nuffnang ads

Dec 30, 2015

Lapor diri di giatmara bukit mertajam

4/1/2016
Tarikh ni aku kena laporkan diri di giatmara bukit mertajam sebagai.......? Guru?
Kah kah kah bukan lah weii.
Lapor diri sebagai pelatih@pelajar giatmara.
Aku daftar haritu pun last minit.tu pun harap kakina yang ambik borang dan bertanya itu ini pasal giatmara.
Masa kat rumah tok di perlis.aku bosan dan saja lah google pasal syarat permohonan giatmara.
Terkejut gak bila tengok tarikh tutup permohonan 31 disember 2015.
Nasib bila balik dari perlis sempat lagi aku daftar.
4/1/2016 ni tarikh aku kena lapor diri.entah apa agaknya aktiviti hari pertama aku kat situ entah lah kan.
Harap sangat semuanya berjalan dengan lancar.
Bab uniform tu yang paling tak sabar aku nak dapat.sebab senang skit takyah bertukar tukar baju nak pakai pi kelas.
Warna apa agaknya uniform aku tu nanti?
Dalam banyak banyak kelas.aku pilih kelas fashion&dressmaking
Huh kenapa tu dok tak dok aku pilih jahitan.bukan minat mana pun.
Bila aku pikir pikir balik.aku ni takdak langsung kemahiran.oleh sebab tu aku pilih kemahiran jahitan.
Kenapa aku tak pilih masakkan..kan aku langsung tak pandai.sebenarnya apa kemahiran pun aku tak minat selain belajar main muzik.tapi bila aku bandingkan jahitan dan masakkan.lebih baik aku ambik jahitan sebab kakina kan dah ada butik.nanti boleh tumpang tenggek mesin jahit dan produk pakaian aku.
YA ALLAH YA TUHANKU..
PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KU INI...

Sekian berita tamat

Dec 22, 2015

Axia@myvi@kelisa

Buat masa ni aku dan mak tengah dok pikiaq nak beli keta apa.kalau ikutkan hati aku nak sangat beli axia sebab murah tapi di sebabkan cc rendah.rasa macam tak berbaloi plak.kancil 850 kakina lagi laju.
Nak beli myvi plak mahal.aku dah la tak keja.bajet lari.
Sebab tu aku terpikiaq nak beli kelisa terpakai ja senang.lasak dan cc tinggi.
tunggu dan lihat mana satukah akan jadi bff baru aku merangkap kenderaan aku nanti.

Sekian berita tamat

Permohonan giatmara 2016

Masa ni aku dok tengok runningman sorang ja tanpa dut...

Bangun pagi tadi awal.aku dan mak pi setel hal keta hilux yang dah abis bayaq.dah setel bab mak.
Bermulalah bab aku.aku dah agak dah..memang susah gila nak cari giatmara bagan sebab terlalu amat terpencil plak tempat tu.rupa2nya senang ja cari.
Susah betoi orang nak cerita bab giatmara bagan yang dok kat area stesen jetty lama ja pun yang teruk sampai tersesat pusing sana sini.
hantar borang tak susah mana.siap di temuduga terus senang cerita skit.
Yang tak syoknya kat situ takdak asrama.dulu ada tapi dah pindah tempat baru takdak plak.aku macam tak berapa puas hati plak di tambah dengan suasana yang tak syok.aku rasa takdak semangat sangat.
Lepas setel.kami pi makan kat rumah cik mah.lepas makan sembang apa semua.sambil aku call berbelas kali giatmara bukit mertajam langsung tak berjawab.masa tu aku rasa macam takdak harapan aku nak belajar dengan gembira..aku naik stress.pastu mak nak bagi setel kes giatmara aku ni.kami pun bertolak jam 3lebih sebelah petang.
Dalam hati aku hanya allah ja yang tau.aku risau kalau takdak asrama.dalam perjalanan aku berdoa harap sangat di permudahkan segala urusan.
Tapi macam biasalah.sampai ja kat situ.aku minta borang dekat gat sambil tanya pasal asrama.gat tu kata takdak.masa tu hati aku rasa kecewa sangat.macam dah putus asa plak.tapi bila pi dekat mak.aku bincang dan pikiaq sampai tak boleh nak isi borang.nasib lah mak tolong isi untuk aku.
Mak kata takpa mak akan hantar sampai aku ada tranport nanti aku mai lah sendiri.
Sesi temuduga berjalan dengan lancar.syukur..
Hari rabu ni kena pi ambik surat tawaran belajar di giatmara bm.lepas tu aku dan mak terus ke kl.harap sangat semua berjalan dengan lancar.

Sekian berita tamat

Dec 16, 2015

Spray shurah rindu

Hari ni dua cerita pasal product.saja ja aku dah takdak cerita nak kongsi sebab aku masih dok sedih pasal dut..

Kemarin aku ikut mak pi survey pasal keta kat pekan kangar perlis.masa kami nak balik kami saja lah usha keta axia.pastu mak tunjuk kat aku no plat keta axia tu sama dengan no plat moto skuter aku.
Pastu mak tanya lah kat saleman pasal keta axia tu.
Kecewa gak dengar bila saleman tu bagitau keta tu dah ada orang beli.
Kami pun blah.
Sampai kat pasarraya k ceria.kami singgah sat shoping apa yang patut.aku sajalah ronda area product.nak cari yang lain pastu terjumpa benda yang dah lama aku cari.iaitu spray shurah rindu.sebelum tu aku dok tengok ada bedak ja.try cari pewangi tak jumpa plak.last sekali terjumpa gak.
Aku ambik sedas hanya rm6 saja hehee tak mahai mana pun tapi wangi dia membawa aku terkenang zaman friendster

Sekian berita karut tamat

Perbandingan scrub wajah

Masa ni aku dok lepak dalam bilik tepi tingkap (rumah tok) dok temenung sambil teringat kenangan dengan dut.
Rindunya...

Aku nak cerita pasal perbandingan scrub wajah yang pernah aku guna.

Scrub eversoft
Pertama kali guna.aku rasa amat bersih+lincin+lembut tapi agak kasar dia punya scrub.aku pun berubah kepada scrub alaisyah

Scrub alaisyah
Terlalu lembut sampai tak nampak kesan apa apa.menyesal beli.tak sesuai dengan muka aku yang terlalu banyak whitehead di muka terutama hidung.aku bertukar kepada safi kiwi

Scrub safi kiwi
Aku sangkakan lebih ok dari alaisyah rupanya lebih kurang sama.tak sesuai dengan aku.terpaksa lah perabih scrub yang dok ada.
Lepas ni aku tak dak cara lain selain beli scrub eversoft.yang tu saja yang sesuai untuk aku walaupun agak kasar.

Sekian berita karut tamat

Dec 13, 2015

Master ranggo dalam ingatan selamanya

Masa ni aku tunggu nak solat mahrib.
11/12/2015 (tarikh sebelum arwah abah meninggal) 10pagi jumaat
Dut menghembus nafas terakhir meninggalkan kami sekeluarga.aku dan keluarga aku terlalu sebak sampai aku tak boleh nak kongsi cerita kat sini.
Dut seperti ahli keluarga kami.kami semua sayang sangat kat dia.bila dia tak dak.aku rasa macam separuh nyawa aku hilang.
Aku sedih sangat.aku rasa nak sibukkan diri dengan aktiviti kelas jahitan.kalau boleh dapat join kelas berasrama lagi bagus.aku sedih sangat tak boleh dok rumah.selalu terkenang kenangan dengan dut.
Kat blog-facebook-wechat banyak kisah pasal dut.
Kat mana mana aku pi mesti ingat dut.bukan aku nak lari tinggalkan dut jauh.aku nak belajar kelas jahitan.aku nak fokus.aku takmau selalu sedih.aku nak ingat selalu kenangan aku dengan dut masa gembira saja.
Aku tak boleh nak kongsi kat sini pasal keadaan dut mati.
Aku terlalu sedih sangat.aku tak mau ingat masa sedih.
Harap kami sekeluarga kuat hadapi dugaan.dut tinggalkan kami cara mengejut

Dec 1, 2015

Kenangan hanya sementara dengan land rover kuning

Masa ni aku dok tengok tv sebelah petang.letih skit rasa badan aku ni sebab hari ni pi jumpa doc.

La ni dalam plan nak jual folding bike aku.memanglah sayang gak nak jual tapi dari mula aku beli lagi aku tak berapa nak suka design dia.tapi dah kak aku ajak beli design yang sama.bila dah beli langsung dia tak naik pun.
Selalu aku ja yang dok naik ronda keliling kampung.syok woo tapi.bila dah lama naik aku rasa bosan dan rasa nak jual basikal tu.kadang rasa macam tak sesuai dengan aku la plak sebab nampak macam sesuai dengan laki basikal aku tu.
Mula mula plan nak beli basikal lipat tayar 16 inci tapi bila pi beli dengan orang.orang tu plak adalah kakina.
Kakina telah mempengaruhi fikiran aku sepenuhnya.hati aku jadi tak syok mana bila beli basikal.tapi aku happykan diri aku juga tapi tak bertahan lama.
Aku dah bertekad nak jual.walaupun ada skit rasa kasih dan sayang dekat L (nama panggilan untuk basikal lipat aku tu)
Takpa lah aku jual pun sebab aku plan nak beli mesin jahit.nak belajar menjahit pakaian.
Cukup duit nanti aku nak beli basikal semula.nak beli basikal lipat gak tapi tayar 16 inci.
L dengan aku pun bukan ronda jauh mana pun.hanya ronda dalam kampung aku dan kampung sebelah ja.mungkin pas ni L dapat tuan yang suka jalan jauh.
Kenangan aku dengan L tak akan aku lupakan selamanya.
Mungkin aku terkena virus kai adik aku tu yang suka beli barang dan pakai sat pas tu jual.heheheh

Sekian berita tammat