nuffnang ads

May 8, 2018

cuti hari ke duaku

7/5/2018

aku sedang duduk di kusyen kegemaranku...

hari ni aku dan mak pagi pagi lagi dah keluar.kami berdua pi bandar perda.aku singgah pejabat zakat untuk meminta borang bantuan duit untuk perubatan aku.tetapi tidak di beri langsung peluang untuk aku mencuba nasib.tak pa lah bukan rezeki aku..

lepas keluar dari pejabat zakat dengan perasaan yang sangat kecewa.aku dan mak terus pergi ke maybank sebab mak ada urusan skit.

selesai hal maybank.kami masuk ke watsons.aku hanya beli sunblock dan ubat gigi.selesai survey barang dan takdak barang yang aku cari.aku dan mak keluar dari watsons terus masuk ke guardian.aku beli macam macam suplement semuanya aku bayar dengan hasil titik peluh aku usaha sendiri.dapat lah rezeki lebih untuk aku menampung kehidupan aku sebagai pesakit tiroid.aku terpaksa makan makanan tambahan untuk teruskan hidup aku.

selesai semua hal.kami meneruskan perjalanan ke mf mart bundle.dekat situ aku mencari sesuatu.mana tau nasib nasib dapat jumpa pakaian yang aku suka.masa mula mula masuk.aku terus pi bahagian t shirt lelaki.aku check t shirt berkolar aku suka yang aku tengok haritu.dah takdak mungkin orang dah beli.takpun ada kat area lain.malas aku nak cari dah.

aku terus berjalan usha apa yang ada.sampai dekat area dress.aku try cari dress yang bertemakan alice in wonderland yang aku tengok hari tu pun dah takdak..alaa.rasa macam nak tengok sekali lagi la..aku teruskan usha satu persatu.sampai lah area seluar.hehee aku terjumpa jeans seakan akan jeans yang aku beli dekat kembar aku.aku cari yang lain lain lagi.ada jumpa macam macam warna.aku berkenan warna hitam dan green army tapi yang muat dengan aku hanya warna hitam saja.aku pun ambil lah yang muat tu.teruskan usha apa apa lagi.sampai lah ke area barangan.aku tengok mak dok membelek barangan tu.aku pun join sekali la.pastu kami terjumpa bekal sesuai untuk kami bawa bekal pi keja.pikir punya pikir.kami sepakat ambil bekal tapaware tingkat tu.

sebelum tu ada jumpa cawan comel untuk minuman panas.tapi bila pikir balik.dah banyak sangat kat rumah.nanti buat semak ja.aku tak jadi beli yang tu.nampaknya aku hanya beli jeans dan tapaware tingkat.

seterusnya aku dan mak balik ke flat rumah mak.aku cari stok baju bundle tapi takdak.aku letih nak cari.aku simpan balik baki baju bundle yang aku jumpa tu.beberapa minit mak tidoq.kami pun bersiap balik.kami terus menuju ke pekan penanti.suasana mengundi semakin terasa bila melihat sepanjang jalan dari kampung aku sudah terpasang pelbagai bendera.sampai ke pekan penanti pun ada.

setibanya kami di satu kebun bunga.mak memberhentikan keta.aku stat buat vlog...nak tau sebab apa?
sebab dah bertahun tahun aku tinggalkan tempat tu..tempat tu adalah.tempat keja lama aku masa zaman aku kanak kanak dulu.

masa tu umoq aku 12 tahun.entri lama aku dulu aku pernah cerita..aku,kembar aku,bitah dan binah kawan aku.kami berempat keja kat situ.keja kami mudah ja.ambil tanah masuk dalam plastik hitam. * aku terlalu rindu kembar aku..bitah dan binah * depa masing masing dah ada kehidupan sendiri.

suasana dulu dan la ni memang berbeza sangat.dulu kebun tu fokus pokok jati saja.tapi la ni macam macam pokok ada.aku teruja sangat sebenaqnya bila berpeluang masuk kat tempat keja lama aku dulu.semuanya sebab mak nak cari pokok limau dia.yang baru baru ni cari sampai ke kulim tapi takdak.macam macam mak beli untuk kebun mini mak.

selesai semua tu kami pun balik rumah.aku sangka alif anak abang ada lagi.rupanya abang dah hantar balik rumah mama dia.hemm...bosan plak..

baru baru ni aku terbaca sorang kawan fb aku share pasal perkejaan pertama.aku terus teringat perkejaan aku di kebun pokok jati.terus la aku share perkerjaan aku kat situ..tak sangka hari ni aku dapat pi ronda kat dalam kebun yang sama cuma tuannya dah tukar orang lain.

kata pemilik kebun tu.dulu time kebun pokok jati.abang dia yang handle.tapi la ni dia plak yang handle.abang dia ada buat kat tempat lain..masa mak undur keta.aku sempat interview pemilik kebun tu..heheheee..

entah entah...abang dia kah yang suka pasang lagu lemon tree kat dalam stor rehat setiap hari??? hemm mungkin?

sekian berita tamat

No comments: