nuffnang ads

Mar 6, 2019

suhu panas extreme serang malaysia

masa ni aku baru sudah mandi kali ke dua sebab terlalu panas kat luaq nuh...
minum air pun banyak...

- karat story -

kelmarin aku keluar time tu tengah hari dalam 11 lebih kot..cuaca bukan nak kata apa lah..punya lah panas..tapi aku tetap bertahan di tepi jalan untuk tunggu rapid 606 nak ke pekan penanti..aku rasa sejam dua juga aku tunggu.naik kebas kaki aku berdiri..

setibanya bas rapid 606..fuhh lega..masuk dalam bas.macam biasa lah.memang warga asing semuanya..tapi tak ramai.aku dapat tempat duduk.seperti biasa aku pilih duduk sebelah tingkap yang berhampiran dengan pintu..

setibanya aku di pekan penanti aku menekan loceng..lega rasanya driver bas benti betoi betoi depan pintu pagar pejabat pos..macam dia tau ja aku nak pi situ..panas terik macam biasa..silau mata...setibanya aku dalam pejabat pos..terus di sapa oleh kawan sekolah menengah iaitu ros ema..kami sembang dalam beberapa saat.aku pun isi borang keluar..ros ema dah nak balik selepas settle urusan dia..dia sembang dengan aku dalam beberapa minit dan siap selfie dengan aku lagi..

settle urusan aku..aku terus menuju ke salon rambut dengan harapan salon buka.lega salon buka tapi yang tak leganya..macam biasa lah kan.bila kita suruh gunting siap tunjuk contoh..dia gunting tak sama langsung dengan contoh tu..hemm kecewa..dan teruskan perjalanan ke bas stop tepi balai polis penanti..sebelum sampai ke bas stop.singgah sembang dengan pakcik repair kasut depan kedai chen (warung mee terbang) kedai tu belum buka lagi.aku pun teruskan perjalanan ke bas stop.. * hemm ingatkan nak pekena pasemboq dan teh tarik lah *

sampai dekat bas stop.aku duduk sambil mengadap kedai runcit mamak yang dah tutup bertahun tahun...(ada aku tunjuk dalam vlog aku) kedai runcit mamak tu dulu lah kami selalu beli macam macam makanan ringan dan anak patung kertas..

berapa minit kemudian.bas pun muncul..bas yang muncul tu bukan bas rapid tapi bas lama yang takdak acon..rindunya nak naik bas tu.last naik masa belajaq dekat giatmara machang bubok 2016

hemm tambang pun rm1 ja..sayang sekali masa dalam bas tak buat vlog sebab kecewa dengan rakaman camera handphone yang terlalu banyak gegaran..

setibanya dekat depan the store lama.aku pun turun dan menuju ke kedai ceria99 dengan harapan dapat jumpa kasut kat situ tapi yang ada hanya kasut sandal.kalau aku dah keja memang nak sangat beli sandal baru tapi keinginan tu aku terpaksa pendam dulu lah..

keluar dari ceria99 dengan cuaca panas yang extreme dan dahaga..aku berdiri betoi betoi depan kfc lama yang dah tukaq jadi store barang runcit kot kalau tak silap aku la..aku pun malas nak usha sebab cuaca panas terik.aku berdiri tepi jalan dok pikir bab kasut..tiba tiba ternampak kedai pakaian baby.aku lintas dan beli la 1 lai untuk anaqi...settle..

keluar dari kedai.aku terus menuju kedai kasut tepi maybank lama.aku pilih tak lama.terus tanpa pikir panjang aku ambik juga kasut hitam ada corak skit.yang kelabu tak jadi ambik.masa dok try kasut kelabu tu aku ternampak kasut hitam bercorak skit.aku try kasut tu terus aku berkenan..settle..

aku teruskan perjalanan ke summit econsave mall.setibanya kat dalam tu.aku simpan bag aku dekat kaunter simpanan.aku masuk dan pilih baju tidoq anaqi dalam berapa minit.aku turun tingkat bawah balik.aku beli makanan untuk aku lapit perut..settle..aku makan sambil tengok t shirt dok gantung.berkenan dan aku pi tanya dan terus beli.bila dah beli rasa menyesal pun ada sebab rm15 dengan t shirt yang biasa ja cuma tulis tokyo dan apa entah la..balik tu aku tak belek pun..hemm lahai..perasaan teringin itu ini pun jadi satu masalah bagi aku sebab aku tak keja lagi..hidup kena berjimat yang extreme serupa panas yang extreme menyerang malaysia la ni..settle..

aku tunggu bas rapid 606.dalam lebih kurang setengah jam..aku naik bas..dalam perjalanan tu macam biasa lah.akan lalu kot kampung aku...rindu..

sampai kat kampung kota aku turun bas.jalan dalam cuaca panas extreme..kepala aku mula terasa pening bahang..badan apa tah lagi.setibanya aku dalam rumah.nampak kakina baru sudah mandikan anaqi..aku cuci kaki dan duduk bersila dekat port tepi sofa unggu.fuuhh lega skit.kakina buka kipas...

sekian berita tamat

Mar 4, 2019

masih menganggur

masa ni baru lepas telan ubat..nak minum air teh o..

aku masih menganggur..huh bosannya..

baru ni aku dapat email pasal blog aku tak aktif..tak aktif yang depa maksudkan ialah..blog aku takdak orang follow dan blog aku tak dapat klik dari iklan..dan depa nak block blog aku ni..

HAREY BETOI WEI
BIAQ BETOI NI
KA AKU SALAH BACA

terkejutnya hanya tuhan yang tau camna..takkan sebab tu..kenapa jadi sampai macam tu sekali.kalau ya pun jangan la sampai block blog aku ni..ohh mentang mentang la blog aku tak femes..aku sayang sangat blog aku ni..hanya kat sini dapat aku luah masalah aku dan yang paling penting...kat sini aku dapat simpan secebis memori hidup aku..

kalau betoi lah blog aku akan di block..aku redha ja tapi lepas ni..jangan harap aku nak buat blog lagi dah hah..

sekian berita tamat