nuffnang ads

Dec 30, 2015

Lapor diri di giatmara bukit mertajam

4/1/2016
Tarikh ni aku kena laporkan diri di giatmara bukit mertajam sebagai.......? Guru?
Kah kah kah bukan lah weii.
Lapor diri sebagai pelatih@pelajar giatmara.
Aku daftar haritu pun last minit.tu pun harap kakina yang ambik borang dan bertanya itu ini pasal giatmara.
Masa kat rumah tok di perlis.aku bosan dan saja lah google pasal syarat permohonan giatmara.
Terkejut gak bila tengok tarikh tutup permohonan 31 disember 2015.
Nasib bila balik dari perlis sempat lagi aku daftar.
4/1/2016 ni tarikh aku kena lapor diri.entah apa agaknya aktiviti hari pertama aku kat situ entah lah kan.
Harap sangat semuanya berjalan dengan lancar.
Bab uniform tu yang paling tak sabar aku nak dapat.sebab senang skit takyah bertukar tukar baju nak pakai pi kelas.
Warna apa agaknya uniform aku tu nanti?
Dalam banyak banyak kelas.aku pilih kelas fashion&dressmaking
Huh kenapa tu dok tak dok aku pilih jahitan.bukan minat mana pun.
Bila aku pikir pikir balik.aku ni takdak langsung kemahiran.oleh sebab tu aku pilih kemahiran jahitan.
Kenapa aku tak pilih masakkan..kan aku langsung tak pandai.sebenarnya apa kemahiran pun aku tak minat selain belajar main muzik.tapi bila aku bandingkan jahitan dan masakkan.lebih baik aku ambik jahitan sebab kakina kan dah ada butik.nanti boleh tumpang tenggek mesin jahit dan produk pakaian aku.
YA ALLAH YA TUHANKU..
PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KU INI...

Sekian berita tamat

Dec 22, 2015

Axia@myvi@kelisa

Buat masa ni aku dan mak tengah dok pikiaq nak beli keta apa.kalau ikutkan hati aku nak sangat beli axia sebab murah tapi di sebabkan cc rendah.rasa macam tak berbaloi plak.kancil 850 kakina lagi laju.
Nak beli myvi plak mahal.aku dah la tak keja.bajet lari.
Sebab tu aku terpikiaq nak beli kelisa terpakai ja senang.lasak dan cc tinggi.
tunggu dan lihat mana satukah akan jadi bff baru aku merangkap kenderaan aku nanti.

Sekian berita tamat

Permohonan giatmara 2016

Masa ni aku dok tengok runningman sorang ja tanpa dut...

Bangun pagi tadi awal.aku dan mak pi setel hal keta hilux yang dah abis bayaq.dah setel bab mak.
Bermulalah bab aku.aku dah agak dah..memang susah gila nak cari giatmara bagan sebab terlalu amat terpencil plak tempat tu.rupa2nya senang ja cari.
Susah betoi orang nak cerita bab giatmara bagan yang dok kat area stesen jetty lama ja pun yang teruk sampai tersesat pusing sana sini.
hantar borang tak susah mana.siap di temuduga terus senang cerita skit.
Yang tak syoknya kat situ takdak asrama.dulu ada tapi dah pindah tempat baru takdak plak.aku macam tak berapa puas hati plak di tambah dengan suasana yang tak syok.aku rasa takdak semangat sangat.
Lepas setel.kami pi makan kat rumah cik mah.lepas makan sembang apa semua.sambil aku call berbelas kali giatmara bukit mertajam langsung tak berjawab.masa tu aku rasa macam takdak harapan aku nak belajar dengan gembira..aku naik stress.pastu mak nak bagi setel kes giatmara aku ni.kami pun bertolak jam 3lebih sebelah petang.
Dalam hati aku hanya allah ja yang tau.aku risau kalau takdak asrama.dalam perjalanan aku berdoa harap sangat di permudahkan segala urusan.
Tapi macam biasalah.sampai ja kat situ.aku minta borang dekat gat sambil tanya pasal asrama.gat tu kata takdak.masa tu hati aku rasa kecewa sangat.macam dah putus asa plak.tapi bila pi dekat mak.aku bincang dan pikiaq sampai tak boleh nak isi borang.nasib lah mak tolong isi untuk aku.
Mak kata takpa mak akan hantar sampai aku ada tranport nanti aku mai lah sendiri.
Sesi temuduga berjalan dengan lancar.syukur..
Hari rabu ni kena pi ambik surat tawaran belajar di giatmara bm.lepas tu aku dan mak terus ke kl.harap sangat semua berjalan dengan lancar.

Sekian berita tamat

Dec 16, 2015

Spray shurah rindu

Hari ni dua cerita pasal product.saja ja aku dah takdak cerita nak kongsi sebab aku masih dok sedih pasal dut..

Kemarin aku ikut mak pi survey pasal keta kat pekan kangar perlis.masa kami nak balik kami saja lah usha keta axia.pastu mak tunjuk kat aku no plat keta axia tu sama dengan no plat moto skuter aku.
Pastu mak tanya lah kat saleman pasal keta axia tu.
Kecewa gak dengar bila saleman tu bagitau keta tu dah ada orang beli.
Kami pun blah.
Sampai kat pasarraya k ceria.kami singgah sat shoping apa yang patut.aku sajalah ronda area product.nak cari yang lain pastu terjumpa benda yang dah lama aku cari.iaitu spray shurah rindu.sebelum tu aku dok tengok ada bedak ja.try cari pewangi tak jumpa plak.last sekali terjumpa gak.
Aku ambik sedas hanya rm6 saja hehee tak mahai mana pun tapi wangi dia membawa aku terkenang zaman friendster

Sekian berita karut tamat

Perbandingan scrub wajah

Masa ni aku dok lepak dalam bilik tepi tingkap (rumah tok) dok temenung sambil teringat kenangan dengan dut.
Rindunya...

Aku nak cerita pasal perbandingan scrub wajah yang pernah aku guna.

Scrub eversoft
Pertama kali guna.aku rasa amat bersih+lincin+lembut tapi agak kasar dia punya scrub.aku pun berubah kepada scrub alaisyah

Scrub alaisyah
Terlalu lembut sampai tak nampak kesan apa apa.menyesal beli.tak sesuai dengan muka aku yang terlalu banyak whitehead di muka terutama hidung.aku bertukar kepada safi kiwi

Scrub safi kiwi
Aku sangkakan lebih ok dari alaisyah rupanya lebih kurang sama.tak sesuai dengan aku.terpaksa lah perabih scrub yang dok ada.
Lepas ni aku tak dak cara lain selain beli scrub eversoft.yang tu saja yang sesuai untuk aku walaupun agak kasar.

Sekian berita karut tamat

Dec 13, 2015

Master ranggo dalam ingatan selamanya

Masa ni aku tunggu nak solat mahrib.
11/12/2015 (tarikh sebelum arwah abah meninggal) 10pagi jumaat
Dut menghembus nafas terakhir meninggalkan kami sekeluarga.aku dan keluarga aku terlalu sebak sampai aku tak boleh nak kongsi cerita kat sini.
Dut seperti ahli keluarga kami.kami semua sayang sangat kat dia.bila dia tak dak.aku rasa macam separuh nyawa aku hilang.
Aku sedih sangat.aku rasa nak sibukkan diri dengan aktiviti kelas jahitan.kalau boleh dapat join kelas berasrama lagi bagus.aku sedih sangat tak boleh dok rumah.selalu terkenang kenangan dengan dut.
Kat blog-facebook-wechat banyak kisah pasal dut.
Kat mana mana aku pi mesti ingat dut.bukan aku nak lari tinggalkan dut jauh.aku nak belajar kelas jahitan.aku nak fokus.aku takmau selalu sedih.aku nak ingat selalu kenangan aku dengan dut masa gembira saja.
Aku tak boleh nak kongsi kat sini pasal keadaan dut mati.
Aku terlalu sedih sangat.aku tak mau ingat masa sedih.
Harap kami sekeluarga kuat hadapi dugaan.dut tinggalkan kami cara mengejut

Dec 1, 2015

Kenangan hanya sementara dengan land rover kuning

Masa ni aku dok tengok tv sebelah petang.letih skit rasa badan aku ni sebab hari ni pi jumpa doc.

La ni dalam plan nak jual folding bike aku.memanglah sayang gak nak jual tapi dari mula aku beli lagi aku tak berapa nak suka design dia.tapi dah kak aku ajak beli design yang sama.bila dah beli langsung dia tak naik pun.
Selalu aku ja yang dok naik ronda keliling kampung.syok woo tapi.bila dah lama naik aku rasa bosan dan rasa nak jual basikal tu.kadang rasa macam tak sesuai dengan aku la plak sebab nampak macam sesuai dengan laki basikal aku tu.
Mula mula plan nak beli basikal lipat tayar 16 inci tapi bila pi beli dengan orang.orang tu plak adalah kakina.
Kakina telah mempengaruhi fikiran aku sepenuhnya.hati aku jadi tak syok mana bila beli basikal.tapi aku happykan diri aku juga tapi tak bertahan lama.
Aku dah bertekad nak jual.walaupun ada skit rasa kasih dan sayang dekat L (nama panggilan untuk basikal lipat aku tu)
Takpa lah aku jual pun sebab aku plan nak beli mesin jahit.nak belajar menjahit pakaian.
Cukup duit nanti aku nak beli basikal semula.nak beli basikal lipat gak tapi tayar 16 inci.
L dengan aku pun bukan ronda jauh mana pun.hanya ronda dalam kampung aku dan kampung sebelah ja.mungkin pas ni L dapat tuan yang suka jalan jauh.
Kenangan aku dengan L tak akan aku lupakan selamanya.
Mungkin aku terkena virus kai adik aku tu yang suka beli barang dan pakai sat pas tu jual.heheheh

Sekian berita tammat

Nov 1, 2015

Ke kuala lumpur lagi

La ni aku dalam bas dengan mak dalam perjalanan ke kl.
Kadang rasa bosan dah naik bas.budi bahasa driver bas macam macam macam..macam aku rasa nak sekeh kepala dia.
Aku dan mak dapat seat belakang sekali.pastu aku pun letak la beg atas lantai tepi aku.tiba tiba driver bas mai marah marah tak bagi letak situ.dia suruh aku letak dalam peti bawah bas atau atas kepala.
Bukan aku tak mau letak.masalahnya dah penuh.dah tu plak yang aku letak tepi aku atas lantai pun bukan ada orang lalu sebab aku dok seat belakang sekali.
Aku tak nampak apa yang menganggu di situ.kalau rasa macam beg aku menggangu.bagitau la baik baik.susah sangat ka nak cakap baik baik.mungkin orang tu kena sumpahan kot.bila dia cakap sopan dia akan mati.mungkin kot la..
Aku dan mak rasa sakit hati sangat.bukan naik bas free wey.aku bayar.dalam perjalanan mak online fb.pastu mak tengok tren eletrik kalau naik pi kl hanya 3jam saja.
Ishh kalau kami ada bajet lebih memang kami naik tren eletrik lagi baguih.mahal skit pun tak pa.yang penting sampai cepat.hati tak sakit.dah la nak singgah toilet masa dalam perjalanan pun susah.kalau dah singgah tu depa singgah 10kali plak bila orang tak suruh singgah.
Cis...
Tak pa la mak.pas ni keta naik tren lagi baguih hati pun tak sakit.

Sekian berita tamat

Oct 17, 2015

Rezeki october 2015

Time ni rasa lenguh gila tangan aku sebab 1 hari aku kupas buah amra.

Lebih kurang 2 minggu lepas ema ada berkongsi cerita pasal projek kupas buah amra.aku teringin gak nak buat tapi tak berpeluang lagi nak pi ambik stok.15hb aku pi ambik stok.aku tak berapa sihat.pening kepala sangat nak stat kupas buah.
Jumaat 16/10/2015 baru aku dapat stat keja.syukur sangat la ni aku dah keja walaupun tak seberapa.boleh la buat belanja skit skit.tu pun aku dah bersyukur sangat.
Lepas ni aku dah tak risau sangat pasal duit sebab aku dah ada kerja dari rumah.dah lama sangat sangat aku cari kerja dari rumah.dulu pernah aku ambik upah pasang pen.tak teruk sangat tapi banyak reject kononnya la.padahal pasang pen ja pun.apa yang reject sangat tu aku pun tak pasti.aku belek semua ok ja.aku rasa tokey nak bayar cincai sebab tu dia kata banyak reject.
Lepas dari tu aku dah tak ambik stok pen.seingat aku hanya dapat rm14 lebih macam tu ja kot.sedih gak sebab aku buat betul betul.tak sangka tokey pen bayar skit ja.
Lepas dari tu aku masih dok cari stok barang jenis lain tapi masih tak jumpa jumpa.
Semangat aku masih berkobar kobar cari lagi tanpa putus asa.
Kilang dekat desa murni aku pi cari sampai 2 kali tapi tak di layan.aku bengang sangat.kalau takda stok untuk aku bok balik bagitau ja la jangan dok buat muka bodoh..HA...KAN DAH KENA SEDAS.
Tak sangka 15/10/2015 aku pi dengan aizan rumah ema.kami bincang sat pastu kami pun bok balik stok buah amra.malam tu aku takleh stat lagi sebab aku pening kepala.aku tidoq awai.kesian mak keluar malam tu cari ubat untuk aku dan mai hantar air kat aku.
Terima kasih banyak mak..

Sekian berita tamat

Oct 15, 2015

Hangout layan movie dengan kawan

Kemarin 1 hari aku keluar dengan akma dan amy.kami tengok movie.

Pagi dalam kul 9pagi akma mai ambik aku.kami pi sarapan kat nasi kandar saga permatang pauh.aku dan akma oder roti canai.sementara tunggu amy naik bas dari taiping ke jetty.
Lepas makan.aku dan akma pi survey movie kat pacific dulu.REMBAT tak lama dah nak stat.amy lak tak sampai lagi memang tak sempat la nak tengok.akma belanja aku ice cream mcd sedap woo hehee.pastu amy bagitau dia nak sampai dah.kami dua pun bertolak pi jetty.
Tak lama kami tunggu.amy pun muncul.kami bertiga otw ke sunway carnival mall (scm)
Masa kat scm kami terus pi beli tiket wayang.kami ronda.amy dan akma shoping makanan punya la banyak serupa nak berkelah dalam panggung plak.
Tak lama sangat kami ronda.pastu masuk panggung.kami layan REMBAT syok woo lawak.
Lepas abis movie kami terus pi makan.makanan punya la mahai.sedap tu boleh la.awat la depa masak cincai tah.
Dah selesai makan.teman amy shoping pastu kami pun hantar amy kat jetty.tak lama amy tunggu.bas dia pun sampai.
Sedih masa nak berpisah.walaupun aku tak rapat dengan amy.best sangat hari tu kami happy ja tapi yang tak syok aku hanya ada rm30.
Biasa la aku kan tak keja masa ni.

Sekian berita tamat

Oct 12, 2015

Library kesukaan aku

Waktu ni aku tengah bincang dengan mak pasal mak nak buka warung kuih campur.harap sangat boleh sewa tapak tu.

Sebenarnya aku bosan sangat.rasa macam nak lepak kat lib bm tapi hujan la pulak.
Masa ni aku rindu la dekat library yang selalu aku pi.

LIBRARY SEBERANG JAYA
syok sebab besar dan selesa tapi jauh plak.

LIBRARY JUSCO PERDA
tak selesa sangat sebab kecik tapi syok sebab senang nak pi.tapi la ni dah tukar jadi perda city mall takda lib.

LIBRARY BUKIT MERTAJAM
syok walaupun kecik comel ja sebab macam rumah.pernah pi sekali ja dengan fatin.

LIBRARY KEPALA BATAS
Syok gila sebab besar dan selesa macam lib seberang jaya gak.

LIBRARY BAYAN BARU PENANG
Rasanya lib bayan baru aku pi sekali ja kot.masa dok nega kuih kat penang.lib dia kecik ja tapi selesa jugak.

BUKU BUKU PILIHAN AKU
Kalau dulu masa boleh pinjam buku.
Aku selalu pinjam novel dari red dress ink.tu novel english di ubah bahasa melayu.best gila semua cerita dalam red dress ink.bila masuk lib mesti aku akan cari logo red dress ink.
Selain tu banyak gak novel yang aku suka.kalau novel melayu.aku suka cerita lawak.novel tajuk KITA HANYA DI SEBERANG JALAN..PERAHU KERTAS (suka watak kugy sebab macam aku skit perangai dia)..banyak lagi la yang aku tak ingat tajuk.

Oct 3, 2015

Biodata tuan blog #karatstory

Nama - reez

Umur blogger - 30 tahun

Hobi - menaip.membaca.main game.cycling

Impian - mengembara keliling dunia

Nama blog sebelum ini -
-Seniituindah.blogspot.com
-reezsakura.blogspot.com
-Budaklidi.blogspot.com

Nama blog sekarang - reezmika.blogspot.com

Blog ini banyak mengisahkan seluruh kehidupan beliau reez.pesakit tiroid yang telah menyerang dari tahun blog ini di tubuhkan iaitu tahun 2010.
Banyak yang di ceritakan adalah hanya sisi kehidupan beliau sahaja.mungkin blog ini beliau rasa amat membosankan.beliau cuba menambah sedikit kelainan pada blog beliau dengan mencipta 1 watak penyiasat di beri nama HAKUREDKUMAN sempena nama anak patung beliau.beliau mempunyai 7 adik beradik.beliau mempunyai saudara kembar perempuan yang sekarang tinggal di kuala lumpur sebab berkerja di sana.blog ini tidak langsung popular sebab beliau sendiri tidak terlalu aktif berbloging.beliau hanya suka menaip dan menyimpan cerita hidup beliau di blog ini.blog ini hanya blog biasa..blog ini juga banyak kali telah di ubah suai mengikut emosi beliau.tengok link blog pun sudah tahu yang emosi beliau sedikit tidak stabil sama seperti sakit beliau.
Kepada yang pernah tersesat masuk dalam blog ini.
saya mengucapkan terima kasih dan rasa amat berbesar hati di beri peluang untuk berkongsi sejarah hidup saya.

Sekian berita tamat
REEZMIKA penulis blog

Sep 26, 2015

Ke Perda city mall ke kita

Baru baru ni aku teman fatin cari baju kat perda city mall yang dulu jusco perda..tak semeriah dulu dah.macam bosan ja nak pi.
Hari ni plak akma ajak aku keluar jalan kat perda city mall.plan asal nak tengok wayang la tapi aku takda bajet.
Macam bosan ja pi situ tapi takpa lah pi la survey apa yang patut.sebelum pi akma ada tanya aku nak pi sunway atau perda city.aku sebenarnya nak pi sunway.aku nak survey barang kat playless.tapi malas pi sebab hari minggu mesti meriah sangat kat sunway.
Mau jumpa kawan lama lagi la segan.lain la aku dah keja tak la segan.
Petang dalam jam 2 akma mai ambik aku.kena tunggu tempat haritu macam besa la tepi jalan.
Aku malas sebenarnya.

Sep 23, 2015

Samsung galaxy v plus

Masa ni aku lepak tengok tv sorang sorang.itu dah lumrah zaman IT ni.

Lebih kurang 1 minggu aku beli hp baru SAMSUNG GALAXY V PLUS rm299.buat masa ni aku rasa semuanya ok.hp ni harga bajet.aku rasa ok ja sebab harga tak mahal.

Hp lenovo A850+ aku jual sebab lama lama rasa bosan sebab besaq sangat.aku kan p mana pun dengan rapid.bila usung hp besaq camtu letak dalam beg.rasa penuh separuh beg la plak.dah la beg aku tak besaq mana.pastu kebetulan samsung ada keluar hp kecik.comey dan murah.
Aku suka benda comey comey ni.bila aku survey pasal v plus.aku rasa memang sesuai la dengan bajet aku ni.tak lama pastu akma kawan sekampung aku beli.dia kata ok.tak lama pastu plak aku pun beli.
Buat masa ni semuanya ok.harap bertahan lama hp v plus ni.
Baru baru ni amy kawan sekolah aku memang tengah survey nak beli hp baru harga bajet.
Kebetulan aku dah guna hp v plus.aku pun cadangkan amy guna hp v plus.hari isnin baru ni dia pun beli la v plus.

# tak sabaq nak beli case untuk v plus dan nak gantung keychain untuk dia.mesti makin comey kan dia.hp akma dah ada case baru warna biru tua cantik gak.uiit tapi aku takda nampak plak tempat gantung keychain.puas jugak aku belek si v plus ni

Sekian berita tamat

Sep 8, 2015

Tuesday boring

La ni aku dok relaks minum coffee 3 in 1 time hujan..

Hari ni aku mangkit tidoq lewat sebab pening kepala.2 kali dut mai gerak aku.kesian dia mesti bosan.
Aku mangkit tidoq teruih teringat kenangan SP..
Apa cerita agaknya kawan kawan aku dulu tu.mesti dah berkahwin dan ada keluarga sendiri..
AKU?
Tak dak beza sama ja macam dulu..sebab aku sakit.aku harap sangat moga tahun ni aku sembuh.boleh la aku stat keja macam biasa walaupun hanya keja kilang..
Dah tak kisah hal orang nak kata apa.hanya aku tau hidup aku seperti apa..CEH TUDIAA AYAT..
rindu sangat kat kawan zaman mahlin.harap sangat depa bahagia dengan life masing masing..

Tak sabaq sangat dah nak keja balik macam dulu dulu.tak sabaq nak jumpa kawan baru..adakah kawan baru aku nanti macam maziah dan ina?
Harap ada yang sama macam depa.

Sekian berita tamat

Sep 7, 2015

Kisah handphone handphone aku

Tak sat kema call cerita pasal hp

Kemarin aku dan kema pi survey hp yang dia nak beli.kema kata dia nak beli samsung galaxy v plus atau samsung J1.lama lama tengok aku berkenan la plak dekat SGVplus tu.
Sebelum tu memang aku dok pikiaq nak jual hp aku ni sebab rasa bosan dan rasa rimas sebab lama lama hp ni jadi panas tiba tiba.takut la plak oii.tumpang dok laku lebih baik jual.

Handphone yang pernah aku pakai sebelum ni..dan seingat aku ja la senarai kat bawah ni.

Hp pertama - 3315 nokia
Hp ni SYOK GILA UNTUK ZAMAN TU LA tahan lasak walaupun hanya hp biasa.masa tu takdak la hp android.aku guna sampai rosak.jatuh banyak kali pun tetap bertahan.masa tu aku beli rm400 kalau tak silap aku la.lama dah tak berapa nak ingat.lepas hp pertama aku tak perasan la aku tukaq hp jenis apa.

Hp Panasonic - hp tu kecik gila.kalau la ni masih ada aku akan beli dan BERHARAP SANGAT MASIH ADA sebab aku suka dia comey sangat.senang nak bawa pi mana mana.kalau gantung hiasan comey lagi bertambah comey..dulu masa aku keja kilang amphenol kat penang.kawan kawan aku pelik sebab aku takda hp.pelik la zaman tu takda hp kan.ada sekali tu ada orang call aku terus jawab call.depa heran aku sembang sorang sorang.tiba tiba aku tunjuk hp aku kat depa sambil aku buat isyarat suruh diam sebab aku dok cakap hp.lepas aku abis gayut.depa pakat mintak nak tengok.depa teruja gila sebab hp tu sangat comey.

Nokia - aku tak ingat nokia model apa tapi kecik juga tapi tak la se comey hp panasonic.hp ni ada camera.aku sempat guna berbulan ja tak sampai setahun kot sebab jiran sebelah nak sangat beli hp aku tu.aku pun jual atas nasihat adik aku.

Motorola - tak tau model apa tapi jenis lipat.hp ni aku guna lama gak sampai button terkeluaq.syok gak sebab hp pertama jenis model lipat lipat ni.

Hp china - hp ni dari china model tak ingat lak.cover hp jenis macam besi.lama aku guna tapi rosak sebab jatuh dengan teruk.hp ni yang syoknya di belakang hp macam lampu disco..aku suka aku suka.

Samsung corby 2 - hp ni ke dua comey macam hp panasonic tapi size besar dari hp panasonic sebab corby model android pertama aku pakai.dah tu plak gelabah ja mula mula guna.siap tersalah text kat kinah sepupu ct (kawan zaman mahlin) corby tak rosak pun tapi aku la teringin nak guna hp jenis lain dan besar skit.tapi masalahnya aku lupa buka bateri.lama lama aku baru buka.bila on boleh tapi dia asyik restat la plak dah.entah ka kena format balik.harap sangat kai boleh format.

Blackberry blod 2 - hp ni aku beli 2nd saja sebab terpengaruh dengan family aku yang semua pakat guna BB.lama aku guna.laju gila tenet dia sebab BB ada tenet khas.yang tak syok sebab heng.

Samsung biasa - hp ni model biasa macam nokia 3315 dan hp panasonic.model takda warna di skrin hp.size kecik rm60.aku beli sementara nak beli hp baru.aku cari hp panasonic yang comey tu tapi memang dah susah sangat nak cari.kecewa la tapi aku tetap beli.

Lenovo A850+ - hp ni pada mulanya aku nak beli yang rm300 ke bawah ja tapi entah kenapa aku cepat sangat terpengaruh dengan hasutan tokey kedai hp.aku bercadang nak jual ja hp ni sebab dah macam bosan plak lagi pun tumpang ada harga aku nak jual la.boleh la aku beli hp baru yey yey.masa ni dalam family.hanya aku sorang guna brand lenovo.

Bila corby dah bernyawa boleh la aku guna dia hehee.syok guna corby comey ja.corby kalau tengok youtube memang laju.bila lenovo aku dah jual.mungkin aku simpan dalam asb dulu.nak kena jimat la dulu buat masa ni.biar la dapat harga skit pun yang penting dapat balik duit tu.

Sekian berita tamat

Sep 6, 2015

rezeki itu indah

ORANG MUNGKIN MENILAI KEKAYAANMU
DARIPADA APA YANG KAMU MILIKI...

TETAPI JIKA KAMU MEMILIKI TUHAN DI HATIMU
MAKA KAMU MENJADI JAUH LEBIH KAYA
DARI PENILAIAN MEREKA...

YANG BENAR
Reezmika

Sep 4, 2015

Selamat tinggal kedai mak

La ni aku dan mak dok rumah cik mah kawan mak..

Pagi pagi mak gerak aku mangkit tidoq sebab nak setel hal kedai mak pastu cik mah ajak pi makan gulai batang pisang kat rumah dia.

Tapi sebelum sampai rumah cik mah..

Aku ikut mak pi seberang jaya pi potong api pastu pi potong air..
SEMPOI HOO API DAN AIR PUN BOLEH POTONG.AGAKNYA KUASA APA AKU GUNA TU hehee.

Terlalu banyak kenangan di kedai tu banyak suka duka kami sekeluarga kat situ tapi tak mau pikiaq banyak.anggap ja setakat tu ja rezeki kami bersama kedai tu..SELAMAT TINGGAL...
Dah selesai semua hal.aku dan mak terus menuju ke mak mandin rumah cik mah.

La ni aku masih dok tunggu dengan mak. cik mah belum siap masak lagi.aduii lapaq dah cek oi.

Sekian berita tamat

Sep 1, 2015

Kisah nat dan pasar malam perlis

Apa itu NAT??

Mula mula aku dengar nama NAT aku rasa pelik dan aku sangka NAT adalah sejenis macam skru penyambung.rupa rupanya maksud NAT yang sebenaqnya adalah PASAR TANI CEK OII...

Kalau kat perlis memang depa panggil NAT dengaq macam bahasa siam skit kan..kalau kat nat aku selalu pi dengan mak.kakina dan fatin.kami selalu pusing puas puas 1 nat tu.kami selalu dapat pi nat simpang 4 saja.aku kalau pi nat mesti akan beli sesuatu.aku pernah beli seluar panjang.seluar pendek.cekak rambut.sikat rambut.getah rambut.nat ada banyak tempat tapi kami tak tau jalan nak pi.

Pasai pasar malam plak.aku sangat suka pasar malam arau belakang istana.syok sebab utama adalah BUKU BUNDLE haa ingat pakaian ja ada bundle.buku pun ada juga.susah sebenaqnya nak ada pasar malam yang jual buku bundle.kalau kampung aku pun takda.sebab tu la tiap kali balik kampung perlis aku suka kalau ada pasar malam mesti nak pi.kakina dan fatin pun sama gak suka pi.

Aku pernah beli kat pasar malam belakang istana.aku beli cincin silver tapi cincin tu dah lama dah patah.buku bundle pun aku beli..ada jugak pasar malam dekat titi chai.aku pi jugak tapi tak besar macam pasar malam belakang istana.aku pernah beli shawl polka dot merah putih.lembut sangat rm5 ja.aku pilih polka dot sebab time tu corak polka dot tengah femes.tiap kali balik perlis aku selalu google pasar malam dan nat sebab aku selalu lupa.mana la ingat bukan selalu pi.

Sekian berita tamat

Pasar tani dan pasar malam

La ni masih depan tv..

Tadi aku ada cerita pasai pasar malam.teringin plak nak buat entri pasai pasar malam dan pasar tani.
Kalau kat kawasan kampung aku selalu ada pasar tani dan pasar malam tiap hari..
Isnin-pasar malam pekan penanti
Jumaat-pasar malam tepi hiway kubang semang
Ahad-pasar tani tepi hiway kubang semang.

Selalu kalau pasar malam isnin yang dulu depa nega kat area jalan pekan penanti lama yang la ni dah di tambah bangunan baru dan juga la ni jalan tu dah jadi jalan one way.
Dulu selalu gak aku pi pasar malam isnin tapi la ni dah jarang pi mungkin sebab masa tu aku remaja lagi.besa la kan remaja suka jalan jalan pi pasar malam.
La ni aku jarang pi sebab takda kawan kot hahahaa..
La ni pasar malam isnin dah pindah dekat market.lagi besar pasar malam isnin.ada la sekali aku pi.tapi pi cari 2-3 barang ja dengan kai takdan nak ronda.entah la bila boleh singgah pasar malam isnin yang baru tu agaknya.

Pasar malam jumaat tak selalu pi tapi ada la bulan lepas kot aku pi tapi aku tak plan nak pi.mula tu aku nak pi ayam ori mini market saja.pastu dah alang alang ada pasar malam aku harung sekali lalu la hehee.
Syok jugak jalan pasar malam sorang sorang.masa aku pi pasar malam jumaat tu blah petang.tak la takut sebab aku pi sorang ja kan.syok gak usha apa yang patut tapi aku dah lupa la aku shoping apa heheee.

Pasar tani ahad.aku jarang pi sebab selalu mangkit lambat hehee.ada sekali tu pi dengan fatin tapi lama dah.kami jalan jalan beli skit tak banyak tapi macam macam juga.fatin beli baju t shirt lengan panjang nipis corak batik.aku plak beli legging unggu.

Sekian berita tamat

Aug 31, 2015

Merdeka 2015 yang ke 58

Masa ni aku dok tengok tv dengan mak dan kakina...bosannya tak syok mana pun rancangan kat tv..

Malam orang sambut merdeka kat luaq.aku sambut kat rumah dengan mak dan fatin.kakina keluaq dengan kawan dia.kai pun sama keluaq dengan kawan kawan dia..
Mak tidoq awai.fatin dan aku ja la tengok tv.pastu tiba tiba kakina chat tanya kami nak oder apa.aku kata apa pun takpa.
Last last kakina bok balik burger.
Syukur rezeki merdeka la tu..
Pagi keesokkan 31 ogos 2015.aku mangkit tidoq macam biasa.nak mangkit awai tapi macam takda apa aktiviti ja..
Bila tiba waktu petang aku tengok cuaca cantik ja.pastu aku pun tunggu apa lagi..
CYCLING laa hehee..

Mula mula aku pi kedai basikal sebab nak ambik penutup tiup angin taya.sekali la dengan nak sapu minyak rantai.lepas setel hal beskat aku tu.aku pun mula berkayuh lagi sampai la ke pekan penanti.sebenaqnya kedai basikal tu pun kat pekan penanti tapi tepi jalan raya.aku tak berani plak nak guna jalan raya.sebab tu aku patah balik guna jalan kampung.
Pekan penanti tak jauh dari kampung aku.pekan tu paling dekat dengan kampung.pekan penanti ada pasar malam tiap hari isnin.kalau jumaat ada pasar malam tepi hiway kubang semang.

Tiba kat pekan penanti aku paking basikal betoi betoi depan kedai ekonomi.aku masuk dan usha apa yang patut tapi...SM (safi manggis) 50g tak dak plak.
Aku tak puas hati.aku pi kedai sebelah..nama kedai jimat.kat situ aku usha apa yang patut.pastu terjumpa la SM 50g aku pun zapp sedas..
Tadi masa dekat kedai jimat.aku dok tercari cari jugak safi anggur yang baru tu tapi tak dak.mungkin stok baru sebab tu belum masuk kot.tak pa la aku bukan nak beli lagi cuma saja nak usha ja.

Dah bosan aku pun mulakan kayuhan merdeka aku hehee.aku cycling keliling kampung sambil tengok suasana kampung aku.aman damai..syukur la tak panas sangat..hujan pun dak.boleh la aku ronda sepuas hati aku walaupun tak puas mana..

Balik rumah..kakina cerita pasal perarakkan merdeka pagi tadi orang buat dekat bandar perda..
Sedihnya aku takdak transport.kalau ada mesti pagi pagi aku dah terpacak kat bandar perda join sekali perarakkan merdeka..

Sekian berita tamat
Selamat menyambut hari kemerdekaan

Aug 29, 2015

Morning saturday

Aku baru mangkit tidoq..

Hari ni entah apa lagi..mungkin masih cerita yang sama.hari ni aku kena pi buat beskat aku dekat pekan penanti.lepas setel hal beskat.aku nak singgah pekan penanti..

Bosan gila la wei..tak dak cerita yang berbeza dalam hidup aku...

Sekian berita tamat

Aug 28, 2015

Morning friday

Aku tengah makan sarapan pagi cucuq kodok dan kopi o panas..

Harini aku mangkit awai lagi.koi 8.30 camtu la.rasa macam teringin nak cycling sebab teruja ada pam taya beskat.
Tapi fatin kata dah lewat nak pi joging.matahari dah naik.buat panas muka ja.kalau keluaq koi 7 pagi tu kot la takpa.

Harini aku lalui cerita yang sama..
Mangkit tidoq..
Sarapan...
Mandi..
Buat keja rumah..
Termenung..

Adoii sesaknya hidup aku dengan bosan bosan bosan ja.alangkah gembiranya aku bila dapat keja dan kumpul duit walaupun hanya keja kilang saja.
Aku tak kisah la janji halal.
Nak keja lain?
Keja apa keja lain?
La ni aku takleh nak memilih sangat.yang penting aku ada keja dan bleh kumpul duit untuk masa depan..

Sempena hari ini hari jumaat.aku berharap sangat setiap masa hidup aku sekeluarga akan menjadi semakin bertuah.di permudahkan segala urusan dunia dan ahkirat.di beri kesihatan yang baik dan keluarga aku akan gembira lalui kehidupan ini.

Sekian berita tamat

Aug 27, 2015

Rezeki thursday

La ni dok tunggu azan.nak pi solat..

Plan hari ni aku nak kayuh beskat sorang sorang pi pekan penanti ja.last last mak nak join sekali tapi naik keta mak la..
Plan asal nak beli pam beskat.pastu tiba tiba terbeli macam macam pulak.
Nak beli minyak zaitun shurah tapi terbeli sekali toner safi lidah buaya la plak.
Alaa takpa memang nak guna.
Pastu plak aku makan laksa dan air sirap free..
Syok la pasni nak kayuh.dah takyah pikiaq pasai angin dah.angin beskat takdak ja teruih pam.
Yey yey yey
Syukur alhamdulillah...

Sekian berita tamat

Aug 26, 2015

Ke hospital lagi

Ini kemarin punya cerita..
Aku tengok tv..bosan plak cerita kat tv ni oi..

Kemarin aku bangun seawal pagi.lepas sudah siap semua.tunggu kakina bersiap pulak..nasib dia tak banyak songeh nak hantaq aku pi hospital.

Sampai dalam MOPD orang punya lah ramai oii..aku boh la kad aku dalam box untuk jam 9 pagi.pastu aku cari bangku dan duduk la aku di situ tunggu nama di panggil.pastu tiba tiba plak baru aku teringat bila tengok orang pakat pi serbu nurse kat meja hujung dinding tu.
Alaa rupanya aku tak check tekanan darah dan berat la plak.lepas aku check aku pun duduk.tak lama pastu depa panggil bagi no giliran aku.

Aku duduk lagi tapi kali ni kat bangku lain plak.dok lama la juga.pastu nama aku orang panggil lagi.aku pun pi bayar RM5 LESAP DUIT AKU.NAK AMBIK RESULT PUNYA PASAI KAN.
Yang aku tak puas hati ni bab berat aku.berat aku dari 48-47-46-45 pastu tiba tiba 46 balik dah.aku ingatkan kali ni 44 alaa gemok balik la aku.ni angkara lepas raya la ni.aku pulun itu ini.

Aku nak kena perbanyakkan cycling day aku la pasni nampaknya...tapi tiap petang hujan pulak.sejuk sampai kebas kaki tangan oi.

Lepas setel jumpa doktor dan ambik ubat.mak pun tunggu aku siap siap kat luaq hospital.kami dua p pacific kami pun berjalan la pi cari kedai jual subang.aku tolong mak pilih subang emas murah.mak suka pakai subang alaa saja syok syok macam aku la juga.pakai tukaq tukaq sebab tu la beli murah punya.aku pun tolong pilih kat mak.
Aku macam nak beli juga tapi entah kenapa tah la aku jadi malas pilih.mungkin sebab aku rasa subang tak perlu lagi buat masa ni.nak beli barang penting dulu.lepas bayar kami pun pi tekan duit pastu makan ice cream dan pau yang mak beli depan hospital tadi.mak ajak aku makan mee kari.tapi aku kenyang la plak.pastu kami tak jadi nak makan mee kari.
Aku dan mak selesai makan ice cream.kami jalan naik atas tingkat 2.kami singgah kedai product rambut.mak beli vitamin rambut ja la.aku tak beli apa apa.selesai bayar kami pun balik la rumah

Sekian berita tamat

Aug 25, 2015

Watsons dan guardian

Bila sebut ja WATSONS aku terbayang macam macam product kecantikkan ada kat situ.makanan pun ada gak.banyak lagi la..macam macam sangat..
Aku selalu gak shopping barang kat situ.boleh di katakan pelanggan tetap la jugak..

Baru baru ni aku masuk watsons.ada la beli 3 barang camtu.sambil la aku usha barang lain.memang selalu pun camtu la jadinya kalau masuk watsons.kalau bleh aku nak beli macam macam lagi tapi besa la kan.aku tak keja kena la bajet banyak skit.beli yang betoi2 penting saja.
Hari aku pi tu aku tak bawa kad watsons plak dah.masa nak bayar di kaunter tu nasib la kak tu minta no hp aku.hoo baru aku tau kalau tak bawa kad pun tak rugi.aku kena bagi no hp aku ja.kan senang camtu..mudah la nak shopping.
AKU TAK PERNAH MASUK WATSONS TANPA KAD.TU PASAI LA AKU TAKTAU KALAU TAK BAWA KAD KENA BUAT APA.

GUARDIAN plak aku tak pernah masuk dan rasa teringin plak nak masuk dan buat kad sekali.aku tak tau langsung guardian ada jual barang apa.kawan aku selalu masuk.dia kata barang GUARDIAN DAN WATSONS lebih kurang sama ja.harga ja berbeza.

Sekian berita tamat

Aug 24, 2015

Ini keluarga aku - hari raya

Selama cik reez menceburkan diri dalam bidang taip menaip ni.beliau tak pernah nak kongsi gambar keluarga beliau kan kan hehee hari ini kerajaan karut blog akan kongsikan gambar keluarga beliau

Dari kiri -belakang
Beliau sendiri-kak ina-fatin-kembar beliau.
Dari kiri -depan
Kai-mak-abang

Sekian berita tamat
Di taip oleh...
Hakuredkuman (penyiasat karut blog)

Pendapat aku pasal bb cream safi

Baru lepas makan pisang goreng....

Monday boring...

Kali pertama aku try bb cream safi balqis sebab harga agak murah berbanding bb cream yang lain kot * aku tak pasti lah sebab aku tak google *
Bau dia wangi sangat.krim dia pun syok guna sebab ringan * ceh macam la boleh angkat krim tu * bila aku sapu muka aku nampak fresh skit dari sebelum tu.
Tapi.....
Yang tak syoknya.krim dia skit sangat.aku tak pasti la..ka memang semua bb krim camtu.
Tapi apa pun aku suka sangat.tu bb krim pertama aku.teringin nak try brand lain tapi takut gak tak serasi.buat membazir plak.
Adik aku pun memang dah lama pakai safi gak.aku tiru dia la.tapi dia tak suka make up sangat.kalau aku try bb krim brand lain pastu tak ok dengan muka aku.agak agak nak bagi free kat sapa plak.mesti kalau bagi kat depa akan marah sebab aku membazir.
Tengok la dulu kalau aku paling malas nak cari bb krim lain.aku terpaksa ambik gak la bb krim safi balqis yang sama.

# berharap sangat bb cream safi balqis ada isi penuh

Sekian berita tamat

Cerita yang sama - monday boring

La ni aku dok tunggu bilas kain baju dalam mesin round ke 2..

Sepatutnya mak dan aku pi rumah bomoh kat taiping untuk berubat aku.tapi bila aku bangun awai pagi ni.tiba tiba plak mak kata bukan nak pi hari ni..
Huh!!
Takpa la alang alang dah terbangun awai * bukan selalu bangun awai *
Besa lah aku makan ubat memanjang ja letih.
Hidup aku semakin bosan la wei.jemu dah sampai bila nak berakhir tah la.aku dah tak sabaq nak keja.tiap hari lalui cerita yang sama..
Bangun sarapan
Makan ubat
Mandi
Kemas rumah
Keesokkan hari pun cerita yang sama berulang ulang..dah naik jemu la aduiii..
Esok 9 pagi kena terpacak depan hospital lagi..nak ambik result darah.pastu setel..nak pi rumah bomoh.
Bosannya...
Dah tu plak hari ni kakina kata tak jadi suruh aku pi farmasi penanti untuk beli ubat dia.dia kata dia nak pi beli kat farmasi hans.alaaa nampaknya upah aku pakai tak jadi la.huhhh ini lah nasib
Apa yang di rancang susah nak jadi

Sekian berita tamat

Aug 23, 2015

Happy monday - boring sunday

Masih hari yang sama boring sunday..

La ni bukan nak cerita pasai sunday tapi cerita pasai monday walaupun harini hari ahad hehehe * aku sangat bosan dok rumah *

Kalau aku dah keja.hari isnin esok mesti jadi malas nak mula keja kan.tapi malas camna sekali pun keja tetap keja..
Aku kena rajin walau camna sekali pun sebab lama sangat aku dok rumah dari tahun 2010 lagi * bayangkan la lama mana * naik jemu la wei.
Baru baru ni kawan aku bagitau kilang dia nak pakai orang keja.dia pun bagi no fon van.tapi buat masa ni aku tak boleh la nak keja lagi sebab aku dok kena pi hospital.nanti kerap plak cuti kan.
Yang syoknya kilang tu buat keja senang walaupun 12jam.
Tak sabaq plak aku nak keja..
Harap sangat dapat kawan baru yang syok.
Tapi......
Aku sedih...
Maziah dan ina takdak.depa dah ada haluan hidup masing masing dah.kalau depa keja sekali pun dah tak sama macam dulu perangai gila gila.happy sangat * rindunya masa tu *
Takpa la nak buat camna kan tu la namanya kehidupan.
Yang pasti kilang tu takdak uniform pulakkkk jenuh jugak la bertukaq baju..macam kilang mahlin plak.

Sekian berita tamat

Minyak zaitun - boring sunday

Takyah bagitau kot noh..sama ja dari tadi.kalau ada tajuk yang sama di sebelah tu...
Aku dok makan nasi goreng dan ayaq teh o..

Tadi aku ada terpikiaq 1 idea.alang alang sunsilk hair cream aku nak abih.aku plak teringin nak pakai minyak zaitun sebab aku google ada banyak kebaikkan dia..
Alang alang kakina paksa aku pi farmasi dekat pekan penanti.aku bagitau kat dia aku boleh pi beli tapi ada upahnya..
Upahnya adalah MINYAK ZAITUN
hehee terkena kakina.alaa bukan mahai mana pun takat rm3 camtu ja pun.nak beli botoi kecik ja.malas botoi besaq besaq nak travel susah plak.buat berat beg saja.
Aku ni bukan ada bajet sangat.tp nak kena pakai gak sebab rambut aku kering.kening dan bulu mata aku skit.pasai tu la nak beli.hehee
Malam satni kakina bagi duit.boleh la aku pi farmasi dan usha apa yang patut kat ekonomi minimarket.alaa barang aku bukanya mahai mana.pakai yang mahai pun jenuh abih duit la cek oi.

Sekian berita tamat..

# jadilah pengguna yang bijak

Ke mall ke kita - boring sunday

Masih hari yang sama boring sunday...

Sepatutnya kalau aku bosan hari ni aku dok lepak kat jusco alma.sebab situ ada library * aku suka aku suka *
Kalau hari minggu macam ni bagi spesis yang takdak tranport macam aku ni sesuai melilau dekat mall ja la.
Selalunya dulu aku selalu pi library dalam jusco perda tapi di sebabkan jusco nak runtuh.depa dah tutup.kalau nak pi library seberang jaya bleh la tapi tunggu aku bosan tahap dewa la.nak kena jalan kaki jauh tu yang malas tu.
Masa zaman keja kilang mahlin aku selalu keluaq jalan jalan kat central square (CS)
Kat situ ramai kawan kilang.syok gak la tapi situ pun la ni dah tak semeriah dulu dah.mungkin sebab banyak mall baru.kadang rasa rindu nak pi CS lagi.dulu aku pi jumpa sahabat baik aku ina dan maziah sebelum depa masing masing kawin.
La ni kalau aku nak pi kena tunggu ada kawan baru la syok.tapi sana aku tak tau library kat mana plak.aku suka jusco mall sebab ada library la.
Selain CS mall.jusco perda..
Aku suka pi beli barang kat pacific mall dan summit.ya la kan stesen rapid pun kat situ sebab tu la selalu pi.
Selain tu aku suka pi sunway seberang jaya tapi jarang shoping sebab utama.aku rasa macam susah cari barang sale.selalunya aku pi sunway beli cool blog..usha barang dalam watsons dan usha kedai buku ja la.yang lain aku usha orang la hehee.syok tengok gelagat orang..ya la aku kan pi mana mana pun sorang ja.mana ada kawan rapat.kawan semua pakat kawin ada anak.nak jumpa depa macam susah skit la.
Aku plak jenis gila gila.satgi kalau keluaq ngan kawan yang perasan matang.jenuh gak nak tiru pangai depa.tu aku lebih selesa keluaq sorang sorang.

Sekian berita tamat..

Happy skin lotion - boring sunday

Masih temenung di ruang tamu rumah..

Bedak sejuk ni aku stat pakai masa pi rumah kembaq aku di KL taman saga * lani dah pindah *
Mula tu aku tengok kembaq aku sapu kat muka dia.pastu aku tanya la.muka hang gebunya lincin ja.hang pakai bedak apa.pastu kembaq aku bagitau aku pasai happy skin lotion ni.dia bedak sejuk tapi nampak macam bedak biasa bila sapu.pastu kembaq aku tanya. " hang nak ka? "
Aku pun jawab la nak nak.
Pastu dok esok harinya kembaq aku bawa la pi beli.dia beli kedai biasa ja.kedai runcit indon.aku pun stat la pakai sampai nak abih dah ni.nasib la beli 2 botoi.1 untuk aku 1 untuk mak tapi mak langsung tak pakai.last last aku balas sedas kat aku.rugi ja beli kalau tak pakai.
Lepas sapu muka kita jadi sejuk ja.pastu plak mudah dan pantas kering.ikut suka nak pakai waktu bila pun boleh ja.
Muka pun takdak jerawat.kalau pakai berterusan mungkin parut akan hilang.
Aku google kebaikkan bedak sejuk banyak betoi kebaikkkan dia
Aku pilih jenis happy skin lotion sebab senang dan cepat.aku tak suka bedak sejuk ketoi ketoi warna putih sebab bila kering dia akan jadi debu.pastu masuk dalam mata.lagi pun nampak sangat pakai bedak sejuk.kena pakai bila malam ja la.
Tapi kalau happy skin lotion takyah risau.nak pakai waktu bila pun.tak nampak sangat yang kita pakai bedak sejuk.

#memang the best

Bedak nyonya - boring sunday

Aku dok temenung di ruang tamu sorang sorang.baru sudah buat nasi goreng ikan bilis+sos dan ayaq teh o panas..

Cerita bedak nyonya la plak..
Bedak ni dah lama ada dari zaman tok nenek kita dulu lagi.
Masa kecik kecik dulu aku dan kembaq aku selalu main.kami 2 buat conteng dinding.muka atau pun badan hahaa syok gila..rindu masa dulu la plak.
La ni rasanya memang takda sorang manusia dah nak pakai bedak nyonya ni rasanya sebab banyak sangat product dah keluaq kat malaysia ni.
Aku suka bekas dia.comey ja.kalau ada lagi rasa macam nak ja beli tapi aku nak bekas dia ja wei.bedak dia sapa nak pakai plak.

#bila sapu muka jadi putih melepak lepak cek oii

Aug 21, 2015

Stat ada tenet

Stat dunia ni ada tenet..
Aku dok rmh rasa mcm dok sorg2 plak..
Memang ada..
Mak..
Kkina..
Fatin..
Kai..
Tapiiii..
Bila aku tgk tv.aku kna smbang dgn dut si kucing aku tu.rasa2 klu dut pun reti main tenet..
Mgkin aku akan brcakap dgn tv ja kot lagi baguih..
Smua pakat dok kalut dgn gajet msing2 ja..klu la gajet tu menjelma jd tranformers haaa baru padan muka
Cuihhh
Stat ada tenet..
Dok dlm rmh walaupun 5 manusia
Sekoq kucing..
Makan sorg..(kdg2 kucing mai teman skali tu pun pasai dia nak minta mkn)
Tgk tv sorg..
Layan dvd sorg..
X yah baca paper dah..
Smua crita yg aku tgk berita.aku crita kat mak...
X xyah dok crita kat mak aku.crita yg aku baru tau tu.mak aku dah tau 2-3 hari lepas.
Aku sembang dgn mak pasai nak tanam pkok puding..
Huhhh x jd guna..
Mcm ckp sja..
Kepala mak seperti ada magnet.x kalih2 kot aku.
Mak dah xyah tgk wwe kat tv.sbb dok tgk kat youtube.
Segala mcm ayat bermadah madah..
Segala surah al quran smua mak tgk.x da msa dah nk pegang buku..
Sma la kkina...fatin n kai pun..
Stat ada tenet depa xmau dah lepak library.
Kai plak xdak masa nk smbang pasai buku komik..
Lahaiii

Aku : Kakina cam mana nak buat masak lemak tempoyak

Kakina : hang google la

Aku : fatin cam mana nak pakai shawl ni.

Fatin : hang tengok la youtube

Aku : mak..mak tau dak jadi angin ribut baru baru ni dekat mana tah

Mak : mak dah tau 2-3 hari lepas dah.hang baru nak tau ka.

Aku : kai cam mana nak main keyboard ctk 495

Kai : hang tengok la tutorial kat youtube

Aku : aku nak belajaq dengan manusia..bukannya robottttt kaiiii oi

Aug 17, 2015

Pendapat aku tentang nour ain trial set

La ni tengah tengok tv2 cerita masam masam manis (p ramlee) taktau la dah berapa puluh kali aku tengok aku sendiri pun taktau la...

Banyak produk aku dah google sebenarnya..tapi aku terminat produk nour ain sebab amy kawan sekolah aku pakai.survey harga paling murah 1 trial set rm40.aku beli la juga.dapat pakai 1 kali pun jadi la.nak bagi muka aku ni elok skit.
Kali pertama pakai biasa ja.macam takdak perubahan sangat.whitehead aku pun macam sama ja tak berubah.sampaikan aku terpaksa guna eversoft scrub.baru la hilang.
Tapi lepas 1 minggu aku pakai.aku rasa muka aku semakin hari semakin lincin.whitehead pun lambat tumbuh balik.selalunya kalau aku scrub muka..2-3 hari lepas tu mesti ada balik whitehead.tapi stat aku pakai nour ain.lambat plak whitehead tumbuh balik.mungkin nour ain skincare ni dah mula berkesan la.
Syok la plak tapi...
* apa yang bertapi tapi tu agaknya *
Sebenarnya aku dah tak keja lama dah.susah skit la sebab bajet kurang.terpaksa la aku guna SM (safi manggis) balik.

Apa pun nour ain skincare memang the best...sebab berkesan baiki kulit dengan lembut tanpa pengelupasan.

Vaseline lotion memang syok

La ni aku kat kedai makan dalam econsave summit.baru lepas buat kad maybank dan lepas makan..

Sebelum makan..
Masuk dalam watsons...
Kad watsons tak bawa..
Kah kah kah...

Tapi aku tetap beli juga sebab barang ni semua aku perlu.aku beli.
deo nivea whitening
Wax strips veet
Vaseline insta fair lotion
Sunsilk hair cream
* entah sapa perabih minyak rambut aku tah.terpaksa la beli lain *

La ni aku nak kongsi cerita pasai vaseline lotion saja bukan cerita yang lain tu..

Mula mula aku pakai vaseline lotion ni sebab dapat free.tu pun aku beli barang apa entah tak ingat.aku beli dalam watsons la.lama aku simpan dalam drower biru dalam bilik.entah kenapa tiba tiba haritu aku rasa nak pakai lotion.aku pun try la vaseline lotion yang free gift tu.botol dia comey ja.
Selalunya aku malas pakai lotion sebab utama sekali kebanyakkan lotion semuanya melekit nak mampuih..aku pun naik geram..masa depa cipta lotion tu depa tak try kat tangan depa kah * ceh awat teruk sangat ayat hang reezmika oi * aku tak macam kembaq aku yang suka gila dengan lotion.dia kata dia suka tangan dan kaki dia rasa lembap macam tu * baru aku faham pasai apa orang cipta lotion yang melekit...untuk orang macam kembaq aku tu la kan kan *
Berbalik pada tajuk asal..
Lepas aku sapu vaseline lotion kat tangan aku..alangkah terkejutnya aku..
Wujud ka lotion macam ni.selama 30 tahun aku hidup.aku tak pernah jumpa lotion sehebat ini.
Syok gila pakai.
Dah la wangi..
Pastu rasa lembut lepas sapu..
Cepat plak menyerap..
Adakah kulit aku ni sedut lotion tu tadi???
Ohh tidak..
* Vaseline lotion memang semua macam tu cek oi *
Cepat menyerap..
Kiranya tak rugi sekupang pun duit kita kalau beli vaseline lotion.memang syok ooo.bila tengah stress cer try sapu kat tangan ka contohnya..teruih hilang stress bila bau vaseline lotion tu..
Rasa macam nak ja beli semua jenis.
Syok syok syok ooooo

Sekian berita tamat..

Haku : tuuuu diiiaa syok noh.pasni tak yah tukaq lotion dah.

R : uiii dah pasti la..nak setia dengan vaseline saja.

Aug 14, 2015

17 ogos ambil darah lagi cek oii

La ni cuaca agak terik.lepas abis menaip aku nak pi mandi..

Isnin ni pagi pagi lagi macam besa la.aku kena terpacak depan hospital seberang jaya untuk nurse ambik darah aku buat kali yang entah ke berapa puluh kali.sebenarnya aku dah naik rimas keluar masuk hospital ni.dari hospital bukit mertajam bertukaq ke hospital seberang jaya.semua atas sebab sakit tiroid aku yang entah bila nak blah dalam hidup aku ni.
Aku dah memang tak sabar nak mula keja macam dulu.kumpul duit.nak beli apa yang patut untuk keluarga.aku nak travel yang macam aku plan tu.aduii dah lama gila aku plan nak travel solo.mungkin 5-7 negeri.alaa dalam malaysia ja pun apa nak heran.singgah tidoq rumah kawan kawan aku.sambil travel boleh jumpa kawan aku.mesti syok. * insyaallah *

Sambung part aku nak ambik darah tu..
Lepas setel ambik darah.aku kena melantak kat kantin hospital dulu sekenyang mungkin.baru lah aku boleh naik rapid pi pasific.nampak gaya macam kena meronda kot pacific la.kat situ kan ada guardian dan watsons.ada 3 barang aku nak beli.

Sekian berita tamat..

Aug 13, 2015

Aku patut berjimat bukan membazir

La ni aku tengah lepak kat ruang tamu.sambil pikiaq pasai pembaziran aku..

Kadang kadang aku rasa aku ni seorang pembazir pun ada.kenapa aku cakap macam agaknya.padahai aku memang perlukan barang yang aku dah beli dan tengah dok guna ni.contohnya
Set nour ain skincare
Set d herb
Dua produk ni bukan tak ok.dua dua boleh la.tapi memandangkan bajet aku tak berapa nak banyak sangat pada saat ini.terpaksa la aku batalkan niat aku nak teruskan dengan set nour ain ka set d herb ka.
Lepas aku perabih semua barang tu.aku rasa jalan yang terpantas untuk aku berjimat adalah aku kena la berbalik ke produk SM.
Apa plak SM tu agaknya hehee.
* SM tu adalah safi manggis la cek oi hehee *
Yang tu lagi banyak boleh jimat kan kan.aku yang nak jimat sangat tu pasai aku tak keja lagi.kalau aku keja sekali pun mungkin tak bertukaq yang lain dah kot.sebelum tu pun memang aku pakai SM.
Tapi besa lah kan.kawan aku semua pakat try itu ini.aku pun nak juga.tapi pikiaq balik rasa macam aku ni membazir plak kan.pakai ja apa yang bajet dan ok untuk kulit aku ni.yang mahai pun kadang lebih kurang sama ja.
Lagipun aku nak kena beli collagen sebab tu aku kena ada bajet.
Dulu aku pakai SM memang syok sangat.rasa muka aku bersih+lembap+gebu jaa.entah entah kalau pakai lama lama muka aku makin comey apa hahaa.alaa lagipun aku memang dah pikiaq abis abis dah.kalau produk lain tak berapa nak ok.aku akan berbalik pada SM.
Apa apa pun lebih baik berbajet seboleh mungkin.aku tak mau dah pasni membazir * insyaallah *

Haku : haa baguih la mau kalau lagu tu noh

R : amboi hang heheeee

May 12, 2015

Sahabat selamanya

Masa ni aku baru sudah makan ice cream vanilla...
Tahun 2015 ni betoi betoi aku tak sangka.macam macam yang berlaku.tahun ni aku banyak jumpa kawan SMKP.
Ramai yang aku dapat chat dengan depa kat group wechat.ada yang aku dah jumpa ada yang belum.
Aizan
Ema
Kaklong zuraidah
Linda harun
Tinie
Munira
Ina
Lan
Kimi
Jan
Ijat
Nama nama ni semua aku dah jumpa
Tapi ada banyak lagi tak jumpa.
Amy
Mamu
Azrol izat
Aishah
Nama nama ni aku belum jumpa tapi ada banyak lagi yang aku tak ingat.harap2 depa semua sihat dan gembira di sisi keluarga tersayang.

Sekian berita tamat

May 9, 2015

Konvoi 7 may pilihan raya kecil 2015

Pagi hari undi.mak gerak aku awal pagi.aku mandi bersiap dan pi undi di sekolah bukit indra muda.
Geram betoi jari aku abis kena dakwat kekal.tapi takpa syok juga heheheee.
Hari mengundi dah berlalu 2 hari lepas.tapi aku tetap tak boleh lupa semua kenangan yang terindah
Walaupun masa aku dan aizan ronda panas terik.
Mula mula aku dan aizan pi sekolah tanah liat.aizan yang ajak aku teman dia.yang lawaknya aizan tertinggal ic.polis tu kalut panggil aizan.
Masa lepas undi aku dan aizan ronda ke permatang pauh.masa dekat nak sampai trafik light.ada 2 orang laki buat gaya tiup love kat kami.aizan siap balas balik hihii sporting la aizan ni.
Aku nak gak balas tapi aku dok kalut pengang bendera.
Depa buat gaya tiup love tu sebab kami pengang bendera macam depa.hehee geng la kita.
Sampai kat area lain plak meriah gak.sepanjang jalan pakat dok hon dan jerit huuuuuu huuuuu.
Aku dan aizan pun balas gak.kan geng mestilah tegur.siap balas sekali bendera kat trafik light.tu pun pakcik pakcik kat situ bagi semangat.
Yang paling best sampai dapat kawan baru folo kami sampai kubang semang.laki tu nama dia syuk umo 25tahun camtu lah.
Tadi masa kami di sekolah tanah liat tak meriah sangat.
Mai kubang semang fuhhh gila punya meriah.camtu rupanya orang berkempen noh.
Masa waktu petang plak.aku dan aizan ronda lagi.kami singgah rehat rumah aizan sat.
Tiba masa kami bergerak sampai keluar jalan raya.ada plak geng moto sama bendera dengan kami.
Apa lagi kami pun join konvoi tu.masa tu memang best sangat perasaan tu.baki baki semangat tu masih ada sampai la ni.
Aizan sampai demam lepas hari mengundi.aku plak pening kepala skit ja.syukurlah
Tq aizan kerana hang aku happy sangat hari tu.dapat gak merasa semangat mengundi.

Sekian berita tamat
Byebye

May 2, 2015

Reuion smkp

Masa ni aku lepas solat ishak.pastu tengok tv rancangan juarapujaan sama sama dengan mak.
Siang tadi aku pi kenduri arwah buat kat rumah aizan.
Rasa macam mimpi sebab dapat jumpa kawan smkp.rasa puas juga dapat jumpa depa semua.semua orang panggil aku reez tapi kimi sorang ja panggil ayu.terus aku teringat zaman sekolah hihihiii rindunya zaman tu.
Isnin ni insyaallah aku pi interview kilang di prai.
Macam macam perasaan aku rasa.taktau nak cakap cammana

Sekian berita tamat

Haku : amboi perasaan yang cammana tu ye

R : hihihii ada lah rahsia mana boleh bagitau

Apr 30, 2015

Semoga arwah paksu bahagia di sana

La ni kai.tyson.mak n aku dalam keta tyson dalam perjalanan ke perlis.
Pagi tadi aku terkejut bila dengar mak cakap fon dengan orang.aku dengar mak kata paksu meninggal.
Aku bangun dan terus tanya mak untuk kepastian.
Ya memang betoi paksu dah takda.aku sedih tapi biarlah paksu p dulu.dah lama paksu menderita sakit.aku tau mak mesti sedih tapi semuanya boleh terima sebab redha paksu dah takda.
Semoga paksu bahagia di sana
Amin...

Apr 29, 2015

Mengatur kehidupan normal

Waktu ni aku baru lepas makan cucuq manis mak buat dan kopi aku bancuh sendiri.suasana di kampung aku riuh dok kalut nak mengundi pilihan raya kecil.

Berbalik pada cerita asal ikut tajuk.
Tahun 2002 aku benti sekolah awal sebab masa tu aku tak mampu nak ambik spm.arwah abah tak mampu bayar yuran spm.
Selepas pada tahun 2002 kehidupan aku normal macam biasa tapi kadang tu biasa la tergendala skit.
Stat tahun 2010 aku sakit tyroid *mula saat tu hidup aku makin tak normal macam orang lain tp aku redha*
Tahun ni 2015 syukur aku sihat sepenuhnya walaupun leher aku masih bengkak.
Tahun 2015 jugalah aku bertuah dapat jumpa separuh pada kawan sekolah aku *syukur alhamdulillah,dah lama sangat aku cari depa*
Tahun 2015 jugalah banyak plan aku dah mula atur.aku harap sangat inilah masa depan aku.semoga impian akan tercapai
Amin...
Sekian tamat

Kembali ke kilang

Tak lama lagi aku akan kembali ke kilang semula seperti biasa tanpa maziah dan ina.depa dua dah ada haluan hidup masing masing dah.
**aku kena keja kilang tanpa depa dua.aduss sedihnya**
Aku terpaksa laluinya sekali lagi.suasana yang macam bosan **isi borang keja.kenal kawan baru.dunia lama walaupun suasana baru**
Aku berharap sangat aku dapat keja dengan tenang kat kilang baru ni.takpa lah nak buat camna.aku redha sebab kena join balik keja kilang.
Terpaksa bangun awal pagi.mandi dalam kesejukkan.tunggu van tepi jalan macam biasa.
**takpa aku redha**

Sekian tamat

28april

Masa ni aku baru lepas off laptop.aku bosan tak boleh nak tidoq lagi sebab tak mengantuk sama kot.
Sepatutnya tarikh 28april ni aku pi interview pemohonan kedai mara.tapi aku tak pi sebab rasa tak berminat dengan takda modal pun ada jugak.
Dalam beberapa hari lagi insyaAllah aku akan mula kerja kilang semula macam dulu dulu balik.
Aku harap sangat yang kilang kali ni syok gila macam mahlin jugak.aku dah plan apa yang aku nak buat.
Aku nak fokus keja dan kumpul duit.aku nak selesaikan apa yang sepatutnya.
Aku harap sangat semua berjalan dengan lancar
Amin.....

Sekian berita tamat

Interview

Masa ni aku dekat pejabat daerah.baru lepas balik dari pejabat mara.aku mai pejabat pejabat ni sebab aku dapat call dari pejabat mara.aku ada interview pemohonan kedai.
Aku dan mak mai tengok kedai kosong yang nak di sewa tu.sungguh aku tak sangka aku dapat dekat area pekan mara tu.
Tapi memang bukan rezeki aku la sebab masa ni aku memang tak da modal apa apa pun.takpa lah dah memang keadaan tak sesuai masa ada interview tu.
La ni kami otw pi benkel kuih mak di seberang jaya.untuk bincang dengan fatin pasal dia nak beli keta.

Sekian berita tamat

Apr 11, 2015

Aku rindu scoot aku

La ni tengah hujan lebat.tiba tiba ja aku dok teringat kat scoot aku dulu tu.kadang rasa macam nak naik balik scoot macam zaman scoot aku dulu pun ada.
Tapi aku plan nak naik scoot siput ja kot.aku nak suruh adik aku tolong cari.senang skit nak ke mana mana.nak buat camna tu ja yang aku mampu buat masa ni.
Kalau aku ada siput.aku nak cat warna biru laut..tapi bila tengok lama lama mesti nampak macam skuter mainan plak dah.rasa rasanya macam nak cat warna green army.heh heh heh * awesome *
Scoot aku dulu warna hitam.mula mula nak beli aku nak warna biru tapi kena tunggu plak dah.lambat sangat aku ambik gak la warna hitam.
Selama aku bersama dengan scoot aku tu.byk tempat aku boleh pi.
Aku rasa mak mesti marah kalau buat keputusan untuk ada siput.dulu pun mak tak setuju aku beli skuter yamaha ego.
Tapi aku beli juga.

- siput (skuter v100)

Sekian tammat

Apr 5, 2015

Pelembap bibir

Aku nak cerita pasal pelembap bibir aku pulak kali ni.macam biasa...aku akan bertukar tukar product sebab tak serasi.dulu aku beli lip balm susu tapi tak ingat brand apa tapi aku sangat suka dan rasa macam nak makan pun ada.dah la bekas dia comel ada lukisan kucing tengah minum susu.comel hooo tapi....
Lip balm tu hilang ** adoiii sedihnya **
Pastu aku beli lip balm baru jenis yang pernah aku guna dulu brand nivea.ok gak siap ada warna lagi tu.aku suka sangat kalau product tu dari bahan semulajadi.aku suka sangat lip balm jenis buah.pembersih muka pun buah.supplement pun buah.minyak wangi pun bau buah.masker muka aloe vera.yang penting dari bahan semula jadi ** aku suka gila bahan semula jadi yang tak campur bahan kimia **

Sekian cerita tammat

Kisah lotion aku

Assalamualaikum...
Dulu aku suka lotion tapi bila selalu ja dapat jumpa lotion jenis melekit lekit aku dah naik rimas nak sapu.tapi tak banyak la aku tukar tukar lotion macam aku tukar pembersih muka aku tu.
Aku stat pakai lotion balik sebab kulit aku semakin kering sebab kerap jemur tengah panas..
Aku pernah beli 1 barang dalam watsons tapi aku tak ingat barang apa ** hahaa tak ingat sebab dah lama sangat **
Beli barang tu dapat free gift lotion vaselin.baru baru ni aku baru rasa nak pakai.
Kali pertama sapu aku dah mula suka sebab lotion tu cepat serap tak macam lotion yang aku pernah guna.hihii syok pulak bila sapu lotion vaselin.rasa lembut lembap ja kulit aku ni.wangi pun wangi.
Bila masuk dalam watsons aku selalu gak belek belek brand vaselin ni.rasa teringin nak beli tapi risau gak kalau lotion jenis lambat serap ** aku tak suka membazir **
Aku stat pakai lotion ni pun sebab dapat free ja.hihii nasib baik la ok.abis lotion ni aku nak beli lagi.yess aku dah jumpa lotion yang serasi dengan aku.la ni aku tengah cuba yang warna kuning.nanti aku nak cuba yang warna pink atau coco

Apr 3, 2015

May planning

Assalamualaikum

Ni adalah may 2015 planning.bulan ni adalah hari lahir aku dan kembar aku tapi aku dah tak kisah dah semua tu.
Aku perlu sangat sangat keja ni.tahun ni aku nak displinkan kehidupan aku dengan sempurna yang termampu.aku dah takmau pikir hal lain.
Aku berharap dan terlalu berharap sangat tahun ni semuanya berjalan dengan sempurna
InsyaAllah....amin....

Tammat

April planning

Assalamualaikum

Selamat petang yang sungguh panas sekali.masa ni aku dok kat ruang tamu di bawah kipas yang berangin tapi macam tak berapa berangin sangat..
Bulan ni banyak gak aktiviti yang berfaedah dan takda faedah aku buat.tapi takpa apa apa pun aku tetap happy.
Bulan ni aku nak kena selesai hal hal
- setting gear L (dah setel)
- beli vit (sat ni petang aku nak setelkan)
- shopping di mf mart (belum setel)
- selesaikan kerja di KL (belum setel)
- travel ke melaka (akan di setelkan)

Itu saja
Sekian berita salam hormat
Tammat...

Apr 1, 2015

Rindunya nak cycling lagi

Mar 31, 2015

Tukar nama blog

Assalammualaikum karat blog ** eh eh bukan karut blog ka?  ** hahaa besa lah kan dah lama sangat aku jarang sesekali lepak blog ni sebab tu lah aku panggil karat.
Berbalik kepada cerita aku nak tukar nama blog.memamg dah lama aku rancang nak tukar lagi  ** eh tukar lagi.sampai berapa kali aku nak tukar nih **
Yang sebenarnya nama asal karut blog ni aku letak
Seni itu indah
Tapi kadang rasa macam bosan dengar nama serupa pelukis ** ceh macamlah aku pandai lukis ** nama yang aku guna la ni
Reezsakura
Nama tu aku guna sebab aku suka bunga sakura itu saja sebab dia.pastu lama lama aku rasa macam bosan pulak.sebab tu aku rasa nak tukar.aku rasa macam nak boh nama hakuredkuman sempena nama penyiasat karut blog.tapi macam panjang sangat pulak dah.
Takpa kita tunggu dan lihat