nuffnang ads

May 21, 2018

bangun bersahur

aku baru lepas makan soq..

ohh nasiblah hari ni aku terjaga sebab loceng hp bunyi.hari ni takdak plak dah budak budak tahfiz sebelah main gendang.kalau tidak camna lah aku nak posa oi..dah la kena nega.kalau tak kena nega tak kisah sangat lah kan.dok kat rumah ja.tahun ni takdak plak orang konvoi soq..hemm tak semeriah dulu.

aku makan soq seperti biasa.seperti tahun lepas dan lepas...masih sama.tapi masa zaman kanak kanak dan remaja aku dulu.makan soq tak sama macam zaman dewasa aku...bosan..dulu masing masing muda dan sentiasa cergas walaupun masing masing kerja.boleh la mangkit makan soq dengan ceria tapi la ni zaman dah berubah..semua dah dewasa dan masing masing tak berapa sihat.

soq pun jadi tak seceria dulu..bukan kata soq..raya pun sama lah...boring...tahun ni rasanya raya semakin bosan.kak ina majok..geng pelita/lampu liplap/kuih raya takdak..nampaknya tahun ni takleh buat kuih raya..kena shopping kuih raya kat kilang kacang mak mandin lah nampak gaya nya..

biskut dahan rapuh(batang buruk) memang kena ambik 3 pack..biskut raya yang lain semua serba 2 bekas.kerepek dan kacang macam biasa lah mungkin 1 pack saja..

bukan bab kuih raya ja.bab pelita dan baju raya pun aku pikir tak pikir ja nih.aduii semuanya sebab masing masing ekonomi masih tak stabil lagi.

tahun ni bukan kata kuih raya buatan sendiri takdak tapi baju raya buatan sendiri pun takdak gak lah..semua kena beli.kebetulan oven pun dok kl nuh.entah taktau jadi ka dak mak dan fatin nak pi kl clear barang pindah mai penang.

tapi bab kuih raya tu.bila pikir balik.buat sendiri pun bukan ada yang nak bertandang beraya macam dulu dulu dah.kalau ada pun tak syok masa zaman remaja muda mudi.semua pakat kahwin ada anak.suasana dah tak sama dah.

kadang bila pikir balik.macam aku sorang ja buat buat teruja meriahkan raya.pasang pelita...pasang lampu lip lap..buat kuih raya..buat baju raya..

raya dulu dan la ni dah tak sama...tak semeriah masa zaman muda dan semua pakat sihat lagi.la ni bukan aku sorang ja yang sakit.keluarga aku yang lain kurang sihat.ya lah semua pakat dah tua.masa nak gembira dah tak sama dulu lagi.

tambah tambah lah la ni umur aku makin bertambah..bila pi kenduri ka atau raya ka.mesti ada pakcik dan makcik bawang dok sibuk tanya bila aku nak kahwin.

malas lah aku dengar soalan yang buat perasaan aku ni rasa macam aku ni tak matang dan tak sedaq diri dah tua.aku sedaq diri semua tu tapi tolong lah faham..aku ni sakit.diri aku dan keluarga aku sendiri pun tak terjaga..kalau kahwin lagi lah aku tak mampu nak jaga orang lain.

hah! mula mula semuanya ok.tapi lama lama mulalah serba serbi tak kena..semua tu buat aku hidup dalam tekanan jiwa.
jangan kerana di sebabkan soalan soalan kahwin tu hampa semua dah takkan nampak dah aku muncul kat mana mana kenduri dalam kampung ataupun aku bertandang beraya rumah orang kampung dah..

selamat berpuasa 2018....

sekian berita tamat

No comments: