nuffnang ads

Feb 18, 2019

cita cita aku dulu #karatstory

aku baru lepas makan malam..masih di rumah sewa kakina..layan movie ophilia kisah geng skinhead..teringat zaman sekolah aku dulu..walaupun aku takdak geng macam tu tapi aku pernah baca pasal skinhead dan punk..

semalam ada la aku baca balik entri lama aku..pastu terjumpa pasal giatmara..hemm kadang tu rasa macam nak sangat pilih kursus gunting rambut tapi apa boleh buat.masa tu aku takdak pilihan..

agaknya kalau aku belajar gunting rambut..lani mesti boleh ambik upah gunting rambut dah kan..

dulu masa keja salon.aku selalu berangan angan nak buka barber shop sendiri..tapi semuanya takkan menjadi..aku tahu..sebab selalu macam tu..

la ni aku masih menunggu info interview kilang jahit dekat penang...diam seribu bahasa..

sekian berita tamat

Feb 16, 2019

lepak si penganggur

masa ni baru lepas makan..nasi gulai udang..telur mata..ikan masin.bersama kakina..seperti biasa dok di rumah sewa kakina dan masih menganggur lagi..

baru ni aku keluar ex pelatih giatmara..tini nama dia...dia ajak teman dia pi klinik.aku pun tak cakap banyak.aku ikut ja la..ya lah..dok rumah lama lama pun bosan.lain la kalau rumah keluarga aku..aku dah terbiasa di situ..tak sama dengan di sini..walaupun dok kampung tapi tetap tak sama...ada beza kat situ nah..pi lah mana pun tetap tak sama..dan memang takkan pernah sama..kalau ada tu hanya hampir sama saja...

berbalik pada cerita ex pelatih giatmara tadi..dalam perjalanan kami berdua dalam kereta kelisa.memang kami sembang panjang tak henti henti..banyak cerita yang kami kongsi..tini kata kursus jahitan dah tukar pi nibong tebal..pengurus lama kami pun dah di berhentikan atas sebab yang tak di sangka sangka..ini rahsia..
2016 tahun aku belajar kat situ.tahun tu juga la tahun terakhir kursus jahitan..

aku masih tak keja.bosan gila dok rumah..perasaan bosan hanya tuhan yang tahu macam mana aku rasa.lain lah dok rumah pun aku keja.walaupun keja kilang tapi masalahnya la ni susah dah nak cari kilang yang sedia van.banyak kena pi sendiri tak pun dok asrama.boleh saja aku dok asrama tapi masalah bab klinik macam mana..

harap semuanya ok ok saja..

sekian berita tamat

Feb 13, 2019

kawan aku semuanya memang begitu

masa ni lepak kat ruang tamu rumah sewa kakina sambil download movie...

tengah hari tadi tiba tiba kawan aku ajak temankan dia pi ke suatu tempat..memang dari kelmarin dia ajak tapi aku sengaja bagi alasan yang tak pernah wujud pun sebenaqnya..hari ni dia ajak lagi aku pun ikut gak lah..

hemm kawan kawan aku memang 90℅ kebanyakkan semua macam tu..dah faham sangat sangat dah..bila senang tak nampak pun depa tapi bila susah ada ja tiba tiba muncul..biasa lah tu kan..hakikat dunia...

bila di tanya ke mana selama ni.masing masing bagi alasan sibuk keja..tapi kat status fb jalan sana jalan sini bersama sama kawan baru..ya lah aku kan kawan lama..patut dia buang sebab takdak fungsi apa pun..

bukan tak ingat jalan ke rumah aku atau nombor handphone aku kan..tapi bila susah tiba tiba plak ingat noh...hahahaaa

ya lah kan aku selalu luah kat karut blog ni.aku ni bukan siapa siapa sebab tu orang tak pandang aku pun..tak apa lah..layankan saja lah kawan kawan macam tu..

nanti aku keja..entah la camna kan..kawan baru ni.taktau lah camna..terima seada adanya

sekian berita tamat

Feb 11, 2019

masih menunggu harapan

masa ni lepak rumah kakina tengok mak cun 4..yang lain buat hal sendiri...

dah lepas raya cina rasanya.tapi info dari 2 kilang jahit masih diam membisu tanpa khabar berita.kalau aku tanya dah masuk 2 kali..nanti orang kata aku pulak tak faham bahasa..sebab depa kata lepas raya cina depa akan bagitau tarikh interview..

selama aku tunggu nak pi interview ni..macam macam perasaan yang aku rasa..mula tu teruja sangat.bersemangat tinggi nak keja.kadang rasa takut kekok dan berdebar sebab risau dah lama tak keja kilang..kadang tu aku rasa menyampah sebab lama sangat tunggu orang call...sakit hati bertambah tambah bila call.banyak kilang kena guna transpot sendiri..aduii sakitnya hati tuhan saja yang tau.dulu nak minta keja pun tak sesusah macam la ni.

harap semuanya berjalan dengan lancar.selalunya perancangan allah lebih baik..

sekian berita tamat

Feb 7, 2019

berkhemah dalam khemah cendawan

masa ni baru lepas tengok movie dalam laptop tajuk TAKEN 2.aku berkhemah sorang dalam khemah cendawan paah kata..paah dan abang pi apple monkey..mak dan fatin dok sembang dalam bilik mak..kakina dan anaqi dok rumah sewa kakina.kai pi kl..alif seperti biasa dok rumah mama dia..

hari ni aktiviti aku lebih kurang sama ja..tapi aku termangkit lambat..esok aku plan nak cycling pi klinik kubang semang ambik ubat aku..

tadi ingat dapat la cycling tepi sawah padi tapi hujan pulak dah.kalau dapat cycling pun bosan juga sebab tak dapat buat vlog..camera handphone semua jadi susah..

sekian berita tamat

Feb 4, 2019

masih sama

masa ni aku baru lepas mandi..tadi lepas baca novel nasi lemak buah bidara bab 3.lepas tu rasa panas haba.rasanya nak hujan..tak lama tu hujan sat..lepas tu aku mandi dan terus kutip kain..

paah keluaq pi kedai kai.mak dan abang ada kat rumah.buat hal masing masing.fatin keluaq dari pagi tadi.kai ada kat kedai dia..kakina dan anaqi dok rumah sewa..hemm rindu plak kat anaqi..tapi rumah ni pun aku rindu juga..rindu suasana kampung sendiri.suasana sawah padi..sejuk angin sepoi sepoi.rumah sewa kakina panas haba.tak suka!!

tadi masa kutip kain.aku tengok arah bendang.terpikir juga nak cycling tapi bila pikir pasal basikal jenis city bike..takdak gear terus hilang semangat cycling..penat nak kayuh wei..

esok raya cina..lepas raya cina kilang jahit akan bagi tarikh interview..aku tak pasti lah kilang mana panggil aku..lantak lah mana pun.janji aku dapat keja..

hari ni tak dak pi ke mana mana pun..lepak di rumah makan gulai ikan haruan mak masak..sedap woo..

ohh lupa nak cerita..semalam aku dan paah pi pasar malam mengkuang..paah tiba tiba ajak pi pasar malam..ikutkan hari ni ada la pasar malam dekat pekan penanti.tapi paah keja plak dah.tak puas la dia ronda pasar malam semalam tu.dia teringin jeruk.kalau pasar malam penanti ada banyak lah jeruk yang dia suka.lepas aku keja nanti.dah tak boleh la nak teman dia shopping kat pasar malam..semalam banyak dia beli.hemm..boros kembaq aku ni laa...

sekian berita tamat

Feb 2, 2019

masih lagi seperti biasa

masa ni aku lepak dekat sofa unggu rumah sewa kakina..hidup aku berjalan seperti biasa sebagai seorang penganggur..

kilang pen apparel suruh tunggu info interview.kilang esquel plak lepas raya cina baru interview..hemm entah la aku taktau kilang mana panggil dulu..dah jadi tak kisah dah dapat kilang mana pun..

hari ni sepatutnya aku happy.pi kenduri dua buah rumah.tapi nak buat macam mana.aku terlupa tarikh kenduri.takpa lah..lepak saja la kat rumah..dan layan movie dah cukup buat aku happy seketika.

sekian berita tamat