nuffnang ads

May 8, 2018

kisah thyroid aku episod 4

hai muncul lagi kisah thyroid aku..

kadang kadang masalah kecil yang biasa biasa bagi orang lain tapi tidak bagi kepada seorang pesakit thyroid.contohnya berlaku pertengkaran kecil di antara pesakit thyroid dengan orang yang sihat.boleh membuatkan keadaan menjadi kecoh kerana pesakit thyroid ni tak boleh tekanan sebab emosinya selalu tak stabil.kes kecil boleh menjadi besar sebab stress.emosinya menjadi agak sensitif selalu terganggu.

walaupun cuba di kawal tapi masih tidak mampu.macam aku ni.banyak cara aku cuba tapi nampaknya masih tetap sama.apabila aku dalam keadaan emosi kurang stabil.selalunya aku akan lari jauh meninggalkan keadaan yang kurang selesa kat situ sebab aku tak boleh langsung mendengar pentengkaran berterusan sebab membuatkan emosi marah aku membuak buak seperti seseorang yang panas baran.

masa tu rasa ingin membaling atau menghempuk barang yang berada dekat dengan aku.oleh sebab itu.aku selalu mengundurkan diri meninggalkan suasana yang tidak aman itu.buat masa ni cara itu agak berjaya sedikit.sebelum aku guna cara tu.ada cara lain yang aku cuba.tiap kali jika ada yang bising dan cuba menyakitikan hati aku.aku berusaha untuk berdiamkan diri aku sebolehnya.aku diam membisu tidak bercakap tapi cara tu susah juga nak lakukan.oleh sebab itu lah tiap kali jadi kes apa apa.aku akan pergi meninggalkan keadaan yang kecoh itu.aku akan mencari tempat yang lebih selesa dari situ.bukan niat aku nak lari dari masalah tapi.aku lebih kepada cuba mengawal emosi stress aku yang kadang kadang berleluasa tiba tiba dalam diri aku.

bagi pesakit thyroid seperti aku ini.kami tidak boleh hidup dalam tekanan.aku cuba untuk gembirakan diri aku dengan aktiviti yang aku suka.buat lah apa saja yang rasa diri ni gembira.contohnya makan coklat/kek atau ice cream.bila dapat makan semua tu aku rasa lebih tenang dan selesa.

aku tak pastilah pesakit thyroid yang lain adakah alami apa yang aku alami setiap hari.kadang bukan sekadar stress tiba tiba..sejuk dan panas juga datang secara tiba tiba.contohnya masa cuaca panas.kadang tiba tiba badan aku rasa sejuk seperti nak demam tapi kadang kadang apabila cuaca sejuk.tubuh aku rasa panas dan berpeluh tiba tiba.kadang tu kalau masa cuaca sejuk memang aku tak tahan.tiap malam aku tidur walaupun tak hujan.aku mesti wajib pakai baju tebal dan selimut tebal.

kalau permakanan pula.bagi aku.tidak ada beza sangat selepas bedah buang semua kelenjar thyroid aku.selera aku seperti biasa tapi kadang kadang terasa lapar sangat.makan pun masih tidak kenyang.yang tu aku tak pasti kenapa.apabila aku bertanya kepada doktor..tiada jawabpan yang tepat.jawab doktor.baguslah ada selera makan.ya bagus lah tapi macam mana kalau badan aku berat semakin bertambah.aku dah pernah lalui dah apabila badan berat.pergelangan kaki aku membengkak.tumit aku rasa kebas sebab tak boleh berdiri lama lama.semuanya berpunca sebab terlebih berat.

aku ada juga bersenam.kadang dapat lah aku berjalan keliling kampung.jauh juga aku berjalan tapi peluh tidak keluar langsung.itu yang menghairankan aku.aku cuba untuk berlari tapi tidak bertahan lama dalam beberapa langkah aku dah semput.jika aku berkayuh basikal pula.baru beberapa kayuhan.aku dah rasa semput.jantung aku berdebar debar seperti masa mula mula aku sakit thyroid dan kelenjar thyroid aku masih ada.

aku terfikir juga bagaimana aku nak kurangkan berat aku ni.bila tak makan nasi.nanti badan aku terasa lemah.nak bersenam pula mudah semput.jadi..aku kurangkan lah makan nasi.aku mengambil beberapa suplement untuk menambah tenaga aku.setiap hari aku minum teh hijau tanpa gula.tapi kadang kadang aku jarakkan juga tapi selalunya aku lupa.itu lah yang tepat sekali.

ini aku nak kongsi sedikit bab pelupa.bagi pesakit thyroid.kes lupa ni memang perkara biasa apabila orang yang sihat melihat tapi tidak bagi pesakit thyroid kerana masalah pelupa tu yang membuatkan emosi semakin tidak stabil dan terus menjadi stress.

aku pernah banyak kali dalam beberapa minit aku buat perkara yang sama.ada sekali tu aku tertinggal barang.dalam perjalanan menuju ke tempat barang aku letak tu..boleh pula secara tiba tiba aku tak ingat aku nak cari apa.selepas itu aku meninggalkan tempat yang barang aku tertinggal tu.sambil berpusing 2-3 kali barulah aku ingat apa yang aku cari.masa dalam aku berpusing mencari sesuatu sambil cuba mengingat.aku jadi blur seketika.selepas kejadian tu.baru lah aku ingat sikit sikit apa yang berlaku.

buat masa ni setakat ini saja aku kongsi kisah aku..insyallah ada masa aku akan kongsi lagi..

sekian berita tamat

No comments: