nuffnang ads

Jan 8, 2016

Minggu orientasi reezmika di giatmara bm

Masa aku taip cerita ni.mata aku ada rasa ngantuk skit sebab siang tadi terlalu banyak aktiviti dari hari pagi khamis sampai petang jumaat terlalu sesak rasanya aktiviti pelatih giatmara bm ni..kami semua dapat tidoq masa geng laki solat jumaat saja.kami terlena tak sedar sampai kul 2 lebih.

Hari pertama minggu orientasi 4/1/2016 aku pi giatmara awal pagi dalam kul 8 pagi.nasiblah aku tak lewat untuk lapor diri.tak sangka plak yang hari lapor diri tu 1 hari.
Letih la juga walaupun dok atas bangku dengar taklimat.
Selama 1 minggu orientasi banyak dalam dewan saja adalah skit skit aktiviti luar dewan.
☆ Kemas transit untuk pelatih yang dok asrama..(aku..nurul..tasya..esya akan dok asrama)
☆Kawad pagi...
☆Kupas nyiok untuk masak nasi dalam tempurung...
☆merangkak bawah pagar kawat..lompat tayar.bergayut di besi..bergayut tali macam monyet (aktiviti ala army)
Aku geram masa dekat bergayut di besi dan bergayut di tali aku gagal.try 2 kali bergayut di tali tapi gagal.
Masa dekat aida paling lawak.dia tak berani takut jatuh dalam air lopak.pegurus nak selamatkan dia last last pengurus pun terjatuh sekali.masa tu semua orang gelak.aku pun gelak sekuat hati lah.

☆malam tautan kasih kot kalau tak silap aku tajuk dia.kami semua kena buat bulatan pastu dok selang seli.husna kata mungkin depa panggil ibu bapa kot.
Aku pun tertanya tanya betoi ka.tak lama kami tunggu.ada lah sekumpulan ibu bapa mai.
Dalam hati aku terdetik lah.mak mai gak ka.mak mai sorang ka dengan kai ka entah lah.
Sampai semua dewan dah penuh.aku tunggu mak tetap tak muncul.aku dah agak dah mak memang tak akan mai.
Selalu mak tak larat.takpa lah.
Aku tumpang gembira dan sedih bila dapat tengok kawan kawan aku masing masing peluk ibu bapa depa.Masa tu aku rasa terharu dan sedih.
Dah selesai semua hal.ada plak cikgu bagitau yang kami kena bangun masuk dewan kul 3 pagi.
Masa tu kami semua tertanya tanya aktiviti apa plak kul 3 pagi.
Ada yang tertidoq.ada yang tak termasuk lah aku.
Mengantuk dia hanya tuhan yang tahu.pening letih semua ada.kul 3 pagi dah tiba.pastu en aziz kata kena masuk dewan kul 3.30 plak dah.tapi kami malas tunggu lama.kami semua pakat lepak awal di dewan.
Aktiviti pagi tu hanya kena tulis mohon kemaafan dan tekat untuk ibu bapa masing masing saja.

Kami semua kena buat aktiviti pagi
Kupas nyiok pastu masak nasi dalam tu.
Masa kupas nyiok tu aku dah putus asa sebab aku takdak tenaga.tapi lama lama aku gergaji buang tudung buah nyiok.akhirnya berjaya jugak.syukur tapi group kami (geng gempak) gagal sebab banyak nasi jadi mentah.
Tu saja cerita minggu orientasi aku..aku sendiri pun masih tak percaya yang aku dapat sambung belajar kemahiran.
Selama ni aku dapat baca kisah orang lain tapi kali ni aku dapat taip kisah aku sendiri plak untuk kongsi cerita masa dalam giatmara bm.

Sekian berita tamat

No comments: