nuffnang ads

May 6, 2018

kenduri yang meriah

aku sedang baring di ruang tamu sebelah kusyen kegemaranku..

entri sebelum ni aku ada bagitau ada 2 kenduri.rupanya aku salah dengar.jadi lah 1 ja kenduri.

sebelum zohor kami sekeluarga bersiap dan menuju ke tempat kenduri yang sangat meriah.makanan pun sedap.siap ada persembahan silat dan tomoi lagi tu.

tapi rugi betoi.masa ada persembahan tu.aku dok beratuq nak ambil burger.punya lah lama dekat 1 jam.

kalau ikut hati aku nak dok situ lama lama sebab takdak aktiviti lain.esok baru sibuk skit.nak shopping barang.

bosan juga dok lepak kat rumah.aku dari semalam dok google siasat pasal brand pixy.tak pasti lah pixy ni brand dari mana.ada yang kata dari indonesia.ada yang kata dari jepun..entah la..itu tak penting.yang penting bahan dia takdak alkohol.

masa dok cari makeup remover.aku terjumpa pencuci muka pixy sekali.botol design yang sama dengan botol makeup remover juga.fungsi pun sama.cuma beza jenis bilas dengan tak bilas saja.

sebenaqnya dua dua aku suka.teringin nak try.kot kot pori muka aku ni mengecil sebab dah bersih sangat cuci dengan pixy tu.banyak dah aku try pencuci muka.lepas cuci.aku guna toner.kat kapas tu mesti ada kesan kotor lagi.ishh! sakit hati tengok.yang aku dok tonyoh kat muka lama lama pastu bilas bersih bersih tadi tu penat ja lah.

banyak sangat pencuci muka jenis tu.aku bab nak guna toner yang jadi malas.lepas cuci bagi aku dah cukup bersih.tapi sebenaqnya tak.tetap kena sapu toner.sifat malas aku ni di sebabkan.aku jaga muka aku elok mana pun.takdak kesan semakin elok pun.makin teruk ada lah.aku rasa mungkin berpunca dari sunburn..aduii stress la..

esok ni..jadi macam macam barang plak aku nak kena beli.mak aku sampai kata " hemm entah entah duit yang 300 hang tu abis kat situ ja.takleh simpan asb "

ok lah aku nak sambung google pasal makanan sarapan pagi aku plak ni..

alaa terbayang bayang air teh tarik panas kenduri yon plak dah wei...

OOTD AKU: dress bunga kecil warna peach+kuning+biru (aku jahit sendiri) ..bawal warna kuning (tudung fatin) dan sandal tali belit belit warna biru yang aku beli dulu kat TS kl.murah ja rm15 kot.tapi selesa.

sekian berita tamat

No comments: