nuffnang ads

Jul 24, 2017

Plan beli basikal baru

Masa ni tengok tv sorang sorang sambil minum milo o panas....

Pagi tadi tumpang kakina pi klinik kubang semang.lepas setel hal dengan doktor.aku tunggu bas kat depan klinik.ada sorang makcik jual minyak angin terlebih ramah.siap bagi free minyak angin dan pen.
Lama gak la aku sembang tengah panas rembang.bas pun baru ja terlepas makcik minyak angin tu kata.
Pastu bas mai aku tahan.terus naik.sampai penanti beli ais krim.makan dulu sebab lapaq sangat.pastu ronda atas beli stokin rm3.lepas tu ronda bawah sat.tengok kedai legend tak buka lagi.aku terus jalan kaki pi warung makan tepi pejabat pos.makan dulu.lepas makan aku pi ronda usha basikal.comel la basikal mini model baru.
Aku berkenan warna oren tu.ikut hati aku nak beli.tapi kakina kata takyah beli lagi.
La ni aku dok terbayang ja basikal tu.
Kan syok kalau ada boleh ronda macam ada land rover dulu.

Sekian berita tamat

Rumah terbuka raya 2017 terakhir

Masa ni aku lepak depan sambil main hp ja sorang sorang.abang bersiap siap nak pi ambik alif dan terus pi apple monkey.
Mak dah ada kat kl 2 hari dah dok dengan paah dan fatin.
Kakina plak pi dengan rafar rumah ana ambik buah rambutan.
Kai macam besa ada kat apple monkey.
Buat masa ni tu lah rutin harian keluarga aku.
Masing masing ada haluan hidup sendiri.raya pun semakin tak semeriah dulu dah.

Kemarin 23/7/2017 sempena hari terakhir raya aidilfitri 2017 aku pi rumah terbuka kat sekolah rendah kebangsaan sri penanti.sekolah lama aku.
Aku pi dalam jam 12 lebih.sampai sksp aku terus beratuq.aku hentam beratuq ja taktau menu ada depa buat.tengok tengok putu buluh.aku simpan dulu.pastu aku tengok ada laksa.aku terus beratuq sebab dah lapaq sangat.
Dah dapat laksa aku terus pi ambik mineral water dan cari tempat duduk.aku duduk tepi pintu kelas dan juga kawasan area aku terjatuh masa malam kelas malam (kelas tambahan) aku dulu.masih aku ingat lagi main lari lari dengan kawan kawan.pastu jatuh.masuk dalam kelas terus tak boleh menulis.aku menangis diam diam takdak sapa tau.
Balik rumah baru bagitau mak.esok tu terus pi mengurut kat kawan mak.

Lepas aku makan laksa.aku terus ronda kat kantin.suasana dah berubah banyak sangat.
Tiba tiba ada orang teguq aku.hidayah rupanya.dia kata nampak aku dari masa aku makan laksa lagi.
Sembang sat dengan dia pastu aku ronda sambil terkenang kenangan lalu.tengok depan tangga aku jatuh pengsan dulu.cikgu elias yang belanja aku minum teh.pastu bila tengok bilik sebelah tangga tu.teringat lepas aku kena cucuk jarum.aku pengsan.bilik tu lah aku berehat..memang dari kecik kesihatan aku tak normal macam orang lain.

Rasa rasa macam masih tak kenyang lagi.aku tiru orang beratuq.
Ada bau bau wangi pastu tengok orang usung char koey teow.oo line aku beratuq tu line char koey teow la.
Aku beratuq tengah cuaca panas nasib aku dapat tahan.
Masa beratuq nampak sebelah aku macam bubuq kacang.dok atuq dah lepas ni nak tuju kot mana.lepas dapat char koey teow aku terus pi ambik bubuq.sampai kantin baru tau yang tu bubuq lambok bukan bubuq kacang.takpa la aku tapau kat kakina ja la.sambung makan putu bulu yang sedap.
Tak lama pastu aku pi usha line lagi.berkenan dangai plak teringat abang suka.orang tu kata jam 3 baru siap.aku terus pi menuju ke teh tarik.teh tarik plak kena tunggu 5min.
Aku ronda tengok makanan lain pastu mai beratuq ambik teh tarik.sampai 2 kali aku beratuq sebab sedap.
Setel semua menu aku beratuq ambik cucuq ubi pulak.sambil beratuq sambil dengaq nama nama cabutan bertuah.
Bertuah depa dapat moto.
Nak buat camna aku mai jalan kaki ja.kalau ada basikal kan senang.
Lepas dah jemu.aku pun balik.ingat nak pi survey basikal tapi macam tak larat ja.
Harap tahun depan boleh join rumah terbuka sksp lagi..

Sekian berita tamat

Jul 8, 2017

reezmika panic di daiso

masa ni lepak dengan mak sambil tengok tv..

kemarin aku dan kakina cari bluser sampai ke jusco alma.semata mata nak pi daiso ja pun.
kenapa la depa tak buat daiso area dekat dekat ni entah la.
dalam daiso macam macam ada lebih kurang mr diy dan eco shop jugak.

mula mula aku masuk terus ke area skincare.teruja la cari bluser.cari banyak kali tak dak.abis dah..
pastu kakina berkenan bb cream daiso dan span makeup.aku plak masa tu tak rasa pun nak ambik 1..sebab aku ingat bb cream aku ada lagi tu yang takmau beli.bazir ja satgi.
ronda ronda dalam daiso.terjumpa acuan cookies.comel ja.aku ambik..
tak banyak barang yang aku suka.
tapi bb cream dia aku suka.syok pakai macam bb cream safi gak.
ada la skincare daiso comel comel ja tapi nak pakai risau gak la sebab taktau ok ka tak.
kalau pi daiso lagi.aku rasa nak beli lagi bb cream tu sebab syok guna dia.
aku berkenan peeling gel dia tu sebab tengok testimoni orang kata ok berkesan.nanti nak try.

sekian berita tamat

Jul 7, 2017

reezmika panic di eco lagi

masa ni lepas mandi dan sapu sampah skit kat luaq rumah sekali dengan kemas pelita simpan dalam plastic untuk guna aidilfitri 2018 pulak.
mak tengah makan pisang goreng.

baru baru ni aku dengan kakina shopping dekat eco shop.memang tiap kali pi mesti aku dengan kakina jadi panic tiap kali tengok barang barang dekat eco.
memang selalu kami shopping kat situ.
macam macam kami beli.
paling banyak beli makanan la.barang dapur pun banyak gak.barang makeup pun ada.fatin besa beli eye brow aku pinjam ritu ok gak.aku berkenan nak beli bluser dan eye brow la pulak nanti.macam macam aku beli.
bakul letak baju aku
pencakar sampah
berus longkang
penyapu sampah luar rumah
getah rambut
sikat rambut
selipar
alas kaki
mainan aliff
uiss macam macam lah lagi yang kami beli.barang kat situ walaupun murah tapi berkualiti..selipar bunga yang aku beli pun lembut gila weh.selipar pokok nyiok biasa ja.
selesa sangat tapi yang tak syoknya masa nak pilih selipar tu la.banyak yang cantik corak dia tapi semuanya size besaq besaq.
banyak kali pi memanjang takdak size aku.last last jumpa jugak.
walaupun tak berapa minat corak tu masa mula mula tengok tapi lama lama macam suka juga.
banyak lagi aku nak beli.tunggu aku keja balik bleh la enjoy hehee.

sekian berita tamat

Jul 5, 2017

testimoni bedak muka

masa ni lepak makan kuih raya

bedak muka pertama aku

sebenaqnya aku tak berapa suka makeup sebab rimas tak selesa boh macam macam kat muka tapi di sebabkan nak nampak muka normal macam manusia.aku terpaksa rajinkan diri makeup ringkas.

bedak pertama aku dua dua dari silkygirl.1 jenis bedak tabur.aku beli sebab botol dia comel.bedak dia pun rasa lembut halus ja bila tabur kat muka aku nih.rasa muka aku pun sama sama lembut sekali.bedak tu warna pink.bila boh kat muka aku pun sama pink.tapi tak lah pink sangat sebenaqnya.pink kemerahan ja.muka aku pun tak nampak pucat.
memang syok sangat siap ada glitter lagi tu.wangi ja...

bedak 1 lagi jenis bedak compact.bekas pun comel.senang nak boh dalam beg pi ke mana saja.kalau yang tadi tu aku kadang tinggai kat rumah ja.
tapi yang ni lagi senang.
muka dengan leher aku nampak warna sekata.nampak natural ja.tapi yang tak syoknya kenal boh banyak kali bila berpeluh.pastu lekat kat baju kalau aku terlupa lap peluh.
haa tu lah kalau tak reti makeup.rupa rupanya sebab aku tak boh foundation memang la bedak tu tak tahan lama.
hahaa besa la kan dah tak reti makeup camtu la jadinya.

tapi la ni aku dah tukaq bedak lain.tapi dari silkygirl gak la.cuma yang ni paling baru ada bb cream sekali.cuma aku rasa macam tak sesuai dengan aku ja.
tunggu abis aku nak tukaq jenis lain.
tak pasti la compact powder aloe vera atau silkygirl compact powder yang lama aku dah tinggai tu.
masih dalam keliru lagi ni.

sekian berita tamat