nuffnang ads

Aug 4, 2017

Fairy ice cream (streetfood)

Masa ni aku lepak rumah paah dan fatin kat kl.

Bila bosan aku suka main vonvon kuiz ni.kadang tu macam tepat tekaan dia..kadang tu mengarut sangat hahaa biasa la kan dah nama pun kuiz..
Tapi syok juga noh..
Dalam banyak kuiz yang aku main.yang ni salah satunya yang aku suka sebab berkaitan dengan aku memang tepat sekali tekaan vonvon.

Sebelum ni memang aku plan nak tukaq bisnes.lama juga aku cari idea tapi last sekali aku rasa memang bisnes aiskrim sesuai dengan aku lah.
Memandangkan aku memang selalu kena makan aiskrim vanila untuk keselesaan tekak aku ni.doktor pakar la yang kata camtu.aku ikut ja lagi pun aku memang suka sangat sangat aiskrim.
Bila bosan-stress-letih mesti aku akan beli aiskrim.tak kisah perisa apa sekali pun aku suka makan.
Lepas makan aiskrim aku rasa gembira sangat entah lah kenapa.aku rasa makan aiskrim macam satu terapi untuk diri aku.
Dulu tiap kali lepas ambik darah.mesti aku akan makan aiskrim.lepas makan rasa seolah olah ada tenaga.
Tahun 2016 aku bedah thyroid.lepas aku bedah doktor bagi aku aiskrim vanila.doktor kata aiskrim vanila sesuai redakan kesakitan tekak aku nanti cepat baik.

Hahaha itulah kisah aku dengan aiskrim tapi cerita yang vonvon buat untuk aku ni.aku suka sangat hehee macam fairy tale sungguh ahh..
Aku letak nama fairy ice cream sempena kisah fairy tale aku ni..
Mana ada unicorn kat dunia ni..dongeng betoi..
Semoga impian aku akan jadi dunia nyata
Amin.....

Sekian berita tamat