nuffnang ads

Feb 29, 2016

Uniform pertama dan terakhir

Masa ni aku dok lepak dalam transit..

Smlm aku stress gila sebab uniform koprat aku hilang.sakitnya hati aku tuhan yang tau.
Camna boleh hilang aku sendiri pun taktau nak cerita.
Nasib baik lah anis nak bagi uniform dia kat aku tapi teruja bila nak pakai uniform tu dah rasa lain sebab bukan uniform aku sendiri.
Harap sangat sangat ada kat risya.mungkin dia terambik bok balik sebab dia kan pindah balik rumah dia balik dah.
Aku sayang gila uniform tu sebab nama pun uniform.aku kena pakai setiap hari isnin dan khamis.bila takdak rasa geram plak tengok orang pakai.aku sorang ja tak pakai hari ni.
Dah lah hari ni aku mai blah petang semuanya sebab uniform aku hilang.yang geramnya kenapa dalam banyak barang.uniform aku yang dapat 1 lai tu ja yang hilang.
Kalau pasni dapat yang baru pun harap sangat tak kena cas duit.dah la bajet tak banyak.kena jimat cermat.
Stress sangat pikiaq mana uniform aku hilang dan camna boleh hilang.
Yang paling sedih.aku dapat pakai 1 kali ja uniform tu.

Sekian berita tamat

Feb 18, 2016

Selesai projek jahit sarung bantal

Feb 16, 2016

Diy pakaian pertama aku

Diy blaus biru

Feb 15, 2016

Hari ini

Masa ni aku baru lepas terjaga dari tidoq.aku tunggu cas hp tak full lagi pastu terlelap mata sedas.

Hari ni hujan plak.sejuk lah plak.petang tadi pun mendung ja.sayu sangat tengok teringat suasana kampung aku.
Lapaq apa semua ada ni.
Mak plak bagitau mak masak gulai seperiuk.
Pastu depa pakat dok cerita pasai pekasam lah sepat lah puyu lah.
Perut aku makin pedih plak.
Kalau aku dok rumah masa ni mesti makan nasi berkuah gulai mak.
Huii mesti sedap...
Kat transit ada ja tv tapi macam takdak mood nak tengok tv plak.kalau dok rumah memang aku tengok lama dah.
Haiii tak sabaq nak abis belajaq.
Pasni aku buat keja dari rumah.takyah dok pikiaq cari keja lain dah.
Dah lama aku tinggai kat rumah rasa kekok dok tinggai lama kat transit ni.
Cemuih pun ada..
Aduii bosan oi.
Tiap hari aku dok tunggu hari jumaat petang sebab boleh balik rumah.
Minggu depan dah abis bulan 2.nak masuk bulan 3 plak.cepat betoi masa berlalu.makin lama makin tua umuq aku.rimas sebab pakat dok tanya bila nak kawin..
Cemuih dengan semua soalan tu.
Bulan 3 cuti sem.tak sabaq nak dok rumah.plan asal nak travel ala backpacker dengan geng transit tapi macam tak berapa nak berjaya ja sebab pakat tak dapat alaun giatmara lagi.
Dulu masa aku lepak kat rumah jadi penganggur.selalu aku berangan nak study.pastu dengaq syok ja orang pakat cuti sem.
Jauh di sudut hati aku teringin nak rasa perasaan jadi student.
Tak sangka tahun ni aku jadi student giatmara.macam mimpi plak.
Awal tahun 2016 aku stat belajaq kelas fashion and dressmaking.
Tak lama aku dapat lah rasa perasaan cuti sem.la ni aku dah rasa perasaan jadi student pastu dok asrama plak tu.
Ada plak kelas untuk ambik SPM kat sini.jauh di sudut hati aku teringin nak ambik tapi untuk apa.aku takdak target macam ain.dia ada orang nak bagi keja kerajaan.
Peluang yang mai kadang kala tak sesuai dengan keadaan.

Sekian berita tamat

Feb 14, 2016

Jumaat petang

Masa ni dok lepak dalam bilik atas katil dan sembang pagi dengan mak...

Jumaat petang aku balik mai rumah.nasib baik masa aku nak tunggu bas tini tolong hantar aku pi kat bas stop.syukur ada yang membantu.
Terima kasih kawanku tini..
Lama gak aku tunggu bas sambil makan keropok yang tini bagi baki ole ole kenduri maksu dia.
Tak lama pastu bas pun mai.sampai kat pekan bm dekat stesen ktm lama bas benti aku pun turun.jalan plak kaki sampai lah ke summit econsave mall.aku lapaq pastu pi beli wafer pastu makan dulu.setel semua aku pi cari bas tapi rapid 606 tak mai lagi.aku pun lepak lah kat kerusi panjang.lepak sekali bangla.
Lega skit rapid 606 dah sampai.
Kul 7 bertolak.tak lama pastu sampailah aku ke destinasi kampung petani.
Aku turun bas sambil cari baki wafer.pastu aku makan.dok tak lama dengaq sora orang panggil nama aku.kaleh kaleh tengok rupanya kai adik aku dengan kawan dia naik moto.
Kai mintak beg beg aku.
Aku pun jalan lah sambil makan.sampai rumah maklong mengaji.
Depa tegur aku.depa interview aku itu ini.dah setel aku pun teruskan perjalanan aku sambil makan wafer dan menghayati permandangan petang kampung aku..
CEHH AYAT SERUPA NOVEL PLAK DAH..
Sampai ja rumah aku.rasa tenang ja..
Walaupun rumah aku bukan rumah banglo mewah.
Tapi itulah rumahku syurgaku..

Sekian berita tamat