nuffnang ads

Jul 24, 2017

Rumah terbuka raya 2017 terakhir

Masa ni aku lepak depan sambil main hp ja sorang sorang.abang bersiap siap nak pi ambik alif dan terus pi apple monkey.
Mak dah ada kat kl 2 hari dah dok dengan paah dan fatin.
Kakina plak pi dengan rafar rumah ana ambik buah rambutan.
Kai macam besa ada kat apple monkey.
Buat masa ni tu lah rutin harian keluarga aku.
Masing masing ada haluan hidup sendiri.raya pun semakin tak semeriah dulu dah.

Kemarin 23/7/2017 sempena hari terakhir raya aidilfitri 2017 aku pi rumah terbuka kat sekolah rendah kebangsaan sri penanti.sekolah lama aku.
Aku pi dalam jam 12 lebih.sampai sksp aku terus beratuq.aku hentam beratuq ja taktau menu apa depa buat.tengok tengok putu buluh.aku simpan dulu.pastu aku tengok ada laksa.aku terus beratuq sebab dah lapaq sangat.
Dah dapat laksa aku terus pi ambik mineral water dan cari tempat duduk.aku duduk tepi pintu kelas dan juga kawasan area aku terjatuh masa malam kelas malam (kelas tambahan) aku dulu.masih aku ingat lagi main lari lari dengan kawan kawan.pastu jatuh.masuk dalam kelas terus tak boleh menulis.aku menangis diam diam takdak sapa tau.
Balik rumah baru bagitau mak.esok tu terus pi mengurut kat kawan mak.

Lepas aku makan laksa.aku terus ronda kat kantin.suasana dah berubah banyak sangat.
Tiba tiba ada orang teguq aku.hidayah rupanya.dia kata nampak aku dari masa aku makan laksa lagi.
Sembang sat dengan dia pastu aku ronda sambil terkenang kenangan lalu.tengok depan tangga aku jatuh pengsan dulu.cikgu elias yang belanja aku minum teh.pastu bila tengok bilik sebelah tangga tu.teringat lepas aku kena cucuk jarum.aku pengsan.bilik tu lah aku berehat..memang dari kecik kesihatan aku tak normal macam orang lain.

Rasa rasa macam masih tak kenyang lagi.aku tiru orang beratuq.
Ada bau bau wangi pastu tengok orang usung char koey teow.oo line aku beratuq tu line char koey teow la.
Aku beratuq tengah cuaca panas nasib aku dapat tahan.
Masa beratuq nampak sebelah aku macam bubuq kacang.dok atuq dah lepas ni nak tuju kot mana.lepas dapat char koey teow aku terus pi ambik bubuq.sampai kantin baru tau yang tu bubuq lambok bukan bubuq kacang.takpa la aku tapau kat kakina ja la.sambung makan putu bulu yang sedap.
Tak lama pastu aku pi usha line lagi.berkenan dangai plak teringat abang suka.orang tu kata jam 3 baru siap.aku terus pi menuju ke teh tarik.teh tarik plak kena tunggu 5min.
Aku ronda tengok makanan lain pastu mai beratuq ambik teh tarik.sampai 2 kali aku beratuq sebab sedap.
Setel semua menu aku beratuq ambik cucuq ubi pulak.sambil beratuq sambil dengaq nama nama cabutan bertuah.
Bertuah depa dapat moto.
Nak buat camna aku mai jalan kaki ja.kalau ada basikal kan senang.
Lepas dah jemu.aku pun balik.ingat nak pi survey basikal tapi macam tak larat ja.
Harap tahun depan boleh join rumah terbuka sksp lagi..

Sekian berita tamat

No comments: