nuffnang ads

Jun 24, 2018

raya ke 10

masa ni dok main game kat ipad mak.sambil tengok cuaca hujan.nak buka tv risau kot tiba tiba kilat..hemm

hari ni aku mangkit jam 9 pagi.sepatutnya hari ni kami pi air terjun sempeneh.tapi tak jadi sebab dah lewat.

aku goreng nasi.sarapan nasi goreng.air kopi.kuih raya.bahulu dan kerepek pisang sorang sorang.yang lain buat hal sendiri.

baru baru ni aku pi selesai hutang tertunggak maxis broadband dari tahun 2013.tahun 2018 baru aku settle.lega hati aku.pas ni bleh dah pi mekah.hehee sebab tak dak hutang apa apa.

selesai maxis.kami pi umobile dan terus tukaq line.aku tak heran lah sebab tukaq line bukan tukaq nombor.tunggu dalam 2 hari baru lah nombor aku aktif.
hari ni hari pertama guna line umobile.harap semuanya ok.

fatin dok masak sup ayam.tak sabaq nak makan.huh bosan betoi la petang petang camni.nak tengok tv risau kilat.tapi nampak macam takdak unsur unsur kilat la.hehe boleh on tv.yey yey..

la ni aku dah on tv..tv3 ada ulangan ajl 32..layan pi lah.lagipun aku tak sempat tengok yang haritu.rasanya masa tu tv rosak.

aku suka petang petang layan drama komedi raya.tapi takdak plak

sekian berita tamat

Jun 20, 2018

raya ke enam

masa ni aku makan kuih raya sambil tengok tv sorang sorang.yang lain keluaq.aku tak ikut sebab pening kepala.

hari ni aku bangun awai jam 9 pagi tapi lepas selesai mandi dan makan dengan mak.aku sambung tidoq balik sebab pening masih tak hilang.

tengah hari skit aku mangkit mandi dan makan nasi+gulai+pelam harum manis ambik kat perlis.

beberapa jam selepas tu.depa semua bersiap siap keluaq.tinggal lah aku sorang tengok tv..sambil sakit hati anak tetamu jiran sebelah dok main baling batu besaq tepi rumah.jenuh marah depa.berani sungguh budak zaman la ni.aku dulu pun tak berani nak kacau barang orang kampung.main pun dekat bendang.kutip batu susun susun tepi batas yang tak ganggu sapa pun.

hah bosannya..aku pun takdak kawan yang nak ajak pi beraya rumah kawan kawan lain.semuanya buat hal sendiri.ya lah semuanya dok jauh.ada yang dah kawin.
dah lewat petang.tak lama malam pun tiba..bosannya wei..

baru aku perasan yang entri aku takdak pasal raya pertama.kedua dan ke tiga..hehe biasa lah sibuk beraya.
raya ke lima plak takdak aktiviti menarik...

sekian berita tamat

Jun 18, 2018

raya ke empat

masa ni aku duduk di kusyen kegemaranku sambil minum kopi..

hari ni aku bangun dalam keadaan malas.raya ke empat yang tak gembira.aku teman fatin dan alif pi klinic dan tesco beli barang alif skit.

mak mula berkemas balang kuih raya.rumah aku sunyi takdak sapa yang mai beraya.tak apa lah.lagipun kami semua letih skit.beraya di perlis.

raya kat perlis meriah macam biasa.cuma rimas lah rumah tok dah tak boleh tidoq.kalau boleh tidoq mesti kami tak balik lagi...

bosannya...

sekian berita tamat

Jun 14, 2018

malam raya aidilfitri 2018

masa ni aku tengah makan kuih raya dan duduk di kusyen kegemaranku..

malam raya...tiada apa yang best.sebenaqnya tiap kali posa.aku selalu berangan angan posa sama sama dengan kembaq aku.pastu berbuka sama sama keluarga.pasang pelita dan lampu liplap sama sama dengan kembaq aku.
tapi tu semua..tak mungkin...tapi aku amat berharap...

kembaq aku dan kakina tak beraya dengan kami sekeluarga...buat hal sendiri.

malam ni takdak cerita apa yang best pun.bukan astro..

esok dah raya.macam cepat sangat masa berlalu.aku harap tahun depan.impian aku akan tercapai.aku nak sangat posa..berbuka dan sambut raya sama sama dengan kembaq aku..

aktiviti hari ini..

- pasang tirai

- ambik kuih putu beras

- beli kasut mak kat tesco

- pi mf mart.ada lah 1 set teko dan 3 gelas kaca comel.harga rm11 tapi yang tak bestnya.teko takdak tangkai sebab tu aku tak jadi ambik.

- kami singgah beli lemang dan ketupat

- beli kuih bahulu

sekian berita tamat

Jun 13, 2018

aktiviti hari ini

masa ni aku lepak di kusyen kegemaranku sambil minum kopi.tengok tv dan sembang dengan mak dan abang.

aktiviti aku hari ni..

aku dan mak pi kilang kacang.setibanya aku di kilang.aku terus menuju ke tempat susunan simpul kasih yang mak teringin tu.tiba tiba lain yang aku nampak.kuih nanas.lebih kurang biskut tat nanas la.aku pun cepat cepat ambik..* sedap boleh tahan rasa dia *

aku teruskan berjalan mencari simpul kasih.jalan plak kena ikut lorong laluan yang kilang tu dah susun.sampai kat 1 tempat.aku ternampak mak.aku bagitau tak nampak lagi simpul kasih.dok tak lama mak nampak dan tunjuk kat aku.terus aku ambik 1 bekas.pastu aku ternampak batang buruk lagi.aku ambik 1.selesai aku bayar.kami terus menuju ke eco shop bagan.

sampai di eco shop.aku terus mencari barang cuci.ada 3 yang aku jumpa.tapi span dan roll habuk tak jumpa.selesai mencari barang.aku beratur.mak pilih keronsang cantik cantik.selesai bayar...
* sakitnya hati.balik rumah malam tu aku buka lah keronsang.rupa rupanya bukan keronsang tapi subang.ishh yang hang pi buat subang besaq gedabak tu buat pa nama wei.nak pakai kat telinga.hodoh la.sampai aku sangka tu keronsang untuk bahu.cisss *

kami pi bundle mf mart pula.saja tengok barang barang best.tapi takdak yang best pun.ada lah selai dua aku berkenan tapi jarang plak dah.

kami teruskan perjalanan kami ke sunway carnival mall seberang jaya.punya lah lama nak cari parking.semua tempat penuh.biasalah time nak raya.dah tu plak tempat parking depa repair.lagi lah susah cari parking.last sekali kami parking dekat tepi pokok sebab ada kosong dan ramai yang buat camtu.dengan harapan tak kena kunci tayar lah.sebelum tu kami dah parking dekat 1 lorong tapi kena jalan jauh sangat.mak tak larat.aku berdoa semoga ada parking kosong.syukur lah dapat.

sampai dalam sunway.kami teruja ambik gambar dekat hiasan rumah melayu tema hari raya.suka tengok rumah tu.besaq dan luas tapi depa buat setakat ruang tamu saja.

beberapa minit kemudian kami masuk parkson.kami pilih kasut dan beg tapi 1 pun mak tak berkenan.tak lama pastu kami pun balik rumah.kalau ikut plan asal.kami nak pi mf mart kulim..eco kulim..kedai bahulu dan nursery kulim tapi mak letih sangat.kami pun ambik keputusan balik rumah dan sambungkan plan yang tergendala tu esok saja

sekian berita tamat

Jun 12, 2018

mencari baju raya -tema hitam-

aku baru lepas mandi.aku berehat di kusyen kegemaranku...

pagi tadi aku bangun 9 lebih.dengan mata masih mengantuk.aku serika t shirt kesukaan aku yang aku beli kat kedai murah dalam tesco.t shirt lengan panjang warna hijau+biru tulisan jepun.

selesai serika.aku mandi dan terus bersiap.aku dan mak ronda penanti.nak pi zon ria cari baju tapi masih tak buka.kami hanya dapat beli daging dan beras saja.

balik rumah semula.fatin sudah bersiap.kami bertiga naik myvi fatin terus menuju ke zon ria lagi sekali.jumpa dah baju melayu alif tapi size plak takdak.

kami teruskan perjalanan ke mydin mall.kat sana ada 1 baju kurung.baju warna hitam kosong kain corak batik.harga 40++ aku nak beli tapi fatin kata simple sangat.aku terus sangkut tempat dia balik.sambil belek.mak kata kalau serika elok la tu cantik jugak.

kami beli barang dapur skit.selesai bayar.mak dan fatin survey baju raya lagi.tak jumpa yang sesuai.kami pun bertolak ke tesco.

setibanya di tesco.kami usha baju lagi.pastu terus menuju ke kiosk abaya arab.kat situ mak dan fatin teruja mencuba baju.aku pun turut serta.

ada 1 baju aku nampak macam baju manisah watak umi aida dalam drama kesukaan aku makcun.tak sangka dengan aku padan.sebelum tu ada 1 baju aku cuba tapi singkat.kali kedua baru aku cuba baju macam manisah.tak sangka sesuai dengan aku dan selesa sangat.

entah macam mana.mak dan fatin suruh aku ambik ja lah baju tu sebab dah sesuai dengan aku.mak dan fatin tawar menawar.harga asal rm180.mak dan aku ambik sorang satu dapat lah 1 baju harga rm170.takpa lah.tanpa pikir lama.aku setuju beli abaya.

selama ni aku tak pernah lagi beli abaya dan harga baju raya yang mahal.tahun ni baju raya paling mahal yang pernah aku beli.

selesai di tesco.kami menuju ke zon ria bagan.kat situ kami jumpa baju raya alif.harga rm22 mak beli untuk alif.selesai tu kami terus balik rumah

sekian berita tamat

Jun 11, 2018

last day keja

masa ni aku baru lepas makan soq...

kemarin aku dengaq mak kata last niaga.masa tu aku happy sangat dengaq.tapi tengok tengok hari ni plak last niaga.alaa...

penat letih semua ada ni.dengan cuaca yang panas terik.baru 1 hari niaga pun dah rasa macam niaga 10 hari dah.

hari ni hari last niaga.pastu cuti..entah bila plak stat balik.aku kalau boleh memang dah takmau niaga dah tapi di sebabkan mak masih nak niaga.walaupun badan dia dah semakin lemah.terpaksa lah aku paksakan diri untuk niaga sama sama.

fatin plak masih tak mula fokus niaga COD.kami terpaksa lah teruskan aktiviti niaga kami macam dulu dulu.

kalau lah aku sesihat dulu.memang dah lama aku masuk keja kilang semula.tapi apa kan daya aku.dengan tubuh badan aku yang lemah tidak seperti dulu.terpaksa lah aku lupakan tentang keja kilang.

rindu sangat suasana keja kilang.setiap hari dapat jumpa kawan kawan.dapat plak kawan baik semuanya.lagilah bersemangat nak pi keja.

dulu masa aku keja kilang.memang aku ramai sangat kawan kawan.kalau lah aku masih keja kilang.mesti la ni aku tak rasa sesunyi macam la ni.

ya lah.aku niaga sendiri.mana lah jumpa kawan setiap hari.kawan kawan lama yang keja kilang dengan aku dulu.banyak dah kawin dan berpindah jauh.ada sesetengah masih menetap di tempat sendiri.lagipun dulu kawan kilang banyak dok jauh.banyak area perak dan sungai petani.

banyak kawan kilang aku dulu dah merantau jauh.ada yang bina kehidupan baru bersama keluarga baru.ada juga yang belum kawin tapi merantau.

bukan aku tak teringin merantau.tapi apakan daya.masa dan keadaan tak sesuai lagi.badan aku lemah tak macam dulu.aku ni plak asyik kena jumpa doktor setiap bulan.mana boleh dok jauh.kalau nak tranfer record kesihatan aku.memang masalah sangat.

eh kalaulah aku sihat.tempat yang aku teringin menetap adalah MELAKA.sebab apa aku pilih melaka.sebab aku suka tempat tu banyak tempat bersejarah.cantik permandangan dekat area kampung morten.kalau lah aku keja kat sana.dapat tinggal dalam kampung morten.mesti best gila.

tapi kalau aku merantau.keja apa saja yang aku boleh buat.rasanya aku nak cari keja kilang jahit.tak kisah lah kilang jahit kecil atau besar janji aku dapat keja dapat dok jauh merantau bebas macam orang lain.lalui kehidupan baru.cipta sejarah terindah kat situ.

tapi...tu semua hanya tinggal angan angan.apa lah boleh aku buat dengan keadaan diri aku yang serba serbi kekurangan ni.hanya mampu bertahan dan terus bertahan.

aku kadang cemburu tengok kawan aku atau orang lain dapat merasa hidup merantau bebas di tempat orang.pastu tiap kali cuti.rasa best sangat tak sabaq balik kampung.masa tu mesti nampak aku seorang yang sangat matang sebab aku hidup merantau.pandai berdikari.beza sangat dengan aku menetap dan berkerja di kampung halaman aku sendiri.

baru baru ni.aku mula hidupkan kembali hobi aku dulu yang semua orang tak tahu.aku suka melukis tapi aku tak berapa pandai melukis.aku cuba tapi tak sangka menjadi.tapi aku lukis doodle lah.bukan gambar permandangan atau gambar orang.

aku teringin sangat nak lukis doodle kat dinding.kalau lah dapat job lukis mural dekat dinding tembok bandar melaka.area kampung morten tu.alangkah best sangat.selain dari melaka.aku teringin nak lukis kat area tempat aku.macam penang street art.area bagan dan yang terbaru kulim.

dah..aku nak sambung tidoq.satni nak niaga...

sekian berita tamat

Jun 8, 2018

masalah kulit muka kembali pulih

masa ni aku berniaga.cuti banyak hari.ni baru mula niaga balik.5 hari kena bertahan.pastu cuti raya..

2 hari lepas.aku teman mak cari baju raya.pastu beli bahan nak buat kerabu meggi.fatin pesan..alang alang dah lalu kot area pencuci muka.aku pun cari lah safi manggis.tengok yang tinggal size kecil 50g.tengok harga rm4 berapa sen entah lupa tapi tak sampai rm5..eh rasa macam pelik.murah gila.rasa macam aku tengah shopping kat zaman masa sekolah menengah aku dulu plak dah. * tapi zaman sekolah aku tak pakai pencuci muka..seingat aku lah * mungkin harga brand safi lagi murah kalau zaman aku sekolah menengah.zaman tu hidup keluarga aku serba serbi tak cukup.nak pakai pencuci muka.jangan harap lah kan.

mungkin sebab gst pun dah takdak kot.harap sangat sebab takdak gst dapat harga asal macam dulu.jimat la skit duit aku ni.

balik rumah aku mandi terus guna pencuci muka safi manggis.lepas bilas dengan air.muka aku rasa bersih lincin dan lembut.padahal sebelum ni rasa kasaq.whitehead banyak.

setengah jam kemudian aku masih usap muka aku.tetap sama macam mula mula lepas cuci muka tadi.rasa kulit tetap lembut lembap dan lincin.aku harap sunburn aku akan hilang dan jadi warna sekata dengan leher aku ni.

berkali kali aku tukar pencuci muka.selalunya aku akan kembali pada safi manggis.rasanya takdak yang dapat bantu kulit muka aku ni selain dari safi manggis.

aku ni suka guna product yang murah berkesan dan mudah di cari.syukur muka aku ni serasi dengan safi manggis.pas ni memang takkan tukaq sebab dah malas betoi nak cari yang lebih baik.dapat yang sebaik safi manggis pun bersyukur sangat.

banyak sebab banyak kali aku tukar ke safi manggis.

- murah
- berkesan
- mudah di cari
- whitehead lambat tumbuh
- banyak yang aku guna.tapi safi manggis tetap setia membantu masalah kulit muka aku.

harap sangat aku setia dengan safi manggis.biar lah pencuci yang biasa biasa.asalkan bahan semula jadi.aku dah serik bertukaq pencuci muka.stress betoi dengan kulit muka aku.sampai berapa banyak brand aku tukaq.aku sendiri tak terkira.

sekian berita tamat

persiapan raya ala kadar

masa ni aku lepak dekat sofa kesukaan mak di tepi tingkap..

kemarin aku teman mak shopping baju dan kasut raya.aku teman mak pilih.sambil tu aku pilih baju raya aku.banyak yang cantik tapi harga dia toksah cakap la.bukan bajet aku lah.mahai sangat.

dalam banyak banyak design.aku berkenan baju kat dhia cotton dalam tesco tingkat atas tu..kedai dia baru buka.semua corak cantik dan menarik.aku nak beli sangat tapi masa tu mak tak beli jubah kesukaan dia lagi.

lagipun kami plan nak beli warna dark grey.tapi tu lah macam susah ja jumpa.ada jumpa semua lari bajet aku lah kan.kedai baju yang mak beli jubah mak tu.ada sepasang baju dark grey tapi kosong.simple sangat.macam baju hijau kenduri kawin kak ina dulu.

kalau plan keluarga aku jadi ikut tema dark grey.aku rasa kena ambik gak la baju kat kedai yang mak beli jubah.tapi kalau tema tak jadi.aku nak beli baju dhia cotton.

bab kembaq aku plak.memang aku tak beli apa apa sebab bajet aku tak cukup.tahun ni kami sekeluarga beraya ala kadar saja.semua serba sederhana.

selalu pun macam tu lah cuma.meriah dengan kuih raya buatan sendiri.yang beli pun ada.ada ketupat dan rendang.tapi tahun ni kuih raya semua beli.rendang ketupat dan lemang takdak.sebab takdak geng nak buat kuih raya.lagipun semua sibuk berniaga..camna kalut pun.aku tetap pasang pelita dan lampu liplap.sebab nak bagi rasa suasana raya.

sekian berita tamat

Jun 6, 2018

raya semakin dekat

masa ni aku baru lepas makan soq dengan mak..

kemarin kami bertiga bertolak jam lebih kurang 1.24 petang camtu.cuaca agak panas terik.tapi bila sampai sesetengah tempat.cuaca semakin teduh dan mendung.hujan rintik rintik sat saja.

kami balik ikut jalan hiway sebab dah lewat.kalau balik awal pagi memang kami akan ikut jalan lama dah.

sepanjang perjalanan tu.aku teringat paah.kembaq aku..aku balik tanpa bersalam dengan dia sebab aku terlalu sedih dengan keputusan yang dia buat.dia masih tetap nak tinggal di kl dengan alasan nak settle semua hutang dia.

sepanjang perjalanan aku mengantuk tapi aku cuba tahan sebab kalau aku tidoq.bila mangkit aku akan pening.akhirnya aku tertidoq juga tapi macam tak lama sebab tiba tiba dengar fatin sembang dengan mak lori terbalik dekat jalan sebelah.jem teruk.mula tu aku sangka lori yang depan kami tadi.sebab dia drive dalam keadaan bahaya.rupanya bukan..
kesian orang sebelah jalan.3 kemalangan berlaku.mesti semua berbuka atas jalan.

beberapa jam kemudian.kami masuk simpang jalan kampung.kami turun ikut taiping..dalam jam 6 lebih.kami bertiga singgah bazar ramadhan.aku tak pasti bazar dekat mana.mungkin sebelum sampai parit buntar kot.entah la tak pasti plak.macam macam kuih kami beli.

setibanya kami kat pekan parit buntar.pekan baru.kami terjumpa kfc dan kami pun berbuka kat kfc baru.selesai berbuka.kami bertiga teruskan perjalanan.

tiba di tanah liat.aku ternampak depan rumah orang masing masing dah pasang pelita.aku cemburu dan tak sabar nak pasang pelita.setibanya di rumah.aku tengok kot tingkap dapur..ohh jiran sebelah (kakna dan abang ki) tak pasang pelita lagi.hehee aku nak lawan dengan depa.selalu macam tu lah raya kami sekeluarga.baru lah meriah skit.

tapi tahun ni memang tak buat kuih raya sendiri sebab tahun tahun lepas pun takdak sapa mai pun.buat penat ja.kami beli kuih raya saja tahun ni.esok macam macam kami nak beli.

sebelah petang aku dan fatin setup pelita dan lampu liplap.kakina berdiam diri tanpa kabar berita.majok..

sekian berita tamat

Jun 4, 2018

surat untuk paah - kita semakin jauh

masa ni aku lepak di meja kecil hang paah..dekat ruang tamu rumah taman putra.

hari ni hang balik.lepak di atas dalam bilik hang.kadang aku rasa macam hang meluat dekat aku.kita dah la tak selalu jumpa.aku mai rumah hang.aku sangka kita dapat makan soq sama sama.berbuka sama sama tapi aku salah..semuanya tak seperti yang aku rancang.

bila aku mai rumah hang.selalu hang sibuk.kadang aku tertanya tanya.betul ka hang sibuk dengan keja hang tapi kenapa masa aku di kampung.hang selalu ja ada di rumah hang bila aku chat hang.

hari tu hang sendiri cakap.hang nak berubah demi allah.masa tu aku terlalu yakin dengan kata kata hang.aku cuba ikut macam mana kita plan.tiap hari niaga sama sama.tak lama kita niaga.hang kata nak balik kl ambik gaji.hang kata 2-3 hari nak ambik gaji.pastu hang nak balik kampung.

setiap hari aku tunggu hang tapi hang tak balik balik..tiba tiba hang kata.nak keja lagi kat kl untuk settle sewa dan bil bil lain.pastu hang ada interview di KLIA.masa tu aku kecewa sangat sangat.nampaknya hang memilih tinggal di kl.

tak sampai sebulan kita niaga sama sama.tapi hang dah mengalah..aku tau hang terasa hati dengan kata kata aku..aku minta maaf...hidup aku tak sempurna macam hang.hidup aku setiap hari niaga tengah cuaca panas.setiap hari dengar keluhan mak.setiap hari hadap mak bising sebab penat berniaga.setiap hari aku hadap benda yang sama bertahun tahun..
kehidupan aku sama.takdak beza...

ahkirnya....
hang memilih kehidupan hang di kl semula.

takpa lah paah.aku redha kalau hang lebih memilih dunia hang di kl dari dunia aku di kampung.dunia aku tak meriah dan seceria dunia hang.dunia aku penuh kesedihan..kesakitan..keperitan..kesunyian..

aku minta maaf sedunia lebih dari sedunia...

aku rindu hang sangat sangat tapi nampaknya kita tak sehaluan..kita semakin jauh...jauhhh sangat sangat

Jun 3, 2018

rindu kampung

masa ni baring kat ruang tamu rumah sewa kembaq aku.

hari ni badan aku kurang sihat.rasa macam nak demam lagi.harap sangatlah tak jadi demam.dah la banyak keja nak buat untuk persiapan raya.la ni dok kl plak.banyak hari dah.dok sini tak rasa langsung suasana posa dan nak raya.

kalau kat kampung rasa lah juga.aku rimas dok sini.tv pun tak rasa nak on.jadi malas nak layan rancangan tv.uis bosan lah.pi mana mana tempat semua jem.

aku harap sangat esok balik kampung.aku nak setup lampu liplap dan pelita.walaupun raya tak semeriah mana.aku kena bagi meriah juga.ya lah...dah nama pun raya.kalau tak berseronok masa raya.nak seronok masa bila?

masa pi niaga tiap hari dengan terik matahari kah? huh!

sekian berita tamat

Jun 2, 2018

aku teringin travel solo

masa ni dok lepak kat meja kecil ruang tamu rumah sewa kembaq aku.

sepanjang perjalanan aku dari penang ke kl.kami berempat guna jalan lama.nak berjimat dan juga tengok suasana kampung orang.

sepanjang perjalanan kami berempat.banyak yang kami sembang berkenaan plan travel ke setiap negeri.entah bila dapat ikut plan tu.dah lama sangat tak menjadi..tu kalau dengan keluarga aku lah..

tapi kalau aku sorang.aku plan lama dah.dari zaman aku keja kilang lagi.sebab apa aku pilih selain travel dengan keluarga aku..aku pilih travel secara solo?

sebab aku takdak kawan baik yang ramai sekepala dengan aku.semua kebanyakkan jenis spesis hidup untuk cari jantan dan kahwin..susahnya nak dapat kawan yang sekepala dengan aku.aku ada kembaq tapi kembaq aku sibuk dengan kehidupan dia.

aku pernah cari partner travel.masa keja kilang tapi masa plak tak sesuai.ya lah keja kilang.kalau cuti tak lulus.apa bleh buat.

kalau ikutkan aku memang ada partner travel sebab aku ada kembaq..huh...! tak mungkin lah kami berdua akan rapat macam si kembaq olsen dengan si kembaq kaulitz tu. *lupakan*

lagi 1 hal.kalau sorang sorang baru rasa bebas skit kan.ikut rentak hati.nak travel mana.ikut bajet sendiri.cuma satu hal yang kurang senang...#keberanian aku kurang..mungkin sebab aku kurang sihat kot? semangat diri tu menurun secara drastik.

plan aku nak travel ke negeri yang jenis banyak tempat bersejarah.setahu aku MELAKA *teringin nak jalan jalan kat kampung morten* memang banyak tapi tak cukup jauh lagi.kalau JOHOR jauh la.kalau ikut plan asal aku dulu.aku nak travel dari penang terus ke perak-pahang-negeri 9-melaka-johor.

tu plan lama aku lah.tapi la ni macam bertukaq skit sebab kat perak aku ada bff nama dia affy.kawan chef.aku kenal depa dua lama sangat tapi tak pernah jumpa.kakina dan fatin pernah jumpa affy.dia pas burger dia buat sendiri untuk aku makan.

plan terbaru aku.dari penang terus ke perak.stay mungkin 2 hari.pastu ke pahang dengan affy rumah chef.bawa chef ke melaka mungkin la.sebab aku nak lepak lepak dengan depa dua kat situ.sebab aku suka tempat tu cantik.tapi susah skit plan aku ni.macam tak berapa nak menjadi sebab chef kurang sihat.dia sakit lagi teruk dari aku.

mungkin aku akan travel dengan affy.tu pun kalau dia nak ikut lah.kalau dia takmau.aku ok ja pi sorang sorang sebab aku nak jumpa kawan aku seorang lagi nama dia ikin.dia asal negeri 9 tapi dia pindah ke melaka atas urusan kerja dia sebagai warden asrama sekolah.dia ni pun lama sangat dah kenal.

mak dia pernah call aku.masa tu aku kat hospital seberang jaya tunggu no giliran.kami sembang lama juga la.masa sembang tu..aku tiba tiba teringat keluarga ana...entah apa kabar berita depa..bukan aku tak rindu dan bukan aku takmau pi tapi keadaan tak mengizinkan..

berbalik pada cerita asal..kat melaka aku boleh lepak dengan ikin mungkin 1 hari kat melaka.hari ke dua aku nak pi negeri 9 dengan ikin jumpa keluarga dia.mestilah tidoq sana.tapi tak pasti lah berapa hari.aku kalau ikut hati nak dok lama skit tapi tak tau lagi keadaan sana ok ka tak.mungkin aku ikut ikin saja kot.kalau dia balik melaka.aku ikut dia.

pastu stay 1 hari jalan puas puas.pastu kalau bajet cukup.aku patah balik ke pahang atau perak.nak jumpa geng bff aku.pastu kalau bajet masih juga cukup.aku nak terus pi perlis.aku nak pi langkawi.nak stay 1-2 hari.
selesai semua.aku terus balik penang.

tak sabaq nak jumpa depa semua.kalau boleh setiap negeri aku nak beli 1 barang.tak kisah lah jenis apa pun.tapi yang pasti barang tu tak mahal.aku nak buat kenang kenangan.

sebelum travel aku kena pastikan ada camera khas untuk vlog dan ambik gambar.

sebelum aku travel.aku kena atuq plan betoi betoi kemas.sebab nak bagi perjalanan aku lancar pi dan balik.

sekian berita tamat

berbuka puasa di rumah cikmah

masa ni pagi..aku sarapan burger mcd sebab cuti posa..aku dok kat dapur rumah paah.

2 hari lepas.kami bertiga..mak.fatin dan aku pi negeri 9.kami pi rumah cikmah.setibanya kami di tesco lukut.kami tak jumpa rumah baru cikmah tu.kami terpaksa tunggu depa mai jemput kami.anak cikmah yang nama pon.dia yang mai ambik kami dan tunjuk jalan.

time tu hampir hampir orang azan mahrib.masa untuk berbuka posa.setibanya kami di deretan rumah rumah kecil.kami berhenti di hadapan rumah berpagar kuning.kami turun dan aku rasa teruja sangat tengok rumah cikmah...comel dan ceria.

rumah sewa baru cikmah tu kecik ja tapi best sebab dekat sangat dengan tesco lukut.2 minit rasanya nak pi tesco.sebab sebelah rumah ja.depan rumah ada jalan besaq.pastu ada sekolah menengah.jalan jauh beberapa saat ja dah sampai giant.

lepas berbuka kami semua lepak kat luaq rumah..tak lama lepas mahrib.aku dan fatin meronda dalam tesco.saja tinggai mak sembang puas puas dengan cikmah.

masa dalam tesco.fatin ajak singgah mr diy sebab nak tengok casing hp dia.ada la beberapa minit dia cari sambil aku ronda juga cari apa apa kot berminat.

selesai fatin pilih casing dia.aku tunggu di depan mr diy.pastu ternampak lah orang dok pilih pilih kat kiosk emas korea.aku terpikir lah nak pi usha.kot berkenan.selesai fatin bayar casing hp dia.aku terus ajak dia pi tengok emas korea.

fatin pun laju saja pi.ingatkan dia tak berminat.rupanya dia pun suka.siap dia try lagi aku cuma tenung cincin saja.fatin tak leh pegang cincin sebab dia dok pegang beg dia dengan casing baru beli.dia suruh aku sarungkan cincin bentuk bunga besaq.

cantik...tapi aku tak minat sebab bunga dia besaq.aku pilih bentuk crown atau bintang tapi takdak plak.yang jumpa pun crown ada lambang salib.aku suka design simple dan unik.lepas selesai memilih dan tak berkenan.kami pun berjalan sambil survey baju raya.sampai dekat foodcort.aku ternampak lagi kiosk emas korea.aku suruh fatin pi duduk dulu kat foodcort.

sampai kat kiosk emas korea.aku ralit memilih design cincin.tapi tak banyak yang tinggal.tanya budak jual tu dia kata stok sampai minggu depan.

huh aku pun dah nak balik.takleh lah mai beli.aku ingat dapat lah aku beli untuk kenangan mai negeri 9.masa dok belek tu.aku terjumpa 1 design bunga kecik dan comel.cincin tu sebenaqnya untuk kanak kanak tapi memandangkan jari aku pun kecik kurus macam jari kanak kanak.aku pun try lah dekat jari kelingking.

hehe padan lah pulak tapi masa tu perasaan nak beli masih keliru.aku tak rasa nak beli sangat.aku dok pikir juga.kalau bunga daisy aku mau lah.tu bunga apa entah tapi seakan bunga sakura.entah lah kan tak pasti lah pulak.

aku tak jadi beli.aku pi tanya fatin yang dok bergayut hp dengan kawan dia.aku bagi tau yang cincin tak banyak.fatin pun kata takyah.kita cari tempat lain ja lah.

tak lama pastu.fatin tunjuk kat aku gelang dia.katanya kawan dia (lelaki) bagi kat dia.order dari korea.tunggu ja hadiah dia sampai..aku teruja tengok sebab gelang tu memang aku pun minat juga.tengok dalam fb ada orang jual tapi mahal lah.besa lah kan dah cantik.memang cantik sangat.gelang tu simple.batu hiasan dia bebola yang bercahaya pada waktu malam.nampak macam bentuk planet.

hari ni ajak fatin pi tesco.entah la dia mau ka dak pi.nak cari emas korea.tapi kalau dia tak pi.aku balik cari kat penang ja lah.

teringin lah..kalau boleh tiap kali jalan jalan jauh.aku nak beli 1 barang untuk kenangan.tak kisah barang apa tapi biaq lah murah.sebab kena jimat duit la kan.sebab tu aku nak cari asesori saja.terpikir nak beli emas korea saja lah masa kat negeri 9 tu. tapi nak buat camna.design tak cantik.

sekian berita tamat