nuffnang ads

Dec 30, 2015

Lapor diri di giatmara bukit mertajam

4/1/2016
Tarikh ni aku kena laporkan diri di giatmara bukit mertajam sebagai.......? Guru?
Kah kah kah bukan lah weii.
Lapor diri sebagai pelatih@pelajar giatmara.
Aku daftar haritu pun last minit.tu pun harap kakina yang ambik borang dan bertanya itu ini pasal giatmara.
Masa kat rumah tok di perlis.aku bosan dan saja lah google pasal syarat permohonan giatmara.
Terkejut gak bila tengok tarikh tutup permohonan 31 disember 2015.
Nasib bila balik dari perlis sempat lagi aku daftar.
4/1/2016 ni tarikh aku kena lapor diri.entah apa agaknya aktiviti hari pertama aku kat situ entah lah kan.
Harap sangat semuanya berjalan dengan lancar.
Bab uniform tu yang paling tak sabar aku nak dapat.sebab senang skit takyah bertukar tukar baju nak pakai pi kelas.
Warna apa agaknya uniform aku tu nanti?
Dalam banyak banyak kelas.aku pilih kelas fashion&dressmaking
Huh kenapa tu dok tak dok aku pilih jahitan.bukan minat mana pun.
Bila aku pikir pikir balik.aku ni takdak langsung kemahiran.oleh sebab tu aku pilih kemahiran jahitan.
Kenapa aku tak pilih masakkan..kan aku langsung tak pandai.sebenarnya apa kemahiran pun aku tak minat selain belajar main muzik.tapi bila aku bandingkan jahitan dan masakkan.lebih baik aku ambik jahitan sebab kakina kan dah ada butik.nanti boleh tumpang tenggek mesin jahit dan produk pakaian aku.
YA ALLAH YA TUHANKU..
PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KU INI...

Sekian berita tamat

No comments: