nuffnang ads

Aug 4, 2017

Fairy ice cream (streetfood)

Masa ni aku lepak rumah paah dan fatin kat kl.

Bila bosan aku suka main vonvon kuiz ni.kadang tu macam tepat tekaan dia..kadang tu mengarut sangat hahaa biasa la kan dah nama pun kuiz..
Tapi syok juga noh..
Dalam banyak kuiz yang aku main.yang ni salah satunya yang aku suka sebab berkaitan dengan aku memang tepat sekali tekaan vonvon.

Sebelum ni memang aku plan nak tukaq bisnes.lama juga aku cari idea tapi last sekali aku rasa memang bisnes aiskrim sesuai dengan aku lah.
Memandangkan aku memang selalu kena makan aiskrim vanila untuk keselesaan tekak aku ni.doktor pakar la yang kata camtu.aku ikut ja lagi pun aku memang suka sangat sangat aiskrim.
Bila bosan-stress-letih mesti aku akan beli aiskrim.tak kisah perisa apa sekali pun aku suka makan.
Lepas makan aiskrim aku rasa gembira sangat entah lah kenapa.aku rasa makan aiskrim macam satu terapi untuk diri aku.
Dulu tiap kali lepas ambik darah.mesti aku akan makan aiskrim.lepas makan rasa seolah olah ada tenaga.
Tahun 2016 aku bedah thyroid.lepas aku bedah doktor bagi aku aiskrim vanila.doktor kata aiskrim vanila sesuai redakan kesakitan tekak aku nanti cepat baik.

Hahaha itulah kisah aku dengan aiskrim tapi cerita yang vonvon buat untuk aku ni.aku suka sangat hehee macam fairy tale sungguh ahh..
Aku letak nama fairy ice cream sempena kisah fairy tale aku ni..
Mana ada unicorn kat dunia ni..dongeng betoi..
Semoga impian aku akan jadi dunia nyata
Amin.....

Sekian berita tamat

Jul 24, 2017

Plan beli basikal baru

Masa ni tengok tv sorang sorang sambil minum milo o panas....

Pagi tadi tumpang kakina pi klinik kubang semang.lepas setel hal dengan doktor.aku tunggu bas kat depan klinik.ada sorang makcik jual minyak angin terlebih ramah.siap bagi free minyak angin dan pen.
Lama gak la aku sembang tengah panas rembang.bas pun baru ja terlepas makcik minyak angin tu kata.
Pastu bas mai aku tahan.terus naik.sampai penanti beli ais krim.makan dulu sebab lapaq sangat.pastu ronda atas beli stokin rm3.lepas tu ronda bawah sat.tengok kedai legend tak buka lagi.aku terus jalan kaki pi warung makan tepi pejabat pos.makan dulu.lepas makan aku pi ronda usha basikal.comel la basikal mini model baru.
Aku berkenan warna oren tu.ikut hati aku nak beli.tapi kakina kata takyah beli lagi.
La ni aku dok terbayang ja basikal tu.
Kan syok kalau ada boleh ronda macam ada land rover dulu.

Sekian berita tamat

Rumah terbuka raya 2017 terakhir

Masa ni aku lepak depan sambil main hp ja sorang sorang.abang bersiap siap nak pi ambik alif dan terus pi apple monkey.
Mak dah ada kat kl 2 hari dah dok dengan paah dan fatin.
Kakina plak pi dengan rafar rumah ana ambik buah rambutan.
Kai macam besa ada kat apple monkey.
Buat masa ni tu lah rutin harian keluarga aku.
Masing masing ada haluan hidup sendiri.raya pun semakin tak semeriah dulu dah.

Kemarin 23/7/2017 sempena hari terakhir raya aidilfitri 2017 aku pi rumah terbuka kat sekolah rendah kebangsaan sri penanti.sekolah lama aku.
Aku pi dalam jam 12 lebih.sampai sksp aku terus beratuq.aku hentam beratuq ja taktau menu ada depa buat.tengok tengok putu buluh.aku simpan dulu.pastu aku tengok ada laksa.aku terus beratuq sebab dah lapaq sangat.
Dah dapat laksa aku terus pi ambik mineral water dan cari tempat duduk.aku duduk tepi pintu kelas dan juga kawasan area aku terjatuh masa malam kelas malam (kelas tambahan) aku dulu.masih aku ingat lagi main lari lari dengan kawan kawan.pastu jatuh.masuk dalam kelas terus tak boleh menulis.aku menangis diam diam takdak sapa tau.
Balik rumah baru bagitau mak.esok tu terus pi mengurut kat kawan mak.

Lepas aku makan laksa.aku terus ronda kat kantin.suasana dah berubah banyak sangat.
Tiba tiba ada orang teguq aku.hidayah rupanya.dia kata nampak aku dari masa aku makan laksa lagi.
Sembang sat dengan dia pastu aku ronda sambil terkenang kenangan lalu.tengok depan tangga aku jatuh pengsan dulu.cikgu elias yang belanja aku minum teh.pastu bila tengok bilik sebelah tangga tu.teringat lepas aku kena cucuk jarum.aku pengsan.bilik tu lah aku berehat..memang dari kecik kesihatan aku tak normal macam orang lain.

Rasa rasa macam masih tak kenyang lagi.aku tiru orang beratuq.
Ada bau bau wangi pastu tengok orang usung char koey teow.oo line aku beratuq tu line char koey teow la.
Aku beratuq tengah cuaca panas nasib aku dapat tahan.
Masa beratuq nampak sebelah aku macam bubuq kacang.dok atuq dah lepas ni nak tuju kot mana.lepas dapat char koey teow aku terus pi ambik bubuq.sampai kantin baru tau yang tu bubuq lambok bukan bubuq kacang.takpa la aku tapau kat kakina ja la.sambung makan putu bulu yang sedap.
Tak lama pastu aku pi usha line lagi.berkenan dangai plak teringat abang suka.orang tu kata jam 3 baru siap.aku terus pi menuju ke teh tarik.teh tarik plak kena tunggu 5min.
Aku ronda tengok makanan lain pastu mai beratuq ambik teh tarik.sampai 2 kali aku beratuq sebab sedap.
Setel semua menu aku beratuq ambik cucuq ubi pulak.sambil beratuq sambil dengaq nama nama cabutan bertuah.
Bertuah depa dapat moto.
Nak buat camna aku mai jalan kaki ja.kalau ada basikal kan senang.
Lepas dah jemu.aku pun balik.ingat nak pi survey basikal tapi macam tak larat ja.
Harap tahun depan boleh join rumah terbuka sksp lagi..

Sekian berita tamat

Jul 8, 2017

reezmika panic di daiso

masa ni lepak dengan mak sambil tengok tv..

kemarin aku dan kakina cari bluser sampai ke jusco alma.semata mata nak pi daiso ja pun.
kenapa la depa tak buat daiso area dekat dekat ni entah la.
dalam daiso macam macam ada lebih kurang mr diy dan eco shop jugak.

mula mula aku masuk terus ke area skincare.teruja la cari bluser.cari banyak kali tak dak.abis dah..
pastu kakina berkenan bb cream daiso dan span makeup.aku plak masa tu tak rasa pun nak ambik 1..sebab aku ingat bb cream aku ada lagi tu yang takmau beli.bazir ja satgi.
ronda ronda dalam daiso.terjumpa acuan cookies.comel ja.aku ambik..
tak banyak barang yang aku suka.
tapi bb cream dia aku suka.syok pakai macam bb cream safi gak.
ada la skincare daiso comel comel ja tapi nak pakai risau gak la sebab taktau ok ka tak.
kalau pi daiso lagi.aku rasa nak beli lagi bb cream tu sebab syok guna dia.
aku berkenan peeling gel dia tu sebab tengok testimoni orang kata ok berkesan.nanti nak try.

sekian berita tamat

Jul 7, 2017

reezmika panic di eco lagi

masa ni lepas mandi dan sapu sampah skit kat luaq rumah sekali dengan kemas pelita simpan dalam plastic untuk guna aidilfitri 2018 pulak.
mak tengah makan pisang goreng.

baru baru ni aku dengan kakina shopping dekat eco shop.memang tiap kali pi mesti aku dengan kakina jadi panic tiap kali tengok barang barang dekat eco.
memang selalu kami shopping kat situ.
macam macam kami beli.
paling banyak beli makanan la.barang dapur pun banyak gak.barang makeup pun ada.fatin besa beli eye brow aku pinjam ritu ok gak.aku berkenan nak beli bluser dan eye brow la pulak nanti.macam macam aku beli.
bakul letak baju aku
pencakar sampah
berus longkang
penyapu sampah luar rumah
getah rambut
sikat rambut
selipar
alas kaki
mainan aliff
uiss macam macam lah lagi yang kami beli.barang kat situ walaupun murah tapi berkualiti..selipar bunga yang aku beli pun lembut gila weh.selipar pokok nyiok biasa ja.
selesa sangat tapi yang tak syoknya masa nak pilih selipar tu la.banyak yang cantik corak dia tapi semuanya size besaq besaq.
banyak kali pi memanjang takdak size aku.last last jumpa jugak.
walaupun tak berapa minat corak tu masa mula mula tengok tapi lama lama macam suka juga.
banyak lagi aku nak beli.tunggu aku keja balik bleh la enjoy hehee.

sekian berita tamat

Jul 5, 2017

testimoni bedak muka

masa ni lepak makan kuih raya

bedak muka pertama aku

sebenaqnya aku tak berapa suka makeup sebab rimas tak selesa boh macam macam kat muka tapi di sebabkan nak nampak muka normal macam manusia.aku terpaksa rajinkan diri makeup ringkas.

bedak pertama aku dua dua dari silkygirl.1 jenis bedak tabur.aku beli sebab botol dia comel.bedak dia pun rasa lembut halus ja bila tabur kat muka aku nih.rasa muka aku pun sama sama lembut sekali.bedak tu warna pink.bila boh kat muka aku pun sama pink.tapi tak lah pink sangat sebenaqnya.pink kemerahan ja.muka aku pun tak nampak pucat.
memang syok sangat siap ada glitter lagi tu.wangi ja...

bedak 1 lagi jenis bedak compact.bekas pun comel.senang nak boh dalam beg pi ke mana saja.kalau yang tadi tu aku kadang tinggai kat rumah ja.
tapi yang ni lagi senang.
muka dengan leher aku nampak warna sekata.nampak natural ja.tapi yang tak syoknya kenal boh banyak kali bila berpeluh.pastu lekat kat baju kalau aku terlupa lap peluh.
haa tu lah kalau tak reti makeup.rupa rupanya sebab aku tak boh foundation memang la bedak tu tak tahan lama.
hahaa besa la kan dah tak reti makeup camtu la jadinya.

tapi la ni aku dah tukaq bedak lain.tapi dari silkygirl gak la.cuma yang ni paling baru ada bb cream sekali.cuma aku rasa macam tak sesuai dengan aku ja.
tunggu abis aku nak tukaq jenis lain.
tak pasti la compact powder aloe vera atau silkygirl compact powder yang lama aku dah tinggai tu.
masih dalam keliru lagi ni.

sekian berita tamat

Jun 19, 2017

tak lama dah nak raya

masa ni aku dan mak lepak dalam keta tunggu kai pi setel ssm dia.pas setel semua hal kai.kena hantar dia balik apple monkey (kedai repair handphone kai)
*syukur adik aku dah berjaya ada bisnes sendiri.semoga sentiasa maju*

lega bila dah pi maybank keluaqkan duit asb.biaq lah berhabis untuk raya.pasni aku kumpul balik.
lepas hantar kai.aku dan mak nak pi kilang kacang mak mandin.
macam macam aku nak beli untuk jamuan raya.
aku plan nak beli
- biskut dahan rapuh (biskut batang buruk sebenaqnya)
- biskut mazola
- biskut coklat
- biskut coklat bersalut aising putar *entah apa nama aku hentam ja*
- rempeyek
- mungkin dalam 2 jenis lagi taktau la biskut apa yang syok

itu saja
sekian berita tamat

Jun 17, 2017

reezmika panic di eco

masa ni aku dan kakina layan movie om shanti om.
mak plak berkemas rumah tak abis abis.siang tadi aku dah tolong apa yang termampu dah.9 hari lagi ja posa.

petang tadi aku ikut kakina pi tutup gerai kuih dia.aku ikut sebab kakina nak pi eco.
panic sat la kami berdua kat situ.
orang kalut berbuka kami kalut shopping.
macam macam gak la aku beli.
semua rm27++ berbaloi sangat.
kalau pi eco mesti nak beli macam macam tapi bajet tak cukup la pulak.
banyak barang aku suka kat eco ada benda comel comel.

senarai barang aku beli
- sikat bulat ada cermin.mesra travel
- getah rambut comel ada 5pcs
- snickers
- pocky cookies&cream
- yogi chocolate almonds cream
- biskut bulat perisa susu.baru try sedap gak
- biskut ciki.dari tepung pulut
- ice cream mashmello
- biskut bulat cream gula.ni biskut legend
- corn stick bbq

sekian berita tamat

Jun 5, 2017

mf mart japan bundle

masa ni aku lepak kat ruang tamu dengan mak dan kakina sambil tengok tv.

kemarin dan sebelum tu aku dan mak pi mf mart bundle dari jepun.memang tempat utama yang kami sekeluarga selalu akan pi shopping.
dulu sebelum kenal erti bundle.kami sekeluarga jarang beli sebab kebanyakkan barangan bundle tak berapa elok dan bersih * mungkin aku sorang ja pikiaq camtu kot *
tapi bila mf mart muncul baru lah kami semua happy sangat dapat beli bermacam macam barangan.semua barang masih elok dan bersih.tak macam sesetengah bundle.macam tak jaga kebersihan.siap berdebu lagi.
tapi mf mart tak sama macam bundle bundle lain.bundle ni terjaga rapi.stuff depa akan susun ikut bahagian.senang nak pilih barang.sekali tengok macam kedai barangan baru tapi hakikatnya semua barangan terpakai tapi masih berkualiti.
banyak yang depa jual selain pakaian dan barangan mainan.perabot..barang hiasan..pingan mangkuk..gelas..barangan eletrik pun jual.
oo berbalik pada tajuk asal.aku pernah shoping macam macam barang kat situ.terutama sekali mak.macam macam mak shoping.perabot dan barang eletrik paling banyak.karbinet dapur.meja makan.periuk tudung kaca.jag air.segala cadar.selimut.langsir pun mak beli.
tapi aku beli baju saja.ada t shirt.jaket hoodie.anak patung.
kebanyakkan barangan semua unik dan comel comel.
buat masa ni aku teruja beli jaket.semua kawaii.memang teruja bila pilih.rasa macam nak ambik semua.
buat masa ni dah 3 lai jaket aku dah kumpul.yang dah lama aku cari jaket hoodie warna coklat.last sekali jumpa juga walaupun bukan coklat pekat.
nanti aku nak beli lagi t shirt kat situ hehee semuanya kawaii...
tapi paling aku tak dapat lupa dan agak menyesal tak beli 3 benda dalam plastic.macam cermin compact tapi tak pasti la sebab tak boleh buka.
dah la benda tu legend.
maksud aku legend sebab benda tu berkaitan dengan sailormoon.cermin compact yang dia guna tiap kali nak selamatkan orang tu la.
masa tu bajet tak cukup.kalau cukup dah lama aku rembat.

sekian berita tamat

May 27, 2017

ramadhan pertama 2017

masa ni aku lepak kat ruang tamu.tunggu nak solat zohor.

esok 28/5/2017 umur aku dan kembar aku dah masuk 32 tahun.kembar aku tak balik rumah pun.
aku rindu sangat kat dia.
aku harap sangat kali ni dia balik dok di kampung terus.boleh keja sama sama.
kami boleh rapat macam masa zaman kanak kanak dulu.
semoga hati dia berubah...

dah la aku nak pi solat.pastu cuci kain alas kaki.pastu nak bahagi pakaian nak derma kat orang miskin.
hari posa pertama.terbayang macam macam menu.
buat taktau ja malas nak layan perasaan ni oi.

sekian berita tamat

Apr 3, 2017

cara seorang ayah jaga anaknya

https://youtu.be/L6OHfDIGyiM

Mar 11, 2017

kenduri kahwin

masa ni aku lepak dengan kakina kat depan..
mak lepak dalam bilik..
abang tengok berita..

hari ni aku mak dan kakina pi kenduri rumah cik esah.anak dia kawin.
makanan kenduri semua sedap sedap.paling aku suka asaq asam tapi yang tu mak kata kerabu bukan ayaq asam.
tah la yang aku tau yang tu paling aku suka.selain tu ada menu.samah daging.gulai ayam.gulai ikan masin.acar buah.
menu lain.air oren.air anggur.teh tarik fuh sedap.bubur kacang.tapai.pulut kacau.agar agar sirap.
fuhh kenyang..

dalam banyak banyak kenduri.aku suka menu kenduri kawin kakina dulu.pastu menu kenduri abang ok la juga.menu kenduri siti adik angkat aku pun sedap.gulai batang pisang.
tapi..
paling aku tak bleh lupa menu kenduri adik suhada hitam (nama gelaran di kampung aku)
kenduri adik dia punya lah sedap.rasanya katering gotong royong kampung aku kot.tapi sayang sebab aku makan skit ja.
ruginya..kalau dapat ulang balik hari tu.aku nak sangat makan sepuas hati aku.
aku makan skit ja sebab ada 2 kenduri.nanti nak makan kenduri 1 lagi dah tak bleh telan pulak lagi la rugi.
tiap kali kenduri.aku suka kenduri dalam kampung sebab selalunya menu depa puas hati.
kalau dalam dewan menu bleh tahan ja..siap sakit perut lagi tu.

sekian berita tamat

Feb 27, 2017

ice cream vanila

memandangkan masa ni aku makan ais krim vanila.
aku nak cerita kisah aku masuk wad dan ada apa kaitan dengan ais krim vanila ni.

3/11/2016
tarikh ni aku kena check in wad sebab 4/11 aku dah kena bedah buang total tyroid aku ni.
pagi pagi lagi mak hantar aku masuk wad sementara kata nurse lah.tapi aku tengok.sampai ke pagi aku dok situ.dah lah bosan pastu siap dapat uniform wad jenis kain pulak.rimas lah.
aku pun tak cakap lah nak seluaq.
ingatkan macam wad bukit mertajam.
depa bagi seluaq.
sepanjang hari tu banyak plak doktor mai temuramah aku.siasat itu ini.
naik rimas plak aku.
malam tu paah teman aku.kesian paah kembaq aku tu.
tengah malam masa aku syok syok tidoq.mai plak nurse masuk wad aku.dia mai cucuk jarum untuk masuk air.
rimas lah aku tapi kena tahan demi tyroid.

ke esokkan hari
4/11/2016
pagi pagi lagi nurse dok kalut bagi uniform biru gelap untuk bedah kat aku.aku pun salin lah baju tu.
mula tu depa kata nak bedah blah pagi tapi tunggu sampai lepas solat jumaat baru bedah aku.
masa otw masuk wad bedah.aku sebenaqnya takut.
tapi aku buat relaks ja lah.sebenaqnya dalam hati ni hanya tuhan yang tau bertapa risaunya aku.
tapi lepas aku bedah rasa lega sangat.
wad aku plak bertukaq tukaq untuk nurse senang nak pantau.
masa aku dah stabil.aku kena pindah wad biasa.
masa tu aku dah dapat makan macam biasa dah.pastu yang peliknya dalam banyak banyak orang.
aku sorang ja yang dapat ais krim vanila.
aku sangka memang menu hari tu macam tu.rupanya bukan.
semua orang tengok aku.muka depa macam jeles ja hehee sebab dalam ramai ramai.aku sorang ja dapat ais krim.
aku tengok orang lain semua tua.aku paling muda tapi takkan sebab tu aku dapat ais krim.
kalau kanak kanak lain lah kan.
ke esokkan hari pun menu aku mesti ada ais krim vanila.
bila nurse jerit jerit happy tengok ais krim aku tu..nurse tu semua kata..wahh ais krim...
masa tu aku dah tau dah.tu ais krim aku.
hehee
bila aku terdengaq doktor sembang pasal aku kena makan ais krim vanila untuk kebaikkan lepas bedah tyroid aku ni.baru aku faham kenapa aku sorang yang dapat ais krim tapi bukan orang lain.
hampir seminggu aku dok wad.mula tu bosan tapi bila dapat kawan boleh sembang aku tak bosan dah.
ida.tini.yati.anis pun mai tengok aku.
tak lah sunyi sangat.
tapi bila dapat balik dok rumah.rasa lega lah skit.

lebih kurang 3 bulan kot aku berpantang.sambil makan ais krim vanila.tiap kali makan mesti terkenang kenangan dok dalam wad.
ada kawan 1 wad dengan aku tu.dah meninggal.
moga roh mereka tenang di sana.

sekian berita tamat

petang ini hujan

masa ni hujan rintik rintik.kakina tidoq.abang kat dapuq baru lepas makan.mak main tab dia.kai keluaq beli barang handphone dia.
aku plak..berangan nak makan menu macam kat cameron.

bosan plak lepak kat rumah.tak nega lama gak lah.mak pun ada hal.
esok plak aku kena pi sepital macam besa.ambik result darah X MEN aku tu lah.. * hahaa x men pulak dah *
masa aku tengah taip blog.tiba tiba ada orang call aku.
orang tu adalah ida kawan lama masa keja kilang amphenol penang.
dia bagitau aku pasal maklong dia yang aku sembang dulu tu masa aku masuk wad.maklong tu dah meninggal 2 minggu lepas.
tak pasti meninggal sebab apa.mungkin dah ajal dia.
moga rohnya tenang di sana.
oo aku tak cerita lagi rasanya kes aku masuk wad bedah tyroid apa semua tu lagi kan.sat aku buat entry lain.

sekian berita tamat

Feb 19, 2017

pencuci muka pilihan aku

masa ni dok layan cerita rock bro dengan kakina.dah banyak kali tengok tak bosan bosan..

cerita pasal pencuci muka plak tiba tiba nih.takpa aku taip ja lah noh.
pencuci muka pertama aku.masa zaman sekolah.seingat aku lah.clean&clear mak punya.aku pakai yang trial set.ok gak rasa bersih dan lembut ja muka.
tapi lepas brand cnc.banyak gak aku bertukar pencuci muka.rasa teringin nak cuba yang lain.
zaman keja plak muka aku semakin berminyak.aku cari yang sesuai dengan muka.lama juga lah nak jumpa yang serasi.
aku dah malas cari.pastu aku pakai cnc balik.syukur muka aku dah normal dan tak berminyak lagi tapi...
muka aku kering pulak dah siap whitehead pun banyak buat aku stress ja.
aku selalu dengar kawan kawan aku kata safi ok.tapi aku tak pernah pun nak cuba.
bila safi manggis muncul.aku rasa teringin nak try tapi susah nak jumpa sebab cepat abis.
pertama kali aku guna masa dok rumah kembar aku kat kl.rasa syok gila.lepas cuci muka rasa bersih lembut dan muka aku tak kering lagi.
bila susah nak jumpa safi manggis.aku mula lah tukar banyak jenis pencuci muka.
tapi aku dah stress nak cari.aku berbalik kat safi manggis lagi.dah malas nak cari yang paling ok.dapat yang ok skit pun dah syukur dah.

sekian berita tamat

Feb 16, 2017

perbezaan pelembap muka

masa ni aku lepak dalam bilik dengan mak dan kakina.dok bincang pasal bisnes kerepek.kacang.muruku...

seingat aku pelembap muka pertama aku dulu brand clean&clear.masa tu pelembap cnc lebih kurang pelembap safi natural lidah buaya.syok ja pakai.muka jadi lembut dan licin.tapi lambat gak serap.
masa aku pakai tu zaman remaja.sekolah lagi.try pakai pun yang mak punya.

bila dah keja sendiri.aku malas nak pakai.entah kenapa.mungkin takdak kesedaran lagi nak jaga muka.dok sibuk cari duit.
pelembap ke dua aku.aku pilih safi natural lidah buaya.aku beli dekat jimat mini market penanti.mula mula pakai memang syok gila.
cepat serap.tak berminyak.sejuk.muka pun lembut.

tapi tiba tiba pelembap muka aku tu hilang entah ke mana tah.
aku pun malas dan takda masa nak beli.lama plak aku tinggai pelembap muka.aku terlupa nak pakai.malas tu mula menghantui hidup aku.
bila tiba masa muka aku kering baru lah rasa nak pakai pelembap.
saja syok syok google pelembap cnc sebab kononnya nak pakai sama brand dengan pencuci muka cnc lah.
bila dah beli terus pakai.
lambat skit nak serap.tak berminyak tapi rasa berat.
tak sama dengan safi.bukan nak banding bandingkan.cuma mungkin tak sesuai dengan kulit aku ni.
sebab tu lah aku tekat bertukaq balik produk muka aku guna safi.
rasa serasi.mungkin sebab bahan semulajadi sebab tu serasi dengan aku.
tadi aku singgah watsons summit.aku beli pelembap dan krim muka safi natural.
sebelum tu aku test skit.syok dia masih sama macam dulu.
la ni safi natural tetap di hati walaupun lambat nampak kesan tapi selamat.
malas dah nak tukaq brand lain

sekian berita tamat

land rover

folding bike
aku beli sebab nak enjoy dengan kayuhan aku.konon kononnya enjoy lah.adalah skit enjoy tu.ronda kampung.tapi tak berapa selesa sebab aku tak berapa minat basikal jenis tu.
aku sebenaqnya suka jenis citybike.relaks ja aku ronda dulu dulu naik basikal mini mak.
baru baru ni basikal aku dah jual.la ni dia dok dengan tuan baru dia lah.mungkin dia happy sebab dapat tuan laki.mesti ronda jauh jauh tak macam aku.
basikal tu aku beli sempena duit br1m dan tambah duit kakina skit.
basikal kakina ja yang tak terjual lagi
tak lama lagi br1m masuk.aku rasa kena beli juga citybike.boleh aku kayuh sepuas hati aku.
lama dah cycling day aku tak aktif nih oi.mana boleh lagu nih.

sekian berita tamat

skuter ego

lama dah aku nak crita pasal moto aku yang satu ini...

nama dia skuter yamaha ego.aku guna skuter ni tak lama.paling jauh aku ronda pun sampai pantai merdeka.aku kemalangan 2 kali selama naik skuter tu.
bukan aku sengaja tapi dah nama pun kemalangan.
syok naik skuter tu.nak kata banyak kenangan dengan skuter ni.tak banyak mana sebab aku jarang naik sebab abang aku pinjam sampai bertahun tahun.
hujung tahun lepas akhirnya dapat jual juga.
duit skuter tu juga lah aku beli mesin jahit tepi.
aku adalah rasa rindu skit kat skuter aku tu tapi jodoh aku dengan skuter tak lama sebab aku jatuh sakit.nak bawa moto pun tak sekuat dulu dan terpaksa jual sebab nak pakai duit.

sekian berita tamat

ambil sijil skm

masa ni aku baru keluar dari rapid.lambat lagi nak jalan driver nak tutup enjin.

dah lama sangat aku tak menaip noh.maunya tak lama sebab pakai iphone old school.susah nak update blog.
pagi ni aku bangun macam biasa awal pagi.kak ina hantar aku pi hsj.setel ambik darah.aku tunggu bas ke pacific.setel hal kat situ aku naik bas ke bm.dah setel hal kat situ.terus menuju tempat tunggu bas yang selalu aku naik tapi tahan bas.bas tinggai.
menapaklah aku ke bas stop dekat hbm.
lama gak aku tunggu.bila naik bas sampai kat gm.tunggu lagi kawan aku.pastu tunggu lagi cikgu aku.lama gila.aku rasa macam nak naik gila.setel semua hal.tunggu bas ke bm.
turun bas jalan ke summit.
fuuhh lega.menyekek kek yang aku beli kat pacific untuk tukaq duit tambang.kek hampir lunyai tapi aku makan jugak lah.
lepas setel semua hal.
aku masuk lah watsons hat nyawa nyawa ikan serupa nak tutup dah tu.aku terus menuju kat area safi.aku test pelembap dan krim.serum pun try tapi tengok harga..* ooo takpa lah lain kali * .tak pikiaq banyak aku terus ambik pastu ronda cari lotion citra takdak plak.lepas bayar aku pun turun pi beli citra kat kedai luaq depan rapid.memang ada rm6 botol sederhana 120ml.
cari botol lagi kecik macam takdak.aku pun ambik gak lah.ingat nak try citra plak kot syok.nak cari lotion she memang dah takdak.tokey kedai tu kata takdak.
huhh..* aku suka brand lama punya *
lama lagi ni.perut dah makin pedih

sekian berita tamat