nuffnang ads

Feb 15, 2016

Hari ini

Masa ni aku baru lepas terjaga dari tidoq.aku tunggu cas hp tak full lagi pastu terlelap mata sedas.

Hari ni hujan plak.sejuk lah plak.petang tadi pun mendung ja.sayu sangat tengok teringat suasana kampung aku.
Lapaq apa semua ada ni.
Mak plak bagitau mak masak gulai seperiuk.
Pastu depa pakat dok cerita pasai pekasam lah sepat lah puyu lah.
Perut aku makin pedih plak.
Kalau aku dok rumah masa ni mesti makan nasi berkuah gulai mak.
Huii mesti sedap...
Kat transit ada ja tv tapi macam takdak mood nak tengok tv plak.kalau dok rumah memang aku tengok lama dah.
Haiii tak sabaq nak abis belajaq.
Pasni aku buat keja dari rumah.takyah dok pikiaq cari keja lain dah.
Dah lama aku tinggai kat rumah rasa kekok dok tinggai lama kat transit ni.
Cemuih pun ada..
Aduii bosan oi.
Tiap hari aku dok tunggu hari jumaat petang sebab boleh balik rumah.
Minggu depan dah abis bulan 2.nak masuk bulan 3 plak.cepat betoi masa berlalu.makin lama makin tua umuq aku.rimas sebab pakat dok tanya bila nak kawin..
Cemuih dengan semua soalan tu.
Bulan 3 cuti sem.tak sabaq nak dok rumah.plan asal nak travel ala backpacker dengan geng transit tapi macam tak berapa nak berjaya ja sebab pakat tak dapat alaun giatmara lagi.
Dulu masa aku lepak kat rumah jadi penganggur.selalu aku berangan nak study.pastu dengaq syok ja orang pakat cuti sem.
Jauh di sudut hati aku teringin nak rasa perasaan jadi student.
Tak sangka tahun ni aku jadi student giatmara.macam mimpi plak.
Awal tahun 2016 aku stat belajaq kelas fashion and dressmaking.
Tak lama aku dapat lah rasa perasaan cuti sem.la ni aku dah rasa perasaan jadi student pastu dok asrama plak tu.
Ada plak kelas untuk ambik SPM kat sini.jauh di sudut hati aku teringin nak ambik tapi untuk apa.aku takdak target macam ain.dia ada orang nak bagi keja kerajaan.
Peluang yang mai kadang kala tak sesuai dengan keadaan.

Sekian berita tamat

No comments: