nuffnang ads

Jun 13, 2018

aktiviti hari ini

masa ni aku lepak di kusyen kegemaranku sambil minum kopi.tengok tv dan sembang dengan mak dan abang.

aktiviti aku hari ni..

aku dan mak pi kilang kacang.setibanya aku di kilang.aku terus menuju ke tempat susunan simpul kasih yang mak teringin tu.tiba tiba lain yang aku nampak.kuih nanas.lebih kurang biskut tat nanas la.aku pun cepat cepat ambik..* sedap boleh tahan rasa dia *

aku teruskan berjalan mencari simpul kasih.jalan plak kena ikut lorong laluan yang kilang tu dah susun.sampai kat 1 tempat.aku ternampak mak.aku bagitau tak nampak lagi simpul kasih.dok tak lama mak nampak dan tunjuk kat aku.terus aku ambik 1 bekas.pastu aku ternampak batang buruk lagi.aku ambik 1.selesai aku bayar.kami terus menuju ke eco shop bagan.

sampai di eco shop.aku terus mencari barang cuci.ada 3 yang aku jumpa.tapi span dan roll habuk tak jumpa.selesai mencari barang.aku beratur.mak pilih keronsang cantik cantik.selesai bayar...
* sakitnya hati.balik rumah malam tu aku buka lah keronsang.rupa rupanya bukan keronsang tapi subang.ishh yang hang pi buat subang besaq gedabak tu buat pa nama wei.nak pakai kat telinga.hodoh la.sampai aku sangka tu keronsang untuk bahu.cisss *

kami pi bundle mf mart pula.saja tengok barang barang best.tapi takdak yang best pun.ada lah selai dua aku berkenan tapi jarang plak dah.

kami teruskan perjalanan kami ke sunway carnival mall seberang jaya.punya lah lama nak cari parking.semua tempat penuh.biasalah time nak raya.dah tu plak tempat parking depa repair.lagi lah susah cari parking.last sekali kami parking dekat tepi pokok sebab ada kosong dan ramai yang buat camtu.dengan harapan tak kena kunci tayar lah.sebelum tu kami dah parking dekat 1 lorong tapi kena jalan jauh sangat.mak tak larat.aku berdoa semoga ada parking kosong.syukur lah dapat.

sampai dalam sunway.kami teruja ambik gambar dekat hiasan rumah melayu tema hari raya.suka tengok rumah tu.besaq dan luas tapi depa buat setakat ruang tamu saja.

beberapa minit kemudian kami masuk parkson.kami pilih kasut dan beg tapi 1 pun mak tak berkenan.tak lama pastu kami pun balik rumah.kalau ikut plan asal.kami nak pi mf mart kulim..eco kulim..kedai bahulu dan nursery kulim tapi mak letih sangat.kami pun ambik keputusan balik rumah dan sambungkan plan yang tergendala tu esok saja

sekian berita tamat

No comments: