nuffnang ads

Feb 27, 2018

Bila nak mula buat vlog

Masa ni masih dok lepak kat ruang tamu.teringin teh tarik pulakkk..

Selain hobi menaip kat blog.aku juga suka buat video tapi tak banyak video aku simpan dalam akaun youtube aku tu.

Dah lama plan nak buat vlog tapi aku takdak keyakinan diri dan lebih tepat lagi aku taktau nak mula dari mana dulu.

Aku suka tengok vlog orang antaranya.

- venus angelic (manusia anak patung yang suka makeup dan gaya lolitanya dan juga kehidupan dia kat jepun)

- taylor r (kawan venus ni pun macam anak patung juga.dia seorang model majalah)

- yumi king (dari dia aku rasa berminat skit untuk menjahit dan aku suka sangat pakaian hasil diy dia..dia juga idola aku sebagai pencetus semangat jadi tailor)

- pixielock (vlog travel dia dekat jepun.barang dia shopping semua cute cute dan colourful.banyak barang dia aku suka tapi kadang cita rasa dia agak gila gila tapi kalau dok kat harajuku orang kagum.kalau kat sini orang akan rasa pelik)

- asyaliee (artis viral dengan video dia.aku suka tengok dia makeup macam anak patung)

- pink box cereal (dia pemilik kedai barangan makeup.mula aku kenal dia sebab tengok style dia yang macam seakan pixielock sebab warna rambut dia yang pink tu.suka tengok dia makeup.simple dan fresh.

- brittenelle (kagum dengan style dia.pakaian dan gaya rambut dia yang boyish style.mata dia cantik) *yang ni agak terlari dari tajuk sebab dia ni aku rasa tak pernah tengok vlog dia.selalu tengok dia kat IG dia ja.sengaja aku selit skit kisah dia ni.aku pun taktau tiba tiba kisah dia boleh muncul kat youtube masa aku tengok video style rambut.

Selain dari vlog depa yang kat atas ni.aku paling suka tengok vlog travel dan shopping.tak kisah vlog sapa pun aku layan ja.

Selalu hobi aku masa lapang selain menaip kat blog.aku suka layan movie kat handphone.
Lepas abis tengok.aku akan bagi markah dan kalau rajin aku akan taip sinopsis berserta komen dan update kat wechat.fb atau IG aku.

Insyallah ada masa aku akan buat vlog lepas layan movie.

Sekian berita tamat

Rindu suasana rumah tok

Masa ni baru lepas makan satay 8 cucuk ja.tu pun dah kenyang.

Aku baru sudah baca entri lama aku pasal NAT.tiba tiba teringat rumah tok.rindu sangat.dulu dan la ni tak sama lagi.sebab pakngah dah ambik alih rumah tok.

La ni tok dah pindah terus dok rumah makjang.rasanya macam bertahun dah.tak pasti la..
Aku macam sedih la rumah tok dah tak macam dulu.

Dulu masa pakngah tak ambik alih.rumah tok boleh bebas keluaq masuk.sapa sapa pun boleh pi tidoq sana.
banyak tahun kami sekeluarga beraya kat perlis rumah tok.
Ada sekali tu aku pasang pelita bagi tok tengok.ada sekali kami balik perlis.kakina tanya pelita sapa dok sandaq kat dinding.
Tok akan kata tu pelita paeh..

Dok rumah tok kami bebas duduk banyak hari.boleh jalan jalan.boleh mandi ayaq terjun.boleh berjoging.boleh jalan jalan pi nat.pasar malam.boleh jalan jalan pi muzium.tasik melati dan banyak lagi lah.

Petang petang masa ada moto mesti kami pi ronda.aku selalu ronda dengan kakina.kami ronda masuk kampung siam.

Tiap kali balik perlis.aku selalu berangan nak bawa barang tretment muka atau rambut.macam sheet mask..hair tretment..camtu la.

Tapi selalu tak pernah nak jadi plan aku tu sebab aku bukan pekerja tetap.faham ja lah bab duit.

Sebab apa aku rasa rumah tok tempat yang sesuai untuk happykan diri aku dengan sheet mask apa semua tu.sebab aku rasa tenang kat sana.rasa bebas.sana memang takdak sapa sapa mai kecuali saudara dok perlis.

Aku rasa macam relaks ja kalau dok rumah tok buat tretment sendiri macam tu.syok..tenang..bebas...

Tapi...tu dulu la.
La ni dah berbeza tak sama macam dulu semenjak pakngah ambik alih rumah tok dan bagi amaran tak bagi sesiapa masuk kawasan rumah tok lagi.
TAMAK!!!

Aku rindu sangat suasana rumah tok.malam malam tenang ja layan tv.kalau ada cerita lawak lagi aku suka.
Kadang kadang tengok dengan mak.tok dan arwah paksu.

Rindu nak bakaq ikan depan rumah untuk menu tengah hari kami atau mengai ikan puyu balik masak gulai ikan puyu makan sama sama dengan tok kat meja dapuq.

petang petang sebelum aku dan mak sapu daun kering dan bakar.aku kutip bunga jejarum warna oren atau kuning pastu susun atas kepala.buat rantai.cincin dan gelang..

Tiap petang bila teduh ja kami tak lepas peluang merakam suasana keliling rumah.keliling rumah tok aku ada bendang.

Tapi la ni tiap kali balik.kami hanya lalu dan berhenti di depan jalan rumah tok ja.sambil tengok dengan pandangan sayu dan teramat rindu.terlalu banyak kenangan kat situ.

Semuanya menjadi kenangan manis kami..

Sekian berita tamat

Sahabat

Dulu masa selalu bertemu
Kita bertiga sangat rapat
Selepas aku tinggalkan
Semua sudah berbeza

Hakikat sebenarnya sama
Tiada yang berubah
Kerana kita masih sahabat
Mungin sebab tidak selalu bertemu

Walaupun kita berjauhan
Aku tetap ingat kenangan kita
Jangan cuba lupa persahabatan kita
Aku rindu zaman kita dulu

Tetapi kini hanya tinggal
Kenangan silam
Persahabatan
Sudah tak sama

Yang bertiga hanya tinggal
Berdua
Sedangkan sudah berjanji
Sungguh aku tidak sangka

- reezmika

Feb 25, 2018

Mencari sinar

Hari ini hari esok
Tetap sama tiada beza
Semangat yang kurang
Harus ku tepuhi

Walaupun amat berduri
Pilu hanya mengisi kekosongan
Banyak percubaan
Tetapi di pandang biasa

Aku sudah penat berlari
Mengejar kisah yang tak pasti
Sungguh aku penat dengan semua ini
Yang pasti aku amat berharap

Aku cuba mencari
sinar dalam kegelapan
Dan berharap
Ia pasti tiba

- reezmika

Feb 24, 2018

Harapan

Ya allah..
Banyak sangat berubah
Terlalu banyak
Tidak seperti diri ini
Aku kecewa tapi masih redha

Andai dapat peluang
Aku inginkan sangat
Semua itu
Tapi aku sedar
Ia hanya angan kosong

Aku amat berharap
Satu ketika
Ia tiba
Dengan gembira

- reezmika

Berdiet ke kita

Masa ni aku baru lepas mandi sebab baru balik dari berjoging dengan mak..dan aku nak sarapan makan koey teow goreng.

Bermula tahun ni berat aku semakin bertambah tambah *rezeki bertambah aku suka tapi berat bertambah aku benci*

Dulu zaman keja mahlin memang nak sangat berat badan aku bertambah sebab masa tu berat aku 38kg.gila wei punya la ringan.boleh bayangkan tak.kalau angin tiup aku boleh terbang woo *haa yang ni aku tipu*

Masa tu aku sihat ja.tak sakit macam la ni.tapi orang plak sangka aku sakit.yang la ni plak orang sangka aku sihat.yalah kan dah berisi.terbalik plak dah kan.

Tak semestinya kesihatan tu ikut kurus atau gemok.bergantung pada dalaman.dulu aku terlalu kurus sampai orang tuduh aku isap dadah.orang kata camtu adalah supervisor line sebelah prod tray wash *gamaknya dia tuduh aku macam tu*

Ada sekali tu.kalau tak silap aku la.masa tu aku baru lepas keluaq dari store.lalu kot prod hook up besaq.pastu ada sorang panggil aku.katanya kak pah nak jumpa aku.aku pi ambik uniform smok aku tu dalam bilik tray wash pastu pi lah masuk dalam hook up.

Dengan hati yang dap dup dap * risau kot kot aku ada buat salah.
Sampai ja kat dalam tu.aku tanya sorang operator di mana kak pah.

Jumpa ja kak pah.dia suruh aku duduk mengadap dia.sesi bersoal jawab pun bermula...

Kak pah = hang sihat?

Aku = sihat *aku mengangguk dengan muka yang heran*
*kak pah masih memerhati aku*

Aku = saya ada buat salah ka kak pah? *soal aku kehairanan*

Kak pah = *kak pah tersenyum* panggil ibu ja.takyah panggil kak pah.semua kat sini panggil ibu..dak ahh saja tanya hang ja sebab tengok hang ni kuruih sangat.muka pucat.

Aku = saya ok ja lah.saya memang la kuruih.tapi saya tak sakit pun sihat ja.

Kak pah = mana la tau kan kot hang isap apa apa ka.dadah ka kan *kak pah buat mula serius*

Aku = ya allah kak pah tak kan la saya tak pasai pasai nak ambik benda macam tu.dapat apa faedah? *aku cakap dengan geram sebab terkejut dengan padangan kak pah terhadap aku* patutlah selama ni.bila jumpa aku.dia perati aku macam dinasor nak telan manusia ja.
*aku pamer muka marah*

Kak pah = alaah tanya ja.bukan apa.ibu tengok hang ni macam sakit ja.saja la tanya.

Aku = kalau nak tanya pun pikiaq la dulu orang terasa ka apa.takpa la kak pah saya ada banyak lagi keja ni..*aku buat muka marah*

Kak pah = alah dok la sat.takpa ahh takdak sapa nak marah hang dok sembang dengan ibu pun.

Aku = saya kena issue barang ni.tak boleh lama.satgi stok takdak.depa dalam tu takdak keja.kalau nak sembang masalah keja saya tak kisah.
*aku masih buat muka marah sambil memandang ke arah lain.

Kak pah = ish hang ni.ibu tanya ja.mana la nak tau kan.kot la bercampuq dengan geng geng tak tahwan hala ka.ibu risau ja.cuma nak ambik berat.

Aku = saya tak ambik benda tu semua.benda tu semuanya buang masa dan duit.saya mai keja sebab nak cari duit bukan perabis duit.saya 17 tahun sepatutnya dok dalam sekolah bukan dalam kilang cari duit.ada kak pah pikiaq semua tu.

Kak pah = ibu tau hang muda lagi sebab tu ibu risau.dok tengok hang dok rapat dengan budak budak buas tu.takut hang terpengaruh.

Aku = jangan risau la saya ok.takpa la saya kena pi dulu.jangan la risau pasai saya.terima kasih *aku tersenyum pahit dan terus blah dari situ.

Kak pah = ayu..alah sat sat.ibu bukan nak sakitkan hati hang.cuma nasihat ja.

Aku = takpa takpa saya faham.terima kasih kak pah.

*kak pah buat muka tak puas hati sebab tak boleh nak bersoal siasat aku*

Orang panggil ibu kalau tak silap aku la.tapi aku ja panggil dia kak pah.sebab meluat mulut dia bisa.kalau boleh aku nak panggil oi ja kat dia *

Kalau la terjumpa kak pah tu dan dia masih ingat aku.mesti dia terkejut tengok badan aku berisi.

Dulu berat aku 38kg pastu lama ke lamaan aku pulun makan bermacam macam vitamin pun tetap sama.pastu stat makan multivitamin seven seas.terus berisi badan aku ni.dari 38kg slow slow jadi 42kg - 45kg.aku stop makan.sebab nurse kat ampang jajar masa depa mai buat check up.tengok BMI aku dah sesuai camtu katanya.

Pastu tahun 2010 aku stat sakit thyroid.badan aku tak menentu.kadang berat terlebih.kadang ringan plak dah.

Dari 45kg - 47kg - 48kg - 44kg - 46kg - 49kg - 47kg.lepas aku bedah terus naik mendadak lagi jadi 52kg.

Hati aku semakin risau sebab susah nak cari pakaian yang selesa.semua kena abiskan duit beli baru sebab banyak dah ketat.

Bayangkan la jeans baru beli bulan lepas.bulan ni dah tak boleh pakai dah.aduih stress betoi la.

Aku paksa diri diet.kurangkan makan nasi.sedangkan aku bukan makan banyak mana pun nasi tu.kadang kadang berjoging dengan mak.
Tetap tak turun turun berat aku tu.

Baru baru ni aku google la cara lain untuk kurus.macam macam aku jumpa dan try tapi tak menjadi.

Baru ni aku tengok ada sorang laki tu mengamalkan diet teh hijau.aku tengok ketara memang berkesan.

Laki tu kata dia diet kurang makan nasi dan gula.selama 2 bulan dah turun berat 10kg.masa tu aku rasa bersemangat sangat nak cuba.

Aku tak pernah makan ubat kurus.aku memang tak berani.bahaya kalau apa apa berlaku.

Sebelum ni aku cuba makan garlic hai o tapi tak berkesan plak.lepas tu aku benti dah sebab tak berkesan.taktau lah kot yang aku beli tu fake.entah la malas pikiaq.aku makan 2 botol tu pun kongsi dengan mak.sepatutnya kena makan sorang ja.mungkin sebab tu gak tak berkesan pun...entah la kan.

Sebab tu lah aku cari cara semula jadi.orang jepun selalu guna diet teh hijau.tapi minum tu tak boleh lebih sangat takut ada masalah lain.

Hari ni hari ke 2 aku try minum.biaq la aku tak kisah pun walaupun tak sedap.masih boleh telan lagi.aku tak kisah pun.

Sekian berita tamat