nuffnang ads

May 23, 2018

seni itu indah - nak beli maker colour pen

aku duduk di kusyen kegemaranku.baru lepas mewarna..

bulan ni hari lahir aku..aku banyak menghabiskan masa dengan dunia seni.melukis dan mewarna.aku isi masa lapang aku untuk menghilangkan kesedihan dan kesunyian di hati.

nampaknya terapi seni agak berkesan.aku cuba cuba mewarna dan melukis semula selepas aku shopping barang dekat eco shop baru baru ni.tapi bab lukisan buku warna sebenarnya aku nak cari corak zentangle tapi takdak.pastu aku beli pencil warna.boleh tahan la warna dia tapi yang tak syoknya..setengah pencil warna kena tekan kuat skit sebab warna dia susah lekat.

aku survey warna yang terang dekat google dan youtube.kebanyakkan ramai yang review mewarna mengunakan maker.
maker?? tak lekat ka dekat kertas sebelah?

mula tu aku pikir macam tu lah.tapi bila banyak membaca.baru aku teringat tentang maker ni ada banyak jenis.ada yang mudah lekat dekat kertas sebelah.ada juga yang tak lekat kertas sebelah.

tapi aku tak tau plak maker ni ada banyak warna.seingat aku hanya maker hitam/merah/biru saja.aku tak puas hati dan aku survey lagi dan lagi terjumpalah maker sharpie.

macam pernah tengok maker sharpie ni..teringat balik masa zaman keja kilang.ramai leader yang guna maker sharpie ni.tapi banyak yang guna warna hitam tapi warna lain aku tak pernah tengok.aku fikir gak masa tu..syok ka guna maker sharpie.teringin juga nak beli tapi aku tak beli beli sampai lah ke saat ini sebab dok pikir juga.untuk apa aku beli masa zaman keja kilang tu.apa ja yang aku boleh buat dengan maker sharpie tu.

tapi baru baru ni aku survey dan terjumpa maker sharpie dan terus terminat dengan pelbagai jenis warna yang ada.dah macam pencil warna pulak aku tengok.aku survey juga pelukis yang warna hasil lukisan zentangle depa guna warna apa cantik dan terang.

rupa rupanya depa guna maker...hemmm..buat rugi duit aku saja beli macam macam pencil warna tapi tak lekat cantik.dah tu plak kena asah.zaman sekolah dulu rajin lah shapener kat tong sampah belakang kelas aku.la ni mana ada dah zaman tu oi..dah tua..

pasal seni zentangle dan mandala.aku tak google lagi pasal perbezaan dua corak batik tu..nampak macam seakan akan sama saja..ehmm entah lah kan..

yang pasti.cuti nanti.ada masa.aku nak pi kedai buku.aku nak beli maker sharpie.

sekian berita tamat

No comments: