nuffnang ads

May 17, 2018

hari pertama puasa

terapi seni...seni itu indah..

masa ni aku baru lepas bersahur dan lepak atas tilam sambil dok pikir buku mewarna eco shop..

hari ni sahur pertama aku..aku soq sorang ja sebab yang lain letih sebab kai buat kenduri mengejut.aku tidur agak lewat kerana main hp.aku dok cari corak buku mewarna..syok tengok pelbagai corak dan teknik mewarna yang cantik.dari youtube aku dapat belajar teknik mewarna yang betul.

seingat aku masa kat sekolah dulu.cikgu pendidikan seni tak pernah ajar teknik mewarna dengan betul.

sebelum ni dah lama aku rasa nak beli buku mewarna sebab tahun 2015 pernah viral pasal secret garden colouring book.buku tu viral sampai tahun 2016.masa tu aku belajaq kat giatmara bukit mertajam.kawan aku ada jual buku secret garden tu tapi tau ja lah.benda benda viral ni mestilah mahal kan.masa tu aku penganggur mana lah ada duit sangat.harap belanja duit giatmara saja

berbelas gak lah dia jual.ada yg sampai puluhan harga dia.mungkin sebab corak bunga yang cantik dan banyak helaian kot.kawan aku yang jual tu memang kaki melukis dan mewarna.nama dia wani.orangnya cantik dan islamic skit.aku suka tengok style dia yang berhijab labuh.

nampak dia selesa dalam pakaiannya.baik orangnya.satu hari nanti aku ingin pakai macam style dia...

banyak yang dia lukis.aku suka tengok dia pandai lukis dan cekap memilih warna..kemas saja lukisan dan teknik warnanya.rasanya kalau sampai hari ni aku rapat dengan dia.kalau aku hadiahkan dia buku warna.mesti dia suka dan teruja sangatkan..dia tak pa lah.keluarga dia tak kisah dengan hobi dia.siap sokong lagi.

dia pun sakit.tapi bukan macam aku.dia ada masalah tulang belakang.dia kata baru 2 tahun camtu dia sakit.umur dia muda lagi.masih remaja sebab tu lah aku tak berapa rapat.semua kawan sekelas aku remaja.aku sorang ja yang dewasa.kadang aku rasa.aku ja yang teruja berkawan dengan depa.kadang aku rasa macam aku sorang ni yang tergedik gedik kawan dengan depa semua.

kali ni aku nampak kat eco shop murah plak tu...selalu kalau dapat pi.aku tak sempat nak usha bahagian buku warna.selalu sempat tengok buku cerita saja.
adalah dulu sekali kot.dapat tengok buku mewarna tapi corak nombor dan huruf yang sesuai untuk kanak kanak saja tapi tiba tiba kemarin.aku saja usha sebab masa tu area tu tak ramai.selalu ramai saja.

mula mula angkat buku.belek belek rupanya buku cerita.suka juga tengok.cantik lukisan tu *ada terpikir nak beli* pastu usha lagi yang lain.sekali angkat tengok tengok buku mewarna corak kisah dogeng manusia.cantik..

belek lagi pastu ternampak corak bunga.aku pun angkat buku tu dan buka helaian demi helaian..wahh terujanya corak bunga tapi aku lebih sukakan corak batik mandala tapi takdak lah plak.

tahun ni aku rasa suka hobi lama balik iaitu melukis dan mewarna..entri lama aku dulu.pernah aku cerita pasal seni.bertapa aku suka seni sampaikan nama asal blog ni aku letak nama SENI ITU INDAH tapi aku tukar banyak kali sebab rasa macam tak sesuai sebab terlalu panjang.aku suka nama yang ringkas.

masa zaman sekolah tiap kali kelas pendidikan seni lah yang paling aku suka selain dari kelas bahasa melayu (sastera)

aku sangat teruja sebab boleh bermain dengan macam macam warna.dari lukisan aku boleh luah segala macam perasaan..TERAPI SENI...

stat dapat cat painting untuk muka dan badan yang kembar aku order online tu.aku asyik melukis saja bila waktu lapang.

esok pagi tengok lah camna.kalau fatin nak pi eco.aku nak ikut.tapi kena tanya dia dulu.harap dia pun nak pi.

dulu masa belajar kat giatmara..kadang rasa menyesal sebab salah ambik kelas..sepatutnya aku ambik kelas makeup..boleh menconteng..

sekian berita tamat

No comments: