nuffnang ads

Apr 24, 2018

tiba tiba teringat t shirt baru

masa ni masih berniaga...tak sabaq nak balik rumah la oi!

bosan..sunyi..hujan plak! aku baca la entri lama pastu terpandang entri baru kisah pasal t shirt.uiis minat betoi lah aku dengan t shirt tu.rasa rasa macam nak beli lagi 2 lai.satu untuk kembaq aku.satu lagi mesti lah untuk aku.hehehee..

biaq banyak sebab aku suka..aku kalau dah tersuka satu satu benda.aku akan beli lagi dan lagi.silap silap semua yang ada kat penyakut baju tu aku akan ambik.kain tu boleh tahan la.dah murah biasa la.tapi selesa sebab besar.susah la ni badan aku sedikit berisi tapi syukurlah dapat jumpa sesuatu yang boleh menurunkan berat badan aku sehingga 2kg..ohh terharunya..lepas ni dah tak susah cari pakaian..

tengok lah nanti.bila fatin pi tesco.aku nak ikut dan beli lagi t shirt tu.memang simple tapi aku suka.lagi pun rm10 saja.murah..

sekian berita tamat

Apr 22, 2018

seperti hari biasa yang lain

masa ni aku menaip sambil minum green tea BOH..tak sabar nak beli ahmad green tea.murah banyak oi...

hari ini berjalan seperti biasa.berkerja dan terus berkerja..penat semua ada.jauh di sudut hati aku..aku memang dah penat menjadi seorang bisnes street food.

sebab apa aku kata penat?
sebab cuaca panas seperti selalu.muka aku burn teruk sangat.dari sunblok sunplay.lepas ni mungkin bertukar sunblok biore plak kot.

sebenarnya ada juga penat yang lain.penat melayan karenah perkerja majlis yang semakin berleluasa saman kami.penat memang aku sangat penat dengan semua ini..

sekian berita tamat

Apr 20, 2018

koleksi t shirt lagi

masa ni menunggu mesin kain berputar..aku cuci kain lah..

tadi petang dalam 5.48 petang.aku dan fatin keluar menuju ke mf mart bundle.fatin tunggu dalam keta sebab tak tahan panas dalam tu.lagi pun dia takda benda nak beli.

aku masuk sorang.niat tu nak cari lah kemeja lagi.tak pun hoodie.ada lah nampak hoodie yang cute tapi rasa biasa sangat.tak berjaya menarik minat aku sangat.lagi pun aku usha usha saja.

aku teruskan pencarian..aku menuju ke bahagian seluar.sampai kat bahagian seluar.tiba tiba ternampak seluar berwarna hijau ke biruan camtu lah...dalam hati aku berkata * wahh sport jogger pant size aku ni *

memang tiap kali masuk bundle.aku akan cari seluar sukan.dulu ada 1 aku jumpa kain dan design yang sama.yang dulu aku dapat warna pink gelap.kali ni warna hijau ke biruan camtu lah..

kain dia sangat selesa.kebetulan memang size aku.susah nak jumpa size aku.kebanyakkan size besaq besaq.aku check apa yang patut kot ada bahagian terkoyak ka kan.pastu check harga sama rm8 macam jogger pink aku yg dulu tu.

aku lupa nak snap gambar jogger tu.aku dah masuk jogger dalam mesin basuh dah..takpa lagi pun ada masa nanti aku akan buat vlog review barangan bundle.kat situ aku akan tunjuk.

selesai bayar.aku terus menuju ke myvi fatin.kami teruskan perjalanan ke tesco seberang jaya.setibanya kami di tesco.kami terus menuju ke mr diy.aku survey tools eyeliner tapi takda dah abis kot stok tu.aku jumpa untuk eyeshadow tapi tak berminat plak nak beli.yang masa tak pi situ.aku sibuk catat nota untuk barang mr diy yang aku nak beli..* itu lah aku..bila pikir balik.tak perlu sangat.bazir saja *

aku check memo kat hp aku.baru aku teringat nak cari tripod untuk hp aku.aku cari tapi jumpa yang khas untuk kamera.harga dia rm18++ camtu lah lupa dah.kecewa la juga tapi nak buat camna.aku pun bukan ada kamera lagi kalau nak beli siap siap pun bazir.aku tengok tripod mr diy macam yang venus angelic punya la.

selesai bayar aku dan fatin menuju ke foodcort.kami order sizzling 1 saja sebab aku takut tak abis.fatin order teh ais.dia cari karipap kesukaan dia tapi takda plak.lepas kami selesai makan.aku menuju ke kedai pakaian murah tu.fatin suruh aku pi dulu.

sampai saja kat situ.aku terus menuju ke satu ruang.dekat situ mesti stuff situ letak design t shirt yang cute dan simple yang menarik minat aku.tapi selalu tak dapat beli sebab size bodyfit.aku tak minat.tapi kali ni.akhirnya dapat beli juga.

design yang simple dan warna yang menarik..style ala ala macam jae suk runningman pakai.tulisan plak tulisan jepun.aku suka tengok tulisan jepun.comel..
masa aku pilih t shirt tu.fatin tengah pilih baju tidoq ultraman untuk alif anak menakan kesayangan kami.mesti dia suka sangat.

balik rumah terus aku try.padan dan selesa sangat.rasa menyesal tak beli 2-3 lai.ingat nanti nak order kat fatin suruh beli lah..kembaq aku taktau la minat tak design camtu..entah la..

sekian berita tamat

plan nak buat vlog review biskut eco

masa ni baru lepas mandi..fuh cuaca agak panas.lepas mandi ingat rasa segar tapi tidak..ohh tidakkkk!

kalau ikutkan hati yang sunyi lagi membosankan ini.aku nak sangat pi eco dan shopping 2-3 jenis biskut raya di eco.sebab tiba tiba saja tertengok kawan group smkp sekolah aku tu.tunjuk gambar biskut semprit.siap ada yang rajin buat ketupat lagi tu..baru ni adik aku pun beli ketupat..puasa lagi beberapa hari.tapi suasana raya dah muncul tiba tiba..

terus terpikir pasal biskut raya di eco.kalau sapa yang kerap shopping kat eco.mesti dah cam sangat dengan bekas comel penutup berwarna pink terang.dalam tu ada bermacam jenis biskut jenis jenis biskut raya.

aku pernah beli biskut tu tapi rasanya aku beli dalam 1-2 bekas ja kot kalau tak silap aku la..rasa dia boleh tahan sedap.tak ingat ada berapa biji.

yang nampak comel tu sebab bekas tapaware dia..seingat aku.penutup dia lepas di buka.bila tutup dah tak boleh rapat sangat dah.biasa la tapaware jenis pakai buang.tapi bagi aku.bekas dia masih boleh di guna.boleh letak sambal.

nak letak barang lain pun boleh.contoh macam asesori ataupun getah rambut pun boleh.lepas tu susun atas meja solek.kebetulan bekas dia jenis jernih.boleh lekat hiasan.selotip bercorak pun boleh.

ohh kalau lah aku ada bilik sendiri.macam macam yang aku nak deco..tapi apa kan daya..hanya mampu berangan...

bila ada masa nanti.aku nak shopping bekas bekas biskut raya comel tu.pastu aku nak buat vlog review..

sekian berita tamat

bosan dan ingin ke mf mart bundle

masa ni aku sedang membaca novel BILA BLOGGER JADI MAID.kisah yang simple tapi menarik minat membaca aku sebab dia seorang blogger macam aku..

hari ke 3 aku cuti..kalau boleh takmau keja luaq.aku dah betoi betoi penat.tak tahan cuaca panas..abis kulit aku terbakaq panas.bosan mula menghantui hidup aku yang tidak sempurna ini.

kadang terpikir nak mula buat bisnes tapi modal masih tak cukup sebab aku nak beli kamera.tunggu la ada bajet skit.aku nak stat jual barang online.
harap boleh cari duit dari situ.
aku dah penat sangat keja luaq...

taksat sengaja aku ajak adik aku fatin pi mf mart bundle..tak sangka plak dia setuju.aku saja saja ajak dia.hehee..
susah oo nak ajak dia pi bundle.selalu aku pi dengan mak saja.

semenjak dua menjak ni aku rasa nak pi bundle sebab rasa macam dah lama tak pi.nak cari baju atau seluar.harap dapat jumpa yang sesuai.

hah bosannya dok rumah.cuaca agak panas.camna lah aku nak keja esok ni.harap sangat semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

sekian berita tamat

Apr 19, 2018

vlog review barang kesukaan

masa ni baru lepas buat vlog review barang kesukaan aku..

harini rasa bersemangat sangat nak buat vlog review.sebelum ni aku dah plan lama dah.cuma masa dan keadaan tak sesuai.
hari ni pun sepatutnya tak sesuai sebab mak tiba tiba nak kemas atas rumah.dah la aku nak buat video atas rumah.aduii masa tu semangat aku rasa tiba tiba nak hilang sebab rasa macam menganggu kerja buat mak.

tapi lepas selesai skit keja mak.aku gagahkan jua angkat segala barang barang aku naik ke atas rumah.syukur semuanya berjalan dengan lancar.cuma ada skit lah yang menganggu.biasa lah aku bukan dok sorang dalam rumah.
masa tu lah adik aku nak panggil aku turun bawah makan parsemboq.sedangkan aku tak boleh makan kacang *masa ni lah dia nak panggil*

nak cakap aku puas hati dengan video aku tu.memang aku tak puas hati sebab suara aku terpaksa pelahan supaya tiada sesiapa menengur masa aku buat video.

ikutkan hati aku nak buat vlog luar rumah saja tapi di sebabkan cuaca tak berapa nak elok.dengan nak usung semua barang aku tu.memang sesak skit lah kan..

video aku tu kena edit.sebab nak bagi kemas skit.kena tunggu hari juga lah nak upload.
semuanya di sebabkan data aku slow.
sudah tiba masanya aku kena guna data laju.

sekian berita tamat

Apr 17, 2018

takda apa apa yang menarik

masa ni tunggu masa nak solat.aku macam besa lah.lepak kat ruang tamu.fatin main handphone dan kemungkinan dia nak keluaq.mak plak main handphone dalam bilik..

malam ni sunyi dan bosan seperti biasa.tiada beza..sunyi..
tiada kawan kawan ajak lepak malam..
tiada kawan kawan ajak keluaq esok..
tiada kawan kawan bertanya kabar cakap rindu kat aku...
tiada..
tiada..
tiada..

mungkin aku akan terus hidup tanpa kawan di sisi.aku tak pernah memilih kawan tapi kawan yang memilih aku.hanya berwhatsapp tapi takdak rasa nak ajak aku keluaq pun.
semuanya macam tu.

ina dok jauh..maziah diam seribu bahasa.hanya yang selalu chat dengan aku hanya ina..amy..dan kadang kadang sangat kawan kawan fb aku..affy..

aku tak sabar sangat nak jumpa bff dua orang tu..affy dan chef.banyak tahun aku kenal depa tapi tak pernah sekali pun jumpa.aku berharap tak lama lagi.aku akan dapat berjumpa depa dua.

dulu...
aku rindu sangat sangat kawan kawan sekolah.tapi bila dapat berhubung kembali..keadaan dah tak sama macam zaman sekolah.
depa semua dah kawin dan sudah ada keluarga sendiri.
tiada soalan lain yang terlintas di fikiran depa hanya lah soal pasal kawin..
ahh malas la aku pikir semua tu...

kawan kawan sekolah banyak dah aku dapat jumpa.cuma kawan keja kilang tak jumpa lagi.aku rindu depa..
depa rindu aku tak?
depa masih ingat aku?

sekian berita tamat