nuffnang ads

Dec 27, 2018

interview

masa ni aku baru sudah whatsapp kilang jahit...POLO dan NHE..

kemarin kak ina bawa aku pi interview.mula tu rasa debar lah juga.lama lama rasa teruja harap dapat keja situ.tapi selepas aku dengar orang yang interview tu bagi penerangan...

pekeja kami bukan keja tetap di sini saja.kita orang selalu travel..kadang ada event kat sungai petani..ipoh..kuala lumpur dan sabah sebab mengikut cawangan..

syokkan kalau aku dengar semua tu masa aku masih sihat dan ada skuter aku tu..tapi apa boleh buat.semua tu rasa macam tak sesuai dah dengan aku.masalah aku 2 sebab..pertama aku takdak transpot..ke dua aku kerap jumpa doctor..susah la kalau travel ikut depa..

bila balik rumah aku pening kepala semalam tak dan pikir hal keja..hari ni aku dah pikir masak masak dah.aku nak keja kilang jahit lain..keja kilang aku pi kemarin tu macam terlalu terikat dengan keja depa.bukan fokus menjahit saja.tapi fokus buat kerja luar juga.aku dah tak boleh keja terkejar sana sini sebab aku tak macam dulu.aku tak sihat..bertuahnya aku yang dulu kan..

aku dah serasi keja kilang yang biasa tapi bukan kilang swasta kemarin tu.sebab keja dia tak fokus jahitan tapi fokus semuanya sale luar pun kena buat.penat aku memang tak boleh dah macam tu..

tadi sebelum aku menaip kat blog.aku ada whatsapp orang tanya pasal keja kilang.mula tu aku tanya kilang nhe dan butik anak comel..butik balas bagitau dia dah tutup cawangan perda..aku terus delete nombor fon dia.

berapa minit kemudian kilang nhe plak balas.tanya nama..kemahiran jahitan aku dan asal aku.aku dah balas tapi diam plak dah..

lepas tu aku whatsapp kilang baju polo..diam lagi..aku berkenan keja kilang polo sebab time keja tu 7.30-4 petang.keja mesti la 5-6 hari.mesti cuti hari ahad.tak macam kilang swasta kemarin aku pi tu.isnin cuti...lagi pun aku dah serasi situasi kilang biasa biasa ni.kalau jahit fokus jahit saja.tak macam kilang kemarin tu sampai nak kena buat keja luaq pulak.

harap tahun depan aku dah stat keja kilang semula...

sekian berita tamat

Dec 22, 2018

target aku tahun 2019

masa ni aku baring kat ruang tamu menghadap pintu pagar depan yang berhampiran dengan jalan mini tar sebelah rumah..cuaca cantik..teduh tapi sedikit rasa haba sebab tadi panas...

ternampak keta orang lalu..terbayang keta aku nanti..hehe tak sabarnya nak beli.tak lama dalam beberapa hari saja lagi.tahun 2019 bakal tiba.azam aku macam biasa lah.aku nak tunaikan azam azam aku yang tertangguh..insyallah..

rabu ni aku nak pi interview kilang jahit epal.aku sepatutnya pi dengan kawan lama aku tu.tapi dia macam selalu buat suprise saja aku tengok.time tak pi lagi.teruja dia lebih dari aku.tapi bila tiba masanya..dia diam seribu bahasa..masalah bagi aku kalau dia selalu buat macam tu.camna aku nak pi keja dengan dia tiap hari macam ni..takleh harap dia lah..baik aku pi sendiri..

kekok..memang aku kekok sebab dah lama tak keja dengan orang.bertahun tahun benti keja kilang.aku niaga dengan mak.harap semua urusan aku di permudahkan allah..

bila aku call sendiri bos kilang.dia kata mula keja jam 9.30 pagi - 7 petang.sempat la aku naik bas pi tempat keja.lega hati aku dengar.asrama mesti la takdak sebab kilang tu kecik ja.nak dapat bilik sewa secepat mungkin memang susah.aku plak tak cukup duit kena bayar deposit.

lega la.aku boleh ulang alek pi keja dok rumah.ikutkan hati nak dok sewa bilik juga walaupun aku tau semua tu membazir duit sewa.tapi kadang aku macam terpaksa keluar dari rumah sebab rumah aku dah tak aman..aku sedih sangat..sangat..

aku berharap sangat tahun 2019 hidup aku semakin bersinar sinar..aku ada keja tetap..aku ada keta..aku nak sangat ronda...banyak tempat aku nak pi.aku nak ronda sp..jumpa kawan kawan aku..aku nak pi taiping jumpa affy..joging kat tasik taiping..pi pahang jumpa chef..tak sabarnya nak lalui semua planing aku tu..

tapi sebelum aku dapat beli keta. aku tau masih lama nak tunggu cukup duit..aku nak pi sp time cuti.lama sangat tak pi.rindu plak suasana tempat tu.boleh jumpa kawan kawan aku kat kola muda.boleh lepak pantai merdeka dengan maziah.kalau boleh dengan ina sekali..

sekian berita tamat

Dec 20, 2018

tergendala kerana seorang kawan

masa ni baru lepas solat...

sepatutnya hari ni aku pi tanya pasal keja dengan kawan aku..aku bangun awai teman kakina dan anaqi pi klinik..balik dari klinik kawan aku tak sms aku pun.dari semalam aku whatsapp tapi diam membisu..

tak sangka betoi dia masih dengan perangai mengarut macam tu lagi..aku dok agak dah apa akan jadi bila harap dia mai ambik aku..sakitnya hati aku hanya tuhan yang tahu.macam tu lah bila takdak transpot sendiri.nasib aku lah...

masa aku balik dari klinik.dia bagitau dia dah call tuan kedai.suruh pi interview jam 2.30 petang..tapi 2.45 petang kawan aku tak sampai lagi depan pintu rumah aku.bila sms dia balas whatsapp dekat no lain.pening aku dengan perangai kawan aku sorang ni.dia kata handphone dia ada masalah.entah la malas pikir.buat sakit hati aku saja.

tiba tiba dia kata tuan kedai suruh mai esok.dah la penat tunggu cina kedai tu call.dia bersiap jam 11 tengah hari *konon* cina tu sibuk konon pi gudang ambik stok kain.entah betoi ka dak aku tak pasti.aku tak puas hati.aku cari no ofis.aku terus call dan tanya serba sikit.orang tu suruh interview hari rabu.takpa lah.aku pi sorang lah senang.payah tumpang orang ni.hari interview pun dah buat perangai...

entah kenapa lah aku selalu dapat kawan yang mengarut macam ni.paling aku tak suka jenis tak tepati masa..tipu..bila susah baru cari aku..aku benci sangat orang macam tu..benci gila..

aku dah bagitau dia yang aku tak pi esok sebab kena teman kak aku..lantak dia lah dia nak pi sorang pun..masa berjanji..teruja sangat mengalahkan aku..tapi time nak tunaikan janji tu lah dia buat hal tak tepati masa.dah tu bleh plak diam..dah la whatsapp tak masuk masuk.aku pikir mungkin takdak internet kot..

aku sms pun tak balas.apa tah lagi kalau call plakk..call pun tak dapat..hahaa lawak betoi perangai kawan kawan aku ni..aku perati ja perangai depa semua..

rabu ni aku pi sorang.lantak dia lah dia nak join ka dak.malas dah nak kawan manusia jenis tu.benci sangat.lagipun aku dah bagitau dia yang aku terdesak sangat nak keja.harap dia faham..tak faham pun buat buat faham sudah..

sekian berita tamat

Dec 18, 2018

kisah hari ini

masa ni aku lepak kat ruang tamu...

pagi ni aku bersiap siap nak pi bsn..beli benang..cari kain net kat kamdar..cari losyen pelangsingan..
aku bersiap awal tapi tengah hari baru bertolak sebab tunggu handphone aku cas...

lama juga aku tunggu rapid..rasanya macam sejam dua aku berdiri tunggu rapid.tak lama kemudian.rapid pun sampai.aku masuk di dalam perut rapid..

setibanya aku di summit mall bukit mertajam.aku turun dari rapid.terus menuju ke destinasi pertama iaitu bsn..masa dalam perjalanan sebelum sampai bsn.aku ternampak lori ayza park dekat tepi jalan depan bomba.terus aku ambik gambar dan selepas selesai semua keja aku..baru hantar dekat ina dan maziah sahabat aku...terlalu banyak kenangan kami bertiga lepak dalam lori ayza..

setibanya aku di bsn..aku tak bawa buku bsn pulakkkkk cek oii!! tapi takpa lah.aku check duit bsn dan maybank.syukur boleh gak bok keluaq skit.tapi esok aku keluaq mai bsn lagi.

selesai bab bsn.aku terus menuju ke destinasi seterusnya..beli benang.selesai beli benang.aku lintas jalan masuk kamdar.ikutkan hati kalau ada duit.aku nak beli banyak banyak kain.tapi apa boleh buat duit tak ramai lagi..insyallah tak lama lagi ramai la..

destinasi seterusnya..dalam 15 minit kemudian.aku pi beautra.nak cari losyen perlangsing tapi takdak yang berkenan.aku pi kamdar semula.tunggu kot kot kakina nak order kain net.dah kakina takmau aku pun teruskan ke destinasi seterusnya..gerai makanan dekat pekan sebelah mara.orang ramai tak dak tempat aku nak duduk.berapa minit kemudian aku terpandang 1 kerusi kosong.nampak sorang laki berbaju kemeja dok pegang kerusi tu.aku dah terpikir nak dok situ dah sebenaqnya.masa tu aku dok beratur nak order cendol pulut.lepas order.aku pi dekat gerai air.tunggu beberapa minit aku order kopi ais.lepas tu terus duduk kat kerusi yang laki berbaju kemeja tadi dok pegang tu...heheehe nasib lah..

tak lama kemudian.laki berbaju kemeja tu muncul dan duduk depan aku sebab situ ja kosong.elok dia duduk tak lama kemudian.orang meja sebelah pun bangun..aku nampak cara dia macam segan.dia nampak macam nak ubah tempat duduk tapi tak jadi..hahaa

tengah layan cendol pulut.pakcik sebelah panggil dia suruh tengok kucing dok tidoq bawah meja makan.duduk cara tergantung dekat tempat letak kaki.aku pun tengok juga dan tergelak.laki tu pun tengok.tak perasan la dia gelak dak.

setengah jam kemudian.aku dah abiskan menu tengah hari aku..aku bayar dan teruskan perjalanan ke mall summit.setibanya kat mall.masuk cari barut untuk anaqi tapi takdak size besaq plak dah.aku pun turun tunggu bas rapid.tak lama sangat aku tunggu.rapid sampai aku pun naik..

setibanya di rumah..aku pun rehat beberapa minit..mandi..solat dan menaip blog..

sekian berita tamat

Dec 16, 2018

kehidupan dulu lebih indah

masa ni aku lepak kat ruang tamu..sambil melihat hujan di luar rumah..lapaq pulak..aku ingin mencari sesuatu di dapur untuk menu petang aku..

boleh di katakan setiap hari aku terkenang kenangan aku dulu.zaman kanak kanak..zaman remaja dari sekolah menengah sampai ke zaman kerja..semuanya indah indah belaka tapi..lepas aku sakit...bermulalah sejarah sedih hidup aku...satu persatu masalah yang datang..itu lah hakikatnya hidup di zaman

sampai lah ke saat ini..masih lagi dalam di belenggu segala duka...

insyallah semua akan kembali pulih

sekian berita tamat

selesaikan apa yang tertangguh

masa ni aku baru lepas makan nasi gulai terong bersama ikan sardin goreng.makan dengan kakina.

aku dah cukup penat nak cari duit dengan perniagaan kuih.sebab aku rasa aku takda masa depan..ya lah aku hanya makan gaji niaga.kadang kadang niaga semua sebab masalah cuaca dan kesihatan aku tak menentu.

takpa lah..dah tiba masanya aku keluar mencari rezeki makan gaji dengan orang.tapi yang jadi masalah utama..aku takdak tranport.kalau pi kilang kecik memang takkan ada van.kalau kilang sebelah penang pun takdak tapi ada asrama..

bila selalu jadi masalah kat rumah.kadang aku rasa nak dok asrama pun ada.nak ajak kawan aku.mestilah dia tak boleh sebab dia ada anak.aku malas sebenarnya nak dok asrama sebab mesin mesin jahit aku tu kena on kadang kadang sebab takut jem.jenuh hantar kedai lagi sekali..satu hal lagi.aku kena kerap jumpa doktor.bab cuti tu macam susah la aku kena naik bas balik ke sebelah bm..
lepas tu..tiada lagi cycling day..basikal aku tu kena lah jual.

tengok lah keadaan macam mana.kalau basikal dan mesin jahit aku dah jual.mungkin aku akan cari bilik sewa dekat dengan tempat keja.boleh jalan kaki saja mai keja.senang cerita kan.selalu aku dapat mai keja tepati masa.

pasal basikal aku plak.kena cuci dan promote kat fb.harap ada yang membelinya secepat mungkin..ada pun takdak sapa teringin nak naik.hanya aku sorang saja.

semoga planning aku kali ni berjaya..

sekian berita tamat

Dec 15, 2018

sentiasa rindu

hari ni aku sengaja nak cerita pasal kawan lama.seingat aku kami dah tak berhubung stat aku keluar dari mahlin.masa tu seingat aku tahun 2004.

aku ni sekadar bayang bayang masa silam dia saja.pernah sekali dia tuduh aku cuba rampas kekasih dia.sedangkan aku yang kenalkan dia dengan kekasih dia yang merangkap kawan aku juga.

kadang aku rasa pelik sangat.kenapa dia pikir macam tu.hemm entah lah.mungkin dia rasa aku ni pengacau hidup dia ketika dia sedang bahagia kot.mungkin la kan..sebab aku selalu tanya dia nak pi mana..nak keluar dengan sapa..

aku tanya bukan sebab aku ni suka menyebok hal dia.aku tanya sebab aku nak ikut.ya lah aku segan la dok rumah dengan family dia masa dia takdak kat rumah.aku nak ikut dan takdak niat nak ganggu dating dia.depa dating aku dok la kat lain.alaa macam tak pernah buat macam tu sebelum ni..siap halau aku lagi.tak halau dengan mulut tapi cara depa tu memang halau aku.masa tu aku rasa tersinggung sangat sangat..

4 tahun kemudian aku menghilang tanpa khabar berita.masa sampai rumah dia.langsung tak terkejut pun bila aku sampai.aku tidur rumah dia haritu.sebelah petang.mak dia suruh la bawa aku ronda pantai..

kami pun naik lah skuter aku.dia yang bawa.katanya dia teringin nak try bawa.aku pun tak kisah lah sebab aku pun tak berani nak bawa orang.setibanya kami di satu kampung.tiba tiba ada sorang dok sebelah kami.dia pun naik moto.rupanya dia adalah kekasih kawan aku.lamanya depa bercinta..

yang aku rasa amat tersingung.aku tegur kekasih dia yang dulu tu kawan aku.dua kali aku tegur tapi dia buat taktau saja.sungguh aku tak sangka sangat sangat sampai macam tu sekali noh.aku agak la.mungkin kawan aku dah warning kat kekasih dia.tak bagi sembang dengan aku..mungkin..orang bercinta ni memang akan berubah 100℅ kah?

sampai dekat pantai.kawan aku tu tak sabar nak dating.sedangkan setiap hari depa dating mak dia kata..tak jemu jemu orang bercinta dating noh.aku ni kawan lama yang dah 4 tahun tak jumpa.hang tak rindu ka nak sembang dengan aku macam dulu dulu?...hang tak nampak ka aku ni dok dekat dengan hang? dok nampak kekasih saja..kekasih hang tu dekat ja dengan hang.bukan macam aku jauh..

ohh mungkin kekasih hang yang tak jumpa hang 4 tahun kot..maaflah aku lupa..

malam tu aku nak sangat sembang dengan dia.tapi dia sibuk main handphone.aku tidur lah sebab takmau ganggu dia.keesokkan hari tu.aku bangun awal pagi.lepas sarapan dengan mak dia.aku minta diri dulu sebab ada hal..sebenarnya aku takdak hal apa pun sebab aku cuti.memang niat aku nak isi masa dengan kawan baik aku dulu.

aku sangka kan dia rai lah aku mai jumpa dia..tapi..aku salah tafsir.dia langsung tak pandang apa yang aku buat untuk dia...takpa lah..
masa tu aku bawa skuter aku balik dengan hati yang kecewa...kawan yang tak hargai aku langsung..

lepas berapa bulan kemudian.dia kahwin dan bagitau aku..adik dia kahwin pun bagitau aku tapi tak jemput pun aku..ya lah siapa lah aku ini...bukan siapa siapa pun..

hari aku pi rumah dia.aku pi dengan kawan sekampung aku.masa sampai rumah dia.sedih aku tengok keadaan family dia.mak dia sakit.ayah dia dah kurus kering dah.ayah dan mak dia bagitau aku yang anak kawan aku tu depa mengasuh.punya lah nakal.ishh kesian aku tengok dah la mak ayah dia tak sihat.kena plak ngasuh anak anak dia.

dalam 10min -15min kawan aku mai rumah family dia..dia sewa selang 2 rumah ja kalau tak silap aku.dia layan aku sama macam dulu..penuh kebencian...tak lama aku sembang.pastu aku minta diri balik rumah..

entah apa khabar family dia tak pasti sebab lost contact.harap semuanya ok ok saja...

sekian berita tamat

kenduri lagi

masa ni aku baru lepas makan nasi bersama ikan masak asam kakina masak..

semalam aku kalut jahit kurung kedah.hari ni kenduri zakiah anak paksu leman kahwin.kurung kedah yang aku jahit tu tak cukup selesa..hemm...takpa la.lepas ni aku nak jahit kurung kedah tapi guna size blause yang padan dengan aku.

bab kenduri tu..bagi aku masakkan gotong royang kali ni.tak berapa best.tapi aku tetap enjoy makan nasi gulai daging.daging masak merah dan laksa.

cuaca elok tapi tiba tiba hujan.lepas dah benti hujan kami terus menuju ke rumah kenduri yang berdepan dengan rumah kami saja.

sampai di tempat kenduri.orang ramai dan meriah macam selalu tiap kali kenduri kampung petani macam tu lah keadaannya.

la ni rasa menyesal plak tak ambik roti arab..hemm tiba tiba teringin plak.tadi masa kat rumah kenduri bukan tak mau ambik tapi dah terlalu kenyang.

sebenaqnya aku macam biasa lah.tiap kali kenduri.lepas makan nasi kenduri.aku akan cari bubur kacang hijau.tapi kali ni tak dak plak dah.harap kenduri kahwin ikbal sepupu aku tu ada la bubur kacang hijau tak pun bubur pulut hitam..hemm teringat plak kenduri rumah juli.ada bubur pulut hitam..rumah wani kahwin ada bubur kacang hijau..

sekian berita tamat

Dec 13, 2018

semoga semuanya kembali normal

masa ni aku baru lepas tutup suis laptop..

aku baru sudah baca dan padam semua novel yang aku karang.sebab banyak cerita agak tergendala.jadi aku ambik keputusan untuk padam ke semua bab dan terpaksa rangka cerita semula.cerita yang bersesuaian..

baru ni aku ada mengeluh dekat kawan lama aku tu pasal aku dah penat pikir pasal tak cukup duit.aku terpaksa keja semula.kalau boleh aku nak keja kilang jahit.tapi masalah aku takdak transpot.kena harap rapid saja.

buat masa ni.kalau kami sama sama dapat keja sekali.aku terpaksa lah tumpang kawan lama aku..hemm dah bertahun aku tak jumpa dia.dia kata dia cari aku kat rumah tapi rumah plak takdak sapa..
entah lah..

aku pi rumah dia.akhirnya dapat juga jumpa dia..tapi satu ja aku harap..harap sangat dia betoi betoi dah berubah dan matang..tak sangka umur dia muda skit dari aku ja..aku pun dah lupa..hemm

dulu aku pernah keja sekali dengan dia tapi kami naik van pi keja kilang.mula tu keja macam biasa.tapi masuk hari ke 3 kalau tak silap aku la..dia tak pi keja.aku call dia berkali kali.masa tu aku dah mula risau.takut dia takmau pi keja.tapi aku rasa time tu aku pi juga.dalam beberapa hari aku benti keja kot.aku pun dah lupa..kisah lama..

lepas tu aku call dia lagi.dia bagitau anak dia sakit..entah la betoi ka dak.aku harap sangat kali ni dia berjanji betoi dekat aku.aku benci sangat jenis janji tak pernah betoi..tapi kalau dia masih buat perangai lama.aku terpaksa tumpang fatin setiap hari dan naik bas dari bm saja..dan setiap hari aku berdoa semoga sentiasa sampai tempat keja dengan tepat masa..

dulu aku risau kalau takdak kawan nak pi sama sama cari keja tapi la ni.kalau kawan aku tak jadi pi.aku rasa aku terpaksa pi sendiri juga..family aku sorang pun taktau yang aku nak keja semula..

setakat ni saja berita yang tak berapa penting..sekian tamat

Dec 10, 2018

hujan lagi

masa ni aku dok makan biskut meri cicah milo panas.mak keluar pi bank.fatin keluar beli barang.abang tidoq dengan alif dalam bilik ala ikea depa.kak ina tidoq dengan anaqi dalam bilik mak...

hujan lebat pun dah benti.aku rasa sunyi la.sebulan aku tak niaga.rasa macam nak pi keja kilang jahit machang bubok pun ada gak ni.aduii malasnya nak mulakan balik kehidupan lama aku dulu.zaman keja kilang dah berlalu..aku tak sekuat dulu...nak sama macam dulu memang tak mungkin lah..

aku nak melayan milo dan biskut meri lagi best wei..

sekian berita tamat

sangat rumit

masa ni aku dok lepak dekat ruang tamu.tunggu kenduri kak na jiran kami satgi.nak makan bihun sup..

entah dari mana aku nak mulakan cerita ini..rumit sangat kehidupan keluarga aku.lepas 1 hal 1 hal yang datang.dugaan bertimpa timpa..

aku penat sepenat penatnya.masalah yang datang sampai aku terdiam tanpa berkata kata..

ohh tuhan tabahkan hati ini..
kuatkan iman di dada..
sungguh aku penat..

sekian berita tamat

memadam segala memori yang bosan

aku baru lepas edit blog...

sehari dua ni..banyak entri aku padam.aku terpaksa buat macam tu sebab rasa macam tak sesuai dan agak bosan kisah tertentu.biaqlah kisah tu semua hanya ada dalam angan aku..

ok itu saja sekian berita tamat

Dec 9, 2018

jiwa tiada berirama

masa ni hanya tuhan yang tahu
hatiku keluh kesahku
jiwa tidak tenteram
pelbagai dugaan datang

kilat guruh berdentum dentam
keluahan dalam kesunyian
sepi pilu tiada berlagu
otakku jiwaku keliru

ampuni dosa dosa lamaku
semangat aku dah hilang
kuatkan jiwaku ya tuhan
aku serahkan segalanya padamu

Dec 6, 2018

aktiviti hari ini

masa ni aku lepak kat meja menjahit aku...baru lepas mop lantai sebab banjir yang seperti tak dak penghujungnya..lepas mop banjir balik..

macam biasa bila dah menganggur kembali.tidoq lewat.kadang mangkit awai kadang mangkit lewat.

banyak hari plan nak joging pagi tapi bila pagi aku jadi malas..time petang dah hujan plak.kadang tu tak hujan tapi ada ja hal nak kena settle.

harap esok ada masa untuk aku berjoging.semenjak ketiadaan tirod aku ni..badan aku naik senang..nak turun balik susah..huh! timbang asyik dok angka 50 tu ja la..

malam ni aku nak layan game show runningman tapi nampaknya keja mop lantai macam takdak penghujung..banjir tak teruk pun tapi entah kenapa air tak surut surut..hemmm

sekian berita tamat

Dec 5, 2018

bulan yang meriah dengan kenduri

masa ni masih lepak lepak kat meja menjahit aku...masih teruja menaip blog yang berbulan tinggal...

bulan ni banyak sangat kenduri..
baru baru ni aku pi beli kain untuk buat tudung tapi lepas balik..pikir punya pikir aku tak jadi buat tudung sebab tak selesa jadi aku ambik keputusan buat kurung kedah tapi hanya baju saja la sebab cukup untuk baju saja..

malam tu aku bertungkus lumus menjahit kurung kedah aku tu.keesokkan harinya aku termangkit lambat.mak gerak aku.terus mangkit dalam keadaan mamai.aku capai kurung kedah dan tudung bawal dan aku iron.selesai tu aku terus mandi dan bersiap siap ke kenduri pertama iaitu kenduri arwah rumah mak kak tah bekas jiran sebelah rumah kami dulu.

setibanya kami kat rumah mak kak tah.kami lepak sat la.sambil usha rumah depa.selesa sangat..andai aku mampu sediakan keselesaan macam tu dekat mak...dan keluarga aku..

beberapa minit kemudian budak tahfiz mai.kami pun berpindah tempat lepak di rumah mazliza dan mahani.aku tak rapat dengan depa cuma sekadar bertegur sapa saja bila terjumpa.kat situ aku terjumpa fatin anak kak tah.kami bersembang lama..fatin pun nak kawin tak lama lagi dia teruja jemput aku pi kenduri dia.setibanya waktu makan.menu yang aku pilih adalah karipap..sirap..nasi berlaukkan ayam masak merah.aku makan ala kadar tapi kenyang serupa makan dua pinggan nasi..mungkin perut aku semakin boleh terima nasi satu senduk kot selepas aku mengamalkan diet.selesai makan dengan kalut aku sambung baki mee kuah mak.kami kena cepat sebab ada order kuih kat kenduri satu lagi.kenduri mak kak tah cuma order pulut sri muka satu saja tapi kenduri adik juli kawin order tiga talam..pulut sri muka.talam gula merah dan talam pandan.

setibanya kami di rumah.sebelum sampai ke pintu rumah.aku nampak meriah skit kampung aku dah rasa macam hari raya sebab nampak orang berbaju kurung pi kenduri.rumah mak su yah dan paksu leman buat kenduri akad nikah zakiah.cuma saudara mara saja..

beberapa minit saja kami dah sampai ke rumah kenduri kawin adik juli.meriah sangat orang ramai.kuih kami sat ja clear.yang tu tak heran sangat..

yang aku rasa lawak sekali.kurung kedah aku sama dengan ahli keluarga kenduri.segan tu ada la skit tapi aku buat bodo ja lah kan.tak pernah aku sama macam tu bila pi rumah kenduri haha lawak..

kenduri wani satu hari sebelum kenduri adik juli pun takdak sama dengan orang.kenduri wani aku pakai baju lama saja.jubah biru nila dan tudung bawal bunga kecil.kenduri wani masakkan yang sedap sangat..

minggu depan pun ada kenduri..ada kurung kedah yang belum siap..

sekian berita tamat

lama tak berupdate blog

masa ni aku lepak lepak kat meja jahit aku.baru lepas kemas kini segala macam gambar dan video dalam laptop..

malam ni rasa sebak tiba tiba...mungkin sebab baru lepas tengok gambar lama..terkenang segala kenangan yang mengusik jiwa aku..aku sedar yang aku jauhhh sangat dari kejayaan sebagai manusia normal..takpa aku ok...aku ok..(tiru ayat slash rock bro)

lamanya rasa tak online blog aku ni.lega bila dapat tukar handphone huawei.harap sangat tak tukar yang lain dah.syok sebab dapat online blog..rasa puas lepas rindu menaip..

bila masuk blog teringat pasal novel aku yang tertunda,entah bila dapat siap?

sekian berita tamat