nuffnang ads

Jul 15, 2016

Token tailor

Masa ni lepak tengok tv dengan fatin..

Dulu masa aku keja salon rambut.aku pernah mimpi.aku terjumpa kotak.dekat kotak tu tulis token tailor.
Keesokkan hari aku tanyalah kawan aku yang terer ramal mimpi lah kononnya.aku tau makna token tailor tapi cuma nak kepastian ja.aku pun tanyalah kawan aku tu.
Dia kata takyah lah dok tanya lagi pasal tu.takdak makna apa apa.
Mula saat tu aku dah tak tanya lagi.
Selang beberapa tahun.kak aku buka butik pakaian.
Pastu kebetulan ada stuff giatmara bagi flyer kat kak aku.kak aku pun bagi kat aku suruh pi belajar kat giatmara.
Aku pun tak pikiaq lama terus setuju dan daftar.
Selama 6 bulan aku jadi pelajar kat giatmara sebagai pelajar fashion and dressmaking.
La ni aku dah tamat belajaq dah.insyallah ada rezeki lagi aku sambung tahap 3 untuk jadi cikgu.buat masa ni tak boleh lagi sebab nak jaga butik.lagipun takdak transpot.
La ni aku dah jadi seorang tailor...

Kadang kala mimpi itu mainan tidoq tapi kadang kala 1 petunjuk..
Mungkin lah kan..
Sebab ada kaitan dengan situasi aku ni.

Sekian berita tamat

Jul 1, 2016

Hari terakhir aku kat giatmara

Masa ni baru lepas pasang pelita...

Tak lama dah nak raya..tak sabaq nak pakai baju raya buatan sendiri.syukurlah aku sempat jahit baju paah.fatin.kakina dan mak.tapi tak dapat jahit untuk abang.kai dan alif.sebab aku tak terer sangat.
Hari ni bermula lah aku dengan kehidupan macam biasa cuma yang bezanya.aku dulu hidup kosong.tapi kali ni meriah skit sebab ada si juki dan kemahiran jahit.
Hari last aku kat giatmara.sedih tapi nak buat camna.nak sambung tahap 3 pun keadaan macam tak ok ja.
Tadi aku pi giatmara kali terahkir.hari perpisahan.
Aku peluk kawan kawan aku.aku ucap selamat tinggal.rasa sedih sangat.insyallah bila ada keta sendiri.aku akan pi jumpa depa semua.

Sekian berita tamat

Iftar giatmara sekali majlis perpisahan

Jun 27, 2016

Final exam

Masa ni aku baru lepas jait lis kat kolar bj raya kakina.aku baru makan koey teow sup dan la ni makan yoki roll dan soya..

Hari ni final exam...
Stresssss gila...
Entah camna boleh jadi tak kemas tang kolar.last last terkoyak.nasib ada kain baki lagi.aku balik gunting yang baru.esok pagi kena pi awai skit.suruh fatin hantar.
Sampai ja aku kena setel bab baju final exam (baju hamil)
Aku kena siapkan esok last exam.
Aku nak tidoq dah sok mangkit soq dan ada exam.

Sekian berita tamat

Jun 25, 2016

Kelas tambahan

Masa ni aku baru sampai kat bas stop depan gm.aku lepak dulu sebab awai.

3 hari aku dan kawan kawan sekelas aku sibuk dengan exam dan keja kelas.isnin ni dah final exam.tak sangka dah 6bulan berlalu.banyak suka duka walaupun tak segembira mana..tapi boleh laaa..
Yang tak happy tu sebab aku takdak kawan sebaya aku.semua muda termasuk cikgu.
Nak kena tunjuk teladan elok.nak kecoh macam depa tak boleh lah.aku dok sembang lawak lawak pun depa dah macam pelik.
Aku dah nak masuk kelas dulu.harap depa semua pakat ada dalam kelas dah.
Segan plak aku sorang ja baru sampai.
Malas plak nak pi kelas tambahan oi...

Sekian berita tamat

Jun 17, 2016

Bulan terakhir aku kat gm

Masa ni aku dah nak tidoq.hari hujan sejuk.aku pakai 3lai baju..

Tadi bincang dengan mak.mak kata takyah sambung belajaq sewing dah sebab mak nak suruh aku mohon mesin mesin jahit.
Jauh di sudut hati aku.aku nak sangat sambung tapi di sebabkan banyak sebab yang aku rasa tak dapat nak lari.
-Tini takmau sambung tahap 3 kat gm
-stealheart  boutique kena majukan
Nanti kalau tini tak sambung belajaq.aku nak tumpang sapa nak p bas stop.dah la masa mai pun tiap hari lewat.
Dulu mula mula masuk gm.syok ja.dapat gak aku merasa camna perasaan jadi seorang pelajar (pelatih) kat situ.
Terlalu banyak kenangan aku kat situ.suka dan duka.
Tapi tak cukup untuk aku.aku tak puas lagi belajaq banyak hal pasal jahitan.
Sedih nak tinggai gm..cikgu dan kawan kawan.
ada masa lagi aku sambung plak.
Yang pastinya kenangan dengan kawan kawan akan aku kenang sampai bila bila walaupun aku paling tua dari depa.memang tak syok aku tak dak geng sebaya.

Sekian berita tamat

Jun 10, 2016

Bulan posa

Masa ni aku lepak dlm kelas.nak tidoq tak jadi plak.kemarin ngantuk sangat besa lah bulan posa.masa ni rehat tengah hari.

Bulan ni bulan last aku belajaq kat giatmara.tapi kalau lulus exam aku.rasanya memang aku nak sambung belajaq lagi untuk tahap 3.yang aku belajaq la ni tahap 1-2 ja.
Mula tu macam malas belajaq lama lama tapi aku kena rajin gak demi masa depan aku.
Yang jadi malas tu sebab aku kena naik bas 2 biji.letih woo...
Tahun ni aku agak sibuk dengan baju baju raya family aku dan exam.

Sekian berita tamat

May 14, 2016

Si juki

Masa ni malam aku takmau tidoq lagi.esokkan cuti...

8/5/2016 hari ibu..
Blah petang tak ingat plak jam berapa.aku dan mak pi nagoya pacific mall.banyak gila corak kain.sampai aku celaru nak pilih.yang cantik dah mahai sangat.aku nak pilih yang murah sebab kali pertama nak jahit jubah sendiri.mula tu ingat nak pakai habuan raya.tapi bila dah siap rasa macam tak jadi kot.entah la nanti pikiaq lain la.
Masa aku pilih tu aku taktau nak pilih yang mana.last last mak suruh ambik yang 1 meter rm8.sebelum tu aku dah tengok tapi bila tau 1 meter rm8 aku tak jadi.tapi bila mak mai.mak terus suruh aku ambik.kain memang selesa la.dah mahai kan tapi tak la mahai sangat bila pikiaq balik.
Masa dok kat kaunter mak dan aku pun pi bayar.mak pilih jenis kain mak suka.aku pulak pilih kain yang mak pilih untuk aku.
Lepas setel bayar.kami dah nak keluaq dari nagoya.pastu kami terbrenti kat kain pasang.mak berkenan terus mak pilih.aku plak ternampak 1 rak tu tulis 1 meter rm4.apa tunggu lagi.aku pun pilih la.sampai 1 kain tu aku berkenan gila corak dia agak cantik la bagi aku walaupun orang kata corak lama aku tetap ambik sebab murah.dah setel bayar kami teruskan perjalanan ke lunas kedai mesin jahit.
Masa awai nak keluaq tadi masa kat rumah pun singgah bank pastu ternampak dah iklan mesin jahit.
Tapi tak sangka la sampai ja kat kedai tu.niat di hati nak pi survey dulu.tapi entah camna mak bincang pastu dapat murah.dari rm749 jadi rm700 ja.tanpa pikiaq banyak aku pun setuju beli.
Aku teruja tapi mak lagi teruja.
Selama aku pakai si juki ni dapatlah juga aku jahit jubah 1 lai.aku try jahit jubah corak pilihan aku.yang pilihan mak tu kain elok.aku rasa macam nak jahit untuk paah...
Paah taktau langsung yang aku dah beli mesin jahit.harap dia turut teruja.

Sekian berita tamat

May 11, 2016

Dalam perjalanan balik rumah

Masa ni dok tunggu rapid 606...benti penat baru turun bas kulim 107.pastu kena jalan kaki plak mai summit.uii dengan perut dok pedih pasai lapaq semua cukup ni.harap posa nanti boleh tahan.pastu siap kuruih skit badan aku ni heh heh.
harap harini dapat bas awai.tapi bila sampai.takdak pulak dah.aku dah la lapaq ni.nak masuk summit cari air kotak dan kendos ka.takut kena tinggai.mau kalau lagu ni.pekena ais cekerim pun sempat lagi ni.
Tadi depa kata nak pi rombongan giatmara pi pulau pangkor.tapi tadi masa balik aisyah kata tak pasti jadi ka dak pulak dah.
Huh kalau tak jadi.aku kena siapkan baju jubah aku tu lah.bleh buat pakai habuan kenduri.nampak gayanya tak jadi lah baju raya.
Alaa takpa ada masa lagi beli kain lain.aku cari hat 4 ringgit semeter sudah.ada lagi 2 jenis kain aku beli.1 buat blaus.1 lagi kena tanya paah dulu kot dia nak.boleh buat kat dia.aku kena beli kain lain la.
Macam tak caya la aku jait baju sendiri.hehee.terima kasih cikgu shidi dan cikgu su sebab ajaq jait.

Sekian berita tamat.bas pun sampai dah.

Apr 23, 2016

Transit/asrama di bubarkan

Masa ni aku dok ruang tamu depan...

Jumaat kemarin hari terakhir kami dok kat transit pastu kena pindah.
2 hari lepas cikgu su bagitau yang kami ni kena pindah.jumaat last kami boleh dok transit.masa tu aku dan fariha dengaq rasa macam dunia terhenti.
Aku serabut pikiaq pasai camna aku nak mai dengan 2 biji bas.kalau dok rumah sewa aku rimas gak sebab kena bayaq sewa tiap bulan.entah berapa makcik tu letak harga bilik sewa.
Harap semuanya berjalan dengan lancar.aku hanya pikiaq nak mai belajaq ja ni.susah camna pun aku tetap pi juga.

Sekian berita tamat

Apr 10, 2016

Pasal kereta aku

Masa ni aku lepak dalam bilik sambil dok pikiaq pasal milo.rasa macam nak bancuh ja ni...
Malas nak join anak nakan mengai ikan puyu tepi rumah..

Nampaknya hal keta aku nak beli ni macam susah ja.aku rasa lepas abih ja belajaq.aku kena keja kilang untuk dapatkan keta aku sendiri.tapi mesti bila dah keja mesti aku keja lama.
Aku nak repair mesin jait.boleh jait macam macam.boleh jui kat kilang.
Tunggu dan lihat lah camna nanti aku plan lain.
Kena pi sidai kain pulak.

Sekian berita tamat.

Mar 26, 2016

Cuaca panas gila

La ni aku dok lepak ruang tamu rumah.baru lepas mandi..segar skit rasa.

Petang kemarin tini nak sangat hantar aku balik.aku pun ikut ja.sampai kat ayam ori kami park moto baru perasan ada pasar malam.hehee lupa plak tang pasar malam bawah hiway tu.
Tanpa berlengah masa kami dua pun menuju ke pasar malam.ronda dan singgah makan bihun sup pedas dan ayaq tembikai.sejuk skit tekak.makan semeja dengan yanti kawan kelas kakina.
Berpeluh jugak lah nak abis 1 mangkuk.dah la cuaca panas uii...
Selesai makan tini pun hantar aku sampai rumah.
Kesian tini sampai malam lepak dengan aku kat pangkin.
Malam tu aku mandi solat mahrib terus tidoq sebab pening kepala tahan panas sepanjang hari mungkin bercampuq tak makan petang sebab nak jimat duit..pastu kai gerak makan kfc.aku sambung tidoq pastu mangkit makan roti johan.pastu tak abih.aku sambung kfc pun tak abih gak.aku bagi lah kat fatin.

Hari sabtu plak.aku mangkit tidoq jam 11 lebih camtu.mandi makan gulai teloq fatin masak.
Aku mandi 2 kali panas uii..tunggu kakina nak mai ambik pi kenduri rumah kakzue sambil main dengan alif.
Dah puas gomoi alif.kami makan sekenyang mungkin.pastu sambung main dengan alif sampai puas.pastu balik singgah bank dan beli advance white orang oder.
Sampai ja rumah aku rehat sat.pastu mandi kali yang ke 3.
Lepas mandi solat dan la ni aku lepak kat ruang tamu.sat ja masa aku kat rumah.tak puas rasanya.kalaulah aku ada keta sendiri boleh ulang alik naik keta aku.aku tak tahan gila dengan keadaan asrama sebenaqnya sebab cuaca panas.kami dok tidoq bilik ofis yang tertutup.blah atas pulak.takdak acon pulak tu.harap kipas kami ja tu pun tak rasa sejuk mana pun.

Sekian berita tamat

Mar 23, 2016

Mall kesukaan aku part 2

Masa ni aku macam besa lah.dok depan kipas atas transit.fariha main hp dia..
Kehidupan kami tanpa risya dan tasya semakin sunyi.masing masing buat hal sendiri..

Jusco alma bukit mertajam - jusco ni aku pernah pi rasa tak sampai 5 kali..hanya 3 kali kot kalau tak silap.semua tu sebab rasa macam takdak apa kat situ.rasa kosong walaupun jusco tu macam jusco perda dan ramai orang.
Mungkin sebab nak makan apa pun kena guna kad kot.kedai kedai kecik ja boleh guna duit.
Aku nak beli kad topup duit makan bukannya selalu dok mai.rasa semak wallet ja.

Perangin mall - mall ni belah penang.dulu selalu gak pi tu pun sekali dengan keluarga aku.syok gak.walaupun sunyi.yang aku suka sebab ada 1 kedai tu tak pasti lah tapi rasanya kat situ lah ada kedai jui bracelet cantik.beg..macam macam lagi yang sempoi..teringin nak beli tapi masa tu takdak duit

Komtar - komtar pun belah penang.sebelah dengan perangin mall.kat komtar dan perangin mall ni banyak lah mat saleh.syok gak tempat dia tapi dah tak banyak orang pi rasanya.tapi baru ni depa nak buka sky walk kot.yang jalan atas kaca tu lah macam dalam runningman tu.masuk kena duit punyalah kan.

Gama - mall ni aku tak berapa nak ingat pasal gama.yang aku tau gama tu betoi betoi tepi jalan depan trafic light.

1st avenew - mall ni masih baru bagi aku.kali pertama dan kedua aku pi hari yang sama semua kerana converse.syok nampak suasana dalam dia.tapi takdan nak ronda sebab pi semata tuju kat converse tu ja.mall ni sebelah perangin mall

Times square - belah penang gak.dulu aku pernah masuk dengan keluarga aku 1 kali ja.nampak syok gak tapi banyak kedai yang tak buka lagi.nampak tak sama macam times square kl pun.kalau sama mesti aku serbu dulu.

Central square - mall ni betoi betoi dalam pekan sungai petani.dulu zaman mahlin aku selalu lepak dengan kawan kawan aku.syok gila masa tu.happy ja di kelilingi kawan kawan baik.meriah gak.kami pi tengok wayang.makan makan.shopping semua situ.
Paling aku suka restoran sabai.sedap gak la boleh tahan la masakkan dia.sampai la ni ada lagi.tapi yang tak syoknya la ni dah banyak berubah.mungkin sebab banyak mall baru kot.ada lah 2-3 buah mall baru.
Rindu sangat area sana walaupun bagi setengah orang tak ada apa kat sana.terlalu banyak kenangan aku kat sana..jumpa ina dan maziah selalu mesti makan kfc kat tepi tangga.
Tapi apa boleh buat la depa dua dah kawin ada kehidupan masing masing.sedih sebenaqnya masa depa pakat kawin.aku sedih lah sebab hanya tinggai aku sorang ja.
Lepas dari depa kawin.aku dah stat pi mana pun sorang ja.takdak dah kawan.nak cari kawan baru memang susah nak jumpa sebaik dan serapat depa.

Ceria mall - mall ni aku pi sebab saja saja jalan dengan ana.yang aku ingat aku beli cincin silver kosong rm3.aku pakai bertahan banyak tahun gak.rasanya 2 tahun lepas kot baru patah.cincin tu aku masih simpan elok.

Sp plaza - mall ni lebih kurang macam ceria mall gak.tak banyak kenangan sangat kat sini.

Itu ja lah kisah mall kesukaan aku.susah kalau takdak keta sendiri.kalau ada mesti aku selalu pi lepak.mengimbau kenangan silam.shopping apa ka kan.

Sekian berita tamat

Mall kesukaan aku part 1

Kisah pagi tadi
Masa ni dok lepak atas transit lagi.baru lepas mandi pagi.tunggu nak pakai tudung bawal crepe ja nih..

Mall mall kesukaan aku...
Utama - mall kegilaan remaja zaman aku remaja dulu.mall ni syok sebab kedai game dia ada keta laga.dulu aku dan paah selalu lepak kat situ.pastu depa tukaq nama mall.dah stat tak syok dah.pastu tak lama tutup sebab ramai yang dah serbu mall design baru iaitu the summit.

The summit - mall ni mula aku masuk dah nampak syok sangat lah masa tu.zaman masa tu bagi aku dan mungkin remaja sezaman aku dah cukup hebat selain utama.ramai sangat budaya lepak kat situ selepas utama.kira port baru lah.
Tak lama pastu ada plak mall lain muncul dan muncul lagi.the summit dah semakin dilupakan.utama plak terus berkubur kat situ.aku rasa rindu gila zaman tu.lani the summit dah jadi mall warga asing.ramai sangat depa kat situ

Jusco perda - dulu masa mula mula bukak.aku suka sangat sebab besaq dan ada library dan mr diy.senang lah jugak nak pi situ naik rapid 2 biji dari rumah.nak lepak dengan kawan pun senang.selesa sebab mall tu besaq.tapi apa kan daya stat jusco perda tutup sebab bangunan nak runtuh.
Kecewa gak lah sebab syok dah port tu.

Sunway carnival mall - mall ni betoi betoi dalam pekan seberang jaya.mall agak cantik.ramai gila orang suka pi situ aku pun tak pasti kenapa.kadang aku selalu pi situ.bagi aku jusco lagi syok sebab banyak brand outlet yang murah.sunway plak tak lah banyak mana sangat.

Banyak lagi mall yang aku tak sempat nak kongsi.satni aku sambung.lani nak bersiap turun pi kelas dah..

Berita belum tamat

Mar 22, 2016

Kehidupan aku di sini

Masa ni aku dok lepak depan kipas lagi.
Fariha dok atas tilam sambil main hp.kami baru turun pi toilet.
Tasya plak dah stat dok rumah dia balik dah.
Sedihnya lagi sorang geng asrama dah keluaq.

Aktiviti aku hari ini
☆macam biasa aktiviti tiap pagi buat 5s
☆masuk dewan baca muqadam
☆cantum baju korperat
☆makan bihun sup sedap kat kantin
☆bila dapat tau tasya serius keluaq asrama terus aku rasa stress.aku nak sangat secepat mungkin ada keta.

Bukan aku tak syok dok asrama.memang dulu aku nak sangat jadi budak student pastu dok asrama tapi bukan kehidupan macam ni yang aku harapkan.
Aku nak dok asrama yang betoi betoi asrama.kami ni bukan dok asrama tapi betoi betoi sesuai dengan nama iaitu TRANSIT..
Bosan gila weh.cuma dapat tilam.tidoq pun bilik ofis belah atas.mula mula air tapis depa ambik.pastu acon pulak depa ambik.cuba bayangkan cam mana aku kat atas ni.dah la keliling semua cermin tingkap yang takdak tirai.bayangkan lah camna stressnya kami tak bebas bergerak.
Teruk gila tapi aku sabaq ja sebab tak dak tranpot nak mai.skuter ego ada tapi aku betoi betoi tak dak kekuatan macam dulu lagi dah nak bawa mai kelas.
Buat masa ni mampu sabaq ja lah.harap sangat ada keta 2nd boleh beli.
Axia baru dah tak lepas nak beli.nak buat camna dah bukan rezeki aku.
Aku redha...
Kalau dapat kancil atau viva pun dah kira ok dah tapi biaq lah auto itu yang penting sekali.mula tu aku memang nak cari kelisa tapi apakan daya.pakcik dollah kata lani susah dah cari kelisa.
Dengan sebab itu jugak lah aku beralih arah.

Sekian berita bosan ini tamat...

Haku ▪▪ fuuuyoo..ayat last yang skema hehehee

R ▪▪ oi budak lama tak muncul.mentang mentang dapat cuti lama gila

Haku ▪▪ heheheee besa itu besa

Mar 21, 2016

Bosan

Masa ni aku dok depan kipas dalam transit..
Fariha tidoq..tasya tak mai..

Semakin hari aku dok asrama semakin cemuih sebab tak selesa bab tang toilet tu.
Sakit betoi hati aku.kenapa lah depa tak bagi ja kami dok bilik bawah tu.kan senang nak pi toilet.
Tak payah aku susah susah turun 2-3 kali pi toilet.sampai aku terjatuh tangga pagi tadi.
Paah sembang dengan aku pasal nak beli keta 2nd.terus aku terbayang aku naik keta mai kelas.dah takyah susah aku dok sini dengan keadaan tak selesa langsung.harap sangat sebelum aku bayar duit asrama.harap sangat dapat cari keta 2nd untuk aku.tapi bab nak bayaq tu yang aku dok pikiaq ni.
Bayaq muka keta pun aku tak mampu..
Ya allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga..
Dari mula dok asrama lagi aku nak dok sementara ada keta tapi apa kan daya.keta axia tak lepas..
Terpaksa lah cari keta 2nd.
Aku semakin cemuih dok sini hanya tuhan yang tahu.kalau ada keta dah pasti tiap kali nak balik rumah aku rasa gembira gila.tapi yang malasnya time pagi nak drive tu lah.alaa takpa lama lama aku serasi lah dengan semua keadaan tu.yang pastinya masa balik tu aku boleh singgah mf mart ka melencong pi dataran kulim yang depa kata sempoi sangat tu siap ada icty konon.teringin sangat nak naik hoverboard
Tak sabaq nak ada keta sendiri.bebas ke mana saja aku nak pi.aku pun dah nak tidoq.

Sekian berita tamat

Mar 20, 2016

Cuti sem aku

Masa ni aku dok lepak tengok tv sorang sorang kat transit.fariha keluaq mungkin tak balik.tasya plak tak tidoq sini malam ni...bosan...

CONVERSE THE LAST DAY
Rafar sewa keta kerana converse
Dalam lebih kurang kul 2 petang kami pi 1st avenew penang.sanggup langkah laut penang semata mata nak beli kasut converse sale 70%
Sampai ja kat 1st avenew rafar.kakina dan aku terus menuju ke ruang legar.cari dan terus mencari kasut kami.
Kasut pertama aku tengok warna ungu.memang target aku tang converse ungu tu ja.siap aku chup siap siap lagi tapi nasib lah kakina suruh cek betoi betoi kot tak elok sebelah.nasib baik sempat tukaq.
Masa aku dan kakina selesai pilih kasut.kami dua lepak kat bangku tunggu rafar.banyak gelagat yang aku tengok.kakina tunjuk ada sorang budak laki jalan serupa kawad..hahahaa lawak..
Dalam beberapa jam kemudian dari stat misi mencari converse jam 2 petang - 6 petang.selesai
Elok sampai ja kat rumah.paah pun chat nak kasut yang sama gak.
2 kali kami pi 1st avenew.kali ni kakina.kai dan aku.
Sampai ja kat 1st avenew.terus menuju kawasan legar.kali ni kai pulak keliru nak pilih kasut yang mana.last last dia pilih warna merah jugak macam kasut dia kat rumah.

MANDI AIR PANAS KAT BALING
Kami shopping converse sampai ke malam.pastu balik rumah lepak sat.
Aku siap tertidoq lagi.dalam jam 2 pagi kalau tak silap aku lah.kami bertolak ke air panas baling.
Sampai kat sana kami pakat mandi mandi sampai jam 5 pagi camtu kot.selesai mandi paip dan salin baju apa semua.bertolak balik rumah.pakat tidoq sampai tak sedaq masa bila kakina dan rafar pi buka gerai koi talam tah lah.

THE LAST DAY CUTI SEM
Kai dan aku masih dalam misi mencari kipas dah masuk lebih kurang 3 hari survey kipas angin nak bok mai transit gm.
Pastu aku sangka nak ambik fatin balik naik tren dekat jety.aku pun ajak lah kai pi makan makan kat warung syok belah bagan.dah sampai kat dewan panorama baru aku tau nak ambik fatin kat tren bm.
Tapi tak pa lah kami ronda ronda dulu tengok suasana petang tepi pantai.tengok orang main layang layang.mengai ikan.photoshut kawin.
Dok tak lama kami pi lah makan kat warung tepi pantai.
Dah selesai semua fatin call dah sampai.kami pun terus pi ambik fatin.
Malam dalam jam 12 mak dan paah pun sampai.kai pi ambik.dah sampai kami sembang apa semua.
Paah pun try kasut dia.
Kecewa gak paah tak padan.aku tau paah lagi kecewa.takpa lah paah insyallah ada sale lagi aku ambik size besaq skit tau.
Malam tu aku sempat sembang skit ja lah.siap minum kopi panas.
Pastu kami tidoq.jam berapa entah aku mangkit tidoq nak pi toilet pastu tiba tiba teringat nak bagi kat paah baju comey yang aku beli kat 29shop.murah ja aku mampu bagi.aku nak bagi paah tak rasa kecewa pasal converse tu.nasib lah baju tu ada aku teringat nak bagi.
Mangkit pagi paah tengok terus happy tapi dia demam pulak.happy sat ja lah.

Itulah cuti sem aku...
tak puas sebenaqnya cuti sem aku.tapi takpa lah nak buat camna dah nak cari ilmu.
Rindu kat mak..kakina..fatin..kai..paah..dut..suasana rumah..suasana kampung

Sekian berita tamat

Mar 2, 2016

Geng transit semakin berpecah

Masa ni aku lepak dengan fariha dan tasya ja sambil tengok tv..

Harini aku rasa sedih dan kecewa dengan keputusan geng transit.mula mula risya buat keputusan nak pindah balik dok rumah sebab ada transpot dah.
Harini tasya plak bagitau nak pindah balik dok rumah sebab yang sama.dah ada transpot.
Fariha plak bagitau hal yang sama.dia nak beli moto dan nak ulang alik.dia ajak aku join dia tapi entah lah nanti aku pikiaq lain.
Susah kalau ulang alik sebab jauh.dia kata mungkin bulan 5 atau 6 baru nak pindah dok rumah.
Huhhh nampak gayanya aku sorang lah kot dok transit.sedihnya bila teringat semua kenangan geng transit.
Sama sama mandi dan cuci baju sendiri.sambil kongsi cerita kehidupan masing masing.sambil nyanyi.
Pastu blah malam menari zumba.hafal lagu giatmara..amanah rakyat dan doa lepas solat.
Kami plan nak travel ala backpacker tapi entah lah jadi ka tak.rasanya macam tak jadi..tunggu dan lihat..

Mai aku kongsi watak watak geng transit.

Fariha-sosial skit.macam tikus suka buat semak tapi dia ok la jugak.

Risya-kadang ok kadang sakit hati.dia pun suka buat semak.seorang yang blur.

Tasya-dia paling ok tapi kadang terikut perangai fariha suka buat semak.tapi dia ok.dia suka nak temankan aku pi toilet walaupun tak ajak.ada sekali masa tu 12malam camtulah.aku nak pi toilet.aku gerak dia.pastu dia mangkit tidoq dengan muka penuh bedak sejuk.dia tonyoh pipi dan dahi dia tapi tak terkeluaq pun bedak sejuk tu.hahaa lawak.
Pastu dia selalu salin pakaian sambil duduk.yang lawaknya dia tengah dok sembang dengan kami tiba tiba dia salin baju.hahaa.
Pasni semua hanya tinggal kenangan..

Sekian berita tamat

Mar 1, 2016

Kat tangga transit

Dalam kelas fashion&dressmaking 20/2/2016

Waktu pagi sebelum berbaris 18/2/2016

Kelas agama

Uniform rasmi gm

Aku rasa teruja kali pertama pakai dan tak sangka Kali pertama dan terakhir pakai.
Lepas dari tu uniform aku kena balas.sakitnya hati.harap cikgu ganti tanpa cas apa apa.

Cukup dua bulan jadi pelatih giatmara bm

Feb 29, 2016

Uniform pertama dan terakhir

Masa ni aku dok lepak dalam transit..

Smlm aku stress gila sebab uniform koprat aku hilang.sakitnya hati aku tuhan yang tau.
Camna boleh hilang aku sendiri pun taktau nak cerita.
Nasib baik lah anis nak bagi uniform dia kat aku tapi teruja bila nak pakai uniform tu dah rasa lain sebab bukan uniform aku sendiri.
Harap sangat sangat ada kat risya.mungkin dia terambik bok balik sebab dia kan pindah balik rumah dia balik dah.
Aku sayang gila uniform tu sebab nama pun uniform.aku kena pakai setiap hari isnin dan khamis.bila takdak rasa geram plak tengok orang pakai.aku sorang ja tak pakai hari ni.
Dah lah hari ni aku mai blah petang semuanya sebab uniform aku hilang.yang geramnya kenapa dalam banyak barang.uniform aku yang dapat 1 lai tu ja yang hilang.
Kalau pasni dapat yang baru pun harap sangat tak kena cas duit.dah la bajet tak banyak.kena jimat cermat.
Stress sangat pikiaq mana uniform aku hilang dan camna boleh hilang.
Yang paling sedih.aku dapat pakai 1 kali ja uniform tu.

Sekian berita tamat

Feb 18, 2016

Selesai projek jahit sarung bantal

Feb 16, 2016

Diy pakaian pertama aku

Diy blaus biru

Feb 15, 2016

Hari ini

Masa ni aku baru lepas terjaga dari tidoq.aku tunggu cas hp tak full lagi pastu terlelap mata sedas.

Hari ni hujan plak.sejuk lah plak.petang tadi pun mendung ja.sayu sangat tengok teringat suasana kampung aku.
Lapaq apa semua ada ni.
Mak plak bagitau mak masak gulai seperiuk.
Pastu depa pakat dok cerita pasai pekasam lah sepat lah puyu lah.
Perut aku makin pedih plak.
Kalau aku dok rumah masa ni mesti makan nasi berkuah gulai mak.
Huii mesti sedap...
Kat transit ada ja tv tapi macam takdak mood nak tengok tv plak.kalau dok rumah memang aku tengok lama dah.
Haiii tak sabaq nak abis belajaq.
Pasni aku buat keja dari rumah.takyah dok pikiaq cari keja lain dah.
Dah lama aku tinggai kat rumah rasa kekok dok tinggai lama kat transit ni.
Cemuih pun ada..
Aduii bosan oi.
Tiap hari aku dok tunggu hari jumaat petang sebab boleh balik rumah.
Minggu depan dah abis bulan 2.nak masuk bulan 3 plak.cepat betoi masa berlalu.makin lama makin tua umuq aku.rimas sebab pakat dok tanya bila nak kawin..
Cemuih dengan semua soalan tu.
Bulan 3 cuti sem.tak sabaq nak dok rumah.plan asal nak travel ala backpacker dengan geng transit tapi macam tak berapa nak berjaya ja sebab pakat tak dapat alaun giatmara lagi.
Dulu masa aku lepak kat rumah jadi penganggur.selalu aku berangan nak study.pastu dengaq syok ja orang pakat cuti sem.
Jauh di sudut hati aku teringin nak rasa perasaan jadi student.
Tak sangka tahun ni aku jadi student giatmara.macam mimpi plak.
Awal tahun 2016 aku stat belajaq kelas fashion and dressmaking.
Tak lama aku dapat lah rasa perasaan cuti sem.la ni aku dah rasa perasaan jadi student pastu dok asrama plak tu.
Ada plak kelas untuk ambik SPM kat sini.jauh di sudut hati aku teringin nak ambik tapi untuk apa.aku takdak target macam ain.dia ada orang nak bagi keja kerajaan.
Peluang yang mai kadang kala tak sesuai dengan keadaan.

Sekian berita tamat

Feb 14, 2016

Jumaat petang

Masa ni dok lepak dalam bilik atas katil dan sembang pagi dengan mak...

Jumaat petang aku balik mai rumah.nasib baik masa aku nak tunggu bas tini tolong hantar aku pi kat bas stop.syukur ada yang membantu.
Terima kasih kawanku tini..
Lama gak aku tunggu bas sambil makan keropok yang tini bagi baki ole ole kenduri maksu dia.
Tak lama pastu bas pun mai.sampai kat pekan bm dekat stesen ktm lama bas benti aku pun turun.jalan plak kaki sampai lah ke summit econsave mall.aku lapaq pastu pi beli wafer pastu makan dulu.setel semua aku pi cari bas tapi rapid 606 tak mai lagi.aku pun lepak lah kat kerusi panjang.lepak sekali bangla.
Lega skit rapid 606 dah sampai.
Kul 7 bertolak.tak lama pastu sampailah aku ke destinasi kampung petani.
Aku turun bas sambil cari baki wafer.pastu aku makan.dok tak lama dengaq sora orang panggil nama aku.kaleh kaleh tengok rupanya kai adik aku dengan kawan dia naik moto.
Kai mintak beg beg aku.
Aku pun jalan lah sambil makan.sampai rumah maklong mengaji.
Depa tegur aku.depa interview aku itu ini.dah setel aku pun teruskan perjalanan aku sambil makan wafer dan menghayati permandangan petang kampung aku..
CEHH AYAT SERUPA NOVEL PLAK DAH..
Sampai ja rumah aku.rasa tenang ja..
Walaupun rumah aku bukan rumah banglo mewah.
Tapi itulah rumahku syurgaku..

Sekian berita tamat

Jan 26, 2016

Pagi selasa

Masa ni dok lepak kat kantin dengan aisyah.fariha dan esya.

Hari ni macam biasa.mangkit 6 pagi.mandi dan bersiap turun pi kantin.
Lepak dan sembang dengan kawan.
Minggu lepas kelas jahit selimut bayi dan tudung sekolah.
Harap hari ni ada kelas.
Tak sabar aku nak buat barang lain plak.
Tapi malas tu tetap ada sebab nak kena berkumpul kat dataran usahawan.
Kalau depa masuk kelas terus kan senang.takyah nak berkumpul.rasa macam buang masa ja.kalau setiap hari isnin perhimpunan takpa jugak.
Minggu ni dah masuk sebulan belajar.

Sekian berita tamat

Jan 25, 2016

Syok makin bertambah

Masa ni aku dok tengok tv.risha baca buku.fariha main hp.
Nampak gayanya sama ja macam aku kat rumah.tetap tengok tv sorang sorang.tapi takpa syok gak ada tv.rasa macam kat rumah.

Tadi petang kai hantar aku naik skuter ego aku tu.kami singgah econsave summit.
Aku beli bakul baru untuk baju basah yang dah cuci.silap plak tak beli 2.
1 untuk letak baju cuci.1 lagi untuk stok makanan.
Takpa lah balik petang khamis ni.aku singgah ceria 99 dalam econsave.boleh usha bakul untuk stok makanan.rasanya nak kena beli jenis tutup sebab tak nampak semak sangat.bentuk petak lah kalau boleh sebab besar skit ruang.
Nampaknya baldi besar nak pecah dah.aku kena bok balik.lega skit semua barang hampir cukup.taksat mad bf fariha mai ambik oder.
Yes satgi aku boleh makan burger daging.

Sekian berita tamat

Balik asrama lagi

Masa ni aku dok kat jimat mini market penanti.baru lepas beli barang makanan aku untuk asrama.

Pagi ni aku bangun awal sebab nak pi kubuq arwah abah.
Lepas pi kubuq.aku teruskan kayuhan aku ke pekan penanti.aku mai bank tekan duit.tengok zonria dari jauh masih tutup lagi.
Taktau lah hari ni buka ka tak sebab taipusam.
Satgi aku nak singah kalau buka.
Petang skit aku dah kena balik asrama dah.cemuih semua ada ni.
Sabaq lah lagi 5 bulan lebih ja.
Sat ja masa berlalu.minggu depan dah 1 bulan aku belajar jahit.
Syukur dapat jahit selimut bayi dan tudung sekolah.
Ahkirnya dapat juga aku pakai tudung sekolah diy sendiri.
Nanti aku dok gm dalam 3 hari ja.isnin selasa rabu.petang khamis aku kena balik rumah dah sebab pagi pagi jumaat (29/1/2016) tu aku kena pi hospital..jpj dan maxis.
tahun ni aku nak selesai masalah yang tergendala.harap semua berjalan dengan lancar.
Bosan lah dut takdak.dok rumah jadi sunyi.mak plak dok perlis.
Tak sabaq aku abiskan pelajaran aku.
Jumaat ni ada gotong royong masjid kulim.aku tak dapat pi sebab nak setel hal aku yang tergendala bertahun.

Sekian berita tamat

Jan 22, 2016

Hari sukan giatmara bm (22/1/2016)

Masa ni aku tunggu depan pintu gat..

Bangun pagi macam biasa.turun bawah pi kantin sarapan pagi.8 pagi berkumpul di dataran usahawan.menyanyi lagu mara dan giatmara.bersenam pagi.
Buat 5s pastu semua berkumpul masuk dewan.bacaan yasin.
Pastu masuk kelas masing masing.semua pakat siapkan jahitan masing masing.aku dah siapkan 1 lai tudung sekolah.dah siap jahit aku try pakai.huiii mengimbau kenangan zaman sekolah aku dulu.12 tengah hari lebih kami semua rehat.masa rehat aku makan kat kantin pastu naik transit.kemas semua barang yang nak bok balik.
2.45 petang semua pakat turun main batminton dan sepak takraw sampai 4 lebih.pastu pakat solat dan berkumpul di dataran usahawan pastu buat 5s.
Pastu berkumpul lagi sekali.baca doa pastu semua pakat bersurai balik ke rumah masing masing.
Tinggailah aku sorang dok tercangak depan pintu gat tunggu kakina.
Naik rimas dengan gat gatai sorang ni.dah lah aku lapaq ni oi.

Sekian berita tamat

Cuti

Masa ni dok lepak dengan geng transit cuma risha ja takdak sebab balik tidoq kat rumah dia.risha demam..
Fariha dan tasha dok lawan berdebat baca buku bahasa jepun dan english.buku aku..

Esok hari sukan.lepas setel semua hal.kakina mai ambik aku balik rumah.
Rindunya suasana rumah.bosan dok transit.kalau selesa takpa gak.transit GM dok blah atas.dah tu toilet plak dok bawah.kena share plak dengan staf GM.
Entah sampai bila tah nak dok atas ni.harap sangat depa buat transit baru yang ada toilet.
Kalau bilik mesyuarat tu dah elok dah buat transit.tapi jauh ke belakang lah plak.
Harap sangat depa tukar transit kami dok bawah.lega skit hati aku ni.
Kali ni aku balik transit lambat skit.petang isnin baru balik transit.tak lah rasa sat sangat cuti.

Sekian berita tamat

Jan 17, 2016

Balik asrama

Masa ni aku dok lepak kat econsave summit..

Pagi tadi aku mangkit tidoq awai kul 9 pagi.aku mangkit awai sebab aku nak tengok suasana kampung aku.rindu plak...berat rasa kaki melangkah..
Masa aku dok rumah.semua takdak pakat buat hal masing masing.aku sunyi gila.belah malam aku tengok tv sorang dok malam keesokkan baru kakina teman.
Aku pi tengok kubuq dut.sembang sat dengan dia.blah petang keluaq dengan izan.
Pagi tadi aku makan ciskut fatin buat.sedap wooo tapi aku kenyang sangat.aku tak abis makan.
dah tengah hari.aku makan nasi dan masak lemak fatin masak.
Kul 11 tengah hari macam tu aku pun bertolak.fatin tidoq.kai tidoq dengan kawan dia kat depan.
Masa aku keluaq.cuaca teduh ja.sunyi....berat rasa kaki melangkah
Sampai kat rumah paklong man.maklong teguq aku.dia tanya nak balik kampung ka.
Aku jawab tak balik kampung tapi balik asrama giatmara machang bubok.mak dok perlis la ni.
Susah nak hantar sebab tu dok asrama senang skit.pastu maklong kata.patut lah lama tak nampak kayuh basikal..
Lepas berinterview apa bagai.aku teruskan perjalanan aku ke bas stop kampung yang hampir roboh..
Lama gak aku tunggu bas.
Sampai aku kat econsave.aku pun mulakan misi aku mencari barang.
Syukur semuanya hampir setel.
Pastu aku makan roti canai yang tak sedap.pastu aku pi usha bas kulim dah ada.tengok jam kul 2lebih.awai sangat nak balik asrama.
Aku pun mai lah lepak dalam econsave dulu.aku nak naik bas kul 5 petang.berat rasa kaki melangkah.

Sekian berita tamat

Jan 16, 2016

Kisah petang

Masa ni aku dah bersiap tunggu izan mai ambik.

Dari pagi tadi sampai ke petang aku hanya makan pisang di salut nyiok.mungkin yang mak buat tinggai dalam peti ais kot.
kalau tak sebab dah janji dengan izan memang aku nak cycling petang ni pi pekan nak tekan duit.
Tapi takpa lah lagi pun aku nak bagi hadiah hari lahir kat izan.dia pun tak tau.mesti dia suka.
Kami plan nak lepak bawah hiway ja.aku lah yang ajak pi makan mee kuah.
Sat ja dah petang.tak lama dah malam dah.masa aku kat rumah dah tak lama.esok aku dah kena balik transit gm..sedihnya

Sekian berita tamat

Otw balik kampung ku

Masa ni lepas sidai kain.aku lepak kat ruang tamu sambil tengok permandangan petang.

Kemarin masa keluar dari GM.aku terus tergesa gesa jalan secepat mungkin sebab takut kena tinggai bas.dah berpenat di dalam GM.ni plak bersambung penat jalan tunggu bas.nasib lah dalam perjalanan aida bagi tumpang naik keta dia.aku sebenarnya malu tapi terpaksa buat bodo sebab aku nak cepat.sampai dekat bas stop rasa lega skit.dalam setengah jam lebih kurang.bas pun sampai.aku pun naik dan bayar rm1.30 dapat tiket aku pun duduk.
Sepanjang perjalanan aku dok pikiaq pasal biro pegerusi ja.rimas gila.
Dalam perjalanan aku dok pikiaq pasal alasan yang aku nak bagi dekat en nazri (pegurus GM)
Bila dah sampai dekat kawasan bm.kena plak turun kat kawasan market.jenuh aku jalan kaki.
Sampai kat summit aku makan dulu sebab lapaq sangat.
Tak lama aku makan.aku kena tunggu bas jalan plak.berdiri sampai lenguh kaki.
7.15 bas pun jalan.aku sampai rumah dah 7 lebih.hampir gelap.malam tu lepas selesai mandi.aku terus tak pikiaq panjang.aku karang ayat yang sesuai untuk en nazri (formal gila ayat yang aku karang tu)
Lama gak aku tunggu en nazri balas.dia cakap nanti dia buat keputusan.
Aku harap sangat dapat keputusan tukar pegerusi lain.
Aku nak pi situ nak belajar jahit.aku nak fokus jahitan saja atau aktiviti lain tapi bukan aku kejaq jawatan apa apa.
Macam kemarin tu yang aku rasa sangat kecewa.masa semua biro metting.kelas jahitan dah mula.bila metting dah selesai.kelas jahitan pun dah abis.
Aku punya sakit hati masa tu.camna lah agaknya nanti.dah la aku kerap pi hospital.pastu sibuk dengan metting biro plak.
Kelas jahitan aku macam mana plak???

Moga semuanya berjalan dengan lancar.

Sekian berita tamat

Jan 14, 2016

Hari ke empat di transit GM

Masa ni aku sarapan pagi di kantin GM dengan kawan transit fariha dan risya.

Hari ke empat aku tidoq kat transit.mula rasa syok tapi bila dah lama rasa cemuih.
Cemuih sebab toilet aku rasa jauh.sepatutnya toilet dok sekali dengan transit sesuai la.
Baru ni en zubir kata kami dok transit ni sementara ja.
Harap sangat apa yang en zubir kata tu betoi.kadang suka dok transit atas tapi lama lama cemuih sebab toilet dan kena naik tangga.kalau barang tertinggai jadi malas nak naik atas.
Harap sangat tak lama lagi kami ada transit baru yang selesa dekat dengan toilet.
Kemarin depa pandai pandai undi aku jadi pegerusi.pastu dapat ramai plak yang undi.
Karut betoi lah.aku malas bab kena pikiaq macam macam hal.aku ni dah la selalu pi hospital.
Nasib hangpa lah dapat pegerusi macam aku hahahaa.

Jan 10, 2016

11/1/2016 - duduk transit/asrama giatmara

Masa ni baru lepas sapu sampah kat luaq rumah sorang sorang.

Esok aku dah nak dok transit GM sebab tu lah aku sapu siap siap daun kering depan laman rumah.esok ni aku dah tak boleh tolong mak sapu sampah dah.tunggu hujung minggu la aku balik.
Tak sabaq nak abiskan study aku ni.entah bila nak mula pegang mesin jahit tah lah.
Tak sabaq nak jadi seterer yumi king .harap sangat aku cepat belajar.
Sebenarnya aku sedih gak nak tinggai mak di kampung  *ceh ayat serupa GM tu jauh sangat.walaupun setengah jam baru sampai GM tapi tetap masih kawasan bukit mertajam lagi.nama pun giatmara bukit mertajam dah tentulah sekampung.
Kesian mak dok sorang ja nanti kat rumah.fatin keja.kai pun nak stat keja balik.abang dia macam besa lah mai singah ambik kuih dan hantar talam kosong ja.sama lah macam kakina gak.
Kakina plak dok flat.paah besa lah dia dok kl lah.
Mak mesti sunyi sangat kan.nak buat camna mak.cek nak cari ilmu kemahiran.hanya yang ni saja dapat cerahkan masa depan kita berdua.
6 bulan belajaq.abis tu boleh mohon mesin jahit.
Cek boleh buat keja dari rumah yang selama ni cek nak sangat keja dari rumah.
Bila buat keja dari rumah.dapat jaga mak depan mata.hati pun tenang dan gembira.
Tak sabaq nak buat baju kurti untuk mak.dress untuk paah.shawl untuk fatin dan kakina.baju untuk kai dan abang dan semua lah.
Malam ni malam last aku tengok tv sepuas hati.
Hahaa alaa hujung minggu pun boleh balik tengok tv lah cek oi

Sekian berita tamat

Jan 9, 2016

Transit/asrama

Masa ni aku dok kat ruang tamu rumah.cuaca panas...

Masa mula nak minta borang GM (giatmara) aku tanya dekat gat pasal asrama.dia kata tak dak.
Masa aku dengar kata tak dak aku rasa kecewa sangat sebab mesti pas ni aku susahkan mak lagi.sampai 6bulan mak kena hantar dan ambik aku pi kelas.
Syukur dengan berkat doa aku tiap hari.ahkirnya termakbul juga permintaan aku. ♡ syukur padamu ya allah ya tuhanku ♡
Tapi yang aku rimas sekali hal hospital.entah sampai bila aku nak kena pi hospital.
Moga allah permudahkan segalanya.
Mula mula ada sorang pelatih dok transit.nama dia nurul fariha.dia ajak sapa sapa dok transit sebab dia tak berani tidoq sorang.
Aku apa lagi.tak sabar lah nak minta dok transit sebab aku tak mau susahkan mak atau kai.cuma depa kena mai ambik aku hantar pi hospital ja lah.
Lega hati aku bila dapat dok asrama tapi yang tak syoknya semua barang kena bawa sendiri depa tak sedia katil apa semua sebab dulu masa sedia.pelatih lama bagi rosak.
Kami terpaksa tidoq kat bilik ofis ja lah.takpa lah yang penting dapat tidoq.
Tapi tak syok plak toilet kat bawah.takpa lah aku bersusah skit demi ilmu dan tak susahkan mak.
Dalam GM akulah paling tua yang lain kebanyakkan 15-20 tahun.
Cuma aida 22 tahun.ain 27 tahun.
Satgi petang skit aku nak pi shopping barang untuk asrama.
Banyak gak benda kena sedia.nanti senang tak kalut.la ni yang dok asrama ada 4 orang termasuk aku.
Sebelum tu hanya 3 orang tapi ada sorang adik ni nama dia esya.dia kata dia ada masalah transpot macam aku gak tapi dia nak sangat belajar jahit sebab dia minat.
Aku dapat gak tolong dia bagi boleh dok asrama.
Nama nama yang dok transit
☆nurul - 16 tahun
☆tasha - 19 tahun
☆esya - 18 tahun
☆aku - 31 tahun
Haha aku la paling tua.biaq lah kan nak cari ilmu kemahiran.

Haku : amboi R dapat belajar gak ahkirnya siap dok asrama lagi tu woo.

R : hehee syoknya..syukur impian tercapai nak belajar jahit.pas ni boleh jait baju sendiri.

Sekian berita tamat

Jan 8, 2016

Minggu orientasi reezmika di giatmara bm

Masa aku taip cerita ni.mata aku ada rasa ngantuk skit sebab siang tadi terlalu banyak aktiviti dari hari pagi khamis sampai petang jumaat terlalu sesak rasanya aktiviti pelatih giatmara bm ni..kami semua dapat tidoq masa geng laki solat jumaat saja.kami terlena tak sedar sampai kul 2 lebih.

Hari pertama minggu orientasi 4/1/2016 aku pi giatmara awal pagi dalam kul 8 pagi.nasiblah aku tak lewat untuk lapor diri.tak sangka plak yang hari lapor diri tu 1 hari.
Letih la juga walaupun dok atas bangku dengar taklimat.
Selama 1 minggu orientasi banyak dalam dewan saja adalah skit skit aktiviti luar dewan.
☆ Kemas transit untuk pelatih yang dok asrama..(aku..nurul..tasya..esya akan dok asrama)
☆Kawad pagi...
☆Kupas nyiok untuk masak nasi dalam tempurung...
☆merangkak bawah pagar kawat..lompat tayar.bergayut di besi..bergayut tali macam monyet (aktiviti ala army)
Aku geram masa dekat bergayut di besi dan bergayut di tali aku gagal.try 2 kali bergayut di tali tapi gagal.
Masa dekat aida paling lawak.dia tak berani takut jatuh dalam air lopak.pegurus nak selamatkan dia last last pengurus pun terjatuh sekali.masa tu semua orang gelak.aku pun gelak sekuat hati lah.

☆malam tautan kasih kot kalau tak silap aku tajuk dia.kami semua kena buat bulatan pastu dok selang seli.husna kata mungkin depa panggil ibu bapa kot.
Aku pun tertanya tanya betoi ka.tak lama kami tunggu.ada lah sekumpulan ibu bapa mai.
Dalam hati aku terdetik lah.mak mai gak ka.mak mai sorang ka dengan kai ka entah lah.
Sampai semua dewan dah penuh.aku tunggu mak tetap tak muncul.aku dah agak dah mak memang tak akan mai.
Selalu mak tak larat.takpa lah.
Aku tumpang gembira dan sedih bila dapat tengok kawan kawan aku masing masing peluk ibu bapa depa.Masa tu aku rasa terharu dan sedih.
Dah selesai semua hal.ada plak cikgu bagitau yang kami kena bangun masuk dewan kul 3 pagi.
Masa tu kami semua tertanya tanya aktiviti apa plak kul 3 pagi.
Ada yang tertidoq.ada yang tak termasuk lah aku.
Mengantuk dia hanya tuhan yang tahu.pening letih semua ada.kul 3 pagi dah tiba.pastu en aziz kata kena masuk dewan kul 3.30 plak dah.tapi kami malas tunggu lama.kami semua pakat lepak awal di dewan.
Aktiviti pagi tu hanya kena tulis mohon kemaafan dan tekat untuk ibu bapa masing masing saja.

Kami semua kena buat aktiviti pagi
Kupas nyiok pastu masak nasi dalam tu.
Masa kupas nyiok tu aku dah putus asa sebab aku takdak tenaga.tapi lama lama aku gergaji buang tudung buah nyiok.akhirnya berjaya jugak.syukur tapi group kami (geng gempak) gagal sebab banyak nasi jadi mentah.
Tu saja cerita minggu orientasi aku..aku sendiri pun masih tak percaya yang aku dapat sambung belajar kemahiran.
Selama ni aku dapat baca kisah orang lain tapi kali ni aku dapat taip kisah aku sendiri plak untuk kongsi cerita masa dalam giatmara bm.

Sekian berita tamat

Jan 3, 2016

Selamat kembali skuter ego

Masa ni dok lepak kat ruang tamu rumah kami.baru lepas sembang pasal moto aku yang dah bertahun beku kat belakang rumah.

Kesian pulak aku tengok si ego sekoq tu.
memandangkan aku nak stat kelas kat giatmara aku takdak transpot.terpaksa lah berkorban duit aku untuk repair skuter.
Pasni jadi budak scoot balik lah nampaknya.
Tapi kena beli barang untuk dia skit.helmet aku takdak.kunci lock tayar pun takdak plak camna tu.
Aduii banyaknya aku kena guna duit.tapi takpa allah ada tolong aku.
Syukur dalam senarai barang aku nak beli.ada 1 barang orang bagi free kat aku.
Syukur sangat walaupun barang bundle.dah jimat banyak duit dah kat situ.
Semoga allah selalu ringankan beban aku..

Sekian berita tamat

Azam 2016 nak setel azam 2015

Masa ni aku dalam bas dengan mak.masih kat duta sebab nak ambik orang.lama gila oi..

Balik ni harap sempat lah aku nak kemas kubur dut.kalau aku larat aku kemas.
Esok isnin aku kena lapor diri plak kat giatmara.harap semua berjalan dengan lancar.
selasa aku kena pi hospital seberang jaya plak sebab ambik darah.alaa harap sangat kelas tak mula lagi.susah la kalau kelas mula hari selasa.
Aku nak kena setel banyak hal gak ni.nak setel bil maxis broadband.nak setel bab chef dan fiqa.selagi tak setel semua tu aku tak senang hati.3 hal tu dah lama berlalu.tahun ni aku nak setel semua.
Pastu aku kena beli barang skit.
Moga semuanya dapat selesai tahun ni.
Aminn...

Sekian berita tamat

Jan 1, 2016

Happy new year 2016

Aku dan mak baru balik dari tengok bunga api kat klcc dengan paah dan gary.
Tahun dah berubah..
Dut pun dah tinggalkan aku..
Kehidupan harus di teruskan..
Isnin ni aku kena lapor diri di giatmara...
Mungkin bulan 7 baru stat kelas kot aku tak pastilah.segan plak nak tanya anis.kalau stat lambat lagi.boleh la aku join kelas jahit langsir kolej komuniti.
Harap tahun 2016 ni tercapai segala impian aku..
Aku plan dah lama..
Nak beli ukulele
Hehehee

Sekian berita tamat