nuffnang ads

May 15, 2018

aku bukan siapa siapa - ep 4

kami beli tiket sama sama tapi aku bayar sendiri lah.kawan baik aku tu kekasih dia yang belanja.kami masuk panggung wayang.sepasang kekasih tu sembang sampai lupakan aku yang di sebelah ni.sampai lah waktu tamat movie tu.

depa sembang tak habis habis..depa berjalan berduaan berpegangan tangan seperti orang angau mabok bercinta.aku hanya ikut depa dua dari belakang.aku tengok kawan baik aku dari jauh..ohh dia sudah berubah.dulu aku lah no 1.lah ni kekasih dia lah nombor 1.aku plak taktau lah nombor yang ke berapa sebab aku tengok.dia buat aku ni seolah olah tak wujud dan aku mula rasa aku ni pengacau orang mabok bercinta saja.

beberapa jam selepas keluar dari panggung.aku meminta diri untuk pulang dulu.aku sangka kawan baik aku tu akan pujuk aku supaya jangan balik tapi...aku salah..depa dua macam tunggu tunggu saja aku perambos secepat mungkin.

aku pulang dengan hati yang kecewa dengan perubahan yang drastik kawan baik aku tu.kalau nak bercinta pun jangan lah tipu.cakap lah betul betul nak keluar dengan bf dia aku pun faham..ni sampai sanggup tipu mak pak dia.aku pun dia pergunakan sebagai alasan untuk dating.

masa dalam perjalan balik.teringat pesanan kawan baik aku tu.suruh rahsiakan tentang kekasih dia tu.aku ni sedar diri dok menumpang rumah dia.jadi..aku kena lah turut.aku pun terbabit tipu mak pak dia sekali.

sepanjang perjalanan pulang.aku terdetik di hati untuk berpindah.aku terfikir juga apa yang kawan aku buat kat aku..nampaknya aku ni dia buat alasan untuk dia keluar dengan bf dia tu saja.tergamak dia buat macam tu kat aku.

beberapa hari telah berlalu.aku pi keja seperti biasa.masa kat rumah kawan baik aku tu macam marah.tuduh aku nak rampas bf dia dari aku..aku terkejut.sedangkan dia pun aku yang kenalkan dekat bf dia la ni.tapi last last dia tuduh aku nak rampas bf dia.bila aku tanya kenapa boleh fikir sampai macam tu sekali.

alasan dia.dia nampak aku dengan bf dia sembang sembang dekat store.."wei aku kan kenai dia dulu.kalau aku suka dia.buat apa aku bagi kat hang" ittu lah kata kata aku pada dia.
selepas dari kejadian tu...
aku dok fikir pasal nak pindah dok kampung rumah keluarga aku balik.tapi tiba tiba ada sorang kawan aku ni dia dok cari partner sewa.aku terus setuju sebab kawan aku suruh dok free ja sebulan sebab ex partner sewa dia dah pindah sebelum tiba waktunya.

bila aku dah setuju nak pindah..
balik rumah masa dok dalam bilik.kalau tak silap aku masa tu kawan baik aku leka main hp.mungkin tengah sms dengan bf dia lah tu..

aku ada bagitau dia yang aku nak pindah.dia dengar endah tak endah saja apa yang aku cakap..tapi aku dengar juga dia kata.."pindah ahh takdak sapa paksa ahh"
bila aku tanya.apa dia cakap aku tak dengar.dia jawab balik.dia kata awat yang nak pindah plak.aku kata..buat apa nak dok sini..sini dah takdak apa makna untuk aku.aku ni penyebuk saja.

beberapa hari kemudian.urusan pindah aku berjalan dengan lancar.syukur...aku hanya dapat tengok muka kawan baik aku tu...oh salah.. ex bff..hanya dekat kilang saja tu pun ikut nasib lah kan.sebab prod aku ada pekeja baru.aku dah jarang issue barang dekat store dan aku mula di pindahkan di prod sebelah iaitu apfa.kena pakai uniform jumsuit macam nak naik ke bulan.sahabat aku ina dan maziah juga kena berpindah prod lain.aku tak ingat depa dapat prod mana.

aku akan sambung lagi entri seterusnya "aku bukan siapa siapa ep 5"

No comments: