nuffnang ads

Jun 11, 2018

last day keja

masa ni aku baru lepas makan soq...

kemarin aku dengaq mak kata last niaga.masa tu aku happy sangat dengaq.tapi tengok tengok hari ni plak last niaga.alaa...

penat letih semua ada ni.dengan cuaca yang panas terik.baru 1 hari niaga pun dah rasa macam niaga 10 hari dah.

hari ni hari last niaga.pastu cuti..entah bila plak stat balik.aku kalau boleh memang dah takmau niaga dah tapi di sebabkan mak masih nak niaga.walaupun badan dia dah semakin lemah.terpaksa lah aku paksakan diri untuk niaga sama sama.

fatin plak masih tak mula fokus niaga COD.kami terpaksa lah teruskan aktiviti niaga kami macam dulu dulu.

kalau lah aku sesihat dulu.memang dah lama aku masuk keja kilang semula.tapi apa kan daya aku.dengan tubuh badan aku yang lemah tidak seperti dulu.terpaksa lah aku lupakan tentang keja kilang.

rindu sangat suasana keja kilang.setiap hari dapat jumpa kawan kawan.dapat plak kawan baik semuanya.lagilah bersemangat nak pi keja.

dulu masa aku keja kilang.memang aku ramai sangat kawan kawan.kalau lah aku masih keja kilang.mesti la ni aku tak rasa sesunyi macam la ni.

ya lah.aku niaga sendiri.mana lah jumpa kawan setiap hari.kawan kawan lama yang keja kilang dengan aku dulu.banyak dah kawin dan berpindah jauh.ada sesetengah masih menetap di tempat sendiri.lagipun dulu kawan kilang banyak dok jauh.banyak area perak dan sungai petani.

banyak kawan kilang aku dulu dah merantau jauh.ada yang bina kehidupan baru bersama keluarga baru.ada juga yang belum kawin tapi merantau.

bukan aku tak teringin merantau.tapi apakan daya.masa dan keadaan tak sesuai lagi.badan aku lemah tak macam dulu.aku ni plak asyik kena jumpa doktor setiap bulan.mana boleh dok jauh.kalau nak tranfer record kesihatan aku.memang masalah sangat.

eh kalaulah aku sihat.tempat yang aku teringin menetap adalah MELAKA.sebab apa aku pilih melaka.sebab aku suka tempat tu banyak tempat bersejarah.cantik permandangan dekat area kampung morten.kalau lah aku keja kat sana.dapat tinggal dalam kampung morten.mesti best gila.

tapi kalau aku merantau.keja apa saja yang aku boleh buat.rasanya aku nak cari keja kilang jahit.tak kisah lah kilang jahit kecil atau besar janji aku dapat keja dapat dok jauh merantau bebas macam orang lain.lalui kehidupan baru.cipta sejarah terindah kat situ.

tapi...tu semua hanya tinggal angan angan.apa lah boleh aku buat dengan keadaan diri aku yang serba serbi kekurangan ni.hanya mampu bertahan dan terus bertahan.

aku kadang cemburu tengok kawan aku atau orang lain dapat merasa hidup merantau bebas di tempat orang.pastu tiap kali cuti.rasa best sangat tak sabaq balik kampung.masa tu mesti nampak aku seorang yang sangat matang sebab aku hidup merantau.pandai berdikari.beza sangat dengan aku menetap dan berkerja di kampung halaman aku sendiri.

baru baru ni.aku mula hidupkan kembali hobi aku dulu yang semua orang tak tahu.aku suka melukis tapi aku tak berapa pandai melukis.aku cuba tapi tak sangka menjadi.tapi aku lukis doodle lah.bukan gambar permandangan atau gambar orang.

aku teringin sangat nak lukis doodle kat dinding.kalau lah dapat job lukis mural dekat dinding tembok bandar melaka.area kampung morten tu.alangkah best sangat.selain dari melaka.aku teringin nak lukis kat area tempat aku.macam penang street art.area bagan dan yang terbaru kulim.

dah..aku nak sambung tidoq.satni nak niaga...

sekian berita tamat

No comments: