nuffnang ads

Feb 27, 2017

ice cream vanila

memandangkan masa ni aku makan ais krim vanila.
aku nak cerita kisah aku masuk wad dan ada apa kaitan dengan ais krim vanila ni.

3/11/2016
tarikh ni aku kena check in wad sebab 4/11 aku dah kena bedah buang total tyroid aku ni.
pagi pagi lagi mak hantar aku masuk wad sementara kata nurse lah.tapi aku tengok.sampai ke petang aku dok situ.dah lah bosan pastu siap dapat uniform wad jenis kain pulak.rimas lah.
aku pun tak cakap lah nak seluaq.
ingatkan macam wad bukit mertajam.
depa bagi seluaq.
sepanjang hari tu banyak plak doktor mai temuramah aku.siasat itu ini.
naik rimas plak aku.
malam tu paah teman aku.kesian paah kembaq aku tu.
tengah malam masa aku syok syok tidoq.mai plak nurse masuk wad aku.dia mai cucuk jarum untuk masuk air.
rimas lah aku tapi kena tahan demi tyroid.

ke esokkan hari
4/11/2016
pagi pagi lagi nurse dok kalut bagi uniform biru gelap untuk bedah kat aku.aku pun salin lah baju tu.
mula tu depa kata nak bedah blah pagi tapi tunggu sampai lepas solat jumaat baru bedah aku.
masa otw masuk wad bedah.aku sebenaqnya takut.
tapi aku buat relaks ja lah.sebenaqnya dalam hati ni hanya tuhan yang tau bertapa risaunya aku.
tapi lepas aku bedah rasa lega sangat.
wad aku plak bertukaq tukaq untuk nurse senang nak pantau.
masa aku dah stabil.aku kena pindah wad biasa.
masa tu aku dah dapat makan macam biasa dah.pastu yang peliknya dalam banyak banyak orang.
aku sorang ja yang dapat ais krim vanila.
aku sangka memang menu hari tu macam tu.rupanya bukan.
semua orang tengok aku.muka depa macam jeles ja hehee sebab dalam ramai ramai.aku sorang ja dapat ais krim.
aku tengok orang lain semua tua.aku paling muda tapi takkan sebab tu aku dapat ais krim.
kalau kanak kanak lain lah kan.
ke esokkan hari pun menu aku mesti ada ais krim vanila.
bila nurse jerit jerit happy tengok ais krim aku tu..nurse tu semua kata..wahh ais krim...
masa tu aku dah tau dah.tu ais krim aku.
hehee
bila aku terdengaq doktor sembang pasal aku kena makan ais krim vanila untuk kebaikkan lepas bedah tyroid aku ni.baru aku faham kenapa aku sorang yang dapat ais krim tapi bukan orang lain.
hampir seminggu aku dok wad.mula tu bosan tapi bila dapat kawan boleh sembang aku tak bosan dah.
ida.tini.yati.anis pun mai tengok aku.
tak lah sunyi sangat.
tapi bila dapat balik dok rumah.rasa lega lah skit.

lebih kurang 3 bulan kot aku berpantang.sambil makan ais krim vanila.tiap kali makan mesti terkenang kenangan dok dalam wad.
ada kawan 1 wad dengan aku tu.dah meninggal.
moga roh mereka tenang di sana.

sekian berita tamat

No comments: