nuffnang ads

Mar 26, 2016

Cuaca panas gila

La ni aku dok lepak ruang tamu rumah.baru lepas mandi..segar skit rasa.

Petang kemarin tini nak sangat hantar aku balik.aku pun ikut ja.sampai kat ayam ori kami park moto baru perasan ada pasar malam.hehee lupa plak tang pasar malam bawah hiway tu.
Tanpa berlengah masa kami dua pun menuju ke pasar malam.ronda dan singgah makan bihun sup pedas dan ayaq tembikai.sejuk skit tekak.makan semeja dengan yanti kawan kelas kakina.
Berpeluh jugak lah nak abis 1 mangkuk.dah la cuaca panas uii...
Selesai makan tini pun hantar aku sampai rumah.
Kesian tini sampai malam lepak dengan aku kat pangkin.
Malam tu aku mandi solat mahrib terus tidoq sebab pening kepala tahan panas sepanjang hari mungkin bercampuq tak makan petang sebab nak jimat duit..pastu kai gerak makan kfc.aku sambung tidoq pastu mangkit makan roti johan.pastu tak abih.aku sambung kfc pun tak abih gak.aku bagi lah kat fatin.

Hari sabtu plak.aku mangkit tidoq jam 11 lebih camtu.mandi makan gulai teloq fatin masak.
Aku mandi 2 kali panas uii..tunggu kakina nak mai ambik pi kenduri rumah kakzue sambil main dengan alif.
Dah puas gomoi alif.kami makan sekenyang mungkin.pastu sambung main dengan alif sampai puas.pastu balik singgah bank dan beli advance white orang oder.
Sampai ja rumah aku rehat sat.pastu mandi kali yang ke 3.
Lepas mandi solat dan la ni aku lepak kat ruang tamu.sat ja masa aku kat rumah.tak puas rasanya.kalaulah aku ada keta sendiri boleh ulang alik naik keta aku.aku tak tahan gila dengan keadaan asrama sebenaqnya sebab cuaca panas.kami dok tidoq bilik ofis yang tertutup.blah atas pulak.takdak acon pulak tu.harap kipas kami ja tu pun tak rasa sejuk mana pun.

Sekian berita tamat

Mar 23, 2016

Mall kesukaan aku part 2

Masa ni aku macam besa lah.dok depan kipas atas transit.fariha main hp dia..
Kehidupan kami tanpa risya dan tasya semakin sunyi.masing masing buat hal sendiri..

Jusco alma bukit mertajam - jusco ni aku pernah pi rasa tak sampai 5 kali..hanya 3 kali kot kalau tak silap.semua tu sebab rasa macam takdak apa kat situ.rasa kosong walaupun jusco tu macam jusco perda dan ramai orang.
Mungkin sebab nak makan apa pun kena guna kad kot.kedai kedai kecik ja boleh guna duit.
Aku nak beli kad topup duit makan bukannya selalu dok mai.rasa semak wallet ja.

Perangin mall - mall ni belah penang.dulu selalu gak pi tu pun sekali dengan keluarga aku.syok gak.walaupun sunyi.yang aku suka sebab ada 1 kedai tu tak pasti lah tapi rasanya kat situ lah ada kedai jui bracelet cantik.beg..macam macam lagi yang sempoi..teringin nak beli tapi masa tu takdak duit

Komtar - komtar pun belah penang.sebelah dengan perangin mall.kat komtar dan perangin mall ni banyak lah mat saleh.syok gak tempat dia tapi dah tak banyak orang pi rasanya.tapi baru ni depa nak buka sky walk kot.yang jalan atas kaca tu lah macam dalam runningman tu.masuk kena duit punyalah kan.

Gama - mall ni aku tak berapa nak ingat pasal gama.yang aku tau gama tu betoi betoi tepi jalan depan trafic light.

1st avenew - mall ni masih baru bagi aku.kali pertama dan kedua aku pi hari yang sama semua kerana converse.syok nampak suasana dalam dia.tapi takdan nak ronda sebab pi semata tuju kat converse tu ja.mall ni sebelah perangin mall

Times square - belah penang gak.dulu aku pernah masuk dengan keluarga aku 1 kali ja.nampak syok gak tapi banyak kedai yang tak buka lagi.nampak tak sama macam times square kl pun.kalau sama mesti aku serbu dulu.

Central square - mall ni betoi betoi dalam pekan sungai petani.dulu zaman mahlin aku selalu lepak dengan kawan kawan aku.syok gila masa tu.happy ja di kelilingi kawan kawan baik.meriah gak.kami pi tengok wayang.makan makan.shopping semua situ.
Paling aku suka restoran sabai.sedap gak la boleh tahan la masakkan dia.sampai la ni ada lagi.tapi yang tak syoknya la ni dah banyak berubah.mungkin sebab banyak mall baru kot.ada lah 2-3 buah mall baru.
Rindu sangat area sana walaupun bagi setengah orang tak ada apa kat sana.terlalu banyak kenangan aku kat sana..jumpa ina dan maziah selalu mesti makan kfc kat tepi tangga.
Tapi apa boleh buat la depa dua dah kawin ada kehidupan masing masing.sedih sebenaqnya masa depa pakat kawin.aku sedih lah sebab hanya tinggai aku sorang ja.
Lepas dari depa kawin.aku dah stat pi mana pun sorang ja.takdak dah kawan.nak cari kawan baru memang susah nak jumpa sebaik dan serapat depa.

Ceria mall - mall ni aku pi sebab saja saja jalan dengan ana.yang aku ingat aku beli cincin silver kosong rm3.aku pakai bertahan banyak tahun gak.rasanya 2 tahun lepas kot baru patah.cincin tu aku masih simpan elok.

Sp plaza - mall ni lebih kurang macam ceria mall gak.tak banyak kenangan sangat kat sini.

Itu ja lah kisah mall kesukaan aku.susah kalau takdak keta sendiri.kalau ada mesti aku selalu pi lepak.mengimbau kenangan silam.shopping apa ka kan.

Sekian berita tamat

Mall kesukaan aku part 1

Kisah pagi tadi
Masa ni dok lepak atas transit lagi.baru lepas mandi pagi.tunggu nak pakai tudung bawal crepe ja nih..

Mall mall kesukaan aku...
Utama - mall kegilaan remaja zaman aku remaja dulu.mall ni syok sebab kedai game dia ada keta laga.dulu aku dan paah selalu lepak kat situ.pastu depa tukaq nama mall.dah stat tak syok dah.pastu tak lama tutup sebab ramai yang dah serbu mall design baru iaitu the summit.

The summit - mall ni mula aku masuk dah nampak syok sangat lah masa tu.zaman masa tu bagi aku dan mungkin remaja sezaman aku dah cukup hebat selain utama.ramai sangat budaya lepak kat situ selepas utama.kira port baru lah.
Tak lama pastu ada plak mall lain muncul dan muncul lagi.the summit dah semakin dilupakan.utama plak terus berkubur kat situ.aku rasa rindu gila zaman tu.lani the summit dah jadi mall warga asing.ramai sangat depa kat situ

Jusco perda - dulu masa mula mula bukak.aku suka sangat sebab besaq dan ada library dan mr diy.senang lah jugak nak pi situ naik rapid 2 biji dari rumah.nak lepak dengan kawan pun senang.selesa sebab mall tu besaq.tapi apa kan daya stat jusco perda tutup sebab bangunan nak runtuh.
Kecewa gak lah sebab syok dah port tu.

Sunway carnival mall - mall ni betoi betoi dalam pekan seberang jaya.mall agak cantik.ramai gila orang suka pi situ aku pun tak pasti kenapa.kadang aku selalu pi situ.bagi aku jusco lagi syok sebab banyak brand outlet yang murah.sunway plak tak lah banyak mana sangat.

Banyak lagi mall yang aku tak sempat nak kongsi.satni aku sambung.lani nak bersiap turun pi kelas dah..

Berita belum tamat

Mar 22, 2016

Kehidupan aku di sini

Masa ni aku dok lepak depan kipas lagi.
Fariha dok atas tilam sambil main hp.kami baru turun pi toilet.
Tasya plak dah stat dok rumah dia balik dah.
Sedihnya lagi sorang geng asrama dah keluaq.

Aktiviti aku hari ini
☆macam biasa aktiviti tiap pagi buat 5s
☆masuk dewan baca muqadam
☆cantum baju korperat
☆makan bihun sup sedap kat kantin
☆bila dapat tau tasya serius keluaq asrama terus aku rasa stress.aku nak sangat secepat mungkin ada keta.

Bukan aku tak syok dok asrama.memang dulu aku nak sangat jadi budak student pastu dok asrama tapi bukan kehidupan macam ni yang aku harapkan.
Aku nak dok asrama yang betoi betoi asrama.kami ni bukan dok asrama tapi betoi betoi sesuai dengan nama iaitu TRANSIT..
Bosan gila weh.cuma dapat tilam.tidoq pun bilik ofis belah atas.mula mula air tapis depa ambik.pastu acon pulak depa ambik.cuba bayangkan cam mana aku kat atas ni.dah la keliling semua cermin tingkap yang takdak tirai.bayangkan lah camna stressnya kami tak bebas bergerak.
Teruk gila tapi aku sabaq ja sebab tak dak tranpot nak mai.skuter ego ada tapi aku betoi betoi tak dak kekuatan macam dulu lagi dah nak bawa mai kelas.
Buat masa ni mampu sabaq ja lah.harap sangat ada keta 2nd boleh beli.
Axia baru dah tak lepas nak beli.nak buat camna dah bukan rezeki aku.
Aku redha...
Kalau dapat kancil atau viva pun dah kira ok dah tapi biaq lah auto itu yang penting sekali.mula tu aku memang nak cari kelisa tapi apakan daya.pakcik dollah kata lani susah dah cari kelisa.
Dengan sebab itu jugak lah aku beralih arah.

Sekian berita bosan ini tamat...

Haku ▪▪ fuuuyoo..ayat last yang skema hehehee

R ▪▪ oi budak lama tak muncul.mentang mentang dapat cuti lama gila

Haku ▪▪ heheheee besa itu besa

Mar 21, 2016

Bosan

Masa ni aku dok depan kipas dalam transit..
Fariha tidoq..tasya tak mai..

Semakin hari aku dok asrama semakin cemuih sebab tak selesa bab tang toilet tu.
Sakit betoi hati aku.kenapa lah depa tak bagi ja kami dok bilik bawah tu.kan senang nak pi toilet.
Tak payah aku susah susah turun 2-3 kali pi toilet.sampai aku terjatuh tangga pagi tadi.
Paah sembang dengan aku pasal nak beli keta 2nd.terus aku terbayang aku naik keta mai kelas.dah takyah susah aku dok sini dengan keadaan tak selesa langsung.harap sangat sebelum aku bayar duit asrama.harap sangat dapat cari keta 2nd untuk aku.tapi bab nak bayaq tu yang aku dok pikiaq ni.
Bayaq muka keta pun aku tak mampu..
Ya allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga..
Dari mula dok asrama lagi aku nak dok sementara ada keta tapi apa kan daya.keta axia tak lepas..
Terpaksa lah cari keta 2nd.
Aku semakin cemuih dok sini hanya tuhan yang tahu.kalau ada keta dah pasti tiap kali nak balik rumah aku rasa gembira gila.tapi yang malasnya time pagi nak drive tu lah.alaa takpa lama lama aku serasi lah dengan semua keadaan tu.yang pastinya masa balik tu aku boleh singgah mf mart ka melencong pi dataran kulim yang depa kata sempoi sangat tu siap ada icty konon.teringin sangat nak naik hoverboard
Tak sabaq nak ada keta sendiri.bebas ke mana saja aku nak pi.aku pun dah nak tidoq.

Sekian berita tamat

Mar 20, 2016

Cuti sem aku

Masa ni aku dok lepak tengok tv sorang sorang kat transit.fariha keluaq mungkin tak balik.tasya plak tak tidoq sini malam ni...bosan...

CONVERSE THE LAST DAY
Rafar sewa keta kerana converse
Dalam lebih kurang kul 2 petang kami pi 1st avenew penang.sanggup langkah laut penang semata mata nak beli kasut converse sale 70%
Sampai ja kat 1st avenew rafar.kakina dan aku terus menuju ke ruang legar.cari dan terus mencari kasut kami.
Kasut pertama aku tengok warna ungu.memang target aku tang converse ungu tu ja.siap aku chup siap siap lagi tapi nasib lah kakina suruh cek betoi betoi kot tak elok sebelah.nasib baik sempat tukaq.
Masa aku dan kakina selesai pilih kasut.kami dua lepak kat bangku tunggu rafar.banyak gelagat yang aku tengok.kakina tunjuk ada sorang budak laki jalan serupa kawad..hahahaa lawak..
Dalam beberapa jam kemudian dari stat misi mencari converse jam 2 petang - 6 petang.selesai
Elok sampai ja kat rumah.paah pun chat nak kasut yang sama gak.
2 kali kami pi 1st avenew.kali ni kakina.kai dan aku.
Sampai ja kat 1st avenew.terus menuju kawasan legar.kali ni kai pulak keliru nak pilih kasut yang mana.last last dia pilih warna merah jugak macam kasut dia kat rumah.

MANDI AIR PANAS KAT BALING
Kami shopping converse sampai ke malam.pastu balik rumah lepak sat.
Aku siap tertidoq lagi.dalam jam 2 pagi kalau tak silap aku lah.kami bertolak ke air panas baling.
Sampai kat sana kami pakat mandi mandi sampai jam 5 pagi camtu kot.selesai mandi paip dan salin baju apa semua.bertolak balik rumah.pakat tidoq sampai tak sedaq masa bila kakina dan rafar pi buka gerai koi talam tah lah.

THE LAST DAY CUTI SEM
Kai dan aku masih dalam misi mencari kipas dah masuk lebih kurang 3 hari survey kipas angin nak bok mai transit gm.
Pastu aku sangka nak ambik fatin balik naik tren dekat jety.aku pun ajak lah kai pi makan makan kat warung syok belah bagan.dah sampai kat dewan panorama baru aku tau nak ambik fatin kat tren bm.
Tapi tak pa lah kami ronda ronda dulu tengok suasana petang tepi pantai.tengok orang main layang layang.mengai ikan.photoshut kawin.
Dok tak lama kami pi lah makan kat warung tepi pantai.
Dah selesai semua fatin call dah sampai.kami pun terus pi ambik fatin.
Malam dalam jam 12 mak dan paah pun sampai.kai pi ambik.dah sampai kami sembang apa semua.
Paah pun try kasut dia.
Kecewa gak paah tak padan.aku tau paah lagi kecewa.takpa lah paah insyallah ada sale lagi aku ambik size besaq skit tau.
Malam tu aku sempat sembang skit ja lah.siap minum kopi panas.
Pastu kami tidoq.jam berapa entah aku mangkit tidoq nak pi toilet pastu tiba tiba teringat nak bagi kat paah baju comey yang aku beli kat 29shop.murah ja aku mampu bagi.aku nak bagi paah tak rasa kecewa pasal converse tu.nasib lah baju tu ada aku teringat nak bagi.
Mangkit pagi paah tengok terus happy tapi dia demam pulak.happy sat ja lah.

Itulah cuti sem aku...
tak puas sebenaqnya cuti sem aku.tapi takpa lah nak buat camna dah nak cari ilmu.
Rindu kat mak..kakina..fatin..kai..paah..dut..suasana rumah..suasana kampung

Sekian berita tamat

Mar 2, 2016

Geng transit semakin berpecah

Masa ni aku lepak dengan fariha dan tasya ja sambil tengok tv..

Harini aku rasa sedih dan kecewa dengan keputusan geng transit.mula mula risya buat keputusan nak pindah balik dok rumah sebab ada transpot dah.
Harini tasya plak bagitau nak pindah balik dok rumah sebab yang sama.dah ada transpot.
Fariha plak bagitau hal yang sama.dia nak beli moto dan nak ulang alik.dia ajak aku join dia tapi entah lah nanti aku pikiaq lain.
Susah kalau ulang alik sebab jauh.dia kata mungkin bulan 5 atau 6 baru nak pindah dok rumah.
Huhhh nampak gayanya aku sorang lah kot dok transit.sedihnya bila teringat semua kenangan geng transit.
Sama sama mandi dan cuci baju sendiri.sambil kongsi cerita kehidupan masing masing.sambil nyanyi.
Pastu blah malam menari zumba.hafal lagu giatmara..amanah rakyat dan doa lepas solat.
Kami plan nak travel ala backpacker tapi entah lah jadi ka tak.rasanya macam tak jadi..tunggu dan lihat..

Mai aku kongsi watak watak geng transit.

Fariha-sosial skit.macam tikus suka buat semak tapi dia ok la jugak.

Risya-kadang ok kadang sakit hati.dia pun suka buat semak.seorang yang blur.

Tasya-dia paling ok tapi kadang terikut perangai fariha suka buat semak.tapi dia ok.dia suka nak temankan aku pi toilet walaupun tak ajak.ada sekali masa tu 12malam camtulah.aku nak pi toilet.aku gerak dia.pastu dia mangkit tidoq dengan muka penuh bedak sejuk.dia tonyoh pipi dan dahi dia tapi tak terkeluaq pun bedak sejuk tu.hahaa lawak.
Pastu dia selalu salin pakaian sambil duduk.yang lawaknya dia tengah dok sembang dengan kami tiba tiba dia salin baju.hahaa.
Pasni semua hanya tinggal kenangan..

Sekian berita tamat

Mar 1, 2016

Kat tangga transit

Dalam kelas fashion&dressmaking 20/2/2016

Waktu pagi sebelum berbaris 18/2/2016

Kelas agama

Uniform rasmi gm

Aku rasa teruja kali pertama pakai dan tak sangka Kali pertama dan terakhir pakai.
Lepas dari tu uniform aku kena balas.sakitnya hati.harap cikgu ganti tanpa cas apa apa.

Cukup dua bulan jadi pelatih giatmara bm