nuffnang ads

Apr 28, 2013

tiba tiba line laju

satu hari aku try nak update blog tapi bengang betoi bila aku on berok band ** slow linenya hanya tuhan saja yang tahu** yang mengbengangkan aku lagi....time time mengantuk nih la nak laju tiba tiba pun,mungkin tak ramai yang online kot,malam nih aku buat sedikit kajian tempatan ** hehe macam zaman sekolah pulak ** aku buat kajian tentang sajak yang dah memang betoi betoi lama aku tinggalkan,tadi petang aku ushar ushar blog sapa entah aku lupa tengok nama beliau ** dah tua sedar diri suka terlupa ** kat blog tu ada bagitau pasal jual karya sendiri di majalah,aku pun dah lama berminat nak join sekaki merasa rezeki dari karya sendiri,tadi aku sempat copy paste sajak sajak aku dalam blog aku nih tapi asalnya aku anggap sebagai lirik saja,memandangkan aku tengah merasa jadi penganggur untuk kali yang entah keberapa tah lah,aku pun terpikir pasal nak try join jual karya,sebenarnya aku nak start buka bundle online tapi semuanya memerlukan modal,nampak caranya terpaksa la aku cari partime yang tak memerlukan sebarang modal yaitu hanyalah jual karya aku yang terkubur dalam blog nih bertahun tahun lamanya,mungkin kena edit sikit untuk jadikan sebuah sajak dari karya reezsakura dan tidak di copy pastekan dari sajak orang lain,itu bukan diri aku yang sebenar,perkara yang macam tu amat memalukan bagi aku,insyallah aku akan cuba yang terbaik sikit demi sedikit,tadi jugak sempat aku mengarang cerita,mungkin untuk carpen kot,ada satu karya aku yang belum siap sepenuhnya terhilang pulak (>_<) nak kena buat semula **aduhai** dengan ini sekian berita  #TAMMAT#

Apr 26, 2013

kelas komunikasi bahasa

dulu masa aku kanak kanak...aku penah terpikir pasal bahasa...kenapa semua orang bercakap berbeza beza bunyinya...sebutan pun lain sangat...ada yang aku faham dan ada yang aku langsung tak faham...kenapa manusia kena cakap bahasa berbeza beza...kenapa manusia tak bercakap guna 1 bahasa saja...tu dulu.....bila umur makin berubah aku pun rasa nak belajar semua bahasa kat dunia nih...tapi bila dah makin meningkat umur,bahasa apa pun aku tak belajar...lani aku belajar bahasa english, jepun dan korea...tapi sampai lani tak terer terer lagi hahaha...aku banyak belajar bahasa bila tengok drama memang best...banyak sebutan yang aku faham tapi bila time nak cakap balik aku sendiri pun susah nak sebut..kah kah kah kah

mimpi semalam

semalam aku tido agak lewat...jam 2 pagi...

lani aku dok dalam mimpi....tiba tiba aku dengan orang ramai kena tawan dengan orang sulu di mall tapi aku tak pasti kat mana,nampak macam dalam jusco perda pun ada...tak lama kemudian tentera malaysia dapat tewaskan orang sulu dan kami semua  dibebaskan...yang nak tergelaknya cam mana pulak yuyu zulaikha blogger femes tu kena tangkap sama sama dengan aku sekali...ramah pulak tu dengan aku...pada masa yang sama aku tiba tiba pi bersembang dengan orang sulu *jangan bergaduh... tak sayang negara sendiri ka dan tak rindu ka kat negara sendiri...kenapa mai buat kacau kat malaysia* lebih kurang tu la ayat aku...dah semua dibebaskan aku pun panggil yuyu zulaikha tu tapi dia tengah cakap telefon dan dia buat buat tak tau saja kat aku...tiba tiba kawan dia panggil...eh eh...dia rancak pulak bersembang...sombong pulak budak kecik nih (>_<) nasib la dalam mimpi....hehe ok mimpi TAMMAT

apa la mengarut sungguh mimpi aku nih kan tapi takpa aku happy sebab malaysia dah aman




I   LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE    MALAYSIA    (^_^)v *senyumselalu*

Apr 22, 2013

puricute.com







bila nak kawen ni cek oi

haku redkuman = haku     reezsakura = reez

haku = assalammualaikum reez

reez = waalaikummussalam....haku

haku = sekarang yang sebetoinya reez ni umur brapa?

reez = lani umur reez hampir 28 tahun dan reez malas pikir pasal kawen sebab

   1 ------>>> bukan matlamat hidup aku *ada jodoh aku kawen*

   2 ------>>> diri sendiri pun huru hara camna nak bina keluarga

   3 ------>>> matlamat aku nak ada bisnes sendiri

   4 ------>>> nak berjaya dengan bisnes sendiri

   5 ------>>> nak beli keta

   6 ------>>> nak beli rumah

   7 ------>>> nak sediakan keselesaan family aku (rumah baru ditapak kampung petani      dan bagi family aku sentiasa sihat *boleh travel sama sama nanti

   8 ------>>> nak bawa family ke mekah tunaikan umrah dan haji

   9 ------>>> nak bawa family melancong ke (kashmir*tempat yang mak teringin nak      pi* +london+belanda *ada perkampungan cantik kat sana* +(korea+jepun)     *ada banyak game kat situ* dan tempat tempat impian family aku                   yang lain

   10 ------>>> aku nak travel sorang diri ke seluruh pelusuh dunia

*mengembara adalah matlamat sebenar aku hidup kat dunia ini*

bye (^_^)v  *senyum selalu*

haku = amboi amboi belum tanya soalan pun dah bagi jawapan *kena siasat ni*

reez = heh heh heh terer dak terer dak

haku = cis
 

cuti + boring + cuaca panas

pagi.....

bangun macam biasa....

hantar kai ke pejabat risda....

kai ke besut....

aku taktau nak buat apa....

CUTI + BORING + CUACA PANAS

aku dahaga teringin air jus buah kat tesco.....

teringin nak terjun dalam kolam bukit ayer perlis....

rasa boring tahap nak baling master ranggo dalam kolah air  dalam toilet kampung petani....

boring betoi rasa macam nak pi shopping kat SCM....

kepala hotak aku dok pikir pasal PURIKURA kenapa?

rasa macam nak gunting rambut pendek macam sim kyoto sakura keto *nama sim dalam game aku* panas sangat nih....





Apr 20, 2013

temu ramah mesra alam bersama reezsakura

haku redkuman = H  reezsakura = R

H = assalammualaikum cik reezsakura...tengah buat apa sekarang ni

R = waalaikummussalam..sekarang tengah dok simbang dengan redkuman la

H = ciss...

R = hehe...hari nih nak siasat pasal apa pulak? menyebok la budak nih

h = amboi amboi...perli...hari nih haku nak tanya,kemana cik reez menghilang dua ke tiga minggu ni?

R = aku kena culik dengan aliean,depa ambik aku jadik anak angkat depa...hehe...panggil reez dah la,tak yah berincik pulak

H = panggil cik nampak formal skit heheheheheheheh

R = huis pelik jek gelaknya nih

H = biasa la...haku suka gelak...napa reez lama tak masuk keja? dah benti jadi blogger ka?

R = eh tak la,sampai bila bila reez nak jadi blogger nih...yang tak masuk keja tu pasal line terlalu slow sangat la...plan plan tu nak tukar line ja kot,mungkin bulan depan last

H = ok bagus tu...majukan diri untuk negara...haku pun nak jugak jadi blogger tapi tak reti pulak nak berstory story ni

R = ho ya ka

H =  ya ya ya ya ya ya ya ya

R =  wey sewel ka

H = heh heh heh...dengar dengar reez cuti dua minggu kan...napa tak jalan jalan..tak dak duit ka...meh nak bagi duit tapi duit syiling la..boleh

R = amboi amboi perli balik...ya betoi la aku cuti tapi nak jalan jalan ekonomi tak mengizinkan pulak...jadi jawapnya dok rumah ja tengok dut

H = eh tiru pulak...eh eh dut tu benda apa? game ka?

R = dut tu kucing la nama dia master ranggo a.k.a chadut

H = oooo ranggo ka ingatkan siapa tadi...ingatkan game

R = ha cakap pasal game kan...baru baru nih best la tercapai jugak nak ambik gambar dalam kotak purikura

H = kotak purikura tu apa benda pulak? kucing baru bela ka? comel la nama dia

R = hahaha bukan kucing la tapi print club

H = oooo cakap la mesin masa depan....suka  sangat dengan purikura ni..boleh ambik gambar macam macam style yang kita suka dan tak dak sapa nak kata *pelik la hang posing* *gedik la hang buat buat comel*

R = bestkan purikura...dah lama betoi nak masuk dalam tu tapi tak dak geng..entah camna hari tu adik adik ajak dan secara spontan aku kata *ha ok gak* tapi dengan gaya selekeh kami bertiga pun posing dengan kalang kelibutnya...last last dapat tengok muka masing masing macam orang korea pulak putih gebu,mata bulat siap pakai celak mata ala baby doll pulak haha nama kotak tu pun baby 3,kebetulan kami pun tiga orang...eh eh macam sesuai pulak heh heh heh

H = hui bestnya,bila nak pi lagi

R = tak tau la bila pulak...ingat nak ajak pa'ah nanti bila dia balik sini tapi dia mesti dah boring masuk purikura kan,dia mesti selalu ambik gambar dengan kawan kawan dia (-__-)

H = pa'ah tu benda apa pulak?

R = pa'ah tu kembaq aku la monyet oi...

H = hehe saja tanya

pagi yang sunyi

19 april 2013

pagi yang sangat lain aku rasa....fatin gerak aku dari tidur....*moon dah tak dak...dia kemalangan...dia dah meninggal dunia* dengar ja fatin cakap macam tu terus aku tergamam...memang aku tak rapat dengan moon pun camtu jugak family aku yang lain tapi pemergian nya tetap terasa sedih sangat..sampai lani aku tak percaya yang moon dah tak dak walaupun aku sendiri nampak depan mata aku yang moon terbaring kaku di atas katil...sebak memang tersangat sebak...datangnya sekelip mata...perginya tak dijangka...aku masih ingat masa moon masih bernafas...dia selalu mai lepak di kedai...sementara tunggu fatin bersiap...dia mai lepak dengan aku kat tapak niaga dan dia penah beli air soya botol kat aku..aku selalu cakap kat dia selalu buat aktiviti mingguan...tonton wayang dengan fatin...semua cerita panggung yang terbaru semuanya depa yang terawal tengok...aku dan family pun pernah join depa..memang best sangat time tu...yang nak tergelaknya time tengah syok syok tengok wayang tiba tiba fon pa'ah hilang...kami semua kalut dok cari fon pa'ah,rupa rupanya ada atas bangku duduk pa'ah...perangai moon pun iras iras pa'ah gak sebenarnya yang tu yang aku seronok tengok pa'ah versi lelaki...masa pa'ah kat KL,moon lah ganti tempat pa'ah...tapi apa boleh buat...tu semua hanya tinggal kenangan...semoga rohnya tenang disana...moon tetap dalam ingatan kami sekeluarga...terima kasih moon sebab pernah menjadi sebahagian ahli keluarga kami....AL-FATIHAH....

kali pertama masuk purikura

sebenarnya dah memang lama betoi aku nak tangkap gambar purikura nih tapi...entah camna aku boleh dok terlupa bila masuk kedai game...aku dok set dalam kepala hotak aku *nak main para para dance* terlupa pulak aku pada purikura tu...last last dapat gak berpurikura bersama adik adik kesayangan...tapi tak puas pulak rasanya...len kali aku nak p purikura lagi hehe


love ikpk

dinginnya aku rasa hawa di puncak gunung....ku lihat di lembahnya berbalam kampung kampung.....kenangan yang tak mungkin aku lupa