nuffnang ads

May 3, 2018

hujan yang tidak aman damai

masa ni lepas masak nasi.lepak kat kusyen kegemaranku..minum green tea sambil menaip cerita kat entri..

siang berlalu seperti biasa dan hanya biasa biasa saja..cuaca panas..!
malam ini hujan...ohh tidakkkk!!

orang lain suka tapi aku tak suka.sebab tiap kali hujan rumah aku pasti banjir.lebih lebih lagi hujan yang lebat macam malam ni.kalau berlarutan macam ni.ohh aku cukup risau..

sebenaqnya tadi sebelum hujan.aku syok syok layan drama kat tv.sambil minum green tea.makan tomato.makan keropok roda dan keropok pedas.tapi tiba tiba angin kuat sehingga membuatkan aku berdiri dan terus menutup tv dan seterusnya menutup pintu.

ohh tidak! hujan semakin rancak di luar rumah semasa aku tengah menaip entri ni.harap sangat hujan ni akan berhenti.

sambil menaip entri ni.aku tengah menunggu nasi kenduri rumah kawan adik aku.adik aku nak bok balik tapi apa kan daya.hujan lebat sehingga berat kakinya untuk melangkah ke kereta...lebat sangat adik aku kata..

entah apa agaknya masakkan nasi kenduri..aku tak sabaq nak makan..

sekian berita tamat

No comments: