nuffnang ads

Apr 30, 2018

masih hari cuti ke 4

aku masih duduk di kerusi ruang tamu..fatin sedang membuat kerabu ulam raja..fuhh bau dia teringat masa berbuka.

tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk bulan puasa 2018..kali ni tak pastilah berniaga kat kl atau tempat biasa.sebenaqnya..aku lagi suka kat kampung halaman aku..

tak sabaq nak pi bazar ramadhan 2018.terbayang macam macam dah ni selepas bau haruman kerabu ulam raja..aku teringin.ayam percik.kuih seri ayu.kuih ketayap.lopis.kuih abuk abuk.nasi kerabu.nasi ulam.laici kang.cendol.air nyiok...fuhh macam macam aku nak..hehee

perut aku mula pedih.terasa lapaq secara tiba tiba selepas bau haruman kerabu ulam raja yang fatin gaul.uiis nak kena solat dulu lah..nasi pun tak dengaq bunyi suis lagi.tanda masak..

sekian berita tamat

cuti hari ke 4

masa ni aku baru lepas mandi.hari ni aku masih cuti.esok entah lah..

hari ni hujan lebat.aku terjaga tidoq pukul 7 pagi.aku sediakan baldi kat tempat selalu takut banjir.lepas selesai semua.aku sambung tidoq.aku sangka.aku akan terjaga dalam jam 9 lebih.sebab selalu pun aku terjaga time tu.tapi rupanya.aku terjaga jam dah menunjukkan 11 tengah hari.

aku pantas terbangun dari tilam aku dan terus berkemas kemas.buka pintu dan semua tingkap macam selalu.aku bangun sediakan sarapan yang terlewat.menu nasi goreng sambal hitam dan teh o panas.aku sediakan bahan nak buat nasi goreng tapi fatin nak sangat goreng.aku pun tinggal separuh jalan nasi goreng tu.

aku terus ambik jag kosong yang size serderhana dan terus meletakkan uncang teh ke dalam jag tadi.aku tuang air panas separuh ke dalam jag dan separuh air masak yang dah sejuk.tak lama aku tunggu.air teh o panas aku dah boleh di isi gula.

beberapa minit kemudian.nasi goreng dah siap.aku makan sorang sorang.fatin nak keluaq makan dengan kawan dia.abang dan alif tengok tv di depan.depa nak mandi.selesai makan.aku duduk termenung kat ruang tamu macam selalu.

main handphone.layan youtube.tak lama kemudian orang pun dah azan zohor.fuhh sat ja masa berlalu.abang cuci kain separuh jalan.aku lah yang kena sambung buat keja cuci kain.dua round juga lah aku cuci.

sambil whatsapp dengan amy.sambil rasa bosan.bosan sebab dok rumah sepanjang hari.tanpa melakukan apa apa yang menarik dalam hidup aku hari ni.oleh sebab itu jugak lah aku tak upload vlog kat cannel youtube aku.

azan asar pun dah berkumandang.terdengar sayup sayup dari jauh..ohh terlihat suasana kampung aku yang damai selepas hujan.tiba tiba rasa nak ronda.berhari hari aku dok plan nak cycling tapi langsung tak menjadi.

masa tengah menaip.aku tiba tiba tringat pasal kawan kawan lama.entah apa kabar berita depa.harap depa tengah bahagia di sisi keluarga tersayang.

aku...?
takyah ambik tau lah kisah hidup aku ni.hanya tinggal berapa orang ja kawan aku yang masih berhubung dengan aku.kawan yang lain mungkin depa ada kawan baru..kawan lama patut di buang kot?

hah! aku sunyi...!

sekian berita tamat

Apr 29, 2018

cuti hari ke 3

masa ni aku lepas makan aiskrim mcd fatin punya..

sepanjang hari ni aku sibuk mempraktis lukis muka aku sambil buat vlog.masih tak puas hati dengan semua video aku.dah la memori penuh.itu yang buat aku semakin stress menunggu ketibaan camera aku..

hari ni berlalu dengan suasana yang bosan seperti biasa.aku berkurung kat rumah sepanjang hari.plan asal nak ronda tapi di sebabkan aku tak dak kunci rumah.aku terpaksa lah pendam perasaan yang membuak buak nak meronda ni.

dari kemarin sebenaqnya nak ronda tapi keadaan aku yang kadang rasa letih dengan tiba tiba membuatkan aku berpikir 10kali untuk keluaq dari rumah.yang ruginya cuaca sangat cantik.kalau lah aku ada camera akan aku merakam memori terindah ini.memang tak sabaq sabaq nak buat vlog.

aku lebih selesa merakam guna camera sebab senang nak pegang.ringan dan kecil.aku pilih camera yang kecil bukan sebab apa.semuanya sebab terjadi kes kes yang tak syok aku nak share kat sini.
time nak rakam..ada ja yang serba serbi tak sesuai.

paling aku tak suka.kalau aku rakam dan orang tegur.malas betoi.memang malas hadap semua keadaan camtu.tak sabaqnya hanya tuhan yang tahu.berapa lama dah aku tunggu camera aku tu.buat masa ni aku dah stat keja.ada lah skit skit duit yang aku kumpul.masih mampu beli sebab harga rm370 saja.

sekian berita tamat

Apr 28, 2018

cuti hari ke 2

masa ni lepak dalam bilik mak.baru lepas makan..ohh tiba tiba teringin laksa sebab amy kawan aku bagitau dia order laksa kawan dia buat cod.

hari ke dua cuti.aku dan mak masih di rumah dan petang skit baru nak keluar sebab cuaca panas.tak tahan..

mak kata nak beli pokok limau kalau tak silap aku lah.lepas beli tu.mak nak pi bundle mf mart.uiss sebab tu lah aku nak ikut mak.saja nak tengok apa yang aku suka.aku nak beli.kemarin di bundle mf mart permatang pauh takdak apa yang boleh di beli.bukan tak minat design tapi macam tak sesuai dengan umoq aku ni.

selesai solat satgi.kami terus bersiap siap.menuju ke mana dulu tak pasti lah...
ok dah..aku nak pi mandi dan solat dulu.

sekian berita tamat

Apr 27, 2018

cosway/watsons/guardian/bundle cuti hari pertama

hari ni cuti yey
masa ni layan tv.senario...

aktiviti aku hari ini.pagi pagi mak gerak aku mangkit joging.aku mangkit dengan malasnya.rela dalam terpaksa.selesai joging.balik rumah sarapan apa apa skit.

selesai mandi.bersiap.aku dan mak pi ke public bank bm.tutup akaun..selesai hal bank.kami menuju ke apple monkey kedai hp adik aku.aku edit apa semua akaun aku.selesai semua.aku dan mak menuju ke perda..selesai tekan keluaq duit bank.kami masuk watsons sat.tak lama kami masuk.cuma survey harga dulu.selesai watsons.

aku dan mak masuk cosway.bincang itu ini.beli lah 3 spirulina.2 cholrela.semua botol besaq.selesai cosway..masuk ke guardian cari bedak yang mak nak tapi takdak plak dah.sambil usha barang tiba tiba aku ternampak lah bedak compact syurah..uiis comey ja.macam nak ja aku beli bedak tu.tapi di sebabkan bedak silkygirl masih ada dan rasa macam tak penting lagi.aku pun letak lah balik bedak compact syurah tu.

kami masuk semula watsons dan beli epo seven seas dan rexona.selesai semua.kami terus ke warung kawan mak yang tak jauh dari kedai kai.sampai ja situ.aku memilih menu.nasi putih+ayam masak merah berserta teh ais.fuhh sedap dia sampai terbayang sampai la ni lah.

selesai makan.kami terus menuju ke mf mart bundle kat permatang pauh.macam macam pakaian yang cantik tapi rasa macam tak sesuai dengan aku plak.tapi masih terbayang bayang dress yang cute.bercorak cantik.ada 1 tu corak tema alice in wonderland.nak ambik tapi bila pikir balik.aku nak pakai masa bila plak?

mak dapat hoodie biru.simple dan sesuai la dengan mak.mak syok dapat jumpa size mak.aku suruh mak try kot tak padan.mak pun try.aku tengok sesuai elok dengan mak.

masa aku pilih t shirt.aku berkenan t shirt biru gelap.ada colar.corak macam pencakuk kapal lanun.2 kali aku tengok.rasa nak beli tapi...selalunya macam tu lah aku.tak beli tapi bila balik rumah.terbayang bayang plak dah.hemm.harap harap ada la lagi bila aku pi situ lagi nanti.tapi esok aku dan mak mungkin nak pi mf mart kulim plak.
hehee harap sangat dapat pakaian yang cute kat sana..

sekian berita tamat

Apr 26, 2018

yey esok cuti

aku masih berniaga...panas dan stress duit kecik takdak.semua orang orang kaya kot.bagi duit besaq.

esok aku cuti.aku kena pi apple monkey.nak setting akaun akaun aku.blog dan vlog.lepas selesai semua.aku dan mak mungkin terus pi mf mart bundle dekat kulim.aku nak tengok kalau kalau ada pakaian yang menarik minat aku..aku nak cari fashion mori sebenaqnya.kat bundle tu selalu ada design ala mori.

kalau boleh.nak ajak mak singgah eco shop.hehe tak habih habih dengan eco shop.rambang mata tiap kali pi situ.ada ja barang nak beli.

kemarin barang face painting yang kembaq aku order dah sampai.mak tak sabaq terus buka.ada warna kembaq aku salah pilih.takpa lah.guna ja warna apa yang ada.cuti selama 3 hari.kemungkinan 3 hari..

banyak benda aku nak buat.sabtu alif mai.nak main dengan dia ja la.kalau nak buat video.memang susah la.

itu saja kot..aku bosan ni..

sekian berita tamat

Apr 25, 2018

cerita pasal fashion

hari yang biasa biasa..berkerja..

kalau cerita bab fashion..memang aku tak berapa pandai.tapi aku suka sangat dengan fashion.

fashion...

Rock 80an
- aku memilih fashion rock 80an kerana bagi aku itu lah fashion..bila tengok movie mamat khalid tajuk rock..memang aku minat sangat.suka segala apa yang depa pakai.dulu zaman keja kilang.kalau aku beli pakaian.aku mesti pilih corak yang melambangkan style rock.

hippies
- ni bukan zaman aku membesar tapi aku tetap minat fashion ni.warna warna pakaian depa aku sangat suka..asesori depa semua melambangkan gaya retro..klasik..

mori
- fashion ni aku terjumpa masa tengah google pasal fashion hippies dan lolita...aku suka sangat style mori.aku pernah tengok watak pelakon dalam marry me mery..watak mery tu dia pakai ikut fashion mori tapi masa tu aku tak tau lagi.aku sangka tu fashion hippies yang pernah aku tengok dalam majalah BANG kakina dulu.tapi lepas aku google baru lah aku tau ni nama fashion mori (fashion gadis hutan)

lolita
- suka fashion ni.tapi macam tak sesuai plak nak try di sebabkan umoq aku ni..suka sangat tengok.pakaian yang sangat cute.bila aku google fashion harajuku.fashion lolita akan muncul.dekat jepun.ramai yang suka fashion macam ni.walaupun nampak pelik tapi comel.

indie
- zaman remaja aku.aku suka pakaian style indie.ringkas dan sangat selesa.

sekian berita tamat

Apr 24, 2018

tidak tahan dengan skincare aku kali ini

masa ni masih di ruang tamu rumah.yang lain dalam bilik.aku sorang ja dok depan.

selama aku guna soap resdung ni.takdak langsung perbezaan.rasa macam membazir pun ada jugak lah.tapi takpa.aku masih boleh sabaq.aku makin tak senang hati selagi skincare aku yang masih berbaki ada di dalam toilet.rimas plak tengok sebab tak berhasil apa apa.

lepas abis semua baki skincare tu *nak buang membazir.terpaksa pakai sampai abis* aku penat untuk bertukar pencuci muka.aku akan guna safi manggis yang terus setia menolong aku tanpa jemu.biaq berpuluh kali aku tukaq pencuci muka.aku rasa safi manggis yang mampu menolong walaupun tak secepat yang aku harapkan.

biaq hanya sekadar BERSIH DAN MELEMBABKAN MUKA aku ni pun sudah cukup.aku dah penat nak bertukar tukar lagi.krim muka mungkin akan bertukar tapi tidak pencuci muka.

sekian berita tamat

kulit aku terbakar teruk sebab matahari

masa ni baru tutup tv...

taksat aku makan carrot 1 dan tomato 2 biji..baru baru ni aeon big ada sale gila gila.tomato.carrot.apple.bawang semua murah murah.aku dan fatin borong banyak tomato dan carrot.

kononnya nak tonyoh la tomato kat muka.tapi dengan perasaan malas yang menghantui permikiran aku ni.tak jadi lah nak tonyoh tapi aku makan terus..dengan harapan yang tinggi.kulit aku akan sihat dan cantik..

stat aku sambung keja aku sebagai bisnes streetfood kembali.kulit aku memang nampak sangat ketaranya.dekat area muka lah paling ketara.sedangkan aku dah pakai sunblock yang spf 130 paling tinggi tu woi!

tapi tetap kulit aku gelap gempita.ohh tidakkkk...oleh sebab itu.aku terfikir *mungkin setakat ini saja aku bersama brand sunplay*

aku rasa dah tiba masanya aku bertukar ke sunblock biore yang berjaya menambat hati aku tu dengan iklan dia.harap kali ke tiga sunblock aku ni berjaya melindungi kulit aku dari pancaran matahari..
*ohhh aku sangat berharap!*

bab krim plak.aku masih tercari cari yang mana yang aku nak try.tak mau yang harga mahai sangat melebihi bajet aku.aku nak yang harga mampu milik mengikut bajet aku nih.

buat masa la ni.aku try sapu bedak nyonya dulu lah.bedak lagend tu lah.harap sangat berkesan mengurangi kegelapan hidup ini (mengurangkan kesan terbakar di muka) masa aku survey krim pencerah dekat youtube.tiba tiba ternampak princess yanti (PY) buat review pasal krim pencerah fair and lovely.tu krim lagend gak tu..

aku ada terpikir juga nak try produk produk legend ni.mana tau kot berjaya mencerahkan kehidupan aku..(mencerahkan muka) tunggu lah.aku cuti nanti.aku nak kena beli stok penjagaan diri.boleh beli sekali krim pencerah.

sekian berita tamat

tiba tiba teringat t shirt baru

masa ni masih berniaga...tak sabaq nak balik rumah la oi!

bosan..sunyi..hujan plak! aku baca la entri lama pastu terpandang entri baru kisah pasal t shirt.uiis minat betoi lah aku dengan t shirt tu.rasa rasa macam nak beli lagi 2 lai.satu untuk kembaq aku.satu lagi mesti lah untuk aku.hehehee..

biaq banyak sebab aku suka..aku kalau dah tersuka satu satu benda.aku akan beli lagi dan lagi.silap silap semua yang ada kat penyakut baju tu aku akan ambik.kain tu boleh tahan la.dah murah biasa la.tapi selesa sebab besar.susah la ni badan aku sedikit berisi tapi syukurlah dapat jumpa sesuatu yang boleh menurunkan berat badan aku sehingga 2kg..ohh terharunya..lepas ni dah tak susah cari pakaian..

tengok lah nanti.bila fatin pi tesco.aku nak ikut dan beli lagi t shirt tu.memang simple tapi aku suka.lagi pun rm10 saja.murah..

sekian berita tamat

Apr 22, 2018

seperti hari biasa yang lain

masa ni aku menaip sambil minum green tea BOH..tak sabar nak beli ahmad green tea.murah banyak oi...

hari ini berjalan seperti biasa.berkerja dan terus berkerja..penat semua ada.jauh di sudut hati aku..aku memang dah penat menjadi seorang bisnes street food.

sebab apa aku kata penat?
sebab cuaca panas seperti selalu.muka aku burn teruk sangat.dari sunblok sunplay.lepas ni mungkin bertukar sunblok biore plak kot.

sebenarnya ada juga penat yang lain.penat melayan karenah perkerja majlis yang semakin berleluasa saman kami.penat memang aku sangat penat dengan semua ini..

sekian berita tamat

Apr 20, 2018

koleksi t shirt lagi

masa ni menunggu mesin kain berputar..aku cuci kain lah..

tadi petang dalam 5.48 petang.aku dan fatin keluar menuju ke mf mart bundle.fatin tunggu dalam keta sebab tak tahan panas dalam tu.lagi pun dia takda benda nak beli.

aku masuk sorang.niat tu nak cari lah kemeja lagi.tak pun hoodie.ada lah nampak hoodie yang cute tapi rasa biasa sangat.tak berjaya menarik minat aku sangat.lagi pun aku usha usha saja.

aku teruskan pencarian..aku menuju ke bahagian seluar.sampai kat bahagian seluar.tiba tiba ternampak seluar berwarna hijau ke biruan camtu lah...dalam hati aku berkata * wahh sport jogger pant size aku ni *

memang tiap kali masuk bundle.aku akan cari seluar sukan.dulu ada 1 aku jumpa kain dan design yang sama.yang dulu aku dapat warna pink gelap.kali ni warna hijau ke biruan camtu lah..

kain dia sangat selesa.kebetulan memang size aku.susah nak jumpa size aku.kebanyakkan size besaq besaq.aku check apa yang patut kot ada bahagian terkoyak ka kan.pastu check harga sama rm8 macam jogger pink aku yg dulu tu.

aku lupa nak snap gambar jogger tu.aku dah masuk jogger dalam mesin basuh dah..takpa lagi pun ada masa nanti aku akan buat vlog review barangan bundle.kat situ aku akan tunjuk.

selesai bayar.aku terus menuju ke myvi fatin.kami teruskan perjalanan ke tesco seberang jaya.setibanya kami di tesco.kami terus menuju ke mr diy.aku survey tools eyeliner tapi takda dah abis kot stok tu.aku jumpa untuk eyeshadow tapi tak berminat plak nak beli.yang masa tak pi situ.aku sibuk catat nota untuk barang mr diy yang aku nak beli..* itu lah aku..bila pikir balik.tak perlu sangat.bazir saja *

aku check memo kat hp aku.baru aku teringat nak cari tripod untuk hp aku.aku cari tapi jumpa yang khas untuk kamera.harga dia rm18++ camtu lah lupa dah.kecewa la juga tapi nak buat camna.aku pun bukan ada kamera lagi kalau nak beli siap siap pun bazir.aku tengok tripod mr diy macam yang venus angelic punya la.

selesai bayar aku dan fatin menuju ke foodcort.kami order sizzling 1 saja sebab aku takut tak abis.fatin order teh ais.dia cari karipap kesukaan dia tapi takda plak.lepas kami selesai makan.aku menuju ke kedai pakaian murah tu.fatin suruh aku pi dulu.

sampai saja kat situ.aku terus menuju ke satu ruang.dekat situ mesti stuff situ letak design t shirt yang cute dan simple yang menarik minat aku.tapi selalu tak dapat beli sebab size bodyfit.aku tak minat.tapi kali ni.akhirnya dapat beli juga.

design yang simple dan warna yang menarik..style ala ala macam jae suk runningman pakai.tulisan plak tulisan jepun.aku suka tengok tulisan jepun.comel..
masa aku pilih t shirt tu.fatin tengah pilih baju tidoq ultraman untuk alif anak menakan kesayangan kami.mesti dia suka sangat.

balik rumah terus aku try.padan dan selesa sangat.rasa menyesal tak beli 2-3 lai.ingat nanti nak order kat fatin suruh beli lah..kembaq aku taktau la minat tak design camtu..entah la..

sekian berita tamat

bosan dan ingin ke mf mart bundle

masa ni aku sedang membaca novel BILA BLOGGER JADI MAID.kisah yang simple tapi menarik minat membaca aku sebab dia seorang blogger macam aku..

hari ke 3 aku cuti..kalau boleh takmau keja luaq.aku dah betoi betoi penat.tak tahan cuaca panas..abis kulit aku terbakaq panas.bosan mula menghantui hidup aku yang tidak sempurna ini.

kadang terpikir nak mula buat bisnes tapi modal masih tak cukup sebab aku nak beli kamera.tunggu la ada bajet skit.aku nak stat jual barang online.
harap boleh cari duit dari situ.
aku dah penat sangat keja luaq...

taksat sengaja aku ajak adik aku fatin pi mf mart bundle..tak sangka plak dia setuju.aku saja saja ajak dia.hehee..
susah oo nak ajak dia pi bundle.selalu aku pi dengan mak saja.

semenjak dua menjak ni aku rasa nak pi bundle sebab rasa macam dah lama tak pi.nak cari baju atau seluar.harap dapat jumpa yang sesuai.

hah bosannya dok rumah.cuaca agak panas.camna lah aku nak keja esok ni.harap sangat semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

sekian berita tamat

Apr 17, 2018

takda apa apa yang menarik

masa ni tunggu masa nak solat.aku macam besa lah.lepak kat ruang tamu.fatin main handphone dan kemungkinan dia nak keluaq.mak plak main handphone dalam bilik..

malam ni sunyi dan bosan seperti biasa.tiada beza..sunyi..
tiada kawan kawan ajak lepak malam..
tiada kawan kawan ajak keluaq esok..
tiada kawan kawan bertanya kabar cakap rindu kat aku...
tiada..
tiada..
tiada..

mungkin aku akan terus hidup tanpa kawan di sisi.aku tak pernah memilih kawan tapi kawan yang memilih aku.hanya berwhatsapp tapi takdak rasa nak ajak aku keluaq pun.
semuanya macam tu.

ina dok jauh..maziah diam seribu bahasa.hanya yang selalu chat dengan aku hanya ina..amy..dan kadang kadang sangat kawan kawan fb aku..affy..

aku tak sabar sangat nak jumpa bff dua orang tu..affy dan chef.banyak tahun aku kenal depa tapi tak pernah sekali pun jumpa.aku berharap tak lama lagi.aku akan dapat berjumpa depa dua.

dulu...
aku rindu sangat sangat kawan kawan sekolah.tapi bila dapat berhubung kembali..keadaan dah tak sama macam zaman sekolah.
depa semua dah kawin dan sudah ada keluarga sendiri.
tiada soalan lain yang terlintas di fikiran depa hanya lah soal pasal kawin..
ahh malas la aku pikir semua tu...

kawan kawan sekolah banyak dah aku dapat jumpa.cuma kawan keja kilang tak jumpa lagi.aku rindu depa..
depa rindu aku tak?
depa masih ingat aku?

sekian berita tamat

testimoni sabun muka yang entah apa apa

masa ni aku berniaga..

hari ni aku nak kongsi pasal testimoni sabun muka.baru baru ni.aku tiba tiba tanpa plan apa apa.aku beli pencuci muka untuk resdung.nama yang aku tak pernah dengar.harga dia rm20.
rasa menyesal tu masih ada sampai hari ni.

aku guna sabun muka ni masih baru.dalam seminggu.pertama kali guna.rasa bersih tu tak langsung..nak kata ada perubahan dalam seminggu ni memang tak nampak lah sebab masih awal.tapi 1 ja aku tak berapa suka sabun muka ni buih skit sangat.susah nak buat buih dia.pastu bila cuci kat muka.buih dia senang sangat hilang.

oleh sebab tu juga aku rasa tak betoi betoi bersih muka aku ni selepas guna sabun muka ni.aku tengok testimoni dia tak ramai yang update.aku rasa lepas abis guna sabun ni.
aku akan bertukar safi manggis balik tak pun sabun resdung dherbs kot.

mula mula tu memang niat aku nak beli sabun resdung dherbs tapi sengaja aku survey brand lain.tiba tiba aku terbeli dan lupa dengan sabun resdung dherbs tu.
alaaa..

tengok lah sampai abis sabun muka ni camna.kalau takdak perubahan langsung.aku terpaksa cari jenis lain.sama ada dherbs atau safi manggis.

sekian berita tamat

kisah thyroid aku episod 1

masa ni sedang minum teh hijau..

dah banyak kali aku plan nak share kisah berkenaan thyroid aku tapi keadaan tidak menyebelahi aku..ya lah nak menaip kena ada mood..yang penting masa menaip aku tidak di ganggu oleh keadaan yang kurang menyenangkan aku..

oklah berbalik kepada kisah thyroid yang aku alami bertahun tahun..

permulaan kisah aku dulu.mula mula aku tau aku sakit.mak tegur aku kenapa leher aku macam bengkak.aku dah mula risau tapi masih buat taktau saja.. * biasa lah.takut! *

beberapa hari kemudian.aku pergi check leher aku kat hospital bukit mertajam.mula sekali doktor ambil darah aku.dalam tempoh yang tak lama sangat.dapat keputusan aku sakit thyroid.masa tu aku blur seketika...apa benda thyroid plak ni?
doktor pun terangkan secara ringkas dekat aku * ok part ni aku malas nak taip.kalau rajin sila lah google...maaf *

lepas dah faham betoi betoi pasal thyroid.bermula lah hidup aku yang tak cukup sempurna dan semakin tergendala.bermulalah episod aku keluar masuk hospital.dari hospital bukit mertajam berpindah ke hospital pakar seberang jaya.
aku mula rimas dan semakin rimas bila kena check itu ini.
- nurse cucuk ambil isi dalam leher aku.
- masuk kamera dalam mulut dan terus ke dalam perut aku.
- scan leher
- masuk kamera kecil dalam mulut
- sapu bebola dekat kawasan leher aku * lupa nama checkup tu *

bertahun tahun aku lalui.telan ubat berbiji biji.tukar ubat berkali kali.asyik ambil darah aku untuk check tahap hormon aku.macam macam hal yang amat memenatkan aku.aku terpaksa lalui bermacam macam ringtangan.
aku semakin rimas dengan kisah thyroid yang seperti tiada kesudahan.

sakit aku bermula 2010 macam tu lah..
berubat cara kampung pun bermacam macam.berhabis duit saja semua cubaan tu.
selepas doktor nasihat aku.doktor kata thyroid aku dah teruk.senang cakap la.dah rosak.doktor nasihat kan aku supaya bedah buang semua thyroid aku tu.kalau di biar lagi takut semakin teruk.
akhirnya aku berserah pada allah.
aku setuju untuk di bedah.
4/11/2016 aku di bedah membuang total thyroid..

beberapa bulan selepas aku bedah.badan aku semakin lemah.semakin hari semakin lemah.kaki tangan aku selalu kebas kebas.paling aku risau melarat ke bibir aku.aku mula mengeluh pada doktor.selepas doktor bagi ubat calsium.aku telan setiap hari.syukur segalanya dah normal macam biasa.
tapi yang tak syoknya badan aku semakin berat.berisi dan mengembang..
mula tu aku risau.aku sangka di sebabkan ubat.tapi bila aku tanya.doktor kata takda kaitan langsung.lega aku dengar.

ok buat masa ni setakat ni dulu aku kongsi.ada masa aku akan sambung lagi.

sekian berita tamat

Apr 16, 2018

jom shopping di eco shop

masa ni masih berniaga...

semalam lepas mandi.aku letak nasi dan cedok gulai ayam dalam pinggan.tiba tiba fatin tanya..

fatin : hang nak pi eco dak?

aku : nak nak aku nak pi *nada teruja*

selepas dengar fatin ajak pi eco.aku dengan pantas makan nasi selaju yang boleh..pastu setel makan aku tak tunggu lama untuk menukar pakaian aku.

abang.alif.fatin dan aku menaiki myvi fatin menuju ke eco bagan..setibanya kami kat sana.lega ada paking kosong.aku tak sabar dah nak masuk eco.

setibanya aku depan pintu eco shop.orang ramai seperti biasa..sudah menjadi seperti pesta dah aku tengok depan eco..

tanpa menunggu abang.alif dan fatin..sampai depan pintu.aku mengambil raga biru..aku terus menuju ke bahagian biskut.dengan pantas aku membelek biskut biskut tu semua.mata aku menjadi rambang.kalau boleh semua dalam eco tu aku nakkkkk nakkk nakkk...

satu persatu biskut aku letak dalam raga.sambil mencari depa bertiga.pastu ternampak lah fatin lalu tepi aku..dia kata dia nak cari apa entah.aku x berapa dengar.biasa lah aku kan dalam eco yang seperti pesta tu..

tak lama kemudian nampak lah kelibat abang dan alif.tengah dok memilih mainan.abang dan fatin tunjuk kat aku lori eco..kecil dan comel..rasa macam aku nak ambik 1 untuk aku buat hiasan tapi apa boleh buat.aku takda bilik sendiri.

lebih kurang 1 jam kot kami dalam eco.lepas bayar kami pun balik rumah.setibanya di rumah.kami sekeluarga makan makanan yang di beli di eco shop tadi sambil bersembang pasal eco shop yang sangat banyak berjimat.lepas tu tiba tiba baru aku teringat yang kami tak beli kepala paip.alaa..

petang ni aku terbaca dekat group smkp.kawan kawan aku cerita depa shopping kat eco shop dan izan tunjuk lori eco..macam lori alif ambik semalam..

aku kalau pi eco shop.mesti kiri kanan aku pegang plastic bila keluaq dari eco.banyak sangat barang aku beli dari eco.nanti aku akan buat review barang eco..sebab nak taip panjang panjang kat sini sapa yang nak baca kan..

sekian berita tamat

diet teh hijau

masa ni aku berniaga.hari ni lewat skit sebab pagi tadi ambik result darah..

semenjak badan aku semakin berat.aku sibuk mencari diet secara sihat dan selamat.dah banyak cara aku cuba tapi nampak tak berkesan dan buang masa..

beberapa bulan lepas.lebih kurang bulan 1.hujung bulan 1 macam tu lah.aku google diet secara sihat.lepas tu aku terjumpa lah 1 blog ni.katanya dia amal diet teh hijau..

aku mula dah tersuka diet senang macam tu.dah la aku suka juga rasa teh hijau.beberapa hari kemudian aku pun beli lah 2 kotak teh hijau dari BOH.mahal skit lah.hancuq plan bajet aku..

sebenarnya nak cari ahmad teh hijau macam dalam blog tu cakap.tapi betoi lah dia kata.memang susah cari ahmad teh hijau ni.sebab tu permulaan aku cuba BOH.beli 2 kotak sebab aku sangka family aku akan tumpang sekaki.tapi nampaknya.aku sorang yang minum.

ya lah tak semua suka rasa kelat.aku ja yang relaks ja minum.rasa dia tak lah teruk sangat.nanti tak lama abis stok teh hijau.aku nak beli ahmad teh hijau plak.sebab harga murah gila.

beberapa hari selepas aku beli teh hijau BOH kat pekan penanti.aku teman adik aku beli barang dekat tesco.sengaja aku survey ahmad teh hijau..

alangkah gembira dan terujanya aku bila dapat jumpa ahmad teh hijau dalam tesco.kalau ikutkan hati aku.memang aku nak beli siap siap stok teh hijau ahmad tu sebab takut lepas ni susah nak cari.tapi dah adik aku bising sebab alasan aku dah baru beli teh hijau.

pagi tadi lepas jumpa doktor.sementara tunggu no giliran ambik ubat.aku nampak sorang pakcik ni timbang.aku malas nak tengok berat aku.takut kecewa.tapi di sebabkan aku rasa badan aku sedikit ringan dari biasa.aku pun kuatkan hati untuk timbang.alangkah terkejutnya bila aku tengok berat aku 50kg.syukur yang teramat..2kg berat aku turun.lebih kurang bulan 1 dulu aku timbang.berat aku masih 52kg tapi kali ni jadi 50kg..syukur

aku bersyukur sangat tapi..
aku terfikir jugak..aku ni jarang joging..cycling pun dah lama tak buat.makan ikut sedap tekak aku saja.tapi berat aku turun..

bila fikir fikir balik.bulan bulan lepas aku banyak amal minum teh hijau.pastu aku teringat aku pernah baca blog sorang laki tu.aku tak ingat nama apa.dia amal diet teh hijau.aku tiru dia lah..

mula tu macam tak berapa percaya.tapi bila badan aku kurus.aku dah mula percaya diet teh hijau..
aku bukan jenis suka telan ubat kurus.aku takut kalau dah stop ubat kurus.nanti badan aku makin naik..

ohh gembiranya aku hanya tuhan yang tahu.aku seperti tidak percaya tadi bila tengok penimbang.berat aku turun dari 52-50 syukur sangat.berat aku rasa macam susah nak turun.nasib baik amal diet teh hijau.

sekian berita tamat

Apr 15, 2018

produk kesukaan aku

masih berniaga di petang hari yang bosan....

masa ni aku rasa boring dan rasa nak buat entri berkaitan produk kesukaan aku.banyak produk aku guna.ada yang masih kekal aku guna.ada juga yang dah bertukar.

shampoo safi shayla warna pink biru (masih guna)

- aku suka sangat sebab utama.wangi..

- lepas shampoo.rambut aku rasa lembut saja.

- rambut aku dah tak berapa gugur lagi.

pencuci muka safi manggis (stop buat sementara sebab guna pencuci muka untuk resdung)

- bila aku baca balik entri lama aku.baru aku perasan banyak kali aku cerita pasal safi manggis.nampak sangat safi manggis memang terbaik.

- lepas aku cuci muka aku.rasa bersih.banyak kali guna pun tak mengeringkan muka aku.

- banyak kali tukar pencuci muka.tapi safi manggis tetap di hati dan rasa masih nak guna.

lotion vaseline (masih guna)

- pertama kali guna lotion dari vaseline ni.telah mengubahkan pemikiran aku.aku jenis jarang pakai lotion.selalu jumpa lotion jenis melekit.tapi lepas aku guna vaseline.terus jatuh hati sebab mudah menyerap.

bedak talkum syurah rindu (tunggu masa nak beli lagi)

- pertama kali aku bau.terus suka

- wangi dia membawa aku mengimbau kenangan zaman friendster.

seven seas everning primrose oil (tunggu masa nak beli lagi)

- pertama kali aku try makan yang mak aku.sebab kulit aku kering teruk sangat.

- makan tak sampai 1 papan dah nampak perubahan.

bedak padat silkygirl (hampir habis)

- bedak zaman remaja aku dulu

- la ni pun masih pakai.

lip balm pei yen (masih guna)

- pertama kali aku pakai.rasa syok sangat

- bila sapu.dia akan ikut warna darah

- harga sangat murah dan mengingatkan aku pasal lip balm lagend jenama arnab yang warna hijau juga..bekas dia pun cantik dan sangat klasik

oklah tu saja kot untuk kali ni.

sekian berita tamat

esok ambil result darah

masa ni aku berniaga...cuaca ok masih ok..

esok pagi pagi lagi aku kena pi klinic kubang semang.perasaan rimas selalu menghantui aku sepanjang hidup aku.rimas dengan segala keadaan.nak tunggu ambik nombor pun dah buang masa lah.

nak tunggu nurse panggil pun tetap buang masa.lepas tu tunggu ambik ubat plak dah..sebab apa aku kata buang masa..sebab aku kena pi niaga.aku takmau cuti lagi buat masa ni.sebab aku dah banyak sangat cuti dalam hidup aku.langsung tak keja.

entah apa plak kali ni doktor kata.yang paling sakit hati.tiap kali aku bagitau aku nak tukar ubat sebab ubat ni punca berat badan aku naik.doktor kata tak boleh.sedangkan dulu dia kata boleh.

yang sebenarnya boleh ka tak boleh.bagitau lah tepat tepat kat aku.aku benci orang suka main main macam ni.kalau ikutkan hati aku.aku takut gemok.aku takmau telan ubat tapi apa boleh aku buat.aku kena makan seumur hidup aku.

kalau ikutan hati.nak saja aku cuti.ya lah bagi aku dah lewat sangat aku nak niaga.tapi kalau cuti.aku asyik cuti saja.sampai bila dapat beli kamera yang aku nak tu..

selagi tak cukup duit beli kamera tu.selagi tu lah video aku tak menjadi.bukan apa.hidup aku semakin hari semakin bosan.kalau ada kamera.rasa tak kosong sangat hidup aku ni.

tak sabarnya nak beli...

sekian berita tamat

Apr 12, 2018

Esok masih cuti...apa plan?

Masa ni aku lepak ruang tamu.baru lepas tutup tv..bosan takdak cerita best.

Dah berhari hari aku cuti..bosannya.kemana pun aku tak pi.plan nak naik basikal la joging skit sambil shoping kat penanti.last last badan masih lemah lah hujan lah..

Esok masih cuti lagi.mak nak pi beli kanopi.rasanya aku kena la ikut.
Oh malas...

Kalau aku tak ikut.aku nak pi penanti.ada la nak beli sesuatu kat zon ria..
Pastu nak tikam gashapon sebiji dua..
Terus pi stokis kat ayam ori.cari sabun muka resdung.
Dah makin rimas muka aku ni banyak whitehead.

Adik aku kata aku ni ada resdung.ubat aku dah try makan.ada la baki lagi.tapi selama makan tak berubah apa apa pun..
Tak larat la nak telan ubat.
Macam macam sangat ubat aku kena telan.risau plak..

Sebab tu aku nak cari sabun muka.banyak ja kat kedai jamu.tak pun cari untuk whitehead pun ok.
Nak pakai sampai muka aku dah takdak whitehead.pastu tukaq pakai safi manggis balik la..

Muka aku ni bukan takat whitehead banyak tapi kering..kusam dan la ni aku baru perasan yang ada bintik hitam skit.aku jadi semakin risau lah.
Semua sebab aku buat keja tengah panas dah bertahun lama sangat.dah lah gelap.tak sama dengan leher.
Pelik lah tangan cerah dari muka.ishh.

Esok kena cari lah nampaknya...

Sekian berita tamat

Apr 10, 2018

Gashapon machine jepun ada di jusco alma

Masa ni lepak ruang tamu...hujan lebat memenuhi suasana petang..

Hari ni dah 3 hari tak niaga.2 hari aku demam.hari ni ok skit tapi lutut masih tak kuat..

Ikut plan aku nak buat kayuhan petang lah sambil buat vlog tapi nampaknya.kaki masih tak kuat.hujan plak petang ni.

Hari ni banyak video aku tengok pasal gashapon machine.dari dulu aku suka tapi kat malaysia ni cuma ada capsule machine biasa biasa ja aku tengok.cuma semenjak dua menjak.tahun ni aku terperasan ada belambak capsule machine.

Terbaru aku pi jusco alma.atas kat kedai game plak ada gashapon.terkejut+teruja gak aku tengok sebab bertahun tahun aku selalu tengok vlog luar negara selalu buat trip ke jepun.main game gashapon.dapat benda comel comel.

Aku dah lama berangan angan nak kumpul capsule macam macam design.salah satunya dari gashapon.
Tak lama nanti tunggu lah vlog vlog gashapon capsule aku..hehe.

Hujan semakin lebat uii..sejukk..

Sekian berita tamat

Apr 8, 2018

Demam

Masa ni aku lepak kat ruang tamu rumah..

Kemarin masa pi niaga.aku masih ok tapi selepas zohor camtu.badan aku semakin lenguh lenguh macam keadaan selsema.aku mula risau..

Aku lena dalam keta lama juga.kesian mak jaga gerai.
Kepala aku pening pening.tak boleh berdiri lama.kaki tak kuat.badan lemah.

Balik malam tu.sampai rumah aku terus mandi pastu terus tidoq.badan aku semakin panas.tapi nasib baik lah aku mandi tak sejuk sangat.kurang skit panas tu..tapi badan aku tetap semakin panas.

Hari ni aku sakit perut.asyik ulang pi toilet ja.aku tidoq 1 hari..abang dan kai pun demam macam aku juga..
Semua sebab cuaca kot.panas sangat.

Sepatutnya hari ni kami balik perlis.tapi semuanya tergendala sebab demam.alif pun tak balik.kalau tak sebab demam..abang.alif.fatin.mak dan aku balik perlis la.hemm..

Sekian berita tamat