nuffnang ads

May 25, 2018

ahad planning

aku baru lepas makan soq..

ahad tinggal 2 hari ja lagi.tapi aku rasa macam hampir 1 minggu menunggu.dari mula rasa bersemangat nak jalan jalan hari ahad sampai la ni terasa malas pulak nak jalan jalan hari ahad.

entri sebelum ni aku ada bagitau pasal aku cuti dan nak keluar jalan pi pacific sempena hari terahkir umoq aku 32 tahun sebab isnin umoq aku dah masuk 33 tahun...hah...! masih tak percaya umoq aku dah 30an..sedangkan ni tahun ke 4 umoq aku 30an..ya allah terlalu cepat umoq aku meningkat tua.

kenapa bukan baru 20an ya allah.aku tak mampu nak pikul tanggungjawab aku sebagai manusia berumoq 30an..aku masih tak puas hidup sebagai remaja yang bebas lakukan apa saja tanpa memikirkan apa kata orang.sedangkan zaman dewasa ini aku tak betul betul matang dan kuat tempuhi dugaanmu ya allah.umoq 30an apa yang boleh aku buat.yang aku nampak hanyalah jaga hati orang sekeliling.

dugaan demi dugaan aku tempuhi hidup sebagai manusia.aku belum puas melalui usia remaja ku yang tertinggal jauh.di usia remaja ku.aku tiada keseronokkan apa apa.aku lalui dengan pelbagai ringtangan..aku mulai jatuh sakit dari zaman remaja berumur 19 ke 20 tahun.

bila masuk zaman dewasa.penyakit lain pula yang datang..sampai bila bila aku kena tanggung kesakitan ini ya allah.semoga dugaan apa yang datang ada hikmahnya dalam masa terdekat ini ya allah..

aku gagal menjadi manusia..aku gagal menjadi anak yang berjaya menjaga kebajikkan untuk seorang bergelar ibu.aku amat berharap.tak lama lagi ada sinar harapan buat ku ini ya allah..

ahad ni..bila aku pikir semula.kerana bulan puasa.badan aku yang lemah ni.tak mampu untuk berjalan jauh hanya kerana nak merasai kehidupan terahkir umoq aku 32 tahun.aku kurang sihat..di bulan puasa pulak.mana lah tahu.sepanjang jalan.aku rasa lemah dan pitam.aku tak dapat nak makan atau minum pun.segalanya menjadi rumit.

aku mengambil keputusan hari ahad ni aku pi pekan penanti untuk beli magic pen (marker) aku tak puas mewarna guna pencil warna sebab nampak tak cantik dan terlalu biasa.tapi tu lah.kalau guna marker.dakwat dia akan lekat dekat kertas belakang..sayang plak lukisan yang ada.mungkin magic pen aku akan guna pada lukisan zentangle aku.

pagi tu aku nak susun lampu liplap dengan kemas.malam tu dah boleh pasang.sebelah petang.aku akan pi bazar ramadhan bawah hiway kampung petani.dekat situ aku nak cari nasi ulam.kalau boleh nak beli kek juga.teringin lama dah kek yang di jual kakak dan abang kek tu.kek depa sedap.

mesti meriahkan bazar ramadhan situ.esok isnin tu birthday kami.entah lah apa aktiviti.mungkin aku mak dan fatin akan ke kl dengan keta fatin.hah..! malasnya sebab kena meniaga kat sana.aku nak rehat sebenaqnya.

sekian berita tamat

No comments: