nuffnang ads

May 1, 2018

kisah thyroid aku episod 2

masa ni baru sampai rumah..mak.abang.kai.fatin dan aku pi makan satay.cari punya cari menu lain dapat menu lain..

cerita bab thyroid aku lagi...
masa aku alami permulaan thyroid.setiap hari aku perlu ambil ubat thyroid untuk mengawal hormon thyroid aku yang tidak stabil.

sintom sintom thyroid yang aku alami
- badan lemah
- jantung berdebar debar
- bola mata sedikit terkeluar
- badan tiba tiba sejuk tiba tiba panas
- kulit aku sedikit kering
- rambut aku gugur.kering dan kasar
- mudah letih secara tiba tiba
- leher membengkak seperti begok (bengkak cantik)
- emosi tidak stabil dan mudah marah
- daya ingatan yang kurang

semua tu aku alami lebih kurang dari tahun 2010.permulaan aku berubat dekat hospital bukit mertajam.beberapa tahun kemudian.doktor bukit mertajam sendiri menukar aku ke hospital seberang jaya.katanya sebab ada doktor pakar kat situ.aku pun setuju.

lama juga aku berubat di hospital seberang jaya tu.sampai satu masa.doktor stop ubat aku buat sementara sebab hormon aku dah stabil.bola mata aku dah normal kembali.cuma bengkak di leher aku masih sama.tetap membengkak.doktor kata bengkak tu mengambil masa untuk mengecil.tapi aku rasa sangat bersyukur kerana tidak perlu mengambil ubat thyroid lagi.doktor tu pesan kat aku.kalau rasa tak sihat datang semula untuk berubat.

selepas beberapa bulan.sakit aku datang semula.aku datang semula ke hospital seberang jaya.doktor bagi pendapat suruh aku guna hikmat doktor swasta.aku pun mencuba..aku berubat di klinik kulim (klinik swasta) syukur beberapa bulan aku ambil ubat kat klinik tu.bengkak di leher aku semakin mengecil.masa tu aku gembira sangat.hanya tuhan yang tahu...tapi....

tak lama kemudian.bengkak tu kembali lagi.ubat yang doktor klinik swasta tu bagi sudah stop.doktor tu kata aku perlu kembali ke hospital pakar semula.masa tu aku dah hampir kecewa..kecewa kerana terlalu banyak percubaan yang penuh harapan..selepas aku stop semua ubatan hospital.aku cuba berubat cara kampung.

macam macam aku cuba.duit pun jangan cakaplah.aku tak pasti berapa banyak duit habis untuk berubat.masa aku pun terbuang macam tu saja.aku tak boleh bekerja selama aku sakit.bukan taknak kerja tapi tubuh badan aku tak sekuat dulu.badan rasa lemah tiba tiba sedangkan aku hanya buat kerja kerja ringan di rumah.

kadang aku sihat.kadang aku sakit (badan lemah) aku boleh bekerja tapi bukan bekerja dengan orang tapi bekerja sendiri.semua kerana kesihatan aku tak mengizinkan.syukurlah aku ni dari keluarga yang pandai berniaga.kadang kadang waktu aku sihat dapat lah aku berniaga dengan mak aku.pendek kata..kalau nak cuti memang senang lah.

aku ni beberapa bulan sekali kena ambil darah.seminggu kemudian ambil keputusan darah sekali ubat.senang cerita..aku ni perlukan cuti yang banyak.kalau kerja dengan orang memang tak boleh.ohh memang tak boleh.syukur aku dari keluarga yang pandai berniaga.

selepas dah kecewa berubat cara kampung.aku sendiri cakap dekat mak aku..aku nak stop buat semua ni.dah putus asa sangat.nak berbalik kepada doktor pakar.mak aku pun setuju.aku berbalik kepada doktor pakar semula.bertahun tahun berubat di hospital seberang jaya.sampai lah satu ketika aku di beri nasihat dari doktor pakar  untuk bedah buang thyroid aku.

lama juga aku ambil keputusan..rasanya hampir 1 tahun lepas tu baru lah aku setuju di bedah.kerana setiap malam aku selalu sesak nafas kerana berpunca dari bengkak di leher aku tu.

ok buat masa ni setakat ini dulu aku kongsi kisah thyroid.nanti aku akan sambung lagi bila ada masa yang sesuai.

sekian berita tamat

No comments: