nuffnang ads

Mar 23, 2016

Mall kesukaan aku part 1

Kisah pagi tadi
Masa ni dok lepak atas transit lagi.baru lepas mandi pagi.tunggu nak pakai tudung bawal crepe ja nih..

Mall mall kesukaan aku...
Utama - mall kegilaan remaja zaman aku remaja dulu.mall ni syok sebab kedai game dia ada keta laga.dulu aku dan paah selalu lepak kat situ.pastu depa tukaq nama mall.dah stat tak syok dah.pastu tak lama tutup sebab ramai yang dah serbu mall design baru iaitu the summit.

The summit - mall ni mula aku masuk dah nampak syok sangat lah masa tu.zaman masa tu bagi aku dan mungkin remaja sezaman aku dah cukup hebat selain utama.ramai sangat budaya lepak kat situ selepas utama.kira port baru lah.
Tak lama pastu ada plak mall lain muncul dan muncul lagi.the summit dah semakin dilupakan.utama plak terus berkubur kat situ.aku rasa rindu gila zaman tu.lani the summit dah jadi mall warga asing.ramai sangat depa kat situ

Jusco perda - dulu masa mula mula bukak.aku suka sangat sebab besaq dan ada library dan mr diy.senang lah jugak nak pi situ naik rapid 2 biji dari rumah.nak lepak dengan kawan pun senang.selesa sebab mall tu besaq.tapi apa kan daya stat jusco perda tutup sebab bangunan nak runtuh.
Kecewa gak lah sebab syok dah port tu.

Sunway carnival mall - mall ni betoi betoi dalam pekan seberang jaya.mall agak cantik.ramai gila orang suka pi situ aku pun tak pasti kenapa.kadang aku selalu pi situ.bagi aku jusco lagi syok sebab banyak brand outlet yang murah.sunway plak tak lah banyak mana sangat.

Banyak lagi mall yang aku tak sempat nak kongsi.satni aku sambung.lani nak bersiap turun pi kelas dah..

Berita belum tamat

No comments: