nuffnang ads

May 15, 2018

aku bukan siapa siapa - ep 6

beberapa bulan berlalu.aku tak tahan keja prod apfa.aku terfikir juga nak benti keja.aku bincang dengan maziah dan ina.depa tak bagi aku benti tapi aku tetap dengan pendirian aku juga..

minggu tu aku shift malam tapi aku tak pi keja 1-2 hari.aku ponteng.tapi malam hari seterusnya aku datang kilang untuk bagi surat perletakkan jawatan 24jam.aku masih ingat aku pakai sweyter merah * kadang kala ingatan pesakit tiroid ni kuat juga *

aku masuk prod apfa mencari leader kak liza.mula tu kak liza terkejut dengan keputusan aku.lama juga aku pujuk.akhirnya perletakkan jawatan aku di luluskan.malam tu aku ina dan maziah berpelukkan tanda perpisahan..aku sedih tapi...hidup perlu di teruskan.1 hari kita akan terpisah juga..

4 tahun telah berlalu..aku rindukan ex bff aku tu.aku ambik keputusan untuk pi rumah dia.layanan dia masih sama seperti tak suka dengan kehadiran aku.makcik suruh dia bawa aku ronda pantai merdeka.aku pun setuju.
dia teruja sangat nak bawa skuter aku.aku biarkan.

setibanya kami di satu kampung.dia perlahankan motor.tiba tiba ada motor di sebelah kami..aku alihkan pandangan aku.teruja dapat jumpa bf dia iaitu kawan aku yang laki tu lah.depa masih berkawan.aku tersinggung dengan kelakuan dia.aku tegur dua kali.tapi tidak di layan.depa dua asyik bersembang.aku ni seperti tidak wujud.

setibanya kami di pantai.kami terjumpa kawan mahlin.aku teruja kali ke dua berjumpa depa tapi nampaknya kali ni layanan depa sama seperti bf ex bff aku tu.aku amat tersinggung dengan depa.aku mula terfikir.entah apa agaknya ex bff aku tu cerita kat depa tentang aku.sampai tak suka aku.

sedangkan masa di mahlin.depa ramah dengan aku..kami balik rumah agak lewat petang sebab ex bff aku tu nak sangat jumpa bf dia..rindu katanya..

ikuti kisah "aku bukan siapa siapa - ep 7

No comments: