nuffnang ads

Aug 31, 2015

Merdeka 2015 yang ke 58

Masa ni aku dok tengok tv dengan mak dan kakina...bosannya tak syok mana pun rancangan kat tv..

Malam orang sambut merdeka kat luaq.aku sambut kat rumah dengan mak dan fatin.kakina keluaq dengan kawan dia.kai pun sama keluaq dengan kawan kawan dia..
Mak tidoq awai.fatin dan aku ja la tengok tv.pastu tiba tiba kakina chat tanya kami nak oder apa.aku kata apa pun takpa.
Last last kakina bok balik burger.
Syukur rezeki merdeka la tu..
Pagi keesokkan 31 ogos 2015.aku mangkit tidoq macam biasa.nak mangkit awai tapi macam takda apa aktiviti ja..
Bila tiba waktu petang aku tengok cuaca cantik ja.pastu aku pun tunggu apa lagi..
CYCLING laa hehee..

Mula mula aku pi kedai basikal sebab nak ambik penutup tiup angin taya.sekali la dengan nak sapu minyak rantai.lepas setel hal beskat aku tu.aku pun mula berkayuh lagi sampai la ke pekan penanti.sebenaqnya kedai basikal tu pun kat pekan penanti tapi tepi jalan raya.aku tak berani plak nak guna jalan raya.sebab tu aku patah balik guna jalan kampung.
Pekan penanti tak jauh dari kampung aku.pekan tu paling dekat dengan kampung.pekan penanti ada pasar malam tiap hari isnin.kalau jumaat ada pasar malam tepi hiway kubang semang.

Tiba kat pekan penanti aku paking basikal betoi betoi depan kedai ekonomi.aku masuk dan usha apa yang patut tapi...SM (safi manggis) 50g tak dak plak.
Aku tak puas hati.aku pi kedai sebelah..nama kedai jimat.kat situ aku usha apa yang patut.pastu terjumpa la SM 50g aku pun zapp sedas..
Tadi masa dekat kedai jimat.aku dok tercari cari jugak safi anggur yang baru tu tapi tak dak.mungkin stok baru sebab tu belum masuk kot.tak pa la aku bukan nak beli lagi cuma saja nak usha ja.

Dah bosan aku pun mulakan kayuhan merdeka aku hehee.aku cycling keliling kampung sambil tengok suasana kampung aku.aman damai..syukur la tak panas sangat..hujan pun dak.boleh la aku ronda sepuas hati aku walaupun tak puas mana..

Balik rumah..kakina cerita pasal perarakkan merdeka pagi tadi orang buat dekat bandar perda..
Sedihnya aku takdak transport.kalau ada mesti pagi pagi aku dah terpacak kat bandar perda join sekali perarakkan merdeka..

Sekian berita tamat
Selamat menyambut hari kemerdekaan

Aug 29, 2015

Morning saturday

Aku baru mangkit tidoq..

Hari ni entah apa lagi..mungkin masih cerita yang sama.hari ni aku kena pi buat beskat aku dekat pekan penanti.lepas setel hal beskat.aku nak singgah pekan penanti..

Bosan gila la wei..tak dak cerita yang berbeza dalam hidup aku...

Sekian berita tamat

Aug 28, 2015

Morning friday

Aku tengah makan sarapan pagi cucuq kodok dan kopi o panas..

Harini aku mangkit awai lagi.koi 8.30 camtu la.rasa macam teringin nak cycling sebab teruja ada pam taya beskat.
Tapi fatin kata dah lewat nak pi joging.matahari dah naik.buat panas muka ja.kalau keluaq koi 7 pagi tu kot la takpa.

Harini aku lalui cerita yang sama..
Mangkit tidoq..
Sarapan...
Mandi..
Buat keja rumah..
Termenung..

Adoii sesaknya hidup aku dengan bosan bosan bosan ja.alangkah gembiranya aku bila dapat keja dan kumpul duit walaupun hanya keja kilang saja.
Aku tak kisah la janji halal.
Nak keja lain?
Keja apa keja lain?
La ni aku takleh nak memilih sangat.yang penting aku ada keja dan bleh kumpul duit untuk masa depan..

Sempena hari ini hari jumaat.aku berharap sangat setiap masa hidup aku sekeluarga akan menjadi semakin bertuah.di permudahkan segala urusan dunia dan ahkirat.di beri kesihatan yang baik dan keluarga aku akan gembira lalui kehidupan ini.

Sekian berita tamat

Aug 27, 2015

Rezeki thursday

La ni dok tunggu azan.nak pi solat..

Plan hari ni aku nak kayuh beskat sorang sorang pi pekan penanti ja.last last mak nak join sekali tapi naik keta mak la..
Plan asal nak beli pam beskat.pastu tiba tiba terbeli macam macam pulak.
Nak beli minyak zaitun shurah tapi terbeli sekali toner safi lidah buaya la plak.
Alaa takpa memang nak guna.
Pastu plak aku makan laksa dan air sirap free..
Syok la pasni nak kayuh.dah takyah pikiaq pasai angin dah.angin beskat takdak ja teruih pam.
Yey yey yey
Syukur alhamdulillah...

Sekian berita tamat

Aug 26, 2015

Ke hospital lagi

Ini kemarin punya cerita..
Aku tengok tv..bosan plak cerita kat tv ni oi..

Kemarin aku bangun seawal pagi.lepas sudah siap semua.tunggu kakina bersiap pulak..nasib dia tak banyak songeh nak hantaq aku pi hospital.

Sampai dalam MOPD orang punya lah ramai oii..aku boh la kad aku dalam box untuk jam 9 pagi.pastu aku cari bangku dan duduk la aku di situ tunggu nama di panggil.pastu tiba tiba plak baru aku teringat bila tengok orang pakat pi serbu nurse kat meja hujung dinding tu.
Alaa rupanya aku tak check tekanan darah dan berat la plak.lepas aku check aku pun duduk.tak lama pastu depa panggil bagi no giliran aku.

Aku duduk lagi tapi kali ni kat bangku lain plak.dok lama la juga.pastu nama aku orang panggil lagi.aku pun pi bayar RM5 LESAP DUIT AKU.NAK AMBIK RESULT PUNYA PASAI KAN.
Yang aku tak puas hati ni bab berat aku.berat aku dari 48-47-46-45 pastu tiba tiba 46 balik dah.aku ingatkan kali ni 44 alaa gemok balik la aku.ni angkara lepas raya la ni.aku pulun itu ini.

Aku nak kena perbanyakkan cycling day aku la pasni nampaknya...tapi tiap petang hujan pulak.sejuk sampai kebas kaki tangan oi.

Lepas setel jumpa doktor dan ambik ubat.mak pun tunggu aku siap siap kat luaq hospital.kami dua p pacific kami pun berjalan la pi cari kedai jual subang.aku tolong mak pilih subang emas murah.mak suka pakai subang alaa saja syok syok macam aku la juga.pakai tukaq tukaq sebab tu la beli murah punya.aku pun tolong pilih kat mak.
Aku macam nak beli juga tapi entah kenapa tah la aku jadi malas pilih.mungkin sebab aku rasa subang tak perlu lagi buat masa ni.nak beli barang penting dulu.lepas bayar kami pun pi tekan duit pastu makan ice cream dan pau yang mak beli depan hospital tadi.mak ajak aku makan mee kari.tapi aku kenyang la plak.pastu kami tak jadi nak makan mee kari.
Aku dan mak selesai makan ice cream.kami jalan naik atas tingkat 2.kami singgah kedai product rambut.mak beli vitamin rambut ja la.aku tak beli apa apa.selesai bayar kami pun balik la rumah

Sekian berita tamat

Aug 25, 2015

Watsons dan guardian

Bila sebut ja WATSONS aku terbayang macam macam product kecantikkan ada kat situ.makanan pun ada gak.banyak lagi la..macam macam sangat..
Aku selalu gak shopping barang kat situ.boleh di katakan pelanggan tetap la jugak..

Baru baru ni aku masuk watsons.ada la beli 3 barang camtu.sambil la aku usha barang lain.memang selalu pun camtu la jadinya kalau masuk watsons.kalau bleh aku nak beli macam macam lagi tapi besa la kan.aku tak keja kena la bajet banyak skit.beli yang betoi2 penting saja.
Hari aku pi tu aku tak bawa kad watsons plak dah.masa nak bayar di kaunter tu nasib la kak tu minta no hp aku.hoo baru aku tau kalau tak bawa kad pun tak rugi.aku kena bagi no hp aku ja.kan senang camtu..mudah la nak shopping.
AKU TAK PERNAH MASUK WATSONS TANPA KAD.TU PASAI LA AKU TAKTAU KALAU TAK BAWA KAD KENA BUAT APA.

GUARDIAN plak aku tak pernah masuk dan rasa teringin plak nak masuk dan buat kad sekali.aku tak tau langsung guardian ada jual barang apa.kawan aku selalu masuk.dia kata barang GUARDIAN DAN WATSONS lebih kurang sama ja.harga ja berbeza.

Sekian berita tamat

Aug 24, 2015

Ini keluarga aku - hari raya

Selama cik reez menceburkan diri dalam bidang taip menaip ni.beliau tak pernah nak kongsi gambar keluarga beliau kan kan hehee hari ini kerajaan karut blog akan kongsikan gambar keluarga beliau

Dari kiri -belakang
Beliau sendiri-kak ina-fatin-kembar beliau.
Dari kiri -depan
Kai-mak-abang

Sekian berita tamat
Di taip oleh...
Hakuredkuman (penyiasat karut blog)

Pendapat aku pasal bb cream safi

Baru lepas makan pisang goreng....

Monday boring...

Kali pertama aku try bb cream safi balqis sebab harga agak murah berbanding bb cream yang lain kot * aku tak pasti lah sebab aku tak google *
Bau dia wangi sangat.krim dia pun syok guna sebab ringan * ceh macam la boleh angkat krim tu * bila aku sapu muka aku nampak fresh skit dari sebelum tu.
Tapi.....
Yang tak syoknya.krim dia skit sangat.aku tak pasti la..ka memang semua bb krim camtu.
Tapi apa pun aku suka sangat.tu bb krim pertama aku.teringin nak try brand lain tapi takut gak tak serasi.buat membazir plak.
Adik aku pun memang dah lama pakai safi gak.aku tiru dia la.tapi dia tak suka make up sangat.kalau aku try bb krim brand lain pastu tak ok dengan muka aku.agak agak nak bagi free kat sapa plak.mesti kalau bagi kat depa akan marah sebab aku membazir.
Tengok la dulu kalau aku paling malas nak cari bb krim lain.aku terpaksa ambik gak la bb krim safi balqis yang sama.

# berharap sangat bb cream safi balqis ada isi penuh

Sekian berita tamat

Cerita yang sama - monday boring

La ni aku dok tunggu bilas kain baju dalam mesin round ke 2..

Sepatutnya mak dan aku pi rumah bomoh kat taiping untuk berubat aku.tapi bila aku bangun awai pagi ni.tiba tiba plak mak kata bukan nak pi hari ni..
Huh!!
Takpa la alang alang dah terbangun awai * bukan selalu bangun awai *
Besa lah aku makan ubat memanjang ja letih.
Hidup aku semakin bosan la wei.jemu dah sampai bila nak berakhir tah la.aku dah tak sabaq nak keja.tiap hari lalui cerita yang sama..
Bangun sarapan
Makan ubat
Mandi
Kemas rumah
Keesokkan hari pun cerita yang sama berulang ulang..dah naik jemu la aduiii..
Esok 9 pagi kena terpacak depan hospital lagi..nak ambik result darah.pastu setel..nak pi rumah bomoh.
Bosannya...
Dah tu plak hari ni kakina kata tak jadi suruh aku pi farmasi penanti untuk beli ubat dia.dia kata dia nak pi beli kat farmasi hans.alaaa nampaknya upah aku pakai tak jadi la.huhhh ini lah nasib
Apa yang di rancang susah nak jadi

Sekian berita tamat

Aug 23, 2015

Happy monday - boring sunday

Masih hari yang sama boring sunday..

La ni bukan nak cerita pasai sunday tapi cerita pasai monday walaupun harini hari ahad hehehe * aku sangat bosan dok rumah *

Kalau aku dah keja.hari isnin esok mesti jadi malas nak mula keja kan.tapi malas camna sekali pun keja tetap keja..
Aku kena rajin walau camna sekali pun sebab lama sangat aku dok rumah dari tahun 2010 lagi * bayangkan la lama mana * naik jemu la wei.
Baru baru ni kawan aku bagitau kilang dia nak pakai orang keja.dia pun bagi no fon van.tapi buat masa ni aku tak boleh la nak keja lagi sebab aku dok kena pi hospital.nanti kerap plak cuti kan.
Yang syoknya kilang tu buat keja senang walaupun 12jam.
Tak sabaq plak aku nak keja..
Harap sangat dapat kawan baru yang syok.
Tapi......
Aku sedih...
Maziah dan ina takdak.depa dah ada haluan hidup masing masing dah.kalau depa keja sekali pun dah tak sama macam dulu perangai gila gila.happy sangat * rindunya masa tu *
Takpa la nak buat camna kan tu la namanya kehidupan.
Yang pasti kilang tu takdak uniform pulakkkk jenuh jugak la bertukaq baju..macam kilang mahlin plak.

Sekian berita tamat

Minyak zaitun - boring sunday

Takyah bagitau kot noh..sama ja dari tadi.kalau ada tajuk yang sama di sebelah tu...
Aku dok makan nasi goreng dan ayaq teh o..

Tadi aku ada terpikiaq 1 idea.alang alang sunsilk hair cream aku nak abih.aku plak teringin nak pakai minyak zaitun sebab aku google ada banyak kebaikkan dia..
Alang alang kakina paksa aku pi farmasi dekat pekan penanti.aku bagitau kat dia aku boleh pi beli tapi ada upahnya..
Upahnya adalah MINYAK ZAITUN
hehee terkena kakina.alaa bukan mahai mana pun takat rm3 camtu ja pun.nak beli botoi kecik ja.malas botoi besaq besaq nak travel susah plak.buat berat beg saja.
Aku ni bukan ada bajet sangat.tp nak kena pakai gak sebab rambut aku kering.kening dan bulu mata aku skit.pasai tu la nak beli.hehee
Malam satni kakina bagi duit.boleh la aku pi farmasi dan usha apa yang patut kat ekonomi minimarket.alaa barang aku bukanya mahai mana.pakai yang mahai pun jenuh abih duit la cek oi.

Sekian berita tamat..

# jadilah pengguna yang bijak

Ke mall ke kita - boring sunday

Masih hari yang sama boring sunday...

Sepatutnya kalau aku bosan hari ni aku dok lepak kat jusco alma.sebab situ ada library * aku suka aku suka *
Kalau hari minggu macam ni bagi spesis yang takdak tranport macam aku ni sesuai melilau dekat mall ja la.
Selalunya dulu aku selalu pi library dalam jusco perda tapi di sebabkan jusco nak runtuh.depa dah tutup.kalau nak pi library seberang jaya bleh la tapi tunggu aku bosan tahap dewa la.nak kena jalan kaki jauh tu yang malas tu.
Masa zaman keja kilang mahlin aku selalu keluaq jalan jalan kat central square (CS)
Kat situ ramai kawan kilang.syok gak la tapi situ pun la ni dah tak semeriah dulu dah.mungkin sebab banyak mall baru.kadang rasa rindu nak pi CS lagi.dulu aku pi jumpa sahabat baik aku ina dan maziah sebelum depa masing masing kawin.
La ni kalau aku nak pi kena tunggu ada kawan baru la syok.tapi sana aku tak tau library kat mana plak.aku suka jusco mall sebab ada library la.
Selain CS mall.jusco perda..
Aku suka pi beli barang kat pacific mall dan summit.ya la kan stesen rapid pun kat situ sebab tu la selalu pi.
Selain tu aku suka pi sunway seberang jaya tapi jarang shoping sebab utama.aku rasa macam susah cari barang sale.selalunya aku pi sunway beli cool blog..usha barang dalam watsons dan usha kedai buku ja la.yang lain aku usha orang la hehee.syok tengok gelagat orang..ya la aku kan pi mana mana pun sorang ja.mana ada kawan rapat.kawan semua pakat kawin ada anak.nak jumpa depa macam susah skit la.
Aku plak jenis gila gila.satgi kalau keluaq ngan kawan yang perasan matang.jenuh gak nak tiru pangai depa.tu aku lebih selesa keluaq sorang sorang.

Sekian berita tamat..

Happy skin lotion - boring sunday

Masih temenung di ruang tamu rumah..

Bedak sejuk ni aku stat pakai masa pi rumah kembaq aku di KL taman saga * lani dah pindah *
Mula tu aku tengok kembaq aku sapu kat muka dia.pastu aku tanya la.muka hang gebunya lincin ja.hang pakai bedak apa.pastu kembaq aku bagitau aku pasai happy skin lotion ni.dia bedak sejuk tapi nampak macam bedak biasa bila sapu.pastu kembaq aku tanya. " hang nak ka? "
Aku pun jawab la nak nak.
Pastu dok esok harinya kembaq aku bawa la pi beli.dia beli kedai biasa ja.kedai runcit indon.aku pun stat la pakai sampai nak abih dah ni.nasib la beli 2 botoi.1 untuk aku 1 untuk mak tapi mak langsung tak pakai.last last aku balas sedas kat aku.rugi ja beli kalau tak pakai.
Lepas sapu muka kita jadi sejuk ja.pastu plak mudah dan pantas kering.ikut suka nak pakai waktu bila pun boleh ja.
Muka pun takdak jerawat.kalau pakai berterusan mungkin parut akan hilang.
Aku google kebaikkan bedak sejuk banyak betoi kebaikkkan dia
Aku pilih jenis happy skin lotion sebab senang dan cepat.aku tak suka bedak sejuk ketoi ketoi warna putih sebab bila kering dia akan jadi debu.pastu masuk dalam mata.lagi pun nampak sangat pakai bedak sejuk.kena pakai bila malam ja la.
Tapi kalau happy skin lotion takyah risau.nak pakai waktu bila pun.tak nampak sangat yang kita pakai bedak sejuk.

#memang the best

Bedak nyonya - boring sunday

Aku dok temenung di ruang tamu sorang sorang.baru sudah buat nasi goreng ikan bilik+sos dan ayaq teh o panas..

Cerita bedak nyonya la plak..
Bedak ni dah lama ada dari zaman tok nenek kita dulu lagi.
Masa kecik kecik dulu aku dan kembaq aku selalu main.kami 2 buat conteng dinding.muka atau pun badan hahaa syok gila..rindu masa dulu la plak.
La ni rasanya memang takda sorang manusia dah nak pakai bedak nyonya ni rasanya sebab banyak sangat product dah keluaq kat malaysia ni.
Aku suka bekas dia.comey ja.kalau ada lagi rasa macam nak ja beli tapi aku nak bekas dia ja wei.bedak dia sapa nak pakai plak.

#bila sapu muka jadi putih melepak lepak cek oii

Aug 21, 2015

Stat ada tenet

Stat dunia ni ada tenet..
Aku dok rmh rasa mcm dok sorg2 plak..
Memang ada..
Mak..
Kkina..
Fatin..
Kai..
Tapiiii..
Bila aku tgk tv.aku kna smbang dgn dut si kucing aku tu.rasa2 klu dut pun reti main tenet..
Mgkin aku akan brcakap dgn tv ja kot lagi baguih..
Smua pakat dok kalut dgn gajet msing2 ja..klu la gajet tu menjelma jd tranformers haaa baru padan muka
Cuihhh
Stat ada tenet..
Dok dlm rmh walaupun 5 manusia
Sekoq kucing..
Makan sorg..(kdg2 kucing mai teman skali tu pun pasai dia nak minta mkn)
Tgk tv sorg..
Layan dvd sorg..
X yah baca paper dah..
Smua crita yg aku tgk berita.aku crita kat mak...
X xyah dok crita kat mak aku.crita yg aku baru tau tu.mak aku dah tau 2-3 hari lepas.
Aku sembang dgn mak pasai nak tanam pkok puding..
Huhhh x jd guna..
Mcm ckp sja..
Kepala mak seperti ada magnet.x kalih2 kot aku.
Mak dah xyah tgk wwe kat tv.sbb dok tgk kat youtube.
Segala mcm ayat bermadah madah..
Segala surah al quran smua mak tgk.x da msa dah nk pegang buku..
Sma la kkina...fatin n kai pun..
Stat ada tenet depa xmau dah lepak library.
Kai plak xdak masa nk smbang pasai buku komik..
Lahaiii

Aku : Kakina cam mana nak buat masak lemak tempoyak

Kakina : hang google la

Aku : fatin cam mana nak pakai shawl ni.

Fatin : hang tengok la youtube

Aku : mak..mak tau dak jadi angin ribut baru baru ni dekat mana tah

Mak : mak dah tau 2-3 hari lepas dah.hang baru nak tau ka.

Aku : kai cam mana nak main keyboard ctk 495

Kai : hang tengok la tutorial kat youtube

Aku : aku nak belajaq dengan manusia..bukannya robottttt kaiiii oi

Aug 17, 2015

Pendapat aku tentang nour ain trial set

La ni tengah tengok tv2 cerita masam masam manis (p ramlee) taktau la dah berapa puluh kali aku tengok aku sendiri pun taktau la...

Banyak produk aku dah google sebenarnya..tapi aku terminat produk nour ain sebab amy kawan sekolah aku pakai.survey harga paling murah 1 trial set rm40.aku beli la juga.dapat pakai 1 kali pun jadi la.nak bagi muka aku ni elok skit.
Kali pertama pakai biasa ja.macam takdak perubahan sangat.whitehead aku pun macam sama ja tak berubah.sampaikan aku terpaksa guna eversoft scrub.baru la hilang.
Tapi lepas 1 minggu aku pakai.aku rasa muka aku semakin hari semakin lincin.whitehead pun lambat tumbuh balik.selalunya kalau aku scrub muka..2-3 hari lepas tu mesti ada balik whitehead.tapi stat aku pakai nour ain.lambat plak whitehead tumbuh balik.mungkin nour ain skincare ni dah mula berkesan la.
Syok la plak tapi...
* apa yang bertapi tapi tu agaknya *
Sebenarnya aku dah tak keja lama dah.susah skit la sebab bajet kurang.terpaksa la aku guna SM (safi manggis) balik.

Apa pun nour ain skincare memang the best...sebab berkesan baiki kulit dengan lembut tanpa pengelupasan.

Vaseline lotion memang syok

La ni aku kat kedai makan dalam econsave summit.baru lepas buat kad maybank dan lepas makan..

Sebelum makan..
Masuk dalam watsons...
Kad watsons tak bawa..
Kah kah kah...

Tapi aku tetap beli juga sebab barang ni semua aku perlu.aku beli.
deo nivea whitening
Wax strips veet
Vaseline insta fair lotion
Sunsilk hair cream
* entah sapa perabih minyak rambut aku tah.terpaksa la beli lain *

La ni aku nak kongsi cerita pasai vaseline lotion saja bukan cerita yang lain tu..

Mula mula aku pakai vaseline lotion ni sebab dapat free.tu pun aku beli barang apa entah tak ingat.aku beli dalam watsons la.lama aku simpan dalam drower biru dalam bilik.entah kenapa tiba tiba haritu aku rasa nak pakai lotion.aku pun try la vaseline lotion yang free gift tu.botol dia comey ja.
Selalunya aku malas pakai lotion sebab utama sekali kebanyakkan lotion semuanya melekit nak mampuih..aku pun naik geram..masa depa cipta lotion tu depa tak try kat tangan depa kah * ceh awat teruk sangat ayat hang reezmika oi * aku tak macam kembaq aku yang suka gila dengan lotion.dia kata dia suka tangan dan kaki dia rasa lembap macam tu * baru aku faham pasai apa orang cipta lotion yang melekit...untuk orang macam kembaq aku tu la kan kan *
Berbalik pada tajuk asal..
Lepas aku sapu vaseline lotion kat tangan aku..alangkah terkejutnya aku..
Wujud ka lotion macam ni.selama 30 tahun aku hidup.aku tak pernah jumpa lotion sehebat ini.
Syok gila pakai.
Dah la wangi..
Pastu rasa lembut lepas sapu..
Cepat plak menyerap..
Adakah kulit aku ni sedut lotion tu tadi???
Ohh tidak..
* Vaseline lotion memang semua macam tu cek oi *
Cepat menyerap..
Kiranya tak rugi sekupang pun duit kita kalau beli vaseline lotion.memang syok ooo.bila tengah stress cer try sapu kat tangan ka contohnya..teruih hilang stress bila bau vaseline lotion tu..
Rasa macam nak ja beli semua jenis.
Syok syok syok ooooo

Sekian berita tamat..

Haku : tuuuu diiiaa syok noh.pasni tak yah tukaq lotion dah.

R : uiii dah pasti la..nak setia dengan vaseline saja.

Aug 14, 2015

17 ogos ambil darah lagi cek oii

La ni cuaca agak terik.lepas abis menaip aku nak pi mandi..

Isnin ni pagi pagi lagi macam besa la.aku kena terpacak depan hospital seberang jaya untuk nurse ambik darah aku buat kali yang entah ke berapa puluh kali.sebenarnya aku dah naik rimas keluar masuk hospital ni.dari hospital bukit mertajam bertukaq ke hospital seberang jaya.semua atas sebab sakit tiroid aku yang entah bila nak blah dalam hidup aku ni.
Aku dah memang tak sabar nak mula keja macam dulu.kumpul duit.nak beli apa yang patut untuk keluarga.aku nak travel yang macam aku plan tu.aduii dah lama gila aku plan nak travel solo.mungkin 5-7 negeri.alaa dalam malaysia ja pun apa nak heran.singgah tidoq rumah kawan kawan aku.sambil travel boleh jumpa kawan aku.mesti syok. * insyaallah *

Sambung part aku nak ambik darah tu..
Lepas setel ambik darah.aku kena melantak kat kantin hospital dulu sekenyang mungkin.baru lah aku boleh naik rapid pi pasific.nampak gaya macam kena meronda kot pacific la.kat situ kan ada guardian dan watsons.ada 3 barang aku nak beli.

Sekian berita tamat..

Aug 13, 2015

Aku patut berjimat bukan membazir

La ni aku tengah lepak kat ruang tamu.sambil pikiaq pasai pembaziran aku..

Kadang kadang aku rasa aku ni seorang pembazir pun ada.kenapa aku cakap macam agaknya.padahai aku memang perlukan barang yang aku dah beli dan tengah dok guna ni.contohnya
Set nour ain skincare
Set d herb
Dua produk ni bukan tak ok.dua dua boleh la.tapi memandangkan bajet aku tak berapa nak banyak sangat pada saat ini.terpaksa la aku batalkan niat aku nak teruskan dengan set nour ain ka set d herb ka.
Lepas aku perabih semua barang tu.aku rasa jalan yang terpantas untuk aku berjimat adalah aku kena la berbalik ke produk SM.
Apa plak SM tu agaknya hehee.
* SM tu adalah safi manggis la cek oi hehee *
Yang tu lagi banyak boleh jimat kan kan.aku yang nak jimat sangat tu pasai aku tak keja lagi.kalau aku keja sekali pun mungkin tak bertukaq yang lain dah kot.sebelum tu pun memang aku pakai SM.
Tapi besa lah kan.kawan aku semua pakat try itu ini.aku pun nak juga.tapi pikiaq balik rasa macam aku ni membazir plak kan.pakai ja apa yang bajet dan ok untuk kulit aku ni.yang mahai pun kadang lebih kurang sama ja.
Lagipun aku nak kena beli collagen sebab tu aku kena ada bajet.
Dulu aku pakai SM memang syok sangat.rasa muka aku bersih+lembap+gebu jaa.entah entah kalau pakai lama lama muka aku makin comey apa hahaa.alaa lagipun aku memang dah pikiaq abis abis dah.kalau produk lain tak berapa nak ok.aku akan berbalik pada SM.
Apa apa pun lebih baik berbajet seboleh mungkin.aku tak mau dah pasni membazir * insyaallah *

Haku : haa baguih la mau kalau lagu tu noh

R : amboi hang heheeee