nuffnang ads

May 1, 2018

kisah thyroid aku episod 3

masa ni aku menunggu untuk bersiap siap pi kenduri rumah tyson kawan kai..

selama aku jadi pesakit thyroid bertahun lamanya.aku perasan yang aku ni sering lupa.aku adalah seorang pelupa? ohh tidak...! dulu ingatan aku kuat.apa saja semua mudah saja aku ingat tapi kini.semenjak menjadi pesakit thyroid.aku selalu jadi pelupa.

pelupa aku tu tak seteruk mana tapi kadang kala membuat aku manjadi rimas hadapinya.setengah hal aku lupa.bukan semua.hanya kadang kadang saja.bila aku tanya doktor risiko pesakit thyroid.doktor plak macam tak membantu.biasa lah hospital kerajaan mungkin macam tu.kalau swasta yang berbayar mungkin aku akan di layan sebab aku bayar mahal.

bila masa lapang.aku selalu google pasal pesakit thyroid.bermacam macam yang aku dapat info dari google.semua tu juga sedikit sebanyak dapat membantu aku lalui hari hari aku sebagai pesakit thyroid.banyak sangat yang aku baca.

pesakit thyroid

- tidak boleh makan sayur kobis.

- perlu minum susu

- untuk legakan leher yang membengkak.perlu makan aiskrim vanila * patutlah aku suka sangat makan aiskrim.lepas makan rasa tekak aku selesa sedikit*

- risiko semasa hamil.

- selalu stress.

- pelupa.

- selepas bedah buang thyroid.aku perlu mengambil ubat thyroid dan calsium sepanjang hidup aku.

ada macam macam lagi.aku ada cerita dekat entri sebelum ni.entri episod 1 dan 2.

bagi pesakit yang senasib dengan aku...aku tau....bukan mudah untuk lalui kehidupan sebagai pesakit thyroid dan tak semuanya memahami kita.jadi...nasihat aku buat semua pesakit thyroid.hadapilah dengan tabah.kita kena kuat walaupun orang sekeliling membuatkan emosi kita sedikit stress.

aku pernah terjumpa sorang kakak ni dekat stesen bus.masa tu aku menunggu bus untuk ke sunway carnival mall.kakak tu bertanya pada aku.adakah aku sakit thyroid sebab dia pun sakit thyroid juga.kami berkongsi cerita berkenaan thyroid.dia menunjuk ubat yang dia perlu ambil setiap hari sepanjang hidup dia.aku pun tunjuk juga.kebetulan dalam bag aku bawa sekali ubat tu.aku baru balik dari klinik sebab tu ada dalam bag aku.selalunya aku tak pernah bawa.lepas ni rasanya kena bawa juga untuk kes kecemasan..

ubat kakak tu tak sama macam ubat aku.dia ambil dekat hospital seberang jaya.seperti aku juga tapi itu dulu lah.la ni aku dah bertukar ke klinik biasa dan masih ambil ubat yang sama.

aku pikir...mungkin hormon kakak tu tak sama seperti aku.tapi kakak tu ada bagitahu yang dia juga bedah semua thyroid dia.bab tu aku tak pasti lah.hanya doktor yang dapat jelaskan persoalan kami berdua.

kakak tu peramah orangnya.dia tak kisah berkongsi kisah hidupnya.dia pernah alami penyakit ketumbuhan di payudara dia dulu tapi dah sihat sebab dah buang ketumbuhan tu..aku juga pernah alami macam kakak tu juga.beberapa tahun kemudian baru lah kakak tu dapat sakit thyroid dan dia dah buang thyroid dia..aku pun sama lalui sepertinya.

dan...paling terbaru.kakak tu bagitau.dia baru bedah buang rahim dia lebih kurang 3 bulan lepas kalau tak silap aku lah.aku lupa sebab kisah ni masa bulan bulan lepas.hari ni baru dapat buat entri.

aku sedikit terkejut mendengarnya.kata kakak tu lagi membuatkan aku terpikir jika terjadi juga pada aku.harap sangat lepas ni aku sihat dan tiada sakit lain lagi.kakak tu kata selalunya penyakit ni datang 3 serangkai.dah macam penyakit arwah abah alami dah aku rasa.arwah abah sakit kencing manis.darah tinggi dan jantung kalau tak silap aku lah.

kakak tu ada bagitau.dia dah kahwin ada ada 2-3 orang anak.dia ambil keputusan membuang rahim kerana risau dapat risiko yang lain pula.

ohh syukurlah dia dah selamat semuanya.dia dah punya keluarga sendiri tapi tidak seperti aku ni.masih seorang dan tak pernah pula aku terpikir untuk punya keluarga sendiri.semuanya atas sebab aku sakit.diri aku sendiri lagi nak jaga tak mampu.nak jaga mak aku pun tak mampu.aku tak mampu nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.inikan pula nak pikul tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu kepada anak anak.

bagi yang memahami memang takkan pernah memaksa aku untuk berkahwin tapi susah lah nak dapat yang paham keadaan aku ni.banyak saja yang seperti anggap aku sengaja mencipta alasan sakit untuk tidak berkahwin.

bukan semudah macam telan ubat thyroid.nak semua orang faham dengan keadaan aku ni.kalau mudah macam telan ubat kan senang.

selepas hampir 1 tahun aku bedah buang semua thyroid aku.aku ambil ubat seperti biasa.ada juga kadang aku terlupa ambil ubat.syukurlah tiada apa yang berlaku.kadang kadang ada masa lapang.aku bersenam.aku minum susu.buah buahan dan sayuran.aku cuba amal diet sihat.aku harap sangat aku dapat hadapi kehidupan pesakit thyroid aku dengan tenang dan gembira seperti orang lain juga..

ada masa insyallah akan muncul entri kisah thyroid aku episod 4

sekian berita tamat

No comments: