nuffnang ads

Jul 24, 2019

cuti tiba tiba

masa ni petang.aku lepak kat ruang tamu sambil minum milo panas campur nestum..

pagi tadi sepatutnya aku niaga dengan kembaq aku tapi tiba tiba aku pening kepala.kembaq aku suruh aku dok rumah dan rehat.kesian dia nega sorang sorang ja..hemm..

selepas aku iron tudung.sedia air minum dan air cuci tangan.aku masuk bilik dan tidoq balik sampai lah dalam jam hampir 1 petang..aku mangkit dan mandi.lepas tu makan donut dan air kopi o dah sejuk..selesai semuanya aku sambung tidoq balik sebab pening kepala masih terasa..

petang jam lebih kurang 3 lebih..aku mangkit mandi dan minum milo panas campur nestum dan tengah dok menaip entri ni aku pi dapur usha makanan apa yang ada..takdak selera.pastu lalu kot meja makan dan ternampak biskut raya masih berbaki..aku pun ambik biskut raya Y dan biskut susu...lega dah tak pening kepala lagi...esok cuti..banyak hal kena settle..esok kena guna banyak tenaga..

ini lah kisah aku pada petang ini...
cuaca cantik..teduh berangin sepoi sepoi...

bila tengok link blog.rasa macam nak tukaq lagi nama blog.tapi hemm tah la..

sekian berita tamat

Jul 17, 2019

yey esok cuti yey

masa ni aku masih mencari rezeki sebening di tepi longkang...
kembaq aku pi repair keta..

esok kami cuti.kemungkinan 2 hari.banyak hal kena settle..

sebelah pagi aku dan kembaq aku kena pi klinik kubang semang.aku kena ambil darah si tiroid..pastu aku nak check gigi sekali.dah alang alang kat situ.
kembaq aku kena ambil surat fisio tangan dia tu..dia pi lah sorang kat hospital bukit mertajam.aku malas nak teman dia sebab mesti lama kena masuk fisio..jemu dah tengok suasana hospital..

settle pasal darah dan gigi..harap bleh la sarapan pagi dekat warung yang aku pi haritu.tak jauh dari klinik..hat sebelah klinik tu memanjang tutup ja..harap masih sempat la nak sarapan dekat warung tu..
tak pasti lagi.aku nak naik keta dengan kembaq aku atau basikal sebab aku nak balik sendiri.tengok la camna plan yang ok..

esok tu pulak.aku kena pi settle hal umobile pulak.nak beli barang skit.pastu nak pi rumah anaqi.main dengan dia dan ambil barang butik.

sekian berita tamat