nuffnang ads

Aug 14, 2015

17 ogos ambil darah lagi cek oii

La ni cuaca agak terik.lepas abis menaip aku nak pi mandi..

Isnin ni pagi pagi lagi macam besa la.aku kena terpacak depan hospital seberang jaya untuk nurse ambik darah aku buat kali yang entah ke berapa puluh kali.sebenarnya aku dah naik rimas keluar masuk hospital ni.dari hospital bukit mertajam bertukaq ke hospital seberang jaya.semua atas sebab sakit tiroid aku yang entah bila nak blah dalam hidup aku ni.
Aku dah memang tak sabar nak mula keja macam dulu.kumpul duit.nak beli apa yang patut untuk keluarga.aku nak travel yang macam aku plan tu.aduii dah lama gila aku plan nak travel solo.mungkin 5-7 negeri.alaa dalam malaysia ja pun apa nak heran.singgah tidoq rumah kawan kawan aku.sambil travel boleh jumpa kawan aku.mesti syok. * insyaallah *

Sambung part aku nak ambik darah tu..
Lepas setel ambik darah.aku kena melantak kat kantin hospital dulu sekenyang mungkin.baru lah aku boleh naik rapid pi pasific.nampak gaya macam kena meronda kot pacific la.kat situ kan ada guardian dan watsons.ada 3 barang aku nak beli.

Sekian berita tamat..

No comments: