nuffnang ads

Aug 31, 2018

khemah/kelambu moden

masa ni baru lepas kutip cabai..aku dok depan kipas ruang tamu rumah...sambil bau masakkan mak yang sedap itu..tak sabaq nak makan oi..

kemarin lepas settle hal luaq.aku dan mak balik rumah dan rehat.aku cuci kain..settle cuci kain dalam 5.30 petang.aku mandi dan terus menaiki basikalku

setibanya aku di pekan penanti.aku meletakkan basikal merahku di satu sudut dan aku masuk ke mini market jimat.aku terus menuju ke tingkat atas * eh eh tulis serupa karangan sekolah pulak dah *

aku mencari khemah atau kelambu moden tapi pekeja situ kata takdak plak.sebelum tu aku belek 1 sling bag ni.aku suka design dia tapi aku nak yang jenis kulit tapi mahal sangat lah plak.sampai hari ni aku dok pikir lagi.nak beli ka tak..bag tu ada tulis logo FILA..salah satu brand paling rare zaman sekolah aku dulu.harga dia rm26 camtu lah.. * masih dalam pertimbangan untuk beli *

turun tingkat bawah aku jalan pi cari kedai yang haritu ada jual khemah.baru aku teringat bangunan dia yang baru bukan bangunan lama.aku terus patah balik dan ternampak tong tikam kat tempat selalu.aku terus menuju ke tong yang ada dinosor * kononnya nak tikam untuk alif la *  tapi rosak ka apa entah tak leh guna plak.masa tekan keluaq syiling nasib baik syiling aku tak terjatuh dalam longkang wei..ish..

try tong satu lagi tapi ada benda lain.mula tu aku sangka keychain tapi bila aku tikam.rupanya patung hiasan ja..tapi takpa takpa.nanti boleh aku buat hiasan dalam bilik aku * bilik tidoq aku? huh entah bila? *

aku masih dok teringat rantai loket love yang dulu aku tak tikam * alaa ruginya * menyesal pun ada.kalau ada kan boleh hadiah kat fatin.boleh dia gantung letak dalam keta dia.boleh gantung spek mata k pop bulat dia tu.

settle menikam benda comel.aku menuju ke basikal citybike merah aku.setibanya aku di destinasi.aku terus masuk dalam kedai yang jual khemah.masuk dan tanpa banyak pikiaq.terus aku pilih warna unggu sebab biru takdak..

sebenaqnya sebelum sampai kat mini market penanti.aku ada lah singgah kat kedai jual barangan army tapi tutup..selalu tutup.sakitnya hati wei..

takpa lah.ada rezeki nanti.aku akan tetap cari khemah ala army tu.

sekian berita tamat

Aug 28, 2018

planning esok

masa ni aku baring atas tilam aku...di dalam khemah kelambu moden..susah nak pasang.dalam proses beli khemah lain....

petang tadi sampai rumah dalam jam 7 lebih..penat makin terasa..entah lah kenapa tiba tiba kaki kiri aku asyik kebas kebas.pastu melarat ke kaki kanan pulak..entah apa lagi yang tak cukup entah lah.ishh..macam macam aku kena telan..penat..

esok banyak juga aktiviti.taktau nak nega bila..esok aku teman mak tukaq tayar hilux dia..

lepas settle.mesti mak ajak makan kat warung cik nah..ohh masakkan situ semua sedap sedap..settle makan tengah hari.terus pi kedai kai (apple monkey permatang rawa.bukit mertajam) ..entah nak bincang apa entah lah sambil ambik tripod aku tu.. * tak sabaq nak guna *
* backpack aku pun dalam perjalanan *

lepas settle hal kat apple monkey.aku nak ajak mak singgah beautra lah.ada lah satu dua tiga empat lima enam barang nak beli..hehehe.

malam tu rasanya kena buat bb cream plak.rimas selagi bedak compact yang tak serasi dengan aku tu masih dok ada dalam bekas dia..buat bb cream cepat skit clear.bleh beli magic bb all in one secepat mungkin..rasanya yang tu lebih serasi..

eh eh alang alang pi watsons nanti beli bedak compact.rasanya kena beli benda lain lagi.hemm emm hemm aku terbayang bayang sheet mask.

sekian berita tamat

Aug 27, 2018

esok balik kampung petani yey yey

masa ni aku baring baring atas tilam kat ruang tamu rumah tok..esok dah nak balik.takdak apa yang perlu kemas.esok kira cincai ja lah...

beberapa hari aku dan mak berkampung kat alor redis rumah tok.best macam biasa semula.tapi aku takdak mood nak buat video..
besa lah kan.muka sunburn tak abis abis..

esok balik penang.ada banyak hal kena settle.lusa mungkin stat niaga dah kot.banyak benda aku nak beli heheehe.kena lah kumpul duit..

nak pi kl lagi..negeri 9 lagi.semua pakai duit.nampaknya folding bike aku tu beli lepas balik dari kl-negeri 9.nampaknya bulan depan ja lah.

tak lama lagi barang aku order sampai..tak sabaq nak enjoy dengan apa yang aku beli...yey..pas ni cycling day akan muncul kembali...tak sabaq nak ronda..

sekian berita tamat

Aug 24, 2018

aidiladha 2018 raya ke 3

masa ni dok lepak dalam bilik tok kat rumah makjang..ada tetamu mai.

tadi pagi aku rasa aku termangkit lambat.tapi entah lah..layan pi lah ngantuk tu..tiba tiba dengaq orang bagi salam.kena melayan orang mai rumah plak..minta bantuan duit rupanya..aku bagi la yang termampu..

lepas tu aku sapu sampah.pastu sarapan kopi o ja la..rimas mata mengantuk.aku mandi.tak lama pastu paklong mai.suruh kami pi tolong makjang sebab ada orang nak mai rumah.nak buat kira kira pasal duit belanja.

aku pun kalut lah iron jubah cotton merah tu.siap semua.mak pi dulu.aku pi kemudian..setibanya aku di rumah maknjang.baru lah tau cerita...

yang nak mai tu sebab nak beraya dan berbincang pasal duit belanja kawin.yang mai pun skit ja.dah tu plak makjang buat menu laksa saja..aku dan mak kalut la mai.ingatkan masak nasi ala kampung bagai..hemm tak pa la..aku melantak kuih raya lah nampaknya...

satgi lepas semua tetamu balik.rasanya aku dan mak makan laksa dan balik rumah tok ja la..nasib la tak jauh mana rumah tok..

buat masa ni.tu ja lah cerita yang terbaru.

sekian berita tamat

Aug 23, 2018

aidiladha 2018 raya ke 2

masa ni aku selesema..asyik hidu herba cool.lepak lepak kat meja tamu dekat ruang tamu tepi tingkap..mak kemas bilik.fatin baring main handphone.abang masak...

kemarin meriah juga.riuh rendah saudara mai beraya rumah tok.mak masak kuih kosui gula merah.semua pakat makan abis lincin.aku pun tak sempat nak jamah..tapi takpa la.aku dah jemu kuih tu..

hari ni rasanya tak beraya mana kot.kemarin beraya rumah makcik (menu laksa dan koktail) *nak melantak banyak tapi sebab ingat nak pi rumah kawan fatin plak.makan ala kadar ja la..*
rumah kawan fatin (menu laksa sarawak dan kek coklat lembap) *sedap weii tak puas makan sebab masa tu perut aku dah lebih muatan sangat*

sebelah malam beraya rumah makndak menu bihun sup lagend macam biasa..sedap..

hari ni rasanya tak pi mana mana kot.ikut plan nak beraya rumah paklong..

sekian berita tamat

Aug 22, 2018

aidiladha 2018 raya pertama

masa ni baru lepas makeup.fatin yang makeup aku..

hari ni aku pakai baju raya tahun lepas.punjabi hijau lumut.skirt hitam bundle..

malam sebelum balik perlis.aku pack pakaian dan barang barang aku.macam macam nak sumbat dalam bag tapi tak muat * besa lah.teruja nak beraya di rumah tok.lama tak raya situ *

sampai rumah tok.kami berempat.mak.abang.fatin dan aku..berkemas sampai ke petang.mahrib macam tu baru dapat ambik tok bok balik rumah tok.

happy sangat dapat lepak kat rumah tok macam dulu dulu...

salam aidiladha dari aku

reeztailor...

sekian berita tamat

Aug 20, 2018

sunday weekend

masa ni dalam bilik mak baru lepas susun gambar dalam album...

hari ni aku cuti..mak dan aku keluar rumah selepas zohor.terus ke zon ria beli barang skit.pastu kami terus menuju ke jimat mini market..aku pi gunting rambut..

selesai gunting rambut.aku singgah beli barang skit kat jimat mini market.mak plak pi tempah spek mata.settle semua kami terus pi kedai kai dan sembang sejam dua...

keluar dari kedai kai.kami menuju ke pacific mall.kedai yang mak nak pi tutup plak.kami tak tau nak ke mana.aku ajak mak pi kedai basikal.nak survey siap siap basikal yang aku nak beli tu..

tak sia sia aku singgah kedai basikal tu.semakin besaq dan luas sangat kedai tu.banyak sangat pilihan.masuk pintu depan dah nampak skuter eletrik.rasa minat tapi bila terpikir pasal cas macam handphone.terus aku tak jadi beli sebab rasa macam bahaya plak.lagi pun aku beli basikal sebab nak bersenam..kalau takleh senam rasa macam rugi.

harga skuter kecik tu rm300++ aku tak ingat harga tepat.lepas aku tengok skuter eletrik tu.aku dan mak terus menuju ke area basikal.macam macam sangat design.yang aku cari hanya basikal lipat tayar 16 inci.bajet dalam 200++

cari slow slow..banyak harga rm300++ aku tak putus asa.aku cari lagi..tiba tiba aku ternampak lagi design basikal lipat tayar 16 inci.warna hitam.tak ingat model apa tapi ada tulis kat situ OSCAR rm260.ada dua warna.satu hitam.satu merah.sebelah oscar ada design lain skit.harga rm270 warna oren silau mata dan biru kalau tak silap aku.."malas belek sebab tak minat design tu"

aku berkenan warna hitam.beberapa minit aku belek.harga dan design semua ok.aku suka.niat di hati nak beli dah.sebab naik keta mak.tapi mesti mak tak berapa setuju.tunggu la tak lama lagi.aku akan beli kat situ.sebenarnya aku nak warna green army tapi tak tau lah ada tak.harap ada lah warna green army.

selepas keluar dari pacific mall.kami lalu kot orang jual carpet.mak berkenan.tak lama kami pilih.mak terus bayar.

kali ni kami singgah mf mart bundle.masuk saja situ terus terpandang t shirt kolar warna biru corak kotak kotak.lama aku belek.siap try lagi.tapi aku tak jadi ambik.sebab malas nak kena pakai sarung tangan panjang plak.
aku cari mini skirt tapi takdak plak stok kali ni.pastu ternampak lah almari.terus la buka pintu almari.design luaq cantik tapi blah dalam aku tak minat.

sambil usha apa ada.mak tunjuk bekas uli kuih.mak terus ambik.masa aku dok belek almari..mak tiba tiba panggil aku.mak terus tunjuk meja jahit.mak kata sesuai dengan aku.tanpa pikir panjang aku pun setuju.aku hanya bayar deposit rm200.esok baru nak pi ambik terus bayar penuh..

sebenaqnya aku tak pernah terpikir nak beli meja jahit sebab masa tak sesuai lagi.dengan nak raya haji lagi.tapi di sebabkan design pun ok.mak pun suka.aku pun setuju lah.

mula tu mak kata nak beli kat aku.tapi aku yang takmau.sekurang kurangnya aku nampak hasil duit niaga kuih.tak lama aku dah nak tinggalkan bisnes street food.nanti time aku tengah menjahit.bila tengok meja jahit.nampak lah juga kenangan hasil bisnes street food..

tak sangka plak.masa dekat pacific mall aku terpikir nak beli basikal lipat.last sekali.sampai kat bundle.tanpa pikir panjang.terus setuju beli meja jahit.
nak beli yang lain tapi terbeli yang lain..

settle semua kami pi kedai kai semula.mak nak hadiahkan carpet kat kai
kami sembang sejam dua sambil makan pulut udang kawan mak jual kat permatang pauh.beli petang tadi masa pi tekan duit nak bayar deposit meja jahit.

itu lah aktiviti sunday weekend aku dengan mak..

aku : tak sabaqnya aku nak beli beskat lipat tu oi..

haku : eh eh banyak betul koleksi basikal cik reez.dulu basikal lipat tayar 20 inci.warna kuning nama land rover..pastu jual.beli basikal biasa tayar 20 berapa inci entah.besaq skit dari land rover..kali ni nak beli lagi.

aku : heh heh..pertama kali tengok dunia basikal lipat.basikal tu yang aku nak tapi tak jumpa.ada pun mahai sangat.mana mampu oi...

haku : ohh camtu ka..bagus la.lagipun dah makin gemok teruk dah la ni.hahahahahahaa

aku : oit diam lah

sekian berita tamat

Aug 12, 2018

malas mencuba yang lain

masih di sini...mencari rezeki sebening di tepi longkang..ohh angin haba yang panas...aku semakin hitam..tidakkkk!!

beberapa bulan ni kulit aku semakin teruk..teruk...dan...teruk teruk teruk..bila nak tamat?

beberapa bulan lepas.aku try pencuci muka..ada lah brand yang satu ni.aku terpaksa rahsiakan..bukan brand yang dijual kat pasaran biasa tapi brand ni ada dijual kat stokis biasa..dengan mengunakan ayat yang menyakinkan aku untuk mencuba.aku pun try lah..

sehari dua memang takdak beza..

seminggu dua memang tak nampak beza...

sebulan dua memang ada beza..beza lagi teruk..muka aku yang dah memang teruk semakin teruk..

stress dengan sabun tu.aku bertukar ke safi manggis semula.syukur..safi manggis tak pernah mengecewakan aku..mungkin aku tak patut mencuba produk lain.

menyesal sangat tapi nak buat camna.dah aku terjebak sekali dengan sabun tu.kena lah teruskan.cuma tak sempat nak abis.aku dah buang.

baru beberapa hari lepas.aku guna safi manggis semula..kali pertama cuci dah nampak beza..bersih.lembut dan whitehead lambat naik lepas aku scrub guna st ives oatmeal.

masa aku guna sabun pencuci muka tu.kalau tak cuci guna scrub memang kasaq tak kira.whitehead naik banyak sangat.pastu susah nak hilang.1 minggu 4 kali kena scrub.jenuh la camtu wei..tak tahan la.lama lama nipis la kulit aku..

pastu aku perasan gak.muka aku macam gelap skit dari sebelum ni yang sedia dah sunburn.lepas stop 3 hari.jerawat yang susah naik pun tiba tiba muncul.kulit muka aku makin kering.kalau zoom guna camera.memang jelas nampak berbiji biji whitehead

krim brand yang sama aku try pun takdak kesan.vitamin c dia pun aku try pun takdak beza..heran lah aku.camna founder dia boleh kaya.hemm entah lah..kawan kawan aku guna pun tak nampak kesan apa apa.rugi duit dan masa ja..

aku betoi betoi dah serik nak guna brand yang gah gah punya testimoni.bila guna.takdak beza pun.kalau fake kot lah kan.tapi ni aku beli dari hq sendiri pun tak berkesan..stress betoi la wei.dah la aku siap tolong jual lagi kat kawan kawan aku.camna la depa maki aku agaknya..

sekian berita tamat

seperti biasa

masih mencari rezeki sebening di tepi longkang...

cuaca panas seperti selalu.kadang petang angin bukit mai tiup muka aku..sejuk skit..skit ja lah..
entah sampai bila aku macam ni..semangat mak masih tinggi menggunung tapi dalam mak tak sedar..anak dia ni makin hari makin ketinggalan jauh dari semua orang orang yang berjaya..

walaupun mulut aku kadang serupa orang gila tapi aku sebagai anak tak sanggup tengok mak niaga sorang sorang..harap tahun ni last aku mencari rezeki sebening di tepi longkang..
buat masa ni tapak gerai kami semuanya ok.harap sangat aku dapat bertahan..

allah tolonglah hambamu ini..
aku tiada tempat untuk aku kongsi masalah.di sini saja yang sesuai rasanya.
takda sesiapa yang ingin dengar kisah aku.

sekian berita tamat

haku : sabaq cik reez

aku : ya ok..aku akan cuba...

Aug 10, 2018

plan raya aidiladha 2018

aku tengah mencari rezeki sebening di tepi longkang...

semalam bila dah stat berblog semula.semangat menulis telah kembali.sebulan dua ni sibuk dengan drama dunia.sampai terlupa dunia blogger.bila dah masuk dunia blogger balik.mulalah nak menulis macam macam (menaip sebenaqnya)

aku rasa raya aidiladha 2018 ni tak nak enjoy lama sangat lepak kat kampung long boh sebab aku ada projet besaq dalam hidup aku iaitu projet tudung bawal.

dua bab dah kira setel.cuma tunggu barang sampai.bab seterusnya aku kena beli kain.baru baru ni dah cari tapi masih tak jumpa yg selesa.

baru baru ni aku cuti dan tiba tiba rasa nak pi sp.semangat sangat nak pi sana hari tu.terbayang suasana kat sp.memang dari pandangan mata orang lain.sp takdak apa apa.tapi kalau dari pandangan mata aku..terlalu banyak kenangan aku kat sp.aku nak pi sana.cuma nak lepas rindu..

tengok lah nanti.lepas balik raya kat perlis.aku takmau dok lama kat sana.aku nak balik selesai apa yang tertangguh lama.

dah la cuti baru ni ada gangguan skit.nak pi sp tak boleh sebab rapid dah stop bas ke sp.heran lah..sedangkan kalau dari kepala batas setengah jam dah sampai sp..mungkin tak ramai kot orang naik bas pi sp..mungkin la...satu hal lagi plan nak gunting rambut tergendala.sampai hari ni tak gunting rambut.rimasnya..

sekian berita tamat

Aug 9, 2018

yey tak sabaq nak balik raya kat perlis

masa ni aku tengah baring kat tilam aku..letih nak tidoq awal tapi tak ngantuk plak..

baru baru ni kenduri kahwin sepupu aku mira anak makjang.kami sekeluarga balik perlis..suasana kenduri agak santai tapi itu aku tak kisah sangat la.

bilik tok ramai tetamu sampai aku nak lepak pun takdak ruang..jadi aku memilih mencari makanan.family aku yang lain aku tak ambik kisah hal depa.masing masing bawa diri sendiri.

tiba masa waktu makan yang aku nanti nanti kan telah tiba.macam macam aku melantak tak ingat dunia..suasana tenang sambil layan nasi kenduri.sambil tengok permandangan sawah padi yang hijau.kambing golek yang orang bakaq berkepoi kepoi asap dia..fuuhh enjoy..

selesai kenduri.sebelah petang kami pun balik penang..tak tidoq pun rumah tok..ya lah rumah tu kan jadi hak milik pakngah aku yang mereng tu..

lebih kurang sehari dua berlalu.mak cerita pasal paklong kata pakngah dah makin teruk mereng dia.sampai dah tak ingat jalan balik rumah dah..patut lah paklong beria kemas rumah bagai..rupanya nak sambut kami suruh tidoq rumah tok..

hehee tak sabaq rasanya nak balik kemas rumah tok macam dulu dulu..lega semuanya akan kembali normal..

pagi pagi boleh sarapan dengan tok dan family aku yang lain..tengah hari mak boleh masak gulai ikan puyu.makan sama sama dengan tok dan family aku.
sebelah petang plak.sambil bancuh kopi panas panas kat tok.sambil hirup udara petang angin sepoi sepoi kot tingkap dapoq...huhh rindunya...

tak sabaq nak sambut raya aidiladha kat rumah tok

sekian berita tamat

segalanya aku cuba teruskan

masa ni aku masih mencari rezeki sebening di tepi longkang tapi tempat baru.tempat lama kena halau dengan mppp..

agak lama aku rasa tak masuk blog.kadang rajin plak aku baca entri yang lepas lepas.tapi dalam beberapa bulan ni.agak sibuk dengan karenah dunia.terus lupa pasal blog

perniagaan gerai kuih aku dan mak agak tergendala seketika kerana mppp halau kami tak bagi menjaja di situ lagi.sedangkan ruang tu tak ganggu sesiapa pun.sedangkan cina jual babi seberang jalan kami pun depa tak halau. "hairan plak" takpa lah depa berjawab lah di "sana" nanti.

ni minggu ke dua aku dan mak menjaja di tempat baru.buat masa ni semuanya berjalan lancar.aku harap sempat lah ada bisnes lain sebelum benti ni.

memang aku pernah terpikir nak ada bisnes sendiri.cuma aku tak serius sebab keadaan tak mengizinkan..tapi bila jadi kes asyik kena halau dengan mppp (majlis pembandaran pulau pinang) kepala otak aku asyik pikir bisnis lain.

harap semuanya berjalan dengan lancar.

sekian berita tamat