nuffnang ads

May 13, 2018

aku bukan siapa siapa - ep 1

aku seperti biasa..berniaga dan tak tahan sangat lalui kehidupan macam ni.muka aku sunburn teruk...

baru baru ni.aku ada ternampak fb kawan lama aku tu.nama dia aku perlu rahsiakan..
dulu masa aku kerja kilang.rapat juga dengan dia.sampai satu saat aku dah benti keja.masih berhubung lagi dengan dia.masa tu aku dah keja salon dan aku masih ada motor skuter.

pagi tu dia sms aku (masa ni aku takdak whatsapp lagi) dia kata dia lapaq.dia tak larat nak keluaq beli makan sebab tak berapa sihat rasa nak demam.aku ni sebagai seorang kawan yang baik.perihatin lah skit kan.aku pun menaiki motor ke destinasi.kebetulan tak jauh sangat dari kampung aku tu dalam 10min-15min camtu saja.dia duduk flat.
(kawasan dia aku perlu rahsiakan)

setibanya aku...tak jauh dari rumah dia.aku pun singgah kedai beli moi sup (aku tak berapa pasti lah sebab kisah ni dah bertahun berlalu)
selepas aku beli makanan.aku terus cari rumah sewa dia tu.setibanya aku...dia jemput masuk.sembang lah itu ini tanpa menjamu apa apa minuman dekat aku.

ahh aku tak kisah sebab dia pun tak sihat kan tapi....dia sendiri aku tengok tak seteruk yang aku bayangkan sebab dalam sms dia kata dia tak larat.
tapi aku tengok dia ok ja.biasa saja..tapi tak apa lah..biarkan..

beberapa bulan telah berlalu.aku dah benti keja salon dan berniaga dengan mak aku..ada sekali tu dia sms tanya kabar aku.dia masih keja kilang dan dok rumah sewa..aku pun bagitau lah la ni aku dah tak keja salon tapi dah mula berniaga dengan mak aku dan aku tengah sakit ya itu sakit tiroid.dia hanya mampu berkata kasihan pada aku.

lebih kurang 1 bulan telah berlalu..dia sms lagi dan kali ni dia mula lah nak pinjam duit kat aku katanya tak cukup nak makan sebab duit abis bayar sewa rumah.

sebenaqnya masa tu kewangan aku bukanlah stabil mana.boleh lah cukup cukup makan.tapi di sebabkan banyak kali dia minta pinjam.aku bagilah rm50.kononnya gaji dia tak masuk lagi.dia nak makan tak dak.

aku ni jenis mudah kasihan.lagipun dia kawan baik aku dulu.di sebabkan kawan baik itu lah aku bantu apa yang termampu.dia pernah kata...

"la ni dia susah.mana tau satu masa nanti aku plak"
ayat yang memberi makna akan menolong aku pula ketika aku susah nanti. *dalam hati aku berkata..harap apa yang dia tuturkan tu dia akan tunaikan..*

selepas beberapa bulan..dia minta tolong lagi.aku cakap lah.maaf aku tak dapat bantu dia.aku tak dak duit sebab aku dah beli ubat aku.dia pun tak tunjuk dia marah.dia senyap camtu saja selepas dia sms kata takpa la.nanti dia try tanya kawan kawan dia yang lain.

aku nak tanya pasal duit aku tu tapi di sebabkan dia masih nak pinjam.dah tentulah dia takdak duit.aku pun diamkan diri.

beberapa tahun telah berlalu..aku pasti dia pun tau aku dah bedah tiroid.itu tandanya aku tak sesihat dulu lagi..tapi selama aku sakit.ada dia cakap nak jumpa aku.kononnya rindu.aku tau sebenaqnya dia saja cakap untuk sedapkan hati aku.dia bukan tak tau yang aku ni dah jual motor sebab aku pernah cerita kat dia.

dia plak masih ada motor tapi dia tak cakap pun ajak aku keluar.dia datang ambil aku..tidak sekali pun dia semawa aku.tak pernah langsung.kalau dia cakap dia sibuk.tak mungkin lah..sebab aku selalu tengok dia update dekat wall dia..selalu keluar jalan jalan dengan kawan kawan dia..nampak seronok saja..

sedangkan aku ni kawan yang pernah tolong dia di masa dia susah dulu.tak pernah sekali pun nak ajak aku jumpa dan datang ambil aku.ya...rm50 sedikit saja tapi..bagi aku.duit sebanyak itu mampu beli suplement untuk ketahanan badan aku yang kurang sihat seperti orang lain ini.

aku pasti..dia pun berduit sebab dia bekerja dan la ni dia sudah mula menambah bisnes.dulu pun ada juga bisnes yang dia buat.kali ni tambah lagi dia jual barang kecantikkan.aku tau kewangan dia pasti semakin stabil tapi...kenapa dia lupakan hutang dia tu.mungkin dari awal dia kenal aku.dia anggap aku ni lurus bendul yang boleh di main mainkan perasaan aku...?

dia tau aku tak keja...aku hairan juga.tak terdetik kah di hati dia untuk menolong aku? dia tak rasa ka nak datang jeguk aku yang sakit ni?

aku ni kawan baik dia tapi tak pernah sekali pun dia tolong aku selama aku susah ni.dia hanya tanya kabar sebab aku yang mulakan dulu..dulu aku faham lah nak sms pun kredit telan duit banyak tapi la ni dunia IT terlalu mudah dia nak tanya kabar aku.ada macam macam boleh tanya kabar aku..whatsapp ada wechat ada facebook pun ada..

la ni aku tengok dia sedang rancak berbisnes dan meriah dan gembira dia keluar dengan kawan kawan dia.tak sekali pun dia rasa nak mai kat aku.keluar dengan aku..

aku sedar..
aku sakit..
aku tak punya apa apa..
aku bukan siapa siapa..

tapi dia perlu ingat.sampai satu saat dia pasti akan mencari kawan baik dia yang lama dia tinggalkan tapi masa tu dia dah susah kembali..baru lah dia akan cari aku..aku tak pastilah masa tu.aku masih begini atau sudah berjaya dalam kehidupan..masa tu...biarlah allah yang tentukan...adakah aku akan tolong dia?
mungkin sebelum tolong..aku nak tanya dia...kemana hang menghilang masa aku susah dulu?
aku tau...pasti tiada jawaban...

aku doakan kawan kawan yang lama tinggalkan aku ni.semoga hangpa semua sentiasa sihat dan gembira dengan pilihan hidup masing masing..tak apa lah..lupakan saja manusia yang bukan siapa siapa ini...

sekian berita tamat

No comments: