nuffnang ads

Apr 17, 2018

kisah thyroid aku episod 1

masa ni sedang minum teh hijau..

dah banyak kali aku plan nak share kisah berkenaan thyroid aku tapi keadaan tidak menyebelahi aku..ya lah nak menaip kena ada mood..yang penting masa menaip aku tidak di ganggu oleh keadaan yang kurang menyenangkan aku..

oklah berbalik kepada kisah thyroid yang aku alami bertahun tahun..

permulaan kisah aku dulu.mula mula aku tau aku sakit.mak tegur aku kenapa leher aku macam bengkak.aku dah mula risau tapi masih buat taktau saja.. * biasa lah.takut! *

beberapa hari kemudian.aku pergi check leher aku kat hospital bukit mertajam.mula sekali doktor ambil darah aku.dalam tempoh yang tak lama sangat.dapat keputusan aku sakit thyroid.masa tu aku blur seketika...apa benda thyroid plak ni?
doktor pun terangkan secara ringkas dekat aku * ok part ni aku malas nak taip.kalau rajin sila lah google...maaf *

lepas dah faham betoi betoi pasal thyroid.bermula lah hidup aku yang tak cukup sempurna dan semakin tergendala.bermulalah episod aku keluar masuk hospital.dari hospital bukit mertajam berpindah ke hospital pakar seberang jaya.
aku mula rimas dan semakin rimas bila kena check itu ini.
- nurse cucuk ambil isi dalam leher aku.
- masuk kamera dalam mulut dan terus ke dalam perut aku.
- scan leher
- masuk kamera kecil dalam mulut
- sapu bebola dekat kawasan leher aku * lupa nama checkup tu *

bertahun tahun aku lalui.telan ubat berbiji biji.tukar ubat berkali kali.asyik ambil darah aku untuk check tahap hormon aku.macam macam hal yang amat memenatkan aku.aku terpaksa lalui bermacam macam ringtangan.
aku semakin rimas dengan kisah thyroid yang seperti tiada kesudahan.

sakit aku bermula 2010 macam tu lah..
berubat cara kampung pun bermacam macam.berhabis duit saja semua cubaan tu.
selepas doktor nasihat aku.doktor kata thyroid aku dah teruk.senang cakap la.dah rosak.doktor nasihat kan aku supaya bedah buang semua thyroid aku tu.kalau di biar lagi takut semakin teruk.
akhirnya aku berserah pada allah.
aku setuju untuk di bedah.
4/11/2016 aku di bedah membuang total thyroid..

beberapa bulan selepas aku bedah.badan aku semakin lemah.semakin hari semakin lemah.kaki tangan aku selalu kebas kebas.paling aku risau melarat ke bibir aku.aku mula mengeluh pada doktor.selepas doktor bagi ubat calsium.aku telan setiap hari.syukur segalanya dah normal macam biasa.
tapi yang tak syoknya badan aku semakin berat.berisi dan mengembang..
mula tu aku risau.aku sangka di sebabkan ubat.tapi bila aku tanya.doktor kata takda kaitan langsung.lega aku dengar.

ok buat masa ni setakat ni dulu aku kongsi.ada masa aku akan sambung lagi.

sekian berita tamat

No comments: