nuffnang ads

May 30, 2018

surat untuk paah

masa ni aku baru lepas sapu losyen pure milk shine cathy doll hang paah..

paah aku rindu hang yang dulu...rindu hang masa kanak kanak.aku gembira sangat masa tu sebab hang sentiasa di sisi aku dan tak pernah berpisah..

tapi bila meningkat remaja.masuk sekolah menengah.hang mula pilih kehidupan hang sendiri.hang sibuk dengan kawan kawan hang.

aku sedih sangat masa tu...hang dah semakin jauh dari aku.bila masuk zaman pekerjaan.hang dok asing.hang sewa rumah di penang.masa tu aku rindu sangat sangat kat hang.tapi kita masih boleh berjumpa lagi..

tapi...bila hang buat keputusan nak pindah dok kl...masa tu...hanya tuhan yang tahu bertapa aku sedih sangat.hang semakin jauh dari aku.bila hang dok di kl.kita semakin jarang berjumpa.

kita masing masing sibuk dengan kehidupan sendiri.sepanjang hang dok di kl.aku selalu rindu hang.bila aku wasap hang..tak sabaq tunggu hang reply.kadang ambik masa berhari hari untuk hang reply..aku pikir..mungkin hang sibuk..tapi lama kelamaan aku semakin sedar..mungkin aku ni sebahagian dari kisah silam hang..

kalau hang nak tau..masa aku taip entri SURAT UNTUK PA'AH aku rasa sebak sangat rindu hang dan kecewa dengan keputusan hang nak keja promoter perfume KLIA..aku tau hang tak selesa berniaga dengan aku..cuaca panas terik..aku faham..tapi...
sebenaqnya hang boleh ja pi keja kat penang tapi hang pilih keja di kl jugak.mungkin hang bahagia di kl.

kalau hang nak tau..setiap kali aku mai kl.selalu aku berangan angan.keluar jalan jalan dengan hang.sebab selama ni boleh di kira dengan jari saja.berapa kali ja kita keluar sama sama.aku nak isi lah masa dengan hang tapi hang selalu sibuk.

tiap kali mai rumah hang..selalu hang tak lekat kat rumah.ada ja hal hang kat luaq.aku selalu lepak dalam bilik hang sorang sorang sambil tengok barang barang hang..aku tak mampu nak rasa bahagia macam hang.beli macam macam hias bilik dan pakai pakaian kesukaan.aku tak mampu..dapat tengok pun dah bahagia..

kadang kadang sambil belek barang hang.aku cuba pakai losyen hang.dari situ...aku cuba selami jiwa hang..aku cuba nak rasa kehidupan macam hang..

bila dah puas aku lepas rindu kat hang di bilik hang..dalam hati aku berdoa..semoga hang balik dok dengan aku di kampung..sebab aku rindu hang sangat sangat paah..

aku tak tau lah hang selalu dak baca blog aku.aku harap lepas hang baca entri ni.hang buat keputusan dok di kampung dengan aku seiklas hati hang..aku tau hang takdak hati nak dok di kampung.sebab hang dah selesa di kl.

keseronokkan boleh di cari tapi..
kebahagiaan bersama keluarga.susah di cari..
selagi ahli keluarga semua masih bernafas..rasai lah kehidupan bersama sama keluarga..

tiap kali aku rindu hang.aku akan menyanyi lagu keluarga kita..

hujan lah turun...hujan..

kadang aku pasang lagu lemon tree fool garden..teringat kenangan keja kebun pokok jati..itu pun kalau hang masih ingatlah.tiap hari abang dalam stor kat kebun tu selalu pasang lagu yang sama setiap hari.

aku minta maaf sedunia lebih dari sedunia kalau selama aku hidup bersama hang.aku ada sakitkan hati hang..selamat hari lahir yang ke 33 tahun..masa 28 mei 2018.kita tak dapat sambut sama sama.aku hanya beli kek rm10 makan sama sama dengan keluarga kita saja..aku tak tau nak bagi hadiah apa kat hang..cuma bagi hadiah kecil..aku hadiah gashapon.dalam tu ada keychain doll comel dan seksi..aku tengok macam hang sebab tu aku ambik khas untuk hang..aku harap hang sukalah...

aku rindu sangat kat hang paah...rindu sangat sangat...

travel ke kuala lumpur

aku di dalam bilik kembaq aku di kl..baru lepas makan soq dengan cik noma kawan mak.

kemarin kami berempat.cik noma.mak.fatin dan aku.bertolak pagi pagi terus menuju ke destinasi.sepanjang perjalanan kami berempat.kami lalu jalan lama.saja nak jimat tol sambil tengok suasana kampung orang.

sepanjang perjalanan kami.kami semua teruja tengok suasana kampung.rumah rumah yang comel dan meriah.ada juga rumah mewah tapi aku teruja skit ja.rumah kecik lagi lah aku teruja sebab aku hanya suka benda comel dan sederhana.tak suka lah mewah sangat.besaq jenuh kemas rumah.lainlah kalau rumah keluarga.sesuai lah besaq besaq.

solat zohor dah masuk.kami singgah di surau ghazali teluk intan sabak bernam.kami bertiga saja yang solat.fatin tidoq dalam keta.comel ja surau tu..tenang jiwa...aku harap tak lama lagi kami berempat dapat travel macam tu lagi lepas ni.

setibanya kami di satu perkampungan..sepanjang jalan ada pokok sukun dan gerai menjual kerepek dan biskut raya pun banyak tapi kami tak dapat berhenti sebab terlepas jauh.ya lah ralit tengok kampung orang..

kami berhenti di tepi jalan dekat pokok sukun.mak dan cik noma bagi salam kat tuan rumah tapi takdak orang.mak dan cik noma kutip sukun yang jatuh ke tanah.semuanya 6 biji.sebiji bagi dekat kawan fatin che ah.

kami berbuka posa dengan kawan fatin che ah.macam macam dia jamu kami.dia dengan suami sama sama masak.bahagia ja tengok depa.

setibanya kami di rumah kembaq aku.kononnya nak buat kejutan lah tapi...kembaq aku bersiap nak keluar..aku tak sempat sembang banyak dengan dia..bila dia dah keluar.aku tengok wasap kat hp.lepas aku baca wasap dari kembaq aku.aku rasa sedih sangat.

kata kembaq aku dalam wasap tu.dia ada interview keja promoter perfume kat KLIA..sedih dan kecewa bila aku dengar..aku sangka dia nak pindah dok di kampung dengan kami.rupanya dia masih cari jalan nak dok di kl lagi...

takpa lah mungkin dia happy kat kl...aku kena terima hakikat..semoga hang gembira dengan keputusan hang pa'ah..jaga lah diri hang sebaik mungkin..aku mai kl ingat nak posa sama sama.makan soq sama sama..berbuka sama sama..aku tak patut berangan angan sebab hang lebih bahagia dengan kehidupan yang selama ni hang pilih..

sekian berita tamat

May 28, 2018

suasana hari lahir ke 33 tahun

masa ni duduk di kusyen kegemaranku..

pagi tadi aku terjaga sebab dengaq orang bagi salam dari luaq rumah.buka pintu.rupanya kawan mak.cik noma.aku jemput masuk dan aku pi singki cuci muka.kami bersembang kosong.beberapa minit lepas tu mak sampai.

mak takleh posa sebab pi check gigi gusi berdarah.cik noma pun tak berapa sihat.mak dan cik noma sama sama tak posa..
sekali imbas aku jalan ke dapoq ambik penyapu.terpandang cik noma sedang layan air.aku tak pasti air apa mak jamu.terbayang bayang air kopi..hehee

selepas solat zohor aku kutip benih bunga ulam raja sebab nak tukar dengan orang kampung yang tanam bunga yang sama tapi warna kuning..yang kami warna oren.dulu masa dok benkel kuih talam kat seberang jaya ada warna kuning dan oren.

lepas selesai kutip bunga.aku bosan lah.takdak keja nak buat.saja syok syok susun bunga oren ulam raja kat keta fatin hehee...masa dia nak naik keta dia.dia terkejut.hehee..

lepas aku sidai kain.aku join mak pi kutip cabai..tak banyak sangat hasil cabai.petang skit lepas mandi.aku dan mak pi pekan penanti.mak pi salon tapi aku tak ikut.aku pi jimat mini market cari barang skit.

usha apa yang berkenan.aku pun memilih.marker pen 24 warna.aku ambik brand paling murah ja.yang mahal pun macam sharpie tu pun lekat dekat kertas belakang juga.dah nama pun marker.

selesai bab marker.aku turun ke tingkat bawah dan mencari makanan untuk layan tv malam ni.aku ambik barbie pocky perisa strawberry dan pocky coklat mix oreo.satu lagi barbie candy sebab nampak cantik dan sedap.rasanya candy tu macam yang aku pernah makan dulu perisa mint.sedap tapi brand lain.aku ambik pun sebab barbie.konon nak sama dengan pocky barbie lah hehe..

sekian berita tamat

happy birthday twin

aku baru lepas makan soq bersama keluarga aku..

hari ni hari lahir aku dan kembaq aku yang ke 33 tahun..eh macam tak percaya kan..hari lahir kami jatuh bulan posa plak tu..

syukur ramadhan yang ke 12 hari.sepanjang bulan posa.setiap hari aku berjaya mangkit dan kejutkan ahli keluarga aku walaupun aku berniaga bulan posa 10 hari tanpa henti...syukur...

walaupun aku sakit dan kurang rehat yang cukup tapi aku tetap terbangun untuk soq.kadang terjaga sebab aku kunci jam.kadang aku terjaga sebab budak budak tahfiz sebelah rumah main gendang kejut orang sahur.

kemarin ahad sepatutnya aku dan mak cuti tapi di sebabkan ada hal yang tak dapat di elak.kami terpaksa berniaga juga.penat memang penat.tapi nak buat camna dah itu saja punca rezeki kami.aku harap tak lama lagi ada lah rezeki kerja online yang aku boleh buat.

tahun ni puasa dan raya semakin tak semeriah macam beberapa tahun lepas.tahun kami sekeluarga masih muda mudi.biasa lah bila dah semakin tua.hanya pikir untuk cari duit saja lah.

aku berharap sangat tak lama lagi hidup kami sekeluarga semakin pulih seperti keluarga orang lain.

sekian berita tamat

May 26, 2018

yey esok cuti lagi yey

aku masih mencari rezeki sebening di tepi longkang...

esok aku cuti yeyyyy...
bila dengaq cuti.aku rasa macam dapat hadiah..kira hadiah lah tu..hadiah "rehat"
kalau sebelum cuti.aku plan macam macam tapi bila tiba masa hari cuti.takdak plak aku ikut plan sebelum ni.hemm semuanya sebab keadaan tak sesuai.

mak dan fatin kata nak pi kl.taktau lah jadi ka dak.aku ikut ja lah.lagipun macam macam nak bok balik.cuma dapat bok balik barang penting ja lah.macam beg pakaian kami.oven saja kot.

esok aku kata nak pi bazar ramadhan cari nasi ulam tapi macam tak jadi nak beli sebab mak kata mak nak buat.mungkin aku nak ajak fatin dan alif join aku kot.tapi tak pasti lagi nak beli apa.mungkin murtabak pastu kuih muih yang hanya dapat jumpa masa bulan posa ja kot.

aku sebenaqnya teringin macam macam bulan posa tahun ni.ni di antara juadah berbuka posa angan angan aku..

- nasi ulam

- ayam percik

- bubur kacang hijau (dapat makan dah tu pun sebab mak masak untuk jual)

- bubur pulut hitam

- bubur lambok (tahun ni taktau lah kampung aku ada buat ka dak.rindu lah bubuq lambok kampung aku.rasanya yang kampung aku paling sedap)

sekian berita tamat

May 25, 2018

lama pulak menunggu

aku masih berniaga seperti biasa.mencari rezeki sebening di tepi longkang..

petang telah tiba.kuih masih banyak.ramai orang beli seperti biasa..syukur..
tapi nak tunggu hari ahad terasa lama sangat.dah macam seminggu menunggu tiba hari ahad.padahai 1 hari lagi ja.

hari ni gerai kuih aku dan mak rancak seperti biasa.mak mula menambah juadah.mak buat bubur kacang hijau.sagu gula merah dan agar agar masih buat.tapi hari ni mak letak sagu gula merah dalam bekas besar skit.kemarin hanya dalam cup kecik.tapi ramai plak yang membelinya bila bekas besar.syukur lah..

sekian berita tamat

ahad planning

aku baru lepas makan soq..

ahad tinggal 2 hari ja lagi.tapi aku rasa macam hampir 1 minggu menunggu.dari mula rasa bersemangat nak jalan jalan hari ahad sampai la ni terasa malas pulak nak jalan jalan hari ahad.

entri sebelum ni aku ada bagitau pasal aku cuti dan nak keluar jalan pi pacific sempena hari terahkir umoq aku 32 tahun sebab isnin umoq aku dah masuk 33 tahun...hah...! masih tak percaya umoq aku dah 30an..sedangkan ni tahun ke 4 umoq aku 30an..ya allah terlalu cepat umoq aku meningkat tua.

kenapa bukan baru 20an ya allah.aku tak mampu nak pikul tanggungjawab aku sebagai manusia berumoq 30an..aku masih tak puas hidup sebagai remaja yang bebas lakukan apa saja tanpa memikirkan apa kata orang.sedangkan zaman dewasa ini aku tak betul betul matang dan kuat tempuhi dugaanmu ya allah.umoq 30an apa yang boleh aku buat.yang aku nampak hanyalah jaga hati orang sekeliling.

dugaan demi dugaan aku tempuhi hidup sebagai manusia.aku belum puas melalui usia remaja ku yang tertinggal jauh.di usia remaja ku.aku tiada keseronokkan apa apa.aku lalui dengan pelbagai ringtangan..aku mulai jatuh sakit dari zaman remaja berumur 19 ke 20 tahun.

bila masuk zaman dewasa.penyakit lain pula yang datang..sampai bila bila aku kena tanggung kesakitan ini ya allah.semoga dugaan apa yang datang ada hikmahnya dalam masa terdekat ini ya allah..

aku gagal menjadi manusia..aku gagal menjadi anak yang berjaya menjaga kebajikkan untuk seorang bergelar ibu.aku amat berharap.tak lama lagi ada sinar harapan buat ku ini ya allah..

ahad ni..bila aku pikir semula.kerana bulan puasa.badan aku yang lemah ni.tak mampu untuk berjalan jauh hanya kerana nak merasai kehidupan terahkir umoq aku 32 tahun.aku kurang sihat..di bulan puasa pulak.mana lah tahu.sepanjang jalan.aku rasa lemah dan pitam.aku tak dapat nak makan atau minum pun.segalanya menjadi rumit.

aku mengambil keputusan hari ahad ni aku pi pekan penanti untuk beli magic pen (marker) aku tak puas mewarna guna pencil warna sebab nampak tak cantik dan terlalu biasa.tapi tu lah.kalau guna marker.dakwat dia akan lekat dekat kertas belakang..sayang plak lukisan yang ada.mungkin magic pen aku akan guna pada lukisan zentangle aku.

pagi tu aku nak susun lampu liplap dengan kemas.malam tu dah boleh pasang.sebelah petang.aku akan pi bazar ramadhan bawah hiway kampung petani.dekat situ aku nak cari nasi ulam.kalau boleh nak beli kek juga.teringin lama dah kek yang di jual kakak dan abang kek tu.kek depa sedap.

mesti meriahkan bazar ramadhan situ.esok isnin tu birthday kami.entah lah apa aktiviti.mungkin aku mak dan fatin akan ke kl dengan keta fatin.hah..! malasnya sebab kena meniaga kat sana.aku nak rehat sebenaqnya.

sekian berita tamat

May 24, 2018

tak sabar nak tunggu hari ahad

baru lepas makan soq..

lagi 3 hari aku nak kena niaga..aduii penat nak menunggu hari ahad.rasa macam sebulan aku niaga.9 hari juga lah aku dan mak berniaga.kalau ikutkan hati mak yang bersemangat tinggi tu.mak nak niaga 10 hari..kalau 10 hari niaga.bermakna..hari isnin hari lahir aku dan kembaq aku.hari tu lah baru cuti..

hari ahad cuti sebab orang mesin rumput nak mai mesin rumput.kalau tak kerana tu.mesti mak masih nak niaga kan.hemm..penat.

ahad ni aku nak kena keluar pagi dalam jam 9 lebih atau jam 10 pagi.kalau tak keluar awai.huh panas dan dahaga lah wei.bulan puasa ni faham faham ja lah kan.buat aku rasa nak pitam plak lagi lah susah.dah la naik rapid oi! bukan keta...

sebelum aku beli marker pen.aku dok tengok review sharpie marker pen.dia punya dakwat lekat lah dekat kertas belakang.ishh yang ni yang buat hati aku tak syok.aku nak cari yang tak lekat dan mengganggu kertas belakang.alaa dah la minat dah warna warna sharpie ni..kalau marker yang lain.harga lagi mahal.tak pasti lah plak lekat dak dakwat kat kertas sebelah.

lepas dah selesai hal dekat pacific mall.aku nak balik awai sebelum petang sebab aku nak pi bazar ramadhan.aku nak beli nasi ulam.uiiss dah lama aku teringin.

okey lah setakat ni saja cerita aku..

sekian berita tamat

May 23, 2018

sahur yang ke 7

aku baru sudah bersahur dengan mak...

semalam aku tidoq agak lewat.jam 1 pagi hehee selalu camtu lah.mentang mentang lah nega lewat.walaupun mangkit soq.aku tetap tidoq lambat juga hehe..
soq subuh ni.aku mangkit goreng teloq dadar dan meggi kari 1 bungkus saja.aku share dengan mak.abang dan fatin tak mangkit soq.

bosan lah..tiap tahun semakin berubah.posa dan raya sama saja.semakin jemu.semakin sunyi.tak semeriah tahun tahun lepas.mungkin sebab ekonomi keluarga aku masing masing kritikal kot.nak sambut pun tak syok.

selalunya tiap tahun aku dan kakina lah yang bagi meriahkan suasana.hemm tahun ni kakina majok..dia posa dan raya sorang sorang.

hemm isnin minggu depan hari lahir kami.takdak hadiah aku nak bagi untuk kembaq aku tu.taktau nak hadiah apa.ahad ni...aku rasa macam nak keluaq sorang sorang.ronda pacific mall kot.nak masuk kedai buku popular.aku nak beli sharpie maker 1 set.anggap macam hadiah hari lahir aku lah tu.

kalau kedai buku kbr dalam summit masih ada.memang aku akan beli situ ja..semuanya dah semakin berubah.summit tu macam nak tutup tapi masih tak tutup pun.mungkin sebab ada econsave kot.bertahan dari situ ja lah.

semalam google.banyak yang review pasal warna menarik maker sharpie.aku rasa berkenan lah plak.kalau maker brand lain tak pasti lah lagi murah dan cantik dak.aku google maker murah.naik sharpie tersenarai murah sama.aku rasa aku nak beli sharpie ja lah.lagi pun warna warna dia pun cantik.

menyesal pun ada juga beli pencil warna sebab tak lekat cantik.hemm takpa lah.aku akan guna untuk warna yang bersesuaian.takkan dah beli tak guna.rugi saja.

sekian berita tamat

seni itu indah - nak beli maker colour pen

aku duduk di kusyen kegemaranku.baru lepas mewarna..

bulan ni hari lahir aku..aku banyak menghabiskan masa dengan dunia seni.melukis dan mewarna.aku isi masa lapang aku untuk menghilangkan kesedihan dan kesunyian di hati.

nampaknya terapi seni agak berkesan.aku cuba cuba mewarna dan melukis semula selepas aku shopping barang dekat eco shop baru baru ni.tapi bab lukisan buku warna sebenarnya aku nak cari corak zentangle tapi takdak.pastu aku beli pencil warna.boleh tahan la warna dia tapi yang tak syoknya..setengah pencil warna kena tekan kuat skit sebab warna dia susah lekat.

aku survey warna yang terang dekat google dan youtube.kebanyakkan ramai yang review mewarna mengunakan maker.
maker?? tak lekat ka dekat kertas sebelah?

mula tu aku pikir macam tu lah.tapi bila banyak membaca.baru aku teringat tentang maker ni ada banyak jenis.ada yang mudah lekat dekat kertas sebelah.ada juga yang tak lekat kertas sebelah.

tapi aku tak tau plak maker ni ada banyak warna.seingat aku hanya maker hitam/merah/biru saja.aku tak puas hati dan aku survey lagi dan lagi terjumpalah maker sharpie.

macam pernah tengok maker sharpie ni..teringat balik masa zaman keja kilang.ramai leader yang guna maker sharpie ni.tapi banyak yang guna warna hitam tapi warna lain aku tak pernah tengok.aku fikir gak masa tu..syok ka guna maker sharpie.teringin juga nak beli tapi aku tak beli beli sampai lah ke saat ini sebab dok pikir juga.untuk apa aku beli masa zaman keja kilang tu.apa ja yang aku boleh buat dengan maker sharpie tu.

tapi baru baru ni aku survey dan terjumpa maker sharpie dan terus terminat dengan pelbagai jenis warna yang ada.dah macam pencil warna pulak aku tengok.aku survey juga pelukis yang warna hasil lukisan zentangle depa guna warna apa cantik dan terang.

rupa rupanya depa guna maker...hemmm..buat rugi duit aku saja beli macam macam pencil warna tapi tak lekat cantik.dah tu plak kena asah.zaman sekolah dulu rajin lah shapener kat tong sampah belakang kelas aku.la ni mana ada dah zaman tu oi..dah tua..

pasal seni zentangle dan mandala.aku tak google lagi pasal perbezaan dua corak batik tu..nampak macam seakan akan sama saja..ehmm entah lah kan..

yang pasti.cuti nanti.ada masa.aku nak pi kedai buku.aku nak beli maker sharpie.

sekian berita tamat

May 22, 2018

safi manggis lagi

masa ni tengah tunggu beberapa minit untuk berbuka puasa.

bulan lepas aku rasa banyak kali dah aku round bahagian pixy dekat watsons dan guardian tapi masih tak jumpa makeup remover liquid foam pun takdak.gentle pun takdak.macam susah sangat lah.

rasanya dulu aku nampak saja ada kat rak pixy.tiba tiba aku nak beli.takdak plak dah hemmm..konon aku baca testimoni cuci guna liquid foam pixy berkesan cuci sampai bersih.aku pun nak bertukaq lah ambik pixy.last last macam susah sangat nak cari pixy.tiap kali usha pixy tiba tiba saja safi manggis muncul..

dua hari lepas aku dan mak balik niaga terus singgah jms mini market.aku cari barang lain pastu ternampak safi manggis.rasa macam nak ambik tapi aku tak jadi bila teringat eversoft tomato+timun ada baki lagi.usha lah yang lain.ternampak makeup remover eversoft tomato.tanpa pikir lama.aku terus ambik.

sampai rumah aku try lah cuci makeup aku dengan makeup remover eversoft.hemm boleh tahan juga.tapi aku tak suka tiap kali guna makeup remover mesti rasa melekit lekit.makeup remover garnier pun melekit juga.ka memang makeup remover macam tu..
rimas...!

tak sabar nak tunggu eversoft aku habis.nak guna safi manggis balik.rasa syok juga guna safi manggis tu.

sekian berita tamat

lagi 4 hari aku akan cuti

aku sedang menonton tv..wanita hari ini..

hari ni macam biasa.aku bangun seperti biasa dengan perasaan malas yang berleluasa dalam diri aku.penat dengan keadaan sekeliling..cuaca panas penyebab badan aku jadi lemah dan tak bertenaga.oohhh letih lah setiap hari macam ni.asyik kira berapa hari lagi nak niaga..tak sabar nak cuti.

aduii tengok tv plak dok nampak iklan makanan saja.perut pun jadi lapaq.teringin tu teringin ni.

ahad ni aku cuti..bila tengok tarikh.sedaq sedaq hari isnin dah hari lahir aku dan kembaq aku...macam tak percaya.aku lalui kehidupan yang membosankan sorang sorang tanpa kembar aku di sisi.dia ada kehidupan yang dia pilih sendiri.dok jauh di kl..lagi sedih dan membosankan bila kawan yang hadir dalam kehidupan aku.semua yang entah apa apa..
aku bukan memilih tapi biaq lah dapat kawan susah senang bersama.

tinggal lagi lebih kurang 1 jam lagi.aku nak bersiap siap pi niaga..alaa malasnya ya allah.entah bila dapat buat bisnes online ni.

sekian berita tamat

May 21, 2018

jom shopping gila gila di eco shop

aku sedang berniaga...

dari 2 hari lepas lagi mak ajak aku pi eco shop bagan sebab nak beli sudu tapi perut lapar sebab berbuka hanya minum dan makan agar agar saja.hari ni aku beli kuih skit.boleh la berbuka kuih yang aku beli tu dulu.tahan skit sebelum sampai rumah.

entri sebelum ni aku ada bagitau pasal aku shopping buku warna kat eco shop kan.sebelum tu aku pi eco juga.ada lah beli barang skit..skit ka? tipu tipu tipu..kalau pi eco shop mesti beli banyakkkk..

boleh di katakan tiap bulan aku sekeluarga pi eco.biasalah kan semua barang murah.aku tiap kali pi mesti akan cari pelbagai jenis biskut.sampai beli macam macam jenis biskut.sampai tak termakan dan ada sampai terlupa yang biskut kering yang aku beli kat eco dah habis keluarga aku makan..aku rasa aku dapat makan 2-3 keping saja..pastu dah tak nampak kelibat biskut kering..tiap kali pi area biskut.aku mesti akan ambik 1 biskut legend zaman kanak kanak aku dulu.aku tak ingat plak nama apa.biskut tu bulat ada aising keras berwarna warni.aku selalu layan tv sambil makan..kek pun aku tak lupa..kek pisang kegemaran alif.kek roll kegemaran aku.kek buah kegemaran mak.

tak lupa juga area yang selalu aku akan singgah mestilah minuman.keropok dan gula gula.aku selalu cari jajan legend sebab kat eco aku terperasan ada jual.rindu jajan legend masa zaman kanak kanak.

selain area makanan.aku akan singgah area getah rambut.kalau pi area tu mesti kena beli sebab getah rambut yang warna hitam kecil dan halus yang mudah putus.selalu tak cukup cukup.biasa lah kalau aku beli ada yang kena bahagi.tapi kalau getah size besar.kakina dan fatin suka getah besar.macam macam barang kat situ.cekak rambut.sikat.getah rambut pun semua comel berwarna warni.rambang mata.kalau nak buat hadiah hari lahir budak perempuan senang lah boleh pilih macam macam kat situ.

area yang aku suka singgah lagi kalau pi situ.aku akan singgah kat area barang makeup.sebab aku dok cari liquid eyeliner.eyeliner pencil dan white eyeliner semua tu untuk aku buat face painting tapi selalu takdak.baru ni pi area tu dapat beli span muka dan kerongsang raya ja lah *rambang mata pilih kerongsang.mula tu nak beli cincin tudung.pastu lupa sebab ralit pilih kerongsang raya*

kalau satni mak jadi pi lagi eco shop bagan.aku nak beli kuih raya eco.biskut dalam bekas bulat penutup pink tu aku panggil biskut raya eco sebab nampak macam biskut raya hehehee.
mungkin aku akan ambik semua jenis yang ada.

senarai barang yang aku nak beli satni

- biskut raya eco

- biskut untuk tonton tv..hehe apa pun boleh. *mentang mentang la ni ada tv semula*

- set pencil *aku nak beli shapener saja sebenaqnya tapi nampaknya kena beli 1 set sebab eco buat jenis 1 set.

- macam teringin kacang lah

hehe macam macam lah aku ni kan.tu eco shop jauh dari rumah.agaknya kalau eco shop dekat pekan penanti la.aku rasa aku pi keja terus dengan depa kot.hahahaa

sekian berita tamat

hari ke 5 puasa 2018

aku sedang berehat rehat di pintu bilik mak..sambil melihat permandangan kampung di luar rumah..

hari ni hari ke 5 berpuasa.aku malas sangat nak keluar niaga sebenaqnya..terlalu malas..dah penat keja luaq.aku nak buat bisnes online tapi taktau lah bila boleh mula.

harap lepas raya.aku boleh mula...

ok tu saja lah nak cerita.aku nak solat.pastu nak bersiap siap pi nega..

oh malas...

sekian berita tamat

bangun bersahur

aku baru lepas makan soq..

ohh nasiblah hari ni aku terjaga sebab loceng hp bunyi.hari ni takdak plak dah budak budak tahfiz sebelah main gendang.kalau tidak camna lah aku nak posa oi..dah la kena nega.kalau tak kena nega tak kisah sangat lah kan.dok kat rumah ja.tahun ni takdak plak orang konvoi soq..hemm tak semeriah dulu.

aku makan soq seperti biasa.seperti tahun lepas dan lepas...masih sama.tapi masa zaman kanak kanak dan remaja aku dulu.makan soq tak sama macam zaman dewasa aku...bosan..dulu masing masing muda dan sentiasa cergas walaupun masing masing kerja.boleh la mangkit makan soq dengan ceria tapi la ni zaman dah berubah..semua dah dewasa dan masing masing tak berapa sihat.

soq pun jadi tak seceria dulu..bukan kata soq..raya pun sama lah...boring...tahun ni rasanya raya semakin bosan.kak ina majok..geng pelita/lampu liplap/kuih raya takdak..nampaknya tahun ni takleh buat kuih raya..kena shopping kuih raya kat kilang kacang mak mandin lah nampak gaya nya..

biskut dahan rapuh(batang buruk) memang kena ambik 3 pack..biskut raya yang lain semua serba 2 bekas.kerepek dan kacang macam biasa lah mungkin 1 pack saja..

bukan bab kuih raya ja.bab pelita dan baju raya pun aku pikir tak pikir ja nih.aduii semuanya sebab masing masing ekonomi masih tak stabil lagi.

tahun ni bukan kata kuih raya buatan sendiri takdak tapi baju raya buatan sendiri pun takdak gak lah..semua kena beli.kebetulan oven pun dok kl nuh.entah taktau jadi ka dak mak dan fatin nak pi kl clear barang pindah mai penang.

tapi bab kuih raya tu.bila pikir balik.buat sendiri pun bukan ada yang nak bertandang beraya macam dulu dulu dah.kalau ada pun tak syok masa zaman remaja muda mudi.semua pakat kahwin ada anak.suasana dah tak sama dah.

kadang bila pikir balik.macam aku sorang ja buat buat teruja meriahkan raya.pasang pelita...pasang lampu lip lap..buat kuih raya..buat baju raya..

raya dulu dan la ni dah tak sama...tak semeriah masa zaman muda dan semua pakat sihat lagi.la ni bukan aku sorang ja yang sakit.keluarga aku yang lain kurang sihat.ya lah semua pakat dah tua.masa nak gembira dah tak sama dulu lagi.

tambah tambah lah la ni umur aku makin bertambah..bila pi kenduri ka atau raya ka.mesti ada pakcik dan makcik bawang dok sibuk tanya bila aku nak kahwin.

malas lah aku dengar soalan yang buat perasaan aku ni rasa macam aku ni tak matang dan tak sedaq diri dah tua.aku sedaq diri semua tu tapi tolong lah faham..aku ni sakit.diri aku dan keluarga aku sendiri pun tak terjaga..kalau kahwin lagi lah aku tak mampu nak jaga orang lain.

hah! mula mula semuanya ok.tapi lama lama mulalah serba serbi tak kena..semua tu buat aku hidup dalam tekanan jiwa.
jangan kerana di sebabkan soalan soalan kahwin tu hampa semua dah takkan nampak dah aku muncul kat mana mana kenduri dalam kampung ataupun aku bertandang beraya rumah orang kampung dah..

selamat berpuasa 2018....

sekian berita tamat

May 20, 2018

terapi seni

aku masih duduk di kusyen kegemaranku sambil menonton tv dengan perut pedih sebab posa..

entri sebelum ni aku ada juga cerita pasal buku warna ni.tapi sengaja aku sambung lagi.sebab suka..

baru baru ni aku pi eco shop.beli buku warna dan pencil warna sekali.balik rumah teruja dan terus lah mewarna..
alaaa hasil warna dia tak berapa minat sebab warna dia susah nak lekat jenuh tekan.warna pun semua warna pastel.

aku nak warna terang juga.terpaksa lah beli pencil warna luna.tapi ada yang tak cukup lengkap rasanya warna dia.pink dan putih takdak.terpaksa ambik pencil warna eco.

buku warna eco boleh tahan cantik juga lukisan dia.aku ambil lukisan bunga dan orang.sebenarnya aku berminat dengan lukisan bunga mandala atau zentangle.tapi nampaknya kat eco takda.terpaksa lah aku cari kat kedai buku mesti ada.

sebelum aku kembali dengan hobi seni mewarna.aku dah tengok corak mandala atau zentangle.teringin juga nak try.semalam lepas aku warna lukisan bunga daisy.aku try lukis corak zentangle.nampak menjadi juga tapi masih tak cukup sempurna.

aku rasa cuti kali ni.aku nak pi kedai buku kat jimat mini market pekan penanti.aku nak cari shapener/buku lukisan/pen maker kecil warna hitam.

tapi rasanya dekat eco shop ada..kalau ada jimat skit la duit aku.hehee

bagi aku lah..menulis melukis dan mewarna adalah satu terapi.sebab tiap kali aku siapkan seni aku walaupun tak berapa cantik tapi aku rasa gembira sangat.stress dengan masalah rasa semua hilang macam tu saja.penat bekerja semua dah lupa.

aku masih menunggu masa beberapa jam lagi untuk mencari rezeki sebening di tepi longkang...
syoklah plak niaga bulan ramadhan ni.berapa jam saja kerja.kalau lah hari biasa pun macam ni kan syok.

tapi aku lebih suka dok rumah buat bisnes online.hehe boleh layan drama kat tv..

sekian berita tamat

yey hidup gembira seperti biasa

masa ni aku duduk di kusyen kegemaranku semula.setelah seminggu lebih kurang aku tinggalkan.

2 hari lepas kai adik aku balik rumah.masa tu kami nak bergerak pi niaga dah.tiba tiba kai yang tengah tidoq tu mangkit.dia bagitau dia beli tv.dok dalam keta.

kami pun pi belek dalam keta dia..yes malam ni aku akan teruskan kehidupan gembira aku seperti biasa.walaupun tv terpakai aku tak kisah skit pun.janji boleh tengok clear.

lepas ni macam macam rancangan boleh tengok..seminggu lebih kurang lah aku tertinggal banyak rancangan.

pagi ni aku tengah layan my little pony..cerita kartun yang paris hilton suka tu..aku jarang tengok cerita ni.ni entah kali ke berapa tak pasti.cerita dia boleh tahan la.jalan cerita pun boleh tahan.tapi aku lebih minat tengok warna dalam cerita tu.warna warni cantik.

sekian berita tamat

May 18, 2018

cerita pokok bunga

hari pertama niaga bulan ramadhan rezeki sebening di tepi longkang..

cerita..
misi mencari pokok kegemaran mak..

baru baru ni dan kemarin aku teman mak pi cari pokok buluh kuning dan bosida.setibanya kami dalam neseri.aku terpandang satu pokok nan rimbun yang berwarna putih dan sedikit hijau..nampak macam seakan salji jatuh dari pokok sebab tu lah aku minat.

teruja sangat rasa macam nak beli yang besar dan yang kecil sebab nak bela dia.aku ni bukan lah peminat bunga sangat.aku minat sesetengah saja..nama pokok yang aku suka ni tree colour atau penselong.

dari zaman sekolah aku hanya minat bunga ni saja..

- bunga raya (suka buat bunyi guna kelopak bunga raya.selalu main zaman kanak kanak dulu)

- bunga sakura (suka warnanya dari pokok sampai ke bunganya.teringin sangat nak pegang.aku harap satu hari nanti aku dapat bawa keluarga aku pi jepun dan pegang bunga sakura sendiri)

- bunga lily (cantik bentuk dia.suka warna putih yang tenang)

- bunga daisy (suka bentuk dan warna putih oren kekuningan yang sejuk mata memandang)

- pokok takoma (kali pertama tengok dalam beberapa tahun lepas.suka sebab bunga dia penuh satu pokok yang besar.dari jauh nampak seakan akan bunga sakura)

- benih dandelion (suka sebab boleh tiup pastu terbang ikut angin.bunga dia aku jarang tengok tapi bila google baru tau..comel berwarna kuning.sebelum ni aku sangka yang warna putih macam bebola kapas tu bunga)

- pokok bunga tajam (aku taktau lah nama sebenar dia.aku suka sebab bentuk dia yang bulat dan tajam ada dua tiga ranting camtu lah.comel tapi ganas sebab tajam.pertama kali aku nampak dekat rumah orang dalam kampung.kampung apa tak ingat tapi kampung tu jalan nak ke kepala batas.masa mak dan kakina singgah beli pokok.kami pilih sorang satu jenis pokok untuk dijaga sendiri.mula tu aku sangka pokok tu akan sama tinggi dengan aku tapi rupanya tinggi dari aku)

- cosmos caudatus atau ulam raja (bunga ni kali pertama aku dan kakina tengok dekat kubur arwah abah.kami kutip bok balik terus tabur dekat taman bunga mini kami.senang sangat nak hidup.dok cari benih warna kuning tapi macam susah nak jumpa.bunga dia warna oren.yang warna pink putih tak berapa minat)

- bunga lantana camara atau bunga tahi ayam (suka sebab bentuk yang unik.bunga kecil kecil tapi tersusun bulat dan berwarna warni cantik.dulu masa aku kecik senang nak cari tapi bila dah dewasa macam susah plak nak jumpa tapi baru ni pi tempat keja lama bekas kebun pokok jati tu ada jual.rasa macam nak beli la tapi nampak warna oren saja.aku nak warna warni)

- bunga lalang (yang kuning macam ekor kucing dan merah bentuk tajam.dulu masa aku kecik.selalu kutip main)

kebanyakkan bunga.aku lebih sukakan bunga kecil.suka sebab comel..

sekian berita tamat

cuti habiskan masa dan duit

aku masih dok lepak dekat bilik mak..

kemarin aku dan mak pi kulim.kami dua singgah bundle mf mart macam selalu.aku terus menuju ke bahagian pakaian..check apa yang berkenan.pastu macam biasa lah kalau pi area pakaian.aku akan singgah dekat bahagia skrit.usha kot ada skirt mori girl untuk ootd raya retro aku lah macam tahun lepas.tahun lepas takpa lah aku jahit blaus punjabi sendiri.cuma beli kain asing.

jalan lagi usha apa apa.area kemeja jeans memang aku akan singgah.kali ni dapat banyak size aku tapi sayang sekali warna seakan sama plak yang aku berkenan tu..ada la lengan panjang tapi panjang sangat.yang lengan pendek cantik gak tapi sama warna yang aku ambik tu.yang aku ambik tu lengan 3 suku.ok lah dari takdak.nak beli baru lari bajet.

selesai pilih pakaian.aku mula mencari jejak mak aku yang hilang entah ke mana.aku agak lah.mak naik tingkat atas.sangkaan aku tepat sekali.memang mak ada tingkat atas dok belek perabot.

masa tengah berjalan tiba tiba aku tunduk bawah ternampak sekotak besaq gashapon.uiss masa tu hanya tuhan yang tahu bertapa terujanya aku yang sukakan benda comel dalam gashapon tu.

aku sibuk pilih satu per satu.buka sampai sakit tangan.siap duduk bersila sebab lenguh kaki dah lama sangat.dah tak kisah apa orang kata.depa pun sama ja dok pilih barang siap bersila juga.

kebanyakkannya semua benda dalam gashapon tu keychain.ada juga lah untuk hiasan.tapi semuanya aku ambik keychain ada satu ja yang untuk hiasan.aku ambik sebab nak cukupkan 11 biji rm5.aku ambik ja yang tak minat sangat pun.

ada macam macam bentuk

- doll ala bodyguard

- kucing hitam dalam bekas seakan ufo (aku cari lama kucing hitam macam dut)

- doll ala gadis pantai pakai spek dan bikini

- doll gadis comel kawaii

- cermin ajaib sailormoon

- tongkat magic sailormoon pink

- tongkat magic sailormoon pink+warna warni

- tongkat magic sailormoon putih keemasan

- black board mini star

- doll galas gitar

- keychain bentuk bulat ada lambang muzik dan warna warni

aku rasa macam nak beli lagi lah

sekian berita tamat

hari ke dua puasa

aku dah lepas mandi segar seketika....seketika ja lah.satgi panas balik la..

subuh tadi aku terjaga sebab dengar orang main gendang untuk gerak orang mangkit soq.

aku mangkit cuci muka dan perangat apa semua.lepas makan soq dengan keluarga aku..mata ngantuk lagi terus tertidoq.

pagi ni aku bangun jam 9 pagi.perut terasa pedih dan lapaq.nak lupakan semua tu aku sibukkan diri dengan angkat barang niaga letak belakang keta mak.pastu aku masuk rumah dan mewarna..alaa tak puas hati sangat pencil warna eco shop susah nak lekat.buku warna dia cantik jugak lah tapi aku lagi suka buku warna zaman kanak kanak aku dulu...

alaaa malasnya nak pi nega weii

sekian berita tamat

May 17, 2018

hari pertama puasa

terapi seni...seni itu indah..

masa ni aku baru lepas bersahur dan lepak atas tilam sambil dok pikir buku mewarna eco shop..

hari ni sahur pertama aku..aku soq sorang ja sebab yang lain letih sebab kai buat kenduri mengejut.aku tidur agak lewat kerana main hp.aku dok cari corak buku mewarna..syok tengok pelbagai corak dan teknik mewarna yang cantik.dari youtube aku dapat belajar teknik mewarna yang betul.

seingat aku masa kat sekolah dulu.cikgu pendidikan seni tak pernah ajar teknik mewarna dengan betul.

sebelum ni dah lama aku rasa nak beli buku mewarna sebab tahun 2015 pernah viral pasal secret garden colouring book.buku tu viral sampai tahun 2016.masa tu aku belajaq kat giatmara bukit mertajam.kawan aku ada jual buku secret garden tu tapi tau ja lah.benda benda viral ni mestilah mahal kan.masa tu aku penganggur mana lah ada duit sangat.harap belanja duit giatmara saja

berbelas gak lah dia jual.ada yg sampai puluhan harga dia.mungkin sebab corak bunga yang cantik dan banyak helaian kot.kawan aku yang jual tu memang kaki melukis dan mewarna.nama dia wani.orangnya cantik dan islamic skit.aku suka tengok style dia yang berhijab labuh.

nampak dia selesa dalam pakaiannya.baik orangnya.satu hari nanti aku ingin pakai macam style dia...

banyak yang dia lukis.aku suka tengok dia pandai lukis dan cekap memilih warna..kemas saja lukisan dan teknik warnanya.rasanya kalau sampai hari ni aku rapat dengan dia.kalau aku hadiahkan dia buku warna.mesti dia suka dan teruja sangatkan..dia tak pa lah.keluarga dia tak kisah dengan hobi dia.siap sokong lagi.

dia pun sakit.tapi bukan macam aku.dia ada masalah tulang belakang.dia kata baru 2 tahun camtu dia sakit.umur dia muda lagi.masih remaja sebab tu lah aku tak berapa rapat.semua kawan sekelas aku remaja.aku sorang ja yang dewasa.kadang aku rasa.aku ja yang teruja berkawan dengan depa.kadang aku rasa macam aku sorang ni yang tergedik gedik kawan dengan depa semua.

kali ni aku nampak kat eco shop murah plak tu...selalu kalau dapat pi.aku tak sempat nak usha bahagian buku warna.selalu sempat tengok buku cerita saja.
adalah dulu sekali kot.dapat tengok buku mewarna tapi corak nombor dan huruf yang sesuai untuk kanak kanak saja tapi tiba tiba kemarin.aku saja usha sebab masa tu area tu tak ramai.selalu ramai saja.

mula mula angkat buku.belek belek rupanya buku cerita.suka juga tengok.cantik lukisan tu *ada terpikir nak beli* pastu usha lagi yang lain.sekali angkat tengok tengok buku mewarna corak kisah dogeng manusia.cantik..

belek lagi pastu ternampak corak bunga.aku pun angkat buku tu dan buka helaian demi helaian..wahh terujanya corak bunga tapi aku lebih sukakan corak batik mandala tapi takdak lah plak.

tahun ni aku rasa suka hobi lama balik iaitu melukis dan mewarna..entri lama aku dulu.pernah aku cerita pasal seni.bertapa aku suka seni sampaikan nama asal blog ni aku letak nama SENI ITU INDAH tapi aku tukar banyak kali sebab rasa macam tak sesuai sebab terlalu panjang.aku suka nama yang ringkas.

masa zaman sekolah tiap kali kelas pendidikan seni lah yang paling aku suka selain dari kelas bahasa melayu (sastera)

aku sangat teruja sebab boleh bermain dengan macam macam warna.dari lukisan aku boleh luah segala macam perasaan..TERAPI SENI...

stat dapat cat painting untuk muka dan badan yang kembar aku order online tu.aku asyik melukis saja bila waktu lapang.

esok pagi tengok lah camna.kalau fatin nak pi eco.aku nak ikut.tapi kena tanya dia dulu.harap dia pun nak pi.

dulu masa belajar kat giatmara..kadang rasa menyesal sebab salah ambik kelas..sepatutnya aku ambik kelas makeup..boleh menconteng..

sekian berita tamat

May 15, 2018

aku bukan siapa siapa - ep 6

beberapa bulan berlalu.aku tak tahan keja prod apfa.aku terfikir juga nak benti keja.aku bincang dengan maziah dan ina.depa tak bagi aku benti tapi aku tetap dengan pendirian aku juga..

minggu tu aku shift malam tapi aku tak pi keja 1-2 hari.aku ponteng.tapi malam hari seterusnya aku datang kilang untuk bagi surat perletakkan jawatan 24jam.aku masih ingat aku pakai sweyter merah * kadang kala ingatan pesakit tiroid ni kuat juga *

aku masuk prod apfa mencari leader kak liza.mula tu kak liza terkejut dengan keputusan aku.lama juga aku pujuk.akhirnya perletakkan jawatan aku di luluskan.malam tu aku ina dan maziah berpelukkan tanda perpisahan..aku sedih tapi...hidup perlu di teruskan.1 hari kita akan terpisah juga..

4 tahun telah berlalu..aku rindukan ex bff aku tu.aku ambik keputusan untuk pi rumah dia.layanan dia masih sama seperti tak suka dengan kehadiran aku.makcik suruh dia bawa aku ronda pantai merdeka.aku pun setuju.
dia teruja sangat nak bawa skuter aku.aku biarkan.

setibanya kami di satu kampung.dia perlahankan motor.tiba tiba ada motor di sebelah kami..aku alihkan pandangan aku.teruja dapat jumpa bf dia iaitu kawan aku yang laki tu lah.depa masih berkawan.aku tersinggung dengan kelakuan dia.aku tegur dua kali.tapi tidak di layan.depa dua asyik bersembang.aku ni seperti tidak wujud.

setibanya kami di pantai.kami terjumpa kawan mahlin.aku teruja kali ke dua berjumpa depa tapi nampaknya kali ni layanan depa sama seperti bf ex bff aku tu.aku amat tersinggung dengan depa.aku mula terfikir.entah apa agaknya ex bff aku tu cerita kat depa tentang aku.sampai tak suka aku.

sedangkan masa di mahlin.depa ramah dengan aku..kami balik rumah agak lewat petang sebab ex bff aku tu nak sangat jumpa bf dia..rindu katanya..

ikuti kisah "aku bukan siapa siapa - ep 7

aku bukan siapa siapa - ep 4

kami beli tiket sama sama tapi aku bayar sendiri lah.kawan baik aku tu kekasih dia yang belanja.kami masuk panggung wayang.sepasang kekasih tu sembang sampai lupakan aku yang di sebelah ni.sampai lah waktu tamat movie tu.

depa sembang tak habis habis..depa berjalan berduaan berpegangan tangan seperti orang angau mabok bercinta.aku hanya ikut depa dua dari belakang.aku tengok kawan baik aku dari jauh..ohh dia sudah berubah.dulu aku lah no 1.lah ni kekasih dia lah nombor 1.aku plak taktau lah nombor yang ke berapa sebab aku tengok.dia buat aku ni seolah olah tak wujud dan aku mula rasa aku ni pengacau orang mabok bercinta saja.

beberapa jam selepas keluar dari panggung.aku meminta diri untuk pulang dulu.aku sangka kawan baik aku tu akan pujuk aku supaya jangan balik tapi...aku salah..depa dua macam tunggu tunggu saja aku perambos secepat mungkin.

aku pulang dengan hati yang kecewa dengan perubahan yang drastik kawan baik aku tu.kalau nak bercinta pun jangan lah tipu.cakap lah betul betul nak keluar dengan bf dia aku pun faham..ni sampai sanggup tipu mak pak dia.aku pun dia pergunakan sebagai alasan untuk dating.

masa dalam perjalan balik.teringat pesanan kawan baik aku tu.suruh rahsiakan tentang kekasih dia tu.aku ni sedar diri dok menumpang rumah dia.jadi..aku kena lah turut.aku pun terbabit tipu mak pak dia sekali.

sepanjang perjalanan pulang.aku terdetik di hati untuk berpindah.aku terfikir juga apa yang kawan aku buat kat aku..nampaknya aku ni dia buat alasan untuk dia keluar dengan bf dia tu saja.tergamak dia buat macam tu kat aku.

beberapa hari telah berlalu.aku pi keja seperti biasa.masa kat rumah kawan baik aku tu macam marah.tuduh aku nak rampas bf dia dari aku..aku terkejut.sedangkan dia pun aku yang kenalkan dekat bf dia la ni.tapi last last dia tuduh aku nak rampas bf dia.bila aku tanya kenapa boleh fikir sampai macam tu sekali.

alasan dia.dia nampak aku dengan bf dia sembang sembang dekat store.."wei aku kan kenai dia dulu.kalau aku suka dia.buat apa aku bagi kat hang" ittu lah kata kata aku pada dia.
selepas dari kejadian tu...
aku dok fikir pasal nak pindah dok kampung rumah keluarga aku balik.tapi tiba tiba ada sorang kawan aku ni dia dok cari partner sewa.aku terus setuju sebab kawan aku suruh dok free ja sebulan sebab ex partner sewa dia dah pindah sebelum tiba waktunya.

bila aku dah setuju nak pindah..
balik rumah masa dok dalam bilik.kalau tak silap aku masa tu kawan baik aku leka main hp.mungkin tengah sms dengan bf dia lah tu..

aku ada bagitau dia yang aku nak pindah.dia dengar endah tak endah saja apa yang aku cakap..tapi aku dengar juga dia kata.."pindah ahh takdak sapa paksa ahh"
bila aku tanya.apa dia cakap aku tak dengar.dia jawab balik.dia kata awat yang nak pindah plak.aku kata..buat apa nak dok sini..sini dah takdak apa makna untuk aku.aku ni penyebuk saja.

beberapa hari kemudian.urusan pindah aku berjalan dengan lancar.syukur...aku hanya dapat tengok muka kawan baik aku tu...oh salah.. ex bff..hanya dekat kilang saja tu pun ikut nasib lah kan.sebab prod aku ada pekeja baru.aku dah jarang issue barang dekat store dan aku mula di pindahkan di prod sebelah iaitu apfa.kena pakai uniform jumsuit macam nak naik ke bulan.sahabat aku ina dan maziah juga kena berpindah prod lain.aku tak ingat depa dapat prod mana.

aku akan sambung lagi entri seterusnya "aku bukan siapa siapa ep 5"

aku bukan siapa siapa - ep 5

aku terfikir nak berpindah balik kampung tapi dalam masa yang sama.kawan sekerja aku nak cari house mate..aku pun setuju untuk sewa bersama.selang beberapa hari kemudian.

aku ada bagitau kawan aku yang niat aku nak berpindah.kawan aku seperti buat dengar tak dengar apa yang aku cakap.tak lama kemudian.aku mula berpindah.urusan pindah aku berjalan lancar..syukur..

beberapa lama kemudian..aku duduk di rumah sewa.pergi kerja macam biasa.pagi tu..aku memakai minyak wangi kegemaranku....setibanya aku di depan pintu masuk tepi mini hook up.aku jalan tunduk mengadap lantai.tiba tiba aku rasa ada yang memerhati aku..aku tengok..

ex bff aku di depan aku sedang memberi senyuman yang aku rasa nak luku saja kepala dia..aku berbalas senyuman "rela dalam terpaksa" ayat kak nora bekas supervisor mahlin.

ex bff : hai lama tak nampak..

aku : oh ya ka

ex bff : pakai minyak wangi yang selalu tu ka..wangi..

aku : ya..aku senyum dan meminta diri..rasanya itu lah kali terakhir aku bersembang baik dengannya.

ikuti kisah "aku bukan siapa siapa ep 6

aku bukan siapa siapa - ep 7

malam tu aku tengok tv bersama keluarga dia..dia pun join sekali.aku fikir...mungkin hp dia tengah cas ataupun credit tak dak sms bf dia.sebab tu dia tengok tv sama sama..

keesokkan hari..aku bangun pagi dan terus mandi.sebelum masuk toilet.aku tengok makcik sedang sediakan sarapan.makcik ajak aku makan lepas aku mandi..selesai bersiap siap.aku pun sertai sarapan bersama makcik dan adik kawan aku.pakcik takda keluar entah ke mana *aku lupa*

kawan aku masih belum bangun tidur.aku dah bagitau makcik.aku nak balik dah.makcik suruh aku tunggu dulu biar kawan aku bangun..aku mereka alasan ada urusan penting.makcik pun memahami.

selesai sarapan.aku masuk dalam bilik dan berkemas barang aku.kawan aku terjaga dan terus tanya aku.adakah aku nak balik.aku jawab ya..tapi kawan aku tu langsung tak buat riaksi sedih.

selesai berkemas.aku bersembang skit dengan makcik.masa tu kawan aku keluar dari toilet.tak lama kemudian.aku pakai kasut nak balik.kawan aku hanya jeguk di pintu pastu masuk dalam bilik.yang tunggu melihat aku hanyalah makcik dan adiknya.

aku kecewa dengan apa yang dia buat.sibuk sangat kah dia..penting sangat kah urusan dia waktu pagi ni.setahu aku dia tak keja.kenapa sibuk pagi pagi dengan hp dia.bukan dia nak layan aku sebab aku dah nak balik.bf dia lebih penting dari sahabat yang 4 tahun dia tak jumpa ni.

aku bukan siapa siapa - ep 2

sedang berniaga..

dulu aku ada kawan baik yang rapat seperti kembar.nama dia perlu aku rahsiakan..
aku pernah tinggal di rumah keluarga di taman jalan ke sungai petani.lama betul aku tinggal di situ.lama juga aku tinggal.keluarga dia sangat baik hati.

dulu kali pertama aku dok situ.aku nak dok hanya beberapa hari saja tapi di sebabkan makcik dan pakcik pujuk aku supaya tinggal lebih lama.aku pun setuju.

setiap hari hari yang kami lalui bersama terasa bahagia seperti kembar..pi keja sama sama.rehat sama sama walaupun prod tak sama.bila cuti kami keluar beramai ramai dengan kawan yang lain.ada sekali tu.aku nak cari kasut sport.dekat 1 lorong tu kami ternampak 1 kedai berhampiran stesen bus menjual pelbagai pakaian dan kasut.aku minat kasut sport warna putih line biru tu.dia pun turut suka.kami sepakat membeli kasut tu untuk kenang kenangan.

ikuti kisah "aku bukan siapa siapa ep 3"

aku bukan siapa siapa - ep 8

aku mencari rezeki sebening di tepi longkang...esok aku cuti..

masih tajuk yang sama..banyak juga kawan kawan aku yang dah lama terputus hubungan.entah la..depa dah takmau kawan dengan aku yang bosan ni atau depa dah lupakan aku.

ada lah juga yang masih bertanya kabar tapi boleh di kira dengan sebelah tangan aku saja lah.mungkin depa sibuk kot..entah lah kan.sibuk tapi ada yang aku tengok depa update.jalan jalan bersama kawan..baru...yang kawan lama ni mungkin dah berkarat.patut di campak buang..kan...

entah la..kadang aku lebih selesa hidup tanpa kawan.kalau ada pun asyik nak menyusahkan aku.kawan dengan aku ada sebab saja.nak minta tolong.bila aku dah tolong.terus diam seribu bahasa tanpa kabar berita.takpa lah mungkin manusia macam tu rasa bahagia hidup dengan cara macam tu...

mungkin aku sorang saja yang ingat pada kawan lama.depa semua belum tentu lagi.kalau ingat aku.mesti lah depa tanya kabar aku.kalau tak aku yang mulakan jangan harap lah depa nak chat aku.

aku bukan siapa siapa sebab tu aku ni tak penting bagi depa..

sekian berita tamat

May 14, 2018

aku bukan siapa siapa - ep 3

masih seperti biasa..sedang mencari rezeki sebening di tepi longkang.

2 tahun telah berlalu.aku dan dia seperti pasangan kembar.ke mana aku ada dia pun ada.walaupun kami tak sama bahagian.tapi tiap kali rehat dia selalu join dengan aku.ina dan maziah.

aku ada kenal rapat juga lah.dia laki.nama dia aku perlu rahsiakan.dia ni selalu juga berbuka puasa dengan kami geng store.kami rapat macam kawan kawan yang lain juga sebab buat keja sama sama.kebetulan dia bercinta dengan kawan kami nama dia juga aku perlu rahsiakan..

tak lama depa bercinta.kononnya tak sefahaman lah..aku sebagai kawan ni.bila tengok kawan sorang ni muka muram.mula lah aku bertanya kabar.dia cakap dia nak cari orang lain.nak lupakan kekasih lama iaitu kawan aku.

aku apa lagi.dia ni pun baik orangnya.aku pun kenalkan lah dia kepada kawan baik merangkap si kembar aku tu.mula tu malu lah konon konon..lepas beberapa bulan kemudian.mereka semakin hari semakin rapat.aku plak tolong lah kawan aku yg laki ni sebab dia tak pandai bab bab ayat perempuan ni.aku pun share lah apa yang kawan baik aku suka dan tak suka.

aku nasihatkan kawan laki aku tu.supaya berkawan baik dengan kawan baik aku tu dan jaga dia elok elok.dia pun setuju.tapi aku nasihatkan dia.hati tak boleh paksa.kalau kawan aku tu suka kat hang syukurlah kan..

beberapa bulan telah berlalu..kawan baik aku sudah berubah 100% lupakan aku.pertama kali aku perasan masa kami keluar sama sama di hujung minggu.aku dan kawan baik keluar macam dulu juga tapi kali ini dah berbeza sebab dah lama kami tak keluar.itu aku tak rasa hairan sebab kebetulan beberapa bulan yang lepas.kilang kami agak sibuk dengan kerja lebih masa.bila hari cuti pun kena keja.jadi kami takda masa nak keluar jalan dengan kawan kawan.

kali ni kami keluar.kawan baik aku jarang bermakeup tapi kalau hari yang gembira buat diri dia.baru lah dia makeup.aku dah kenal sangat sebab dah macam adik beradik dah kami ni.kawan baik aku tu dia memang seorang gadis baik.dia jarang keluar rumah tanpa keluarga atau kawan.walaupun mulut dia agak pot pet.dia baik hati...tapi itu dulu lah..

setibanya kami di central square.kawan aku macam tak sabar sabar nak naik tingkat atas sekali.mula tu aku sangka dia tak sabar nak tengok movie kat panggung wayang.aku pun turut teruja.setibanya kami di panggung.

kekasih hati dia dah siap tunggu di depan panggung wayang menunggu untuk membeli tiket wayang bersama sama.mula tu aku rasa happy lah tapi terdetik juga di hati aku..kenapa dia tipu mak dia.kata nak keluar kami berdua saja.tapi aku biarkan soalan itu jadi tanda tanya...

kawan baik aku tu nampak kekasih hati dia.terus tinggalkan aku.kalau tak di sebabkan kekasih hati dia tu kawan baik aku juga dah lama aku blah.

aku akan sambung lagi entri seterusnya "aku bukan siapa siapa ep 4"

tv dan camera

aku seperti hari biasa.mencari rezeki sebening di tepi longkang...

baru baru ni dekat entri lama.aku ada cerita pasal nak beli camera tapi dalam masa terdekat tv plak buat hal..rosak....! duit yang aku kumpul nak beli camera terpaksa bertukar ke beli tv plak dah..

ohh bosan takdak tv tapi pagi tadi kai adik aku bagitau pasal tv dia tu boleh tengok siaran tv.tapi dia kena repair dulu..dia tak bagi beli tv baru..

heh heh heh rezeki camera tak ke mana.eh tak sabar rasanya nak beli camera tu.guna hp memang susah...

malam ni aku nak buat video lagi.kali ni seni lukisan di tangan pula..rasa lagi mudah dari lukis kat muka kan..tapi takpa. aku akan terus mencuba sampai berjaya.aku tahu aku seorang yang berseni.permulaan memanglah apa pun serba serbi tak elok.lama kelamaan insyallah elok juga.

aku akan melukis di muka juga tapi tunggu masa yang sesuai.

baru baru ni aku hanya sempat lukis corak galaxy dan bunga sakura luruh tapi yang satu lagi aku tak pasti nak panggil corak apa..mungkin corak batik kot.

aku cuba nak lukis ikut contoh yang aku cari kat google tapi di sebabkan aku nak rakam guna hp sambil lukis.contoh yang aku tengok tu.aku terpaksa hafal.itulah sebabnya aku suka ada camera.tak tergendala aktiviti aku.

tak sabar nak melukis lagi..

sekian berita tamat

May 13, 2018

aku bukan siapa siapa - ep 1

aku seperti biasa..berniaga dan tak tahan sangat lalui kehidupan macam ni.muka aku sunburn teruk...

baru baru ni.aku ada ternampak fb kawan lama aku tu.nama dia aku perlu rahsiakan..
dulu masa aku kerja kilang.rapat juga dengan dia.sampai satu saat aku dah benti keja.masih berhubung lagi dengan dia.masa tu aku dah keja salon dan aku masih ada motor skuter.

pagi tu dia sms aku (masa ni aku takdak whatsapp lagi) dia kata dia lapaq.dia tak larat nak keluaq beli makan sebab tak berapa sihat rasa nak demam.aku ni sebagai seorang kawan yang baik.perihatin lah skit kan.aku pun menaiki motor ke destinasi.kebetulan tak jauh sangat dari kampung aku tu dalam 10min-15min camtu saja.dia duduk flat.
(kawasan dia aku perlu rahsiakan)

setibanya aku...tak jauh dari rumah dia.aku pun singgah kedai beli moi sup (aku tak berapa pasti lah sebab kisah ni dah bertahun berlalu)
selepas aku beli makanan.aku terus cari rumah sewa dia tu.setibanya aku...dia jemput masuk.sembang lah itu ini tanpa menjamu apa apa minuman dekat aku.

ahh aku tak kisah sebab dia pun tak sihat kan tapi....dia sendiri aku tengok tak seteruk yang aku bayangkan sebab dalam sms dia kata dia tak larat.
tapi aku tengok dia ok ja.biasa saja..tapi tak apa lah..biarkan..

beberapa bulan telah berlalu.aku dah benti keja salon dan berniaga dengan mak aku..ada sekali tu dia sms tanya kabar aku.dia masih keja kilang dan dok rumah sewa..aku pun bagitau lah la ni aku dah tak keja salon tapi dah mula berniaga dengan mak aku dan aku tengah sakit ya itu sakit tiroid.dia hanya mampu berkata kasihan pada aku.

lebih kurang 1 bulan telah berlalu..dia sms lagi dan kali ni dia mula lah nak pinjam duit kat aku katanya tak cukup nak makan sebab duit abis bayar sewa rumah.

sebenaqnya masa tu kewangan aku bukanlah stabil mana.boleh lah cukup cukup makan.tapi di sebabkan banyak kali dia minta pinjam.aku bagilah rm50.kononnya gaji dia tak masuk lagi.dia nak makan tak dak.

aku ni jenis mudah kasihan.lagipun dia kawan baik aku dulu.di sebabkan kawan baik itu lah aku bantu apa yang termampu.dia pernah kata...

"la ni dia susah.mana tau satu masa nanti aku plak"
ayat yang memberi makna akan menolong aku pula ketika aku susah nanti. *dalam hati aku berkata..harap apa yang dia tuturkan tu dia akan tunaikan..*

selepas beberapa bulan..dia minta tolong lagi.aku cakap lah.maaf aku tak dapat bantu dia.aku tak dak duit sebab aku dah beli ubat aku.dia pun tak tunjuk dia marah.dia senyap camtu saja selepas dia sms kata takpa la.nanti dia try tanya kawan kawan dia yang lain.

aku nak tanya pasal duit aku tu tapi di sebabkan dia masih nak pinjam.dah tentulah dia takdak duit.aku pun diamkan diri.

beberapa tahun telah berlalu..aku pasti dia pun tau aku dah bedah tiroid.itu tandanya aku tak sesihat dulu lagi..tapi selama aku sakit.ada dia cakap nak jumpa aku.kononnya rindu.aku tau sebenaqnya dia saja cakap untuk sedapkan hati aku.dia bukan tak tau yang aku ni dah jual motor sebab aku pernah cerita kat dia.

dia plak masih ada motor tapi dia tak cakap pun ajak aku keluar.dia datang ambil aku..tidak sekali pun dia semawa aku.tak pernah langsung.kalau dia cakap dia sibuk.tak mungkin lah..sebab aku selalu tengok dia update dekat wall dia..selalu keluar jalan jalan dengan kawan kawan dia..nampak seronok saja..

sedangkan aku ni kawan yang pernah tolong dia di masa dia susah dulu.tak pernah sekali pun nak ajak aku jumpa dan datang ambil aku.ya...rm50 sedikit saja tapi..bagi aku.duit sebanyak itu mampu beli suplement untuk ketahanan badan aku yang kurang sihat seperti orang lain ini.

aku pasti..dia pun berduit sebab dia bekerja dan la ni dia sudah mula menambah bisnes.dulu pun ada juga bisnes yang dia buat.kali ni tambah lagi dia jual barang kecantikkan.aku tau kewangan dia pasti semakin stabil tapi...kenapa dia lupakan hutang dia tu.mungkin dari awal dia kenal aku.dia anggap aku ni lurus bendul yang boleh di main mainkan perasaan aku...?

dia tau aku tak keja...aku hairan juga.tak terdetik kah di hati dia untuk menolong aku? dia tak rasa ka nak datang jeguk aku yang sakit ni?

aku ni kawan baik dia tapi tak pernah sekali pun dia tolong aku selama aku susah ni.dia hanya tanya kabar sebab aku yang mulakan dulu..dulu aku faham lah nak sms pun kredit telan duit banyak tapi la ni dunia IT terlalu mudah dia nak tanya kabar aku.ada macam macam boleh tanya kabar aku..whatsapp ada wechat ada facebook pun ada..

la ni aku tengok dia sedang rancak berbisnes dan meriah dan gembira dia keluar dengan kawan kawan dia.tak sekali pun dia rasa nak mai kat aku.keluar dengan aku..

aku sedar..
aku sakit..
aku tak punya apa apa..
aku bukan siapa siapa..

tapi dia perlu ingat.sampai satu saat dia pasti akan mencari kawan baik dia yang lama dia tinggalkan tapi masa tu dia dah susah kembali..baru lah dia akan cari aku..aku tak pastilah masa tu.aku masih begini atau sudah berjaya dalam kehidupan..masa tu...biarlah allah yang tentukan...adakah aku akan tolong dia?
mungkin sebelum tolong..aku nak tanya dia...kemana hang menghilang masa aku susah dulu?
aku tau...pasti tiada jawaban...

aku doakan kawan kawan yang lama tinggalkan aku ni.semoga hangpa semua sentiasa sihat dan gembira dengan pilihan hidup masing masing..tak apa lah..lupakan saja manusia yang bukan siapa siapa ini...

sekian berita tamat

May 11, 2018

minggu depan puasa 2018

aku macam selalu..berniaga..

minggu depan dah masuk bulan posa 2018.aku tetap masih macam ni...ohh sedih...
tak lama hari lahir aku dan paah akan tiba...28 mei..aku tau semuanya akan berlalu seperti hari biasa.ahh malas lah nak pikiaq..

aku ni dok berjimat kumpul duit camera dan tv..masa ni lah tv nak rosak pun laa aduii laa..

aku masih keliru..nak pasang wifi atau beli tv?

sekian berita tamat

May 10, 2018

nak beli tv baru

aku sedang duduk di ruang tamu...yaaa kali ni tiada kusyen kegemaran...tv rosak..!

harini balik keja awai.syukur...tapi balik rumah la ni jadi bosan sebab tv rosak.sebenaqnya memang dah lama tv rosak.kami dah survey nak beli yang baru tapi bajet kurang..jadi..tunggu lah dulu kan.tengok lah tv mana yang ada.

bila tv abang dah rosak terus.aku mulalah bosan tahap gaban.mulalah survey tv bajet.tv sekadar boleh tengok siaran.nak beli tv yang mahal mana lah aku mampu.

banyak juga tv aku berkenan.kalau yang mahal aku berkenan smart tv sebab boleh pasang wifi ke tv.ada juga harga bawah 1 ribu.brand daewoo tapi tak pernah dengaq plak brand tu.

kalau tv murah skit.aku rasa berminat nak beli tv brand meck 32 inci.sebab tv abang yang rosak tu pun brand meck.dulu beli rm300++ kalau tak silap.tapi tahan lebih kurang 5 tahun ooo...sebab tu aku rasa nak beli brand meck lagi.setahu aku brand meck tak popular la sangat.tapi tahan lasak.harga kebanyakkan tak mahal sangat.

ada jugak brand lain aku survey.murah dalam rm400++ tapi tv tu 24 inci la plak.aku tak pasti 24 inci besaq mana.rasanya besaq tv kat atas rumah aku tu kot.kalau besaq tu kecik la sangat.aku kalau boleh dapat skrin besaq tv abang yang rosak tu pun dah kira ok dah bagi aku..bagi aku lah...bagi mak memang tak syok la sebab mak nak tv besaq macam tv kai bagi tu.tv kai bagi tu boleh tengok harddics saja.

takpa lah nanti cuti.aku nak pi survey sorang sorang dekat scm sambil shopping barang kat watsons..

masa dok menaip ni.kakina sembang pasal baju raya.nampaknya kali ni tak boleh la nak jait sendiri untuk aku dan keluarga sebab aku nega.

bila bila ada masa dan duit skit.aku nak beli lagi lah kain nak jait.jubah lah cepat siap.baju kurung lambat pastu bila makan kenduri sengkak perut aku.hemm.kali ni aku nak cari tema apa agaknya.

- corak bunga bunga kecil.
- corak ala pelangi
- corak abtrack
- corak daun
- corak macam macam corak lah hehehee

eh lari tajuk plak dah entri aku ni.hehe besa lah.aku syok menaip apa saja yang terlintas di fikiran aku ni.al maklum lah tv rosak.bosan lah nih hemmm

sekian berita tamat

kerajaan baru..tv pun rosak kena beli baru

aku sedang berniaga seperti biasa....

hari ni bertarikh 10/5/2018 bulan birthday aku dan kembaq aku.hari ini rakyat malaysia dapat perdana menteri tunM semula..aku amat berharap kerajaan akan lebih maju dan aman damai.

2 hari sebelum mengundi.tv rumah aku ok saja tapi masa petang ka malam aku tak pastilah.aku buka tv dengan penuh harapan dapat tengok drama komedi atau konsert tapi selepas aku on saja suis tv.sakitnya hati bila dengar bunyi bising macam nak meletup.aku terus tutup tv.

hari mengundi plak.dalam jam 7 malam macam tu.aku try on tv sekali lagi.mula mula bising tu slow saja.tapi lama kelamaan semakin teruk.mak terus suruh aku tutup tv sebab risau dengar macam nak meletup.

aku tutup dengan hati yang kecewa nak tengok berita.main hp sampai batri abis.aku cas la hp aku.ambik laptop layan cerita cerita lama.semakin bosan asyik ulang movie sama ja.hemmm...

nampaknya kena beli tv baru.tv yang kai bagi tu boleh layan harddics saja.bosan lah tv takdak oi.radio takdak takpa.tv takdak aku tak boleh.rasa sunyi ja hidup ni.

selalu aku layan tv sorang sorang ja.ya lah tv kan takdak warna sebab hampir rosak.sapa yang suka tengok.aku sorang ja dalam rumah sanggup tengok.la ni tv rosak terus.rasanya aku nak kena beli la tv.nak beli baru pun duit dah masuk asb.sayang nak bok keluaq.tv baru pun ratus ratus.nampaknya macam kena beli terpakai saja ni.takpa nanti cuti lah aku pi survey kat SCM.

hari ni aku berniaga seperti biasa.harap sangat dapat balik awai.

sekian berita tamat

May 9, 2018

hari ni mengundi #PRU14 #9MEI #2018

aku sedang duduk di ruang tamu depan tv yang 1 lagi sambil tengok budak budak naik basikal bunyikan hon dan bawa bendera.

aku bangun pagi awal.mandi dan terus bersiap siap ke sekolah rendah bukit indra muda.tak sempat sarapan langsung.takut orang ramai.aku dan mak pi awal awal.lepas park keta.kami berjalan ke sekolah rendah bukit indra muda.

aku dan mak bagi ic.kami dapat kertas yang tertulis nombor bilik mengundi.aku jalan menuju ke bilik nombor 5.aku terpingga pingga cari sebab tak nampak.tiba tiba terjumpa kawan sekolah.sakitnya hati aku cara dia cakap tu.aku tanya dia elok elok ja.

aku : yang berbaris ni bilik nombor 5 ka? * sambil jari aku menunjuk ke arah orang yang sedang berbaris *

dia : ha laa..hang kali pertama mai mengundi ka? * nada tinggi seperti seorang yang berlagak bijak *

aku : aku besa mengundi.aku cuma tanya betoi ka bilik nombor 5 sebab tak nampak orang lindung.dulu aku dapat bilik hujung sana.kali ni dapat bilik lain plak.

dia masih dok cakap serupa dia bijak.konon aku ni bengong la.dia dok ulang kata ni bilik nombor 5 la...pastu ada antie cina dok belakang aku.dia tanya aku.ni barisan bilik nombor 5 ka.aku pun jawab ya sini.yang kita berbaris ni bilik nombor 5 la.aku cakap dengan nada yang slow tapi jelas kedengaran.cuma antie tu macam tak yakin sebab takut salah bilik.

tiba tiba kawan sekolah aku tu menyampuk.bilik nombor 5 la.tu tak nampak ka...dia cakap dengan nada seperti perli * aalaa orang berlagak bijak konon nya *

aku bagitau sekali lagi kat antie tu.betoi antie.bilik nombor 5 sini.saya pun tak nampak nombor bilik tadi sebab terlindung.dulu pun saya dapat bilik hujung sana.biasa la tu.tiap kali mengundi mungkin bilik tak sama kot.
* sambil menunjuk ke arah bilik hujung sebelah kami.nada aku sedikit bunyi seperti perli kat kawan sekolah aku tu *

aku sakit hati cara dia tu.macam takdak budi bahasa.kawan sekolah yang aku maksudkan tu.dia laki.dia tu lah yang izan kawan sekelas aku bagi kenai kenai balik.kononnya nak bagi kami berkawan rapat lah..kot kot ada jodoh sebab kami dua dua single..

puii....! kalau macam tu punya perangai ka.pi mampoih lah hang.aku ni bukan jenis memilih rupa tapi yang penting sekali tu adalah perangai.muka hang kalau segak sekali pun tapi budi bahasa hang sama level dengan longkang.baik tak payah.

mungkin dia tak perasan kot sapa aku.aku ni tengok dia sekali imbas pun dah tau.perempuan malang mana lah jadi bini dia nanti agaknya noh.nanti kalau dia terjumpa aku lagi.jangan harap aku nak tegur.

selesai semua.aku tunggu mak.abang dan fatin mengundi.aku tunggu depa kat kantin.perut pun semakin pedih tanda lapaq.aku bosan terus buat vlog.terpaksa bercakap slow sebab ada orang.selesai semua fatin dan abang terus balik rumah.aku dan mak meronda.singgah sarapan kat kedai sungai dua.terjumpa kawan lama mak.aku pun kenai.cik zi dengan suami dia.cik zi dah dok atas kerusi roda.suami dia lagi kesian.dah jadi buta..semoga depa tabah hadapi saat akhir hidup depa.

bosan kali ni.tak best langsung konvoi.dulu syok ja.time aku konvoi dengan izan sampai ke petang.ramai sangat kat bawah hiway kubang semang.situ port orang buat sorakkan.rasa macam pesta bendera plak.time tu aku happy sangat.rasa bersemangat tengok orang ramai.kat tanah liat pun sama ramai.tapi kali ni sunyi ja.ada la 1-2 geng konvoi tapi tak semeriah dulu..hampir sama dengan raya juga lah..makin lama makin bosan..kenapa...?

dah bosan kami balik lah rumah.lepak la dalam rumah.luaq plak tiba tiba hujan lebat tapi la ni dah benti hujan dah.dok dengar orang bersorak meriah pun hanya semalam ja la.siang ni tak ramai.

tengah menaip tiba tiba abang hantar semangkuk megi kari panas panas uii

sekian berita tamat

May 8, 2018

blog dan vlog mana lagi cepat update

aku masih di meja makan.mak join aku sekali.kami makan kek pisang eco alif punya.

entri sebelum ni aku kata aku lagi syok buat vlog tapi bila aku pikir sekali lagi.rasa susah tu ada skit masa nak buat vlog secara automatiknya terus jadi susah nak update vlog.

sebab...

- kena setup background kemas

- setup tempat yang ada pencahayaan cantik

- tuan vlog tu sendiri kalau muka serabut.video tu nanti akan jadi semak saja bila masuk cannel

tapi kalau blog

- bila bila masa boleh update

- senang nak taip dan kalau salah taip boleh cepat padam

- 1 hari kalau rajin dan ada masa.sampai 10 entri boleh update

tak sabaq nak ada camera sendiri.senang nak buat vlog.guna hp memang susah sebab besaq dan nampak sangat aku tengah merakam.

sekian berita tamat

dapat sample percuma lagi yey

aku tengah minum enercal plus...sedap woo perisa vanila.

pagi tadi aku mangkit jam 10 pagi.kemas tempat tidoq dan cuci muka. * ikut hati nak sambung tidoq lagi *...terdengar kat luaq bunyi motor posman * bunyi motor posman pun boleh tau woo *
aku keluar tengok.posman letak surat kat atas motor abang.aku berharap sangat dapat sample minyak wangi paris hilton..ohh tidak tak dapat lagi.belum sampai tapi yang sampai tu ada surat surat biasa.surat aku pun ada.hehe ni mesti sample percuma.besaq plak tu.aku dok belek juga kot kot minyak wangi.

tapi tak mungkin minyak wangi lah sebab sampul besaq sangat.ada 2 sampul.aku tak sabaq nak buka.selesai ambik gambar.aku tak tunggu lama untuk buka.wahh pagi pagi pun dah ada kejutan.ya lah banyak sangat sample yang aku minta.sampai dah lupa apa yang aku minta.

yey...pampers alif dan pad kotex tu wangi sampai sampul pun turut wangi.

aku tak sabaq nak terima kejutan sample lain lagi.dulu masa sebelum zaman IT.ramai yang isi borang sample dekat majalah/surat khabar.aku rasa aku pernah cuba jugak tapi tak pernahnya nak dapat.tapi kali ni cuba isi cara online.terus dapat.syukur rezeki murah.macam macam juga yang aku dapat.

entri sebelum ni aku ada cerita yang aku teruja dapat sample pertama aku.aku buka tengok tengok susu alif..alif pun sama sama teruja.

kali pertama
- 1 pek susu dutch lady

kali kedua
- 2 pek libresse
- 1 pek susu wildan

kali ketiga
- 1 pek pampers mamy poko
- 1 pek kotex

tak sabaq nak dapat sample yang lain lagi..* aku sedang teruja menunggu di pintu rumah sambil melompat riang ria hari raya walaupun baru nak masuk bulan posa hehehee *

sekian berita tamat

kisah thyroid aku episod 4

hai muncul lagi kisah thyroid aku..

kadang kadang masalah kecil yang biasa biasa bagi orang lain tapi tidak bagi kepada seorang pesakit thyroid.contohnya berlaku pertengkaran kecil di antara pesakit thyroid dengan orang yang sihat.boleh membuatkan keadaan menjadi kecoh kerana pesakit thyroid ni tak boleh tekanan sebab emosinya selalu tak stabil.kes kecil boleh menjadi besar sebab stress.emosinya menjadi agak sensitif selalu terganggu.

walaupun cuba di kawal tapi masih tidak mampu.macam aku ni.banyak cara aku cuba tapi nampaknya masih tetap sama.apabila aku dalam keadaan emosi kurang stabil.selalunya aku akan lari jauh meninggalkan keadaan yang kurang selesa kat situ sebab aku tak boleh langsung mendengar pentengkaran berterusan sebab membuatkan emosi marah aku membuak buak seperti seseorang yang panas baran.

masa tu rasa ingin membaling atau menghempuk barang yang berada dekat dengan aku.oleh sebab itu.aku selalu mengundurkan diri meninggalkan suasana yang tidak aman itu.buat masa ni cara itu agak berjaya sedikit.sebelum aku guna cara tu.ada cara lain yang aku cuba.tiap kali jika ada yang bising dan cuba menyakitikan hati aku.aku berusaha untuk berdiamkan diri aku sebolehnya.aku diam membisu tidak bercakap tapi cara tu susah juga nak lakukan.oleh sebab itu lah tiap kali jadi kes apa apa.aku akan pergi meninggalkan keadaan yang kecoh itu.aku akan mencari tempat yang lebih selesa dari situ.bukan niat aku nak lari dari masalah tapi.aku lebih kepada cuba mengawal emosi stress aku yang kadang kadang berleluasa tiba tiba dalam diri aku.

bagi pesakit thyroid seperti aku ini.kami tidak boleh hidup dalam tekanan.aku cuba untuk gembirakan diri aku dengan aktiviti yang aku suka.buat lah apa saja yang rasa diri ni gembira.contohnya makan coklat/kek atau ice cream.bila dapat makan semua tu aku rasa lebih tenang dan selesa.

aku tak pastilah pesakit thyroid yang lain adakah alami apa yang aku alami setiap hari.kadang bukan sekadar stress tiba tiba..sejuk dan panas juga datang secara tiba tiba.contohnya masa cuaca panas.kadang tiba tiba badan aku rasa sejuk seperti nak demam tapi kadang kadang apabila cuaca sejuk.tubuh aku rasa panas dan berpeluh tiba tiba.kadang tu kalau masa cuaca sejuk memang aku tak tahan.tiap malam aku tidur walaupun tak hujan.aku mesti wajib pakai baju tebal dan selimut tebal.

kalau permakanan pula.bagi aku.tidak ada beza sangat selepas bedah buang semua kelenjar thyroid aku.selera aku seperti biasa tapi kadang kadang terasa lapar sangat.makan pun masih tidak kenyang.yang tu aku tak pasti kenapa.apabila aku bertanya kepada doktor..tiada jawabpan yang tepat.jawab doktor.baguslah ada selera makan.ya bagus lah tapi macam mana kalau badan aku berat semakin bertambah.aku dah pernah lalui dah apabila badan berat.pergelangan kaki aku membengkak.tumit aku rasa kebas sebab tak boleh berdiri lama lama.semuanya berpunca sebab terlebih berat.

aku ada juga bersenam.kadang dapat lah aku berjalan keliling kampung.jauh juga aku berjalan tapi peluh tidak keluar langsung.itu yang menghairankan aku.aku cuba untuk berlari tapi tidak bertahan lama dalam beberapa langkah aku dah semput.jika aku berkayuh basikal pula.baru beberapa kayuhan.aku dah rasa semput.jantung aku berdebar debar seperti masa mula mula aku sakit thyroid dan kelenjar thyroid aku masih ada.

aku terfikir juga bagaimana aku nak kurangkan berat aku ni.bila tak makan nasi.nanti badan aku terasa lemah.nak bersenam pula mudah semput.jadi..aku kurangkan lah makan nasi.aku mengambil beberapa suplement untuk menambah tenaga aku.setiap hari aku minum teh hijau tanpa gula.tapi kadang kadang aku jarakkan juga tapi selalunya aku lupa.itu lah yang tepat sekali.

ini aku nak kongsi sedikit bab pelupa.bagi pesakit thyroid.kes lupa ni memang perkara biasa apabila orang yang sihat melihat tapi tidak bagi pesakit thyroid kerana masalah pelupa tu yang membuatkan emosi semakin tidak stabil dan terus menjadi stress.

aku pernah banyak kali dalam beberapa minit aku buat perkara yang sama.ada sekali tu aku tertinggal barang.dalam perjalanan menuju ke tempat barang aku letak tu..boleh pula secara tiba tiba aku tak ingat aku nak cari apa.selepas itu aku meninggalkan tempat yang barang aku tertinggal tu.sambil berpusing 2-3 kali barulah aku ingat apa yang aku cari.masa dalam aku berpusing mencari sesuatu sambil cuba mengingat.aku jadi blur seketika.selepas kejadian tu.baru lah aku ingat sikit sikit apa yang berlaku.

buat masa ni setakat ini saja aku kongsi kisah aku..insyallah ada masa aku akan kongsi lagi..

sekian berita tamat

apa aktiviti untuk esok sebelum hari mengundi

7/5/2018

aku sedang baring di atas tilam..

esok aku masih cuti.taktau nak buat aktiviti apa.ikutkan hati aku nak pi beutra ada barang aku nak beli tapi mesti mak marah aku sebab asyik beli itu ini tapi tak makeup sangat pun kan.heheee.dalam banyak barang yang aku dok terbayang bayang tu.aku teringat pasal true lips.1 kotak ada 12 warna kalau tak silap aku lah.aku nak sangat 1 kotak tu la hehee.boleh melukis kat muka aku ni.

hari ni sebab terlalu bosan.banyak juga entri yang aku taip.tunggu masa ja nak post.besa lah stat tv semakin rosak.hidup aku menjadi kucar kacir * ohh lama tak sebut perkataan tu * dalam rumah aku.kalau takdak radio.aku masih boleh bertahan.tapi kalau takdak tv dan hp.rasa hidup ni boleh jadi gelong kucar kacir.rasa bosan dan sunyi gila.

aku ni dah la kaki tonton.suka layan macam macam rancangan kat tv.kalau malam macam ni aku lebih sukakan tonton konsert.kalau pagi pagi plak.aku suka tonton cerita kartun atau cerita kisah fairytale.kalau tengah hari plak aku lebih sukakan.rancangan bertemakan makanan.macam rancangan masak atau jalan sambil mencari makan.kalau selepas tengah hari dan mula masuk petang.aku lebih sukakan rancangan bertemakan travel.

sebelah petang plak aku lebih sukakan drama komedi melayu bertemakan suasana kampung macam (kiah perkasam dan makcun)malam kadang kalau takdak konsert.aku suka rancangan game show.tak kisah lah jenis menari atau main game.ohh talk show pun aku suka jugak.habis takdak rancangan syok kat tv.aku tutup tv.layan movie ja kat laptop atau handphone pun boleh ja.aku akan tengok cerita yang bertemakan perjalanan.kekeluargaan.persahabatan dan kasih sayang.selalunya jenis camtu cerita luaq negara macam mat saleh saja.kalau malaysia jarang ada.banyak ada pun semua karya mamat khalid. * aku suka semua karya dari mamat khalid dan khir rahmad *

huh bosan lah..terbayang makanan pulak.tiba tiba rasa lapaq plak hujan renyai macam ni wei..kalau handphone aku ni ada internet.dah lama aku layan youtube..tengok mukbang..tu pun hobi aku jugak tu.pastu lagi lah jadi lapaq kan hahaahaa

sekian berita tamat

shampo pilihan #safi shayla

7/5/2018

masih di tempat yang sama.duduk di kusyen kegemaranku..banyak entri sebab aku terlalu bosan..internet takdak.kena guna line lepas ni aku rasa.cepat sangat data habis.

bila cerita pasal shampo.dah banyak juga aku try macam pencuci muka juga lah.

follow me
uiiss pertama kali guna.harap mak atau arwah abah yang beli.tiap kali shampo mesti kepala aku rasa pening sangat.tak sesuai dengan aku.

sunsilk
masa rambut aku gugur teruk.aku try banyak brand tapi brand ni yang berkesan.tapi lepas dah ok dah rambut aku.aku tukar yang lain sebab terpikat dengan bau wangi dia dan setanding dengan brand sunsilk juga.

dove
aku pernah try yang sample punya kalau tak silap.syok juga.lepas shampo rasa lembut ja.tapi aku tak beli pun sebab keluarga aku guna brand lain.jadi aku kenalah sama dengan keluarga aku sebab kami semua dah serasi dengan brand pilihan kami tu.

safi shayla (pink+biru)
haaa shampo ni lah pilihan keluarga aku.lepas cuci.rasa ringan ja kepala ni.gatal kepala pun hilang.rambut pun tak gugur.rambut rasa lembut walaupun tak guna perapi rambut.yang penting sekali.bau dia wangi macam coklat..nyum nyum.. * nasib baik aku tak telan *

lepas ni rasa takmau dah try yang lain.sebab safi shayla senang cari.sebelum ni aku ada lah try 1 brand ni.tapi tak sesuai dengan aku.rambut aku jadi terlalu kering dah macam rosak plak rambut aku tu.tapi lepas guna safi shayla.terus ok.

sekian berita tamat

syukur ada rezeki lebih

7/5/2018

masih di tempat yang sama...kusyen kegemaranku..

tahun ni walaupun seperti tahun tahun yang lepas tapi sebenarnya bila di pikir balik.banyak beza sebab...

- aku bedah buang tiroid (total)

- dapat rezeki lebih dari allah setiap bulan.aku terlalu bersyukur sangat sangat.walaupun allah ambil balik tiroid aku tu..tapi allah gantikan dengan benda lain untuk aku...aku sujud syukur..

- kembar aku rasai apa yang aku lalui selama ini.berkerja sebagai bisnes streetfood tapi...hanya separuh jalan * aku sedih.aku sangka hang akan dok dengan aku di kampung *

buat masa ni tu saja perubahan dalam hidup aku.tapi banyak juga ringtangan yang perlu aku sekeluarga tempuhi.apa apa pun aku amat bersyukur kerana di beri rezeki lebih dari allah...alhamdulillah....dapat juga aku beli stok makanan kesihatan aku.boleh juga keluarga aku merasa sorang skit.yang tu saja aku dapat bantu keluarga aku.aku harap sangat lepas ni.aku boleh bantu lebih lagi.
...amin...

sekian berita tamat

pixy atau safi

7/5/2018

aku masih duduk di kusyen kegemaranku sambil tengok suasana senja dan hujan rintik rintik...

tadi aku pi watsons dan guardian.aku cari pixy.dah lama rasa teringin nak try sebab ramai yang cakap pixy ok.bila tak rasa nak beli selalu ja ada stok tapi bila time aku memang nak beli.terus takdak stok * sakitnya hati aku *

tadi aku try dua jenis pixy.satu ultimate makeup cake.satu lagi uv whitening.aku try kat tangan macam biasa lah.bila tengok.nampak macam biasa.sama macam bedak brand lain.. * tapi takpa.aku nak beli juga * tapi code yang aku berkenan dah abis stok plak dah.malas nak tanya stuff situ.lagipun buat masa ni.aku nak beli benda lain dulu.lain kali lah.tapi aku nak sangat beli makeup remover pixy sebab makeup remover garnier aku dah abis.nak try pixy.

tapi aku masih dok pikir juga.nak beli jenis takyah bilas atau jenis kena bilas.aku masih keliru lagi nih.sebab aku bab nak cuci makeup yang paling malas sebab kena guna kapas kalau jenis takyah bilas.orang lain memang suka macam tu tapi aku tak berapa suka.kalau boleh aku nak guna jenis cuci muka.dia cuci sekali makeup aku sampai bersih.sekali jalan saja.

safi manggis yang aku dok guna tu rasa macam tak betul bersih sebab lepas aku cuci.aku guna makeup remover.kapas tu masih ada kesan kotoran..sengaja aku tak guna makeup remover dulu sebelum cuci muka sebab nak test sebersih mana safi manggis mencuci muka aku ni.

kadang kadang rasa macam aku ni cuci cincai.cepat sangat aku cuci muka mungkin sebab tu tak cukup bersih kot entah lah kan.

bila aku tengok blog sapa entah nama dia aku lupa.dia cerita pasal makeup remover pixy jenis bilas.lepas dia cuci muka dia.pastu dia guna makeup remover pixy jenis tak perlu bilas.kapas tu bersih..sebab tu aku rasa macam teringin juga nak try.macam selalu aku cerita kat entri lepas lepas yang aku ni stress dengan whitehead aku dan kali ni di tambah dengan sunburn plak dah.

ishh memang buat aku rasa stress.aku pikir juga.mungkin kalau guna makeup remover jenis bilas.mungkin muka aku ni jadi sangat bersih dan tak dak whitehead kot..

ingat tu nak try la pixy plak.hemm stok abis pulak dah..haiiss masa masa ni lah stok nak abis pun hah.. (ini masa di watsons perda)

pastu masuk guardian plak.masa belek barang.tiba tiba ternampak plak safi manggis... * eh eh...macam nak suruh aku beli safi manggis ja nih hehee * aku hanya ambik dan lihat lihat lepas rindu ja kat dia tapi tak jadi lagi nak beli.

aku berjalan jalan bahagian lain kot ada pixy tapi brand shurah yang aku terjumpa.tapi tau dah bedak shurah memang dok situ.hari tu aku mai dah guardian perda.rasa berminat jugak nak try tapi aku tak cukup bajet nak beli walaupun murah sebab tertinggal duit kat beg 1 lagi.

kali ni ada duit.rasa macam tak jadi plak sebab pikir balik.aku nak cari jenis two way cake tahan lama.tapi tu bukan two way cake.muka aku ni dah la sunburn.guna bedak biasa ni tak boleh walaupun bedak tu ada spf sekali pun.lama lama berpeluh.bedak hilang.muka dan leher aku memang nampak ketara lah beza dia..hehee buat malu saja.

hemm nampaknya lain kali lah beli pixy.ishh macam susah plak tiap kali nak beli pixy.sebab kedai biasa takdak pixy plak.aku paling tak suka guna produk yang susah nak cari.watsons dan guardian bukan semua tempat senang nak pi.jauh dari rumah aku.kalau dekat pekan penanti kan senang...

aku sebenaqnya semakin malas nak try macam macam produk.lain lah dapat free untuk buat review.aku tak malas la heh heh..

sekian berita tamat

cuti hari ke duaku

7/5/2018

aku sedang duduk di kusyen kegemaranku...

hari ni aku dan mak pagi pagi lagi dah keluar.kami berdua pi bandar perda.aku singgah pejabat zakat untuk meminta borang bantuan duit untuk perubatan aku.tetapi tidak di beri langsung peluang untuk aku mencuba nasib.tak pa lah bukan rezeki aku..

lepas keluar dari pejabat zakat dengan perasaan yang sangat kecewa.aku dan mak terus pergi ke maybank sebab mak ada urusan skit.

selesai hal maybank.kami masuk ke watsons.aku hanya beli sunblock dan ubat gigi.selesai survey barang dan takdak barang yang aku cari.aku dan mak keluar dari watsons terus masuk ke guardian.aku beli macam macam suplement semuanya aku bayar dengan hasil titik peluh aku usaha sendiri.dapat lah rezeki lebih untuk aku menampung kehidupan aku sebagai pesakit tiroid.aku terpaksa makan makanan tambahan untuk teruskan hidup aku.

selesai semua hal.kami meneruskan perjalanan ke mf mart bundle.dekat situ aku mencari sesuatu.mana tau nasib nasib dapat jumpa pakaian yang aku suka.masa mula mula masuk.aku terus pi bahagian t shirt lelaki.aku check t shirt berkolar aku suka yang aku tengok haritu.dah takdak mungkin orang dah beli.takpun ada kat area lain.malas aku nak cari dah.

aku terus berjalan usha apa yang ada.sampai dekat area dress.aku try cari dress yang bertemakan alice in wonderland yang aku tengok hari tu pun dah takdak..alaa.rasa macam nak tengok sekali lagi la..aku teruskan usha satu persatu.sampai lah area seluar.hehee aku terjumpa jeans seakan akan jeans yang aku beli dekat kembar aku.aku cari yang lain lain lagi.ada jumpa macam macam warna.aku berkenan warna hitam dan green army tapi yang muat dengan aku hanya warna hitam saja.aku pun ambil lah yang muat tu.teruskan usha apa apa lagi.sampai lah ke area barangan.aku tengok mak dok membelek barangan tu.aku pun join sekali la.pastu kami terjumpa bekal sesuai untuk kami bawa bekal pi keja.pikir punya pikir.kami sepakat ambil bekal tapaware tingkat tu.

sebelum tu ada jumpa cawan comel untuk minuman panas.tapi bila pikir balik.dah banyak sangat kat rumah.nanti buat semak ja.aku tak jadi beli yang tu.nampaknya aku hanya beli jeans dan tapaware tingkat.

seterusnya aku dan mak balik ke flat rumah mak.aku cari stok baju bundle tapi takdak.aku letih nak cari.aku simpan balik baki baju bundle yang aku jumpa tu.beberapa minit mak tidoq.kami pun bersiap balik.kami terus menuju ke pekan penanti.suasana mengundi semakin terasa bila melihat sepanjang jalan dari kampung aku sudah terpasang pelbagai bendera.sampai ke pekan penanti pun ada.

setibanya kami di satu kebun bunga.mak memberhentikan keta.aku stat buat vlog...nak tau sebab apa?
sebab dah bertahun tahun aku tinggalkan tempat tu..tempat tu adalah.tempat keja lama aku masa zaman aku kanak kanak dulu.

masa tu umoq aku 12 tahun.entri lama aku dulu aku pernah cerita..aku,kembar aku,bitah dan binah kawan aku.kami berempat keja kat situ.keja kami mudah ja.ambil tanah masuk dalam plastik hitam. * aku terlalu rindu kembar aku..bitah dan binah * depa masing masing dah ada kehidupan sendiri.

suasana dulu dan la ni memang berbeza sangat.dulu kebun tu fokus pokok jati saja.tapi la ni macam macam pokok ada.aku teruja sangat sebenaqnya bila berpeluang masuk kat tempat keja lama aku dulu.semuanya sebab mak nak cari pokok limau dia.yang baru baru ni cari sampai ke kulim tapi takdak.macam macam mak beli untuk kebun mini mak.

selesai semua tu kami pun balik rumah.aku sangka alif anak abang ada lagi.rupanya abang dah hantar balik rumah mama dia.hemm...bosan plak..

baru baru ni aku terbaca sorang kawan fb aku share pasal perkejaan pertama.aku terus teringat perkejaan aku di kebun pokok jati.terus la aku share perkerjaan aku kat situ..tak sangka hari ni aku dapat pi ronda kat dalam kebun yang sama cuma tuannya dah tukar orang lain.

kata pemilik kebun tu.dulu time kebun pokok jati.abang dia yang handle.tapi la ni dia plak yang handle.abang dia ada buat kat tempat lain..masa mak undur keta.aku sempat interview pemilik kebun tu..heheheee..

entah entah...abang dia kah yang suka pasang lagu lemon tree kat dalam stor rehat setiap hari??? hemm mungkin?

sekian berita tamat

May 6, 2018

rindu skuter ego

aku masih di kusyen kegemaranku...

masa ni aku dok baca balik entri entri lama.semuanya sebab bosan.tv rosak takleh tengok.pastu tiba tiba terperasan entri pasal skuter yamaha ego.

baru ni aku tengah niaga.pastu ternampak orang naik skuter terus teringat skuter aku.banyak juga orang dok naik skuter macam aku.lalu depan aku.

aku asyik teringat ja dekat skuter aku tu.ya lah.umoq aku bulan ni dah masuk 33 tahun tapi masih naik rapid.ohh cukup sedih bila bandingkan hidup aku dengan hidup orang yang sebaya dengan aku.apatah lagi yang muda dari aku.amat berbeza..

aku malu tapi aku pura pura buat macam biasa..kalau lah aku sihat dan skuter aku masih ada.mesti banyak tempat aku dapat pi.kawan kawan pun mesti ramai.tapi semenjak aku sakit.semua kawan tinggalkan aku...

ohh aku sunyi..

aku masih tak mampu nak beli keta sendiri walaupun yang terpakai.motor ada pun aku jual sebab aku tak sekuat dulu.rasanya kalau naik.mesti jatuh.aku takmau lalui keadaan macam tu.rimas..!

ya lah aku kan sat keja sat cuti.asyik banyak cuti ja lah dari keja.camna nak beli keta.duit cukup cukup makan ja.tapi syukurlah stat bulan 1 tahun ni.aku dapat rezeki lebih tiap bulan.boleh la bantu skit kos sara hidup aku ni.aku berharap sangat nanti dapat lebih lagi.boleh aku bagi kat mak skit.

aku bersyukur sangat allah tunaikan doa aku.aku harap sangat tak lama.aku dapat buka online shop.aku harap sangat berjaya macam orang lain.

aku nak mula fokus dengan online shop aku tu.nama online shop aku masih dalam pertimbangan.kemungkinan aku akan letak nama shop aku tu guna nama aku ikut nama blog..mungkin lah...

sekian berita tamat

cuti hari pertama

aku sedang duduk di kusyen kegemaranku..

hari ni hari pertama aku cuti.kemarin mak kata nak cuti ahad dan isnin..tapi dalam firasat aku mengatakan.mak akan terus bercuti sehingga lepas mengundi...kemungkinan.

kalau cuti cuti dan cuti lagi.aku taktau la nak buat apa.esok dah tentu dah pi shopping.selesai shopping? aku nak buat apa cuti hari ke tiga kalau tak keja lagi?

buat vlog ronda kampung?

jalan jalan kat mall?

pi library yang dah bertahun aku tinggalkan?

ohh semuanya berkaitan dengan duit..

ajak mak pi flat geledah stok bundle dan setup shop online kembali...ehemm ok gak tu.

sekian berita tamat

kenduri yang meriah

aku sedang baring di ruang tamu sebelah kusyen kegemaranku..

entri sebelum ni aku ada bagitau ada 2 kenduri.rupanya aku salah dengar.jadi lah 1 ja kenduri.

sebelum zohor kami sekeluarga bersiap dan menuju ke tempat kenduri yang sangat meriah.makanan pun sedap.siap ada persembahan silat dan tomoi lagi tu.

tapi rugi betoi.masa ada persembahan tu.aku dok beratuq nak ambil burger.punya lah lama dekat 1 jam.

kalau ikut hati aku nak dok situ lama lama sebab takdak aktiviti lain.esok baru sibuk skit.nak shopping barang.

bosan juga dok lepak kat rumah.aku dari semalam dok google siasat pasal brand pixy.tak pasti lah pixy ni brand dari mana.ada yang kata dari indonesia.ada yang kata dari jepun..entah la..itu tak penting.yang penting bahan dia takdak alkohol.

masa dok cari makeup remover.aku terjumpa pencuci muka pixy sekali.botol design yang sama dengan botol makeup remover juga.fungsi pun sama.cuma beza jenis bilas dengan tak bilas saja.

sebenaqnya dua dua aku suka.teringin nak try.kot kot pori muka aku ni mengecil sebab dah bersih sangat cuci dengan pixy tu.banyak dah aku try pencuci muka.lepas cuci.aku guna toner.kat kapas tu mesti ada kesan kotor lagi.ishh! sakit hati tengok.yang aku dok tonyoh kat muka lama lama pastu bilas bersih bersih tadi tu penat ja lah.

banyak sangat pencuci muka jenis tu.aku bab nak guna toner yang jadi malas.lepas cuci bagi aku dah cukup bersih.tapi sebenaqnya tak.tetap kena sapu toner.sifat malas aku ni di sebabkan.aku jaga muka aku elok mana pun.takdak kesan semakin elok pun.makin teruk ada lah.aku rasa mungkin berpunca dari sunburn..aduii stress la..

esok ni..jadi macam macam barang plak aku nak kena beli.mak aku sampai kata " hemm entah entah duit yang 300 hang tu abis kat situ ja.takleh simpan asb "

ok lah aku nak sambung google pasal makanan sarapan pagi aku plak ni..

alaa terbayang bayang air teh tarik panas kenduri yon plak dah wei...

OOTD AKU: dress bunga kecil warna peach+kuning+biru (aku jahit sendiri) ..bawal warna kuning (tudung fatin) dan sandal tali belit belit warna biru yang aku beli dulu kat TS kl.murah ja rm15 kot.tapi selesa.

sekian berita tamat

esok cuti lagi yey

aku sedang lepak di kusyen kegemaranku sambil minum ahmad green tea...

hari ni seperti biasa..cuaca panas...
esok aku cuti lagi..macam yang aku cerita entri sebelum ni.aku ada 2 kenduri yang berbeza..kenduri kahwin dan kenduri sambut bulan ramadhan.

lepas selesai bab kenduri.aku dan mak nak pi shopping barang skit dekat perda kot.ada lah barang yang kami nak beli.macam macam juga lah.

ada la barang yang aku nak survey skit sebelum beli.sebab sebelum ni aku tak pernah rasa nak beli pun.di sebabkan terpengaruh skit.aku pun rasa nak beli.
benda tu kecil ja...comey ja dia..bedak pixy lah hehee.

dulu dok guna silkygirl dan tak pernah nak tukaq tukaq.konon setia lah.tapi di sebabkan muka aku ni muka pesakit thyroid.pucat.sunburn apa semua.terpaksa lah cari bahan yang sesuai untuk muka aku ni.yang boleh tutup semua masalah sambil baiki sunburn.

selalu guna bedak padat biasa ja tapi tetap ambil yang ada spf.tapi di sebabkan aku ni dah la tak suka gila makeup.dah tu plak kena sapu banyak kali sebab bedak tu hilang di tiup angin.

dulu aku pernah try bedak miami jenis two way cake.tapi aku tersalah beli yang terlalu cerah plak dah.terus tak suka.pastu try yang kembar aku punya.nampak lincin gebu plak muka aku ni.tapi entah kenapa aku tak rasa nak beli.mungkin sebab malas menguasai diri.

aku survey kat google.banyak yang cakap pixy ok.bila pakai lama lama.kulit makin cantik sebab ada vitamin c.oleh sebab tu aku tersuka dengan pixy.memandangkan aku seorang yang tak berapa suka makeup tebai macam nak pi konsert.aku akan beli yang two way cake.

harap sangat takyah sapu macam macam.rimas wei.sebelum tu aku rasa teringin nak try bedak padat syurah tapi bila pikir balik.tu bukan jenis two way cake.hemm nampaknya tak jadi lah aku nak ambil bedak dan bb cream shurah.

lepas selesai bab pixy.aku nak cari makanan tambahan atau lebih tepat lagi.sarapan pagi.dulu aku selalu beli oat atau nestum.tiap pagi aku hanya sarapan tu saja.tapi kali ni aku nak tukaq selera sebab dah lama aku dok survey saja tapi tak mampu nak beli.ya lah kan aku ni penganggur.syukur lah dapat rezeki lebih tiap bulan.boleh lah tambah tambah skit.aku ni bukan keja tiap hari.tak boleh sebab kurang sihat.selalu semput.

aku dok survey juga sunblock sebab rasa macam sunblock sebelum tu tak berapa membantu aku.lama juga aku google.pastu rasa tersuka tanpa sengaja dengan sunblock biore yang banyak testimoni.ada yang kata pakai tiap hari kulit akan kering.yang tu tak kisah sangat sebab esen safi rania gold mungkin dapat membantu aku.

aku ada terbaca ada yang kata.sunblock tu mengecilkan pori muka.jadi...aku rasa berminat plak bila dengar bab mengecilkan pori muka tu.ya lah muka aku ni dari dulu ada masalah pori.

sebenarnya dalam memo aku ada tulis siap siap barang yang perlu aku beli.kat situ ada aku tulis pasal makeup remover.aku tak pernah guna pun sebelum ni tapi bila dah try brand garnier.ok plak.rasa bersih tapi kadang aku rasa tak berapa suka bau dia.apa pun garnier dia memang berkesan cuci makeup aku yang rasa macam tebai sangat ni.

ya lah sapu macam macam sangat konon nak tutup masalah kat muka tapi macam tak tutup langsung.sebab tu aku kena tukaq yang lain.harap sangat product yang aku try nanti dapat membantu aku.rimas sangat kena tukaq macam macam product.

sekian berita tamat