogger nih...yang tak masuk keja tu pasal line terlalu slow sangat la...plan plan tu nak tukar line ja kot,mungkin bulan depan last

H = ok bagus tu...majukan diri untuk negara...haku pun nak jugak jadi blogger tapi tak reti pulak nak berstory story ni

R = ho ya ka

H =  ya ya ya ya ya ya ya ya

R =  wey sewel ka

H = heh heh heh...dengar dengar reez cuti dua minggu kan...napa tak jalan jalan..tak dak duit ka...meh nak bagi duit tapi duit syiling la..boleh

R = amboi amboi perli balik...ya betoi la aku cuti tapi nak jalan jalan ekonomi tak mengizinkan pulak...jadi jawapnya dok rumah ja tengok dut

H = eh tiru pulak...eh eh dut tu benda apa? game ka?

R = dut tu kucing la nama dia master ranggo a.k.a chadut

H = oooo ranggo ka ingatkan siapa tadi...ingatkan game

R = ha cakap pasal game kan...baru baru nih best la tercapai jugak nak ambik gambar dalam kotak purikura

H = kotak purikura tu apa benda pulak? kucing baru bela ka? comel la nama dia

R = hahaha bukan kucing la tapi print club

H = oooo cakap la mesin masa depan....suka  sangat dengan purikura ni..boleh ambik gambar macam macam style yang kita suka dan tak dak sapa nak kata *pelik la hang posing* *gedik la hang buat buat comel*

R = bestkan purikura...dah lama betoi nak masuk dalam tu tapi tak dak geng..entah camna hari tu adik adik ajak dan secara spontan aku kata *ha ok gak* tapi dengan gaya selekeh kami bertiga pun posing dengan kalang kelibutnya...last last dapat tengok muka masing masing macam orang korea pulak putih gebu,mata bulat siap pakai celak mata ala baby doll pulak haha nama kotak tu pun baby 3,kebetulan kami pun tiga orang...eh eh macam sesuai pulak heh heh heh

H = hui bestnya,bila nak pi lagi

R = tak tau la bila pulak...ingat nak ajak pa'ah nanti bila dia balik sini tapi dia mesti dah boring masuk purikura kan,dia mesti selalu ambik gambar dengan kawan kawan dia (-__-)

H = pa'ah tu benda apa pulak?

R = pa'ah tu kembaq aku la monyet oi...

H = hehe saja tanya

pagi yang sunyi

19 april 2013

pagi yang sangat lain aku rasa....fatin gerak aku dari tidur....*moon dah tak dak...dia kemalangan...dia dah meninggal dunia* dengar ja fatin cakap macam tu terus aku tergamam...memang aku tak rapat dengan moon pun camtu jugak family aku yang lain tapi pemergian nya tetap terasa sedih sangat..sampai lani aku tak percaya yang moon dah tak dak walaupun aku sendiri nampak depan mata aku yang moon terbaring kaku di atas katil...sebak memang tersangat sebak...datangnya sekelip mata...perginya tak dijangka...aku masih ingat masa moon masih bernafas...dia selalu mai lepak di kedai...sementara tunggu fatin bersiap...dia mai lepak dengan aku kat tapak niaga dan dia penah beli air soya botol kat aku..aku selalu cakap kat dia selalu buat aktiviti mingguan...tonton wayang dengan fatin...semua cerita panggung yang terbaru semuanya depa yang terawal tengok...aku dan family pun pernah join depa..memang best sangat time tu...yang nak tergelaknya time tengah syok syok tengok wayang tiba tiba fon pa'ah hilang...kami semua kalut dok cari fon pa'ah,rupa rupanya ada atas bangku duduk pa'ah...perangai moon pun iras iras pa'ah gak sebenarnya yang tu yang aku seronok tengok pa'ah versi lelaki...masa pa'ah kat KL,moon lah ganti tempat pa'ah...tapi apa boleh buat...tu semua hanya tinggal kenangan...semoga rohnya tenang disana...moon tetap dalam ingatan kami sekeluarga...terima kasih moon sebab pernah menjadi sebahagian ahli keluarga kami....AL-FATIHAH....

kali pertama masuk purikura

sebenarnya dah memang lama betoi aku nak tangkap gambar purikura nih tapi...entah camna aku boleh dok terlupa bila masuk kedai game...aku dok set dalam kepala hotak aku *nak main para para dance* terlupa pulak aku pada purikura tu...last last dapat gak berpurikura bersama adik adik kesayangan...tapi tak puas pulak rasanya...len kali aku nak p purikura lagi hehe


love ikpk

dinginnya aku rasa hawa di puncak gunung....ku lihat di lembahnya berbalam kampung kampung.....kenangan yang tak mungkin aku lupa







Mar 12, 2013

thailand aku datang

bangun seawal pagi....naik kancil dengan kakina dan kawan dia....sampai di thailand...fuuuuhhh panas terik hanya tuhan yang tahu....kawan kak ina jalan punya la laju macam acara sukan neka pulak aku tengok,sampaikan tak sempat nak santai santai pilih baju,lain kali insyallah aku tak mau join sekali dah dengan kawan kakina tu,ada kot sejam dua melilau sambil basahkan tekak dengan mineral water,tak lama kemudian dapat lah dua tiga barang,kakina beli dua pasang kasut untuk diri dia dan sepasang kasut untuk fatin,aku pulak dapat beli dua lai baju,jadi la buat kenang kenagan tapi kesian pulak kat kai mak dan abang,kami tak sempat beli barang untuk depa sebab jalan terkalut kalut pasal kawan kakina yang sorang tu,haah tension dan sangat stress,takpa lain kali aku nak datang lagi boleh terus pi hatyai,pi satu family lagi meriah.....thailand tunggu kami datang lagi....

Mar 9, 2013

lencana sekolah yang ceria

lencana ni bagi aku nampak ceria dan motto yang ringkas tapi mendalam maksudnya

 sekali imbas nampak macam logo ala jurulatih plkn tapi motto yang bersemangat

 yang nih memang terlalu ringkas bagi aku tapi aku tertarik dengan motto dia sangat bersemangat

 lencana yang nih pulak ada iras iras sekolah rendah aku dulu

 lencana nih macam pahlawan atau pesilat

 yang nih paling aku suka sebab nampak ringkas tak banyak bermain warna *amboi dah macam tailor pulak aku nih*

 lencana nih paling ceria

 motto yang sangat bersemangat

 comelnya lencana nih tapi sekali imbas macam jambu air *teringin pulak jambu air kat rumah tok*

 masa aku upload lencana nih,aku tengah dengar lagu maher zain *kebetulan sungguh*

 nih salah satu lencana sekolah jepun *tiba tiba tersesat kat sini* ringkas dan nampak mewah sebab ada tulis university dan institute kot



 haaaa nih la lencana sekolah rendah aku dulu rindunya

 nih pulak lencana sekolah menengah aku rindunya zaman under 18


kajian haku : ish ish dah buang tabiat dah cik reez nih,jadi penyiasat lencana pulak dah,hobi baru kot tu.

baju ala uniform sekolah

bulan lepas aku dengan family p kl dan shopping skit kat TS pastu adala satu baju tu aku terberkenan dan aku belek punya belek dan pikir pikir last tu tak jadi rembat pulak sebab bajet lari tak tau p mana mungkin p beli cool blog kot *hehe mereng pulak* berbalik kepada cerita aku tu tadi,baju tu memang comel sangat,ada warna biru tua,merah dan hijau kot,ia sejenis dress jugak,yang aku teruja sangat tu dekat kolar dia ala ala navy dan jugak hampir sama macam unifrom sekolah jepun atau korea dan juga unifrom zaman mak bapak kita sekolah dulu *aku tau pun sebab tengok album family mak* tak la seratus peratus sama,yang sama dekat kolar saja tapi apa apa pun aku memang terbayang bayang baju tu sampai ke saat ini,plan dalam masa terdekat nak p kl lagi tapi tak tau la bila pulak sebab mungkin lusa nak p thailand jalan jalan kat sana,harap ada baju ala unifrom sekolah tu tapi yang tak bestnya aku p dengan kakina ja,yang lain depa tak dapat p sama,kenapa aku kata macam unifrom sekolah haa nak tau dak nih *ceh cakap sorang pulak* yang paling nampak macam unifrom sekolah tu sebab dekat baju tu ada lencana sekolah memang macam budak sekolah ja kalau pakai tapi tetap nampak ringkas dan yang penting tak seksi ia berlengan panjang sangat,boleh mix dengan legging atau jeans.aku nak tunjuk memang tak dapat nak publish la sebabnya aku lupa snap baju tu,tidak mengapa satu hari nanti akan menjadi koleksi dalam almari aku hehehe...

haku : kenapa cik reez suka nak jadik macam budak sekolah?

reez : bukan suka nak jadik la tapi suka sangat fashion old school..eh eh sibok ja haku nih p  main jauh jauh nuh .

haku : eleh biar la

dunia fantasi

dalam masa sebulan ke dua bulan nih aku jadi terpengaruh game yang satu nih,nama game tu sims 2 family fun stuff,buat masa lani family aku sangat sangat teruja game nih,memang best sangat kalau dapat cipta sims sendiri ikut zodiak kita dan paling best dapat bina rumah sendiri memang best sangat sangat,mula mula aku letak nama umi hana dan adam haris,pastu jadi kalang kelibut,besa la kali pertama kontrol sims,tak lama pastu aku pun dah naik rimas,aku pun padam sims umi hana dan adam haris,dan terciptalah sims baru nama dia kyoto sakura keto,rumah yang aku pilih dua tingkat dan aku deko deko skit  nampak ala ala rumah cerita dongeng fairy tale di sebelah luar,di dalam pulak nampak macam rumah jepun,tak lama lepas tu aku cipta sims kyoto sakura keto jadi student best jugak dan tak lama pastu bagi dia dok rumah sewa cantik sangat aku deko deko jadi tasik ada pokok besar daun warna kuning di tambah kerusi rehat dan meja wow memang tenang ja tengok suasana yang selesa tu tapi tak lama pastu student kyoto tiba tiba kena pindah ke asrama balik sebab baru semester pertama tak boleh dok asing lagi....ceh macam betoi pulak,dan tak lama pastu aku dah malas nak kontrol sims student kyoto sakura keto dan aku pun padam,pastu aku cipta pulak sims terbaru nama dia mello keto,rumah mello simple ja rumah bawah tapi deko deko skit bagi nampak menarik...hui kalau siapa yang stat main game nih memang akan jadi sangat teruja itu saja yang aku dapat gambarkan,sebenarnya game nih dah lama betoi dah tapi baru lani dapat main.

haku : tahun baru 2013 ni banyak betul hobi cik reez ye,umur pun bertambah tambah kah kah      kah

reez : woi!! diam!!

Feb 8, 2013

cop yang sangat kawaii

pada tiga hari yang lepas.....

abis keja aku terasa lapar dan pastu aku terasa nak pi tesco pulak dan aku pun pi la tesco pastuh pulak bila sampai kan...aku tak tau nak makan apa pulak dah la orang ramai gila...aku pun beli la roti,kek dan kiwi ais..dah setel makan aku pun naik atas dan menuju ke DIY...pilih punya pilih pastu terberkenan satu benda nih yang dah lama aku belek sampai lenguh kaki

benda tu adalah jeng jeng jeng

eh ada kucing pulak kat tepi tu *kucing penjaga cop hehhehheh*

kajian haku : oh nampaknya reezsakura ada hobi baru 

Jan 22, 2013

master ranggo balik la

semalam ranggo lari masuk dalam hutan dan terus tak keluar keluar...aku sedih gila...ranggo balik la sini...kami rindu..rasa rasanya lepas nih mungkin family kami tak akan membela kucing lagi...semuanya di sebabkan masing masing sibuk dan tak sempat nak menjaga depa semua....semoga depa gembira selalu dan selamat dari segala binatang yang lain

Jan 5, 2013

aku tak mau jadi budak spek

dalam masa dua hari nih aku jalan jalan dengan fatin adik aku dan kawan kami pun nama dia kak fatin,kami bertiga p try check mata,aku dah agak aku nih rabun tapi aku tak mengaku,last last dapat tau mata aku rabun teruk aku pun mula lah risau,huh nak kena buat spek mata dah la mahai gila oi! dah la macam macam benda aku nak beli,set pencuci muka,set ubat
kesihatan,bayar bill brodband,bill letrik dan air,nak masuk takaful lagi hadoi macam macam lagi *money will come* doa doa kan yang terbaik

temubual mengejut # hakuredkuman(HRK) reezsakura(RS) #

HRK = assalammualaikum cik reezsakura

RS = waalaikummusalam

HRK = sejak bila cik reez dapat tau cik ni rabun

RS = sebenarnya dah lama perasan tapi tak mengaku sebab tak suka pakai spek mata rimas
gila

HRK = kenapa tak pakai lens saja

RS = lens lagi la rimas

HRK = kalau begitu pakai spek la...boleh tanggal tanggal dan nampak k pop skit hehe

RS = ceh k pop la sangat,kemarin ada jugak tengok spek untuk student,ada satu spek tu design dia cool gak,rasa macam nak oder ja design tu tp mahai gila

HRK = tidak mengapa cik reez nanti bila cik dah jadi jutawan,cik beli la kedai tu terus,boleh la tukar tukar spek setiap hari keh keh keh

RS = haha apa lah,mana la orang macam saya ini dengan secara tiba tiba boleh jadi jutawan,juta masalah ada lah,kenapa temubual ini terlalu formal

HRK = hehe haku saje saje aje

RS = eh haku cakap KL ceh

HRK = hehe haku baru balik dari KL je,haku dapat banyak kajian kat sana,banyak betoi baju murah murah

RS = takpa nanti bila reez jadi jutawan kita p shopping banyak banyak kat KL tau

HRK = bagus bagus