nuffnang ads

Jan 30, 2019

dia buat perangai lagi

masa ni aku masih dok rumah sewa kakina kat desa murni..baru lepas makan.kak ina masak sayur sawi..ikan temenung goreng dan sambal.

kononnya semalam kawan aku yang sekoq ni ajak pi cari keja kilang plastik.tapi aku dah agak.dia tak mungkin akan mai..tepat sekali dia memang tak mai pun..mengarut betoi kawan aku sekoq ni..geram hanya tuhan yang tahu.dah banyak kali sangat dia buat macam ni dekat aku..aku ja setia berkawan dengan dia..

semalaman aku google cari keja kilang sebelah sini..tapi semuanya buat aku rasa kecewa..banyak yang takdak van..kena ada result spm..semua tu jadi satu masalah besaq kat aku..macam lah orang ada spm dan ada transpot sendiri pandai buat keja.dah nama pun kilang..sediakan saja lah van macam zaman aku keja kilang dulu..banyak saja van..boleh saja depa sediakan.

nampaknya aku kena tunggu info dari kilang jahit..esquel atau pen apparel..mana mana dapat aku keja saja.dah malas memilih milih sebab sama ja.tetap kilang jahit..

aku target nak keja sampai dapat beli keta.pastu aku nak apply kilang jahit sebelah sini..harap semua berjalan lancar..

sekian berita tamat

Jan 28, 2019

gagal di sini tapi lulus di sana

masa ni lepak kat sofa unggu rumah sewa kakina..aku baru lepas makan mee sangul..popia basah..popia goreng dan buah bidara yang lama aku teringin tu..

pagi tadi kakina bawa aku cari keja kilang kecik kat desa murni..sampai di kawasan kilang aku rasa kecewa sangat sebab banyak kilang dah tutup.tinggal beberapa kilang saja yang masih beroperasi.kilang tu semua sesuai dengan lelaki saja..kilang plastik kawan aku kata ada kekosongan tapi hati aku dah rasa menyampah nak try.kami terjumpa kilang jahit..

kami benti dan bertanya..kata makcik yang keja situ dah penuh sambil tengok aku dengan renungan mengejek..ya lah depa sangka aku tak reti jahit tapi nak minta keja sebagai tailor..selepas bertanya aku pun beredar dari situ dengan hati yang kecewa.

selepas tu kami pi market sungai dua beli barang dapur..tu pun hampir rm50..jenuh la dah la pakat menganggur..

balik dari pekan desa murni.aku terus bagi detail dekat kilang pen apparel penang.harap sangat di panggil interview.kilang esquel lepas raya cina baru panggil.hemm nasib lah mana dapat aku terima saja sebab sama ja.mana aku keja tetap aku keja sebagai tailor..yang beza cuma kilang lain dan mungkin asrama pun ada beza kot..

hemm bab dok asrama tu..suka dan tak suka sama banyak sebab suasana baru mesti la nak try.tak pernah dok asrama kilang dan tak pernah terpikir nak dok asrama kilang pun selama ni.harap sangat asrama kilang selesa lah.

bab aku tak suka dok asrama tu sebab dok penang.susah nak pi klinik kubang semang..tapi bab tu nanti lah aku pikir.bila dah keja baru tau nak atur masa.

tapi masa interview.aku nak tanya bab van.mana tau kot ada van area rumah sewa kakina tak pun blah kampung aku.kan tahun baru.mana tau kot depa dah sediakan van.macam macam aktiviti aku boleh buat di rumah sewa kakina kalau ada van kat rumah dia..vlog aku mesti aktif balik.

harap semuanya ok saja

sekian berita tamat

Jan 26, 2019

keliru memilih

masa ni aku baru lepas makan nasi goreng udang kakina buat dan air milo ais rafar bok balik semalam..aku dah 3 hari rasanya dok rumah sewa kakina..

berapa minggu yang lepas aku pikir dan hari ni masih berpikir lagi pasal keja kilang yang aku nak pi..aku keliru untuk memilih.paah dah balik dok sini..kalau aku pilih keja kat penang.aku kena dok asrama...jauh plak paah nak mai dekat aku selalu.aku plak kena jumpa doctor kubang semang.pasal ambik darah dan result darah kena awal pagi.aku mesti sampai sebelum tiba masa.kalau aku dok penang.memang susah sangat la bab naik bas.silap silap aku sampai pun dah tengah hari..kalau nak balik awal sehari kemungkinan boleh.tapi sampai jeti bagan mesti kena minta tolong paah mai ambik aku sebab time tu rasanya dah takdak bas pi bm.nasib lah kalau ada.tak lah jauh sangat paah nak ambik aku..hemm.esok nak pi klinik tak kalut sangat..

tapi tiap kali bila aku lepak rumah sewa kakina.aku rasa macam nak apply keja kilang desa murni tu lah plak..kalau dapat takkan aku tak pi plak..dekat gila..basic mesti la ni dah 1ribu dah.2019 plak dah kan.takkan la basic rendah lagi..semua kilang kat situ setahu aku normal shift..kalau normal shift mesti keja 5 hari.sabtu ahad cuti..senang hati aku.nak buat urusan klinik pun tak gelabah sebab dekat ja..naik bas dari rumah sewa kakina pun boleh ja.semua dekat senang urusan aku..

kelmarin sepatutnya aku pi apply keja tapi aku pening kepala sangat plak dah.tidak ni.mesti isnin dah stat keja.hari ni bleh aku balik pack barang aku.pindah mai sini.harap isnin ni aku pi try.ada la kekosongan.

sekian berita tamat

Jan 16, 2019

aku di sini

masa ni aku baru lepas mandi..dan lepak dekat kusyen kegemaran aku...

hari ni aku dan paah keluar jalan jalan dekat aeon big.kami cari barang skit..dalam bulan ni aku rasa banyak kali juga aku keluaq jalan dengan paah ..syukur lah impian aku tercapai juga..walaupun bukan cara yang aku suka..

paah ada ajak aku buka gerai wafer depan kedai kai adik aku tapi entah la..camna aku nak cerita dekat dia..aku dah penat buat bisnes..aku kena keja gaji tetap.aku nak keja sampai boleh beli keta sendiri..lepas tu aku benti keja.masa tu aku nak niaga dengan paah

entah lah nak jadi camna planning aku ni..macam 2 hari lepas.aku plan nak naik bas dari rumah sewa kakina tapi last sekali tukar plan..paah mai..terus aku balik dengan dia..hari ni aku nak cycling ke klinik.pastu settle hal dekat pekan penanti..tapi lain yang jadi..

aku dah tanya pasal keja kilang..kilang no 1 bagitau interview lepas raya cina..yang satu lagi plak tanya aku berapa orang nak keja..aku jawab aku sorang ja..hemm mungkin dia nak ambik kalau ramai yang nak keja..entah la..aku tunggu lah apa info terbaru lagi..

aku sebenarnya rasa sedih..hidup aku masih tak berjaya macam orang lain..bila aku nak keja kilang balik mesti ada banyak halangan..aku pun taktau lah apa hikmah di sebalik rintangan aku nak menuju ke destinasi mencari keja..

aku masih dalam dilema..nak keja kilang atau keja dengan paah buka gerai wafer..aku terdesak nak berjaya macam orang lain juga tapi pada masa yang sama aku kesian dekat paah.dia nak mulakan kehidupan baru dia di kampung..tapi macam mana dengan kehidupan aku..?

sekian berita tamat

Jan 14, 2019

aktiviti hari ini di rumah sewa kakina

masa ni baru lepas mandi..batri pun dah nak abis.tunggu masa nak kena cas..

hari ni macam biasa..macam hari hari kelmarin ya itu BOSAN..takdak apa yang aku boleh jelaskan kisah hidup aku sehari dua ni hanyalah BOSAN...

hari rabu 16hb aku kena pi klinik.esok 1 hari ja lagi tapi rasa macam seminggu..ikut hati la ni masih awal.boleh ja bersiap balik naik bas..tapi takpa lah..esok 1 hari ja lagi..sat ja tak lama pun..

batri pun nak abis..nak menaip pun tak syok..aku nak layan movie dekat laptop kakina ja lah..nak tengok tv pun takdak..ehhh lama gila rasanya tak tengok tv..rasa sunyi hidup ni.tak lama lagi kalau dok asrama.mesti la takleh tengok tv juga...lain lah asrama aku tu macam apa yang aku bayangkan..serba serbi cukup..entah lah camna dok asrama kilang..asrama giatmara pun tak syok

sekian berita tamat

Jan 12, 2019

kehidupan baru

masa ni aku baring atas toto rumah sewa kakina..kami bertiga kakina..anaqi dan aku berpindah kelmarin...

sini suasana sunyi dan aku tak kenal sesiapa pun orang kampung ni..nama kampung pun aku tak pasti nama apa..hemm hari pertama bosan.hari ke dua pun bosan..hari entah ke berapa plak mesti lagi bosan kan..

kalau ada tv sekali pun mesti akan tetap bosan juga sebab suasana tetap tak sama dengan kampung sendiri..nak ronda pun takdak basikal.nak joging plak kakina kata ada monyet dan babi hutan..risau plak kalau tengah berjoging tiba tiba dok belakang aku.jenuh aku lari lintang pukang..

tak sama macam kampung sendiri.ada basikal..boleh ronda tengok suasana sawah padi..tenang jiwa..kampung ni pun ada sawah padi tapi tetap tak sama sebab kampung ni tak boleh ronda dengan tenang sebab ada babi hutan..

kalau lah aku dok kat rumah.la ni mesti aku bancuh air teh o panas gu dengan roti planta keras tu..kalau ada biskut akar nyok lagi sempoi..mesti aku akan lepak kat kusyen kegemaran aku sambil tengok suasana teduh kat luar rumah dan berangan nak ronda naik basikal buat 1 pusingan bagi berpeluh skit..kononnya lah..last sekali..dok main handphone la sampai ke malam selagi tak masuk keja lagi ni.bila dah stat keja.aku berangan nak lepak kat ruang tamu dengan tenang plak..

kelmarin aku terpikir pasal kilang dekat desa murni.aku rasa aku nak try kilang area tu.dekat ja dengan rumah sewa kakina.boleh lagi jalan kaki..aku nak keja sampai dapat beli keta.pastu sebelum benti keja.aku try minta keja kilang yang dah lama aku nak pi..new starlight kulim..boleh la aku ulang alik pi keja dari rumah di kampung aku..

apa pun aku mampu plan..entah jadi macam mana plan aku entah la kan.tapi kalau dapat keja kilang desa murni..takkan aku takmau keja plak kot tapi tu lah kan..skill jahit aku camna plak..tergendala macam tu ja la..harap jahit tudung untuk jual ja la.

sekian berita tamat

Jan 7, 2019

planing esok dan lusa

masa ni suasana luar teduh..aku baru lepas makan dengan kakina..pajeri terong..budu..ulam..petang skit dapat la makan serawa pisang.kakina masak siap siap untuk menu petang kami..

esok aku ada banyak aktiviti..bangun pagi aku kena pi klinik.settle hal klinik.balik pekan penanti kena bok keluar duit asb dekat pejabat pos.kalau boleh ambik duit..aku kena tunggu bas plak untuk ke kepala batas untuk beli kain..scrub muka dan juga serba sikit seluar untuk dok di asrama kilang.nak bawa apa adanya pun.semua pakaian aku dah lusuh.segan plak dekat geng asrama..ya lah depa bukan kenal rapat lagi dengan aku..lain lah macam ina dan maziah..

balik rumah aku kena gunting sampai abis dan jahit sekali semua sampai lah abis..siap stok tudung bawal..aku kena pas dekat paah untuk letak di kedai kai apple monkey..

harap laris la jualan tudung bawal aku tu..aku kena buat stok banyak sebab nanti bila aku dok asrama memang takdak masa nak beli..gunting kain dan jahit..kena ada masa.mungkin aku akan balik tiap kali stok tudung hampir abis.. aku balik beli kain..macam tu pun ok juga.aku tak terkejar sana sini.jenuh gak kalau balik tiap hujung minggu..bazir duit..

alangkah best kalau esok dapat pi sp ronda ronda kat sana..mesti aku teruja sangat..entah la dapat pi bila..

hari rabu plak.baru lah aku settle hal lain.gunting rambut dan beli barang dekat zonria..tu pun kalau boleh bok keluar duit asb lah.kalau tak boleh lagi.aku settle bab zonria dan kedai gunting tu esok saja.

ishh lambat lagi lah aku nak keja..selagi tak settle bab klinik.aku cukup rimas nak stat keja kilang semula..
aku tak sabar nak tengok suasana kilang..asrama dan kawan baru...mesti meriah kan...

sekian berita tamat

Jan 6, 2019

aku bukan siapa siapa ep 9

masa ni aku lepak kat kusyen ruang tamu..

aku sedang membaca entri lama aku dan teringat hal kawan yang sorang ni..nama dia aku terpaksa rahsiakan dan aku letakkan nama dia dengan huruf depan saja..

masa aku tengah aktif main wechat.ada sorang yang agak rapat dengan aku dan teringin nak jumpa aku..nama dia s..masa ambik aku dekat bawah hiway dekat rumah aku naik keta viva.dia bawa kawan dia untuk drive keta.aku tak berapa ingat nama nama kawan yang s perkenalkan kat aku.tapi depa smua ok ja la dengan aku..aku tidoq 1 hari rumah sewa depa.tak banyak kenangan best pun dengan depa cuma yang jadi uniknya sorang tu nama sama dengan aku.sorang lagi nama sama dengan s..kami berempat keluaq makan waktu petang dekat warung yang aku sendiri pun tak berapa ingat.tapi rumah sewa s tu area sungai petani sebab depa semua student..syok tengok depa jadi student.aku pun teringin tapi nasib tak menyebelahi aku..aku bukan pandai mana.

selepas depa hantar aku petang tu dekat tepi jalan kampung rumah aku.ada la chat aku sekali dua..tak lama kemudian depa diam terus...ya aku sedar diri aku..dah la tua dari hampa.pastu aku ni tak punya apa apa dan bukan siapa siapa..itu lah manusia..berkawan tak pernah jujur dan seikhlas hati..

sampai ke hari ni.sorang pun tak pernah rasa nak chat aku..tak apa lah..aku masih ingat hampa semua..rindu tu ada la juga..terima kasih banyak sebab bawa aku jalan jalan pusing sungai petani dulu..

sekian berita tamat

Jan 5, 2019

geng asrama

masa ni aku lepak dalam khemah aku..macam biasa sorang sorang.paah pi keja parttime dekat kedai kai..

dah 4 haribulan aku tak dapat apa info pun dari kilang esquel..tapi takpa.sengaja aku tak call lagi sekali sebab aku nak settle hal klinik dulu..takpa mungkin ada hikmah esquel tak call aku lagi..sebab 2 kali aku kena jumpa doktor..nanti bila dah stat keja.kena mohon cuti..silap haribulan dapat cuti terus pulak kan..

nanti bila aku dah stat keja.aku kena dok asrama.aku harap sangat dapat geng asrama yang sekepala dengan aku.kalau boleh aku tak mau la perangai mengada lebih.penting diri.pengotor..biar lah yang bertanggungjawab..sebab orang macam tu dia tau apa patut dia buat untuk jaga geng asrama bagi sentiasa dalam keadaan aman..
entah lah kan..aku hanya berharap...

dulu masa join giatmara.aku pun dok asrama jugak...tak sangka plak keja kilang untuk bidang yang sama dengan aku belajar..sama juga kena dok asrama.nak kata syok dok asrama giatmara tu..boleh la juga.syok skit ja la.sebab bukan asrama yang aku impikan ala ala tempat kursus gubahan bunga dekat padang rengas yang aku pernah join dulu tu..asrama ni hanya ofis tapi kami tumpang buat asrama.tak selesa tok sah nak kata apa lah.memang tak selesa sebab dok tingkat atas.dah tu plak betoi betoi atas ofis dan bilik tenaga pengajar situ.memang tak selesa nak bergerak ke sana sini sebab di buat dari papan lantai asrama tu..

dah tu plak.tingkap keliling.nak bersiap pun memang jadi 1 masalah besaq juga bagi kami berempat..aku..tasya..risha dan fareha..antara 3 orang tu.aku serasi dengan tasya.risha pun ok ok la juga.fareha kurang skit sebab dia suka buat hal sendiri.tapi bila kenang balik semua tu..terasa indah sangat memori kami..cuma tak selesa toilet blah bawah.kadang ada orang.kami terpaksa pi toilet satu lagi.toilet bawah asrama tu kongsi dengan tenaga pengajar..

hemm rindunya semua tu..entah apa kabar berita geng asrama aku agaknya.kalau aku tak mula tanya kabar.belum tentu depa nak tanya kabar aku.ya lah depa semua muda sangat dari aku..mana lah syok geng dengan aku kan..hemmm

kali ni..aku nak join geng asrama kilang..tempat mencari rezeki..lain skit la dari geng asrama giatmara tempat mencari ilmu..lebih kurang 4 bulan juga aku dok asrama giatmara sebab asrama tu boleh dok sat ja..depa tak panggil asrama tapi transit..masa tu kan aku lah yang paling tua.mesti lah aku kena jaga depa..ceh sebenaqnya tak ingin aku nak ambik kesah hal depa..aku pun pelajar situ gak..jaga la diri sendiri.bukan budak sekolah dah pun depa tu.siap dah ada kekasih dah pun.

entah camna keadaan asrama kilang nanti tu..setahu aku depa akan bagi flat untuk asrama.aku sebenarnya lagi suka rumah taman tapi tak mungkin lah depa buat asrama rumah taman kan..hemm entah lah..ikut ja la camna jenis asrama pun.yang aku harap sangat asrama tu bersih dan selesa.dapat katil sorang satu.loker sorang satu.barang asas dalam rumah macam mesin basuh..tv..set pingan cawan semua tu..ehh ehh tu dah lebih dah aku mintak hehehee..

masa dok asrama giatmara ada warden asrama.kalau asrama kilang entah lah.mungkin ada kot sebab untuk urusan asrama kalau ada apa apa masalah dengan asrama.tapi kali ni kalau dapat geng asrama yang lebih muda dari aku..warden suruh jaga depa..jangan harap lah wei..aku keja kilang semata nak cari duit bukan keja jaga hampa noh..dapat apa..mak pak hampa bayar tak pa gak la.eh eh...memang aku tak jamin lah wei..

camna agaknya rupa dan perangai geng asrama aku masing masing agaknya..harap takdak lah jenis yang aku kata tu..aku rimas sebab nak dok lama asrama tu.tak suka lah ada segala masalah..aku harap asrama aku tu aman damai lah..

tak sabaq nak stat keja weii

sekian berita tamat..

Jan 3, 2019

masih di sini

masa ni aku dah masuk khemah aku..

aku sangka semalam malam terakhir aku tidoq sini..rupanya tak..
hari ni tak banyak aktiviti..hanya sibuk di hospital..balik dari hospital.kami singgah eco shop.beli barang skit.. aku beli gelas plastik emoji smile yang aku tengok dah lama nak beli.. settle di eco shop.kami menuju ke kedai kek.. kami beli kek..balik terus makan..tu pun aku tak puas puas nak makan lagi..tak pa tunggu aku keja nanti.aku nak beli lagi..
lepas makan kek.aku kakina dan anaqi terus tidoq sampai ke mahrib..letih sangat...

hari ni kilang esquel masih takdak kabar berita..entah sampai bila..tapi bagus juga..boleh aku settle hal klinik..dan esok kemungkinan aku nak pi gunting rambut lagi..nak pi keja tak lama dah.rimas rambut tak terurus..

tapi bila kakina sebut pasal kilang kecil kat desa murni tu buat aku terpikir..bagus gak aku try tanya kilang situ.keja situ sementara waktu sebelum melangkah masuk kilang jahit yang lebih besar.tengok lah camna..lepas settle hal hal klinik.aku dapat tarikh baru.lega skit.jarak jumpa doktor tu 2-3 bulan juga.boleh aku fokus keja..cuma kena cuti untuk ambik ubat saja..

kepala pun pening tapi masih nak main handphone lagi..terbayang kek di atas meja...

sekian berita tamat

selamat tinggal desa ku

masa ni aku baring dalam bilik tidur aku dan paah..sebelum tu kakina tidur dengan anaqi...hari last aku tidur sini..

entah kenapa sebulan dua ni.family aku selalu bergaduh hanya kerana salah faham.mak marah marah..abang dan fatin pun sama..entah kenapa sampai mak lansung tak sembang dengan aku.mungkin sebab aku bergeng dengan kakina kot..takkan sebab tu..hemm entah lah..

paah dah balik terus dok sini..aku happy hanya tuhan yang tahu tapi paah tak nampak semua tu..tak pa lah...biaq lah aku saja yang rasa teruja diam diam paah balik sini..

apa boleh aku buat...aku kena keja dan dok asrama kilang sebab van tak dak.tapi aku tak sangka betoi..aku kena ikut kakina sekali pi dok rumah dia..lepas ni camna pun aku tetap kena dok jauh..dok asrama kilang..

aku rindu sangat kat family aku..rindu sangat sangat nak bergelak ketawa walaupun seketika..selalunya banyak bergaduh dari ketawa tapi itu lah family aku..

sekian berita tamat

Jan 1, 2019

penantian yang rasa agak lama (tahun baru 2019)

masa ni aku lepak kat ruang tamu pintu depan yang bersebelahan dengan jalan mini tar dan ban..

hari ni hari pertama aku sekeluarga untuk tahun baru 2019..cepatnya masa berlalu.tapi aku tetap sama tak dak beza.dah hari ke 3 rasanya aku tunggu info dari kilang esquel.tapi sunyi sepi..aku dah jemu dok rumah tanpa ada duit masuk..duit keluar lagi ada lah..

tahun baru semalam kami sekeluarga tak sambut apa apa pun.semua buat hal masing masing macam biasa.macam takdak apa yang patut di raikan sebab semua ada masalah sendiri..aku kakina dan paah hanya tengok movie..

petang ni..aku lepak sorang sorang kat meja depan bengkel kuih mak..bosan sunyi segala macam ada ni..sambil tengok permandangan indah di kampung aku.pas ni tak boleh dah nak ralit temenung renung masa depan..la ni dah kena lalui masa depan..aku dah tak boleh temenung terlalu lama..

lega la ni jarak jumpa doktor dah tak kerap sangat dah..boleh la aku mula keja kilang balik.. dah lama aku plan nak keja kilang..hemm dah nak mahrib.aku berdiri depan pintu rumah sambil tengok awan..lepas ni aku dah tak boleh dah selalu tengok awan depan rumah..aku kena tengok awan depan kilang pulak..

la ni aku dok makan bubur kacang hijau kakina masak..tiba tiba teringin kuih buah melaka plak..esok kalau cukup bahan bleh kot buat...nyum nyum..

sekian berita tamat