nuffnang ads

Oct 17, 2014

Hanyalah kawan

Oct 2, 2014

Kedai salon

Ni lah tempat kerja aku dulu sebagai hairstylist...salon kampung

SMKP

ni lah sekolah menengah aku...rindunya zaman sekolah

Sep 30, 2014

Jiwa yang kosong

Ingat awak

Sep 29, 2014

Topeng usang

Sep 27, 2014

Dari jauh

Rindu

Kata manis yang kosong

Seindah jamming

Cinta hanya game

Cinta di lorong bising

Awan

Matahari pagi

Saya ada awak

Hanya gembira

Tak semudah itu

Hanyalah mimpi

Aug 17, 2014

Beberapa hari sebelum masuk hsj

Assalamualaikum semua dan selamat pagi....

La ni jam lenovo aku menujukkan pukul 9.27 am...aku masih dok buat malas kat atas tilam..tak lama lagi aku kena mangkit dan mandi pastu makan pastu balik ke penang semula...
Hooohhh malasnya aku nak jumpa doctor hsj 18hb n 19hn ni..
Walau camna pun keadaan aku tetap kena kuat tempuhi segala ringtangan...
Reezsakura...tolong kuat semangat skit oii

Jul 25, 2014

Raya 2014

Menu biskut raya tahun ni
Biskut Arab
Biskut jejari oat
Biskut mix fruit
Biskut y
Dan 2 Jenis lagi aku tak ingat nama APA sebab biskut tu gagal....
Pakaian raya tahun ni tema warna merah...
Semua persiapan kami dah setel tapi ada benda rahsia aku nak bagitau ni oii....
Aku beli phone baru Lenovo a850+
Hahaaa macam tak caya ja aku jual Bb sedas dan beli Lenovo sedas....kira kiranya dua Kali das aku buat magic *haaa elok ahh dengan la ni ekonomi aku slow skit aku buat keja sedas*

#reezsakura

Apr 28, 2014

esok ke HSJ

Esok aku kena pi hospital lagi..hahhhhh takut pulak perasaan berdup dap dup dap jantung aku,dah lama aku tak ambik darah haa camni lah jadi kan,esok tepat jam 8 pagi kot * hehee aku lupa time lah weii * aku nak kena pi ambik darah kat HSJ,malam ni kena posa sebelum masuk bulan ramadhan lagi,nih bukan posa ganti tau tau,haa nih posa sebab esok nak ambik darah,mesti pagi pagi lagi lutut aku terketar ketar kan kan,camna nak buat nih haa,dah kira fobia dah nih..* ada sapa sapa kat sini boleh tolong aku hilangkan fobia aku nih tak? Menyusahkan hidup aku je lah oii * k itu saja untuk berita karut kali ini bye bye

Apr 12, 2014

ini blog apa? siasatan hakuredkuman

Assalammualaikum..hai semua...dah lama haku bercuti kan,biasalah tu,master R selalu baik hati kasi cuti,hari ini haku nak siasat sikit pasal INI BLOG APA? Sebenarnya dah lama..dah bertahun jugak sepatutnya haku siasat pasal blog ni,ada orang tanya dekat master R,blog ni cerita berkenaan dengan apa dan bagaimana ia boleh tercipta? Dan kenapa tak ramai yang tau blog ini wujud dah bertahun,meh sini haku tolong terangkan..kata master R sendiri...blog ni sebenarnya dicipta atas sebab musabab master R terlalu bosan dok kat rumah dia dan kebetulan dia jatuh sakit..iaitu TYROID kot,selepas itu master R menjadi seorang pemakan sayur * master R seorang pemakan sayur ,aduh kesiannya dia * ya nak buat cam mana ITULAH KEHIDUPAN...ok berbalik kepada siasat awal blog ini.blog ini kata master R,entry yang dia taip semuanya pada mulanya terlalu bersifat peribadi akan tetapi bila beliau sendiri buat siasatan ke atas blog orang sekeliling,semuanya terlalu peribadi dan oleh sebab itu beliau iaitu master R telah menukar sendiri blog ini menjadikan satu tempat yang di namakan kerajaan karut blog * alah konon konon fairy tale lah tu * beliau sendiri yang telah membaca blog ini dan menjadi begitu bosan * haaa oleh sebab itu haku di wujudkan,ok kepada yang bertanya kenapa blog ni banyak orang taktau,tuan blog ini tak suka femes..itu saja * oklah itu saja pada hari ini bye bye

jusco perda dah nak tutup? kenapa pulak dah nih oii

Assalammualaikum...semua selamat hari sabtu dan semoga sihat gembira hari ni..JUSCO PERDA dah nak tutup dah? Kenapa agaknya? * ceh aku saja ja buat buat heran..aku kan tak dak keja la ni..hahaha padahai aku tengah keja,huh * alah tak bestlah lepas ni sebab library dah makin jauh,kenapa lah depa tak buat bangunan yang kuat dan takkan runtuh? Masa depa dok plan nak bina tu kenapa lah depa tak tengok betoi betoi sesuai atau pun tidak untuk bina mall.huh nak buat camna mall jusco tu kan dah tak lama nak runtuh dah.tempat lain pun ada library jugak,huh tapi tak sama dekat macam mall jusco lah.entah bila tahun mall tu nak terkubur kat situ kan? Mungkin 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? Entah? Baru baru ni sempat jugak aku jalan jalan dengan family aku,plan tu nak shopping sebab banyak sale tapi semuanya tak menarik dan sebelum tu aku sempat jugak lah shopping baju PDI untuk aku dan kembaq aku * entah dia suka ka tak * lepas ni aku nak shopping kat mana lah kan.kat situ saja yang selesa nak travel rapid,nak travel guna keta...pun takdak * itu lah di namakan ke hidupan MASTER R *

Apr 10, 2014

selamat tinggal angka 2

Assalammualaikum kepada yang buang masa dok baca karut blog ini..kebetulan dah hang dok baca tu...baca lah teroih sampai habih walau story kali ini bunyi macam karut..meh sini bukak mata luas luas pastu titik eye mo * hahaha * pada malam ini aku tidak boleh tidoq..pastu memandangkan aku dah lama tak melawat kerajaan karut blog ini..aku nak istiharkan satu perkara penting yang amat sangat pentingnya..tahun ni umuoq aku dah masuk 29 tahun dah..bulan 5 nih cukuplah umoq aku 29 tahun dan tahun depan atau tahun seterusnya jangan nak harap umoq aku jadi 17 again * tak mungkin masa berpatah balik * bersempena aku meninggalkan angka 2 dihadapan dan berjumpa angka 3 dihadapan..aku nak tunaikan segala benda yang perlu aku setelkan dalam hidup aku sebelum ini * cis bunyi ayat serupa kaya sangat * mana buleh bagi tau apa benda tak aku setel lagi..harap harap semuanya berjalan lancar...ok lah aku dah nak tidoq,esok aku nak jumpa life aku yang selalu tu * the karut life * bye

Feb 7, 2014

siapakah MASTER R

Yey yey yey yey...hoi sila hormat! Ini blog MASTER R * eh siapa master R? Siapa dia siapa dia oiii? Tuan tuan dan puan puan sila relek sebentar dan jangan gelabah dengan tidak tentu hala dan tuju...mulai saat ini pemilik kekal kerajaan karut blog ini yaitu cik reezsakura sendiri akan menukar nama beliau kepada MASTER R...kenapa master R dan bukan master A mahu pun master B? * sebenarnya nama master R tu sempena nama master ranggo..tapi memandang kan aku dah makin tua dah,aku nak tukar lah nama aku jadi master R,singkatan nama reez..alah apa susah.call me R...just R...* nama R tu terjadi masa mula mula aku buat wechat group.aku guna nama R sebab ringkas skit nak taip last last dah jadi kekal pulak orang panggil aku R...aku pun dah tak kisah dah orang nak panggil aku R dah lani.dah macam terbiasa pulak.apa apa pun walau apa pun nama aku tetap orang yang sama..orang yang gila gila remaja hahaha